Bismillah Ar – Rahman Ar – Raheem,
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
InsyaAllah, ana ingin berkongsi satu hadith yang dipetik daripada
Riyadhus Solihin (Taman Orang-orang Saleh) : Bab 96
Hadithnya:
Dari Abu Sulaiman iaitu Malik bin al-Huwairits r.a. katanya: “Kami semua
mendatangi Rasulullah s.a.w. dan kami semua adalah pemuda yang hampir
sama sahaja usianya. Kami semua bermukim di sisi baginda s.a.w. selama
dua puluh malam untuk belajar ilmu pengetahuan agama. Rasulullah s.a.w.
adalah seorang yang berkasih sayang serta lemah-lembut. Beliau mengira
bahawa kami semua telah rindu kepada keluarga kami lalu bertanya kepada
kami tentang siapa dari keluarga kami yang kami tinggalkan. Kamipun
memberitahukannya tentang hal itu. Selanjutnya baginda s.a.w bersabda:
“Kembalilah kini kepada keluargamu masing-masing, berdiamlah di dalam
lingkungan mereka, berilah mereka pelajaran, perintahlah mereka -
melakukan ketaatan, juga bersembahyanglah engkau semua solat ini pada
waktu begini dan solat ini pada waktu begini – yakni solat lima waktu.
Jikalau waktu solat sudah tiba, maka hendaklah seseorang di antara engkau
semua itu membunyikan azan dan hendaklah menjadi imammu semua itu
orang yang tertua dari engkau semua.” [Muttafaq 'Alaih]
Hadith yang diriwayatkan daripada Imam Bukhari pula menambah:
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Dan bersembahyanglah engkau semua itu
sebagaimana engkau semua melihat cara saya bersembahyang.”
Jom contohi semangat pemuda-pemuda tersebut dlm mencari ilmu dan
insyaAllah moga apa yang kita tahu dan telah belajar sepanjang
perjalanan hidup kita, tak kira pendek ataupun panjang, kita sampaikan
dan kongsi dengan orang lain, terutamanya dengan keluarga kita sendiri.
Jom jadi tanah yang subur yang menyerap air hujan dan menumbuhkan
tanam-tanaman. Dan semoga kita takkan jadi seperti pasir yang hanya
membiarkan air hujan melaluinya.
Selamat bercuti semua, selamat menunaikan tanggungjawab terhadap
ilmu yang kita ada. Moga bermanfaat.

ehemm…rajinnye baca Riyadhus Salihin time cuti.bagus2.nnti share le lagi ye.