I gave my Salam to the mountain
And I drank from the mountain stream
And I walked upon its surface
And it all felt like a dream
And this mountain it is a Muslim
And I feel like he’s my friend
And as I climbed on to his peak
I wished it would never end
Allahu Allahu Allahu (throughout)
La Ilaha Ella Allah (throughout) We should be like the mountain It never complains We should be like the mountain
It praises God and never complains
We should be like the mountain
Like the mountain
I gave my Salam to the mountain
And I strive through the wind and the snow
And something caught my eye up in the sky
And I wished it would never let go
Cause this mountain it is a Muslim
And I feel like he’s my friend
And as I climbed on to his peak
I wished it would never end
Subhanaka Ya Allah
Glory be to You oh Allah
On this mountain I feel complete
And while I’m here to this mountain I will speak
Subhanaka Ya Allah
Glory be to You oh Allah
And thank God for this wonderful day
And I know the mountain feels the same way
Subhanaka Ya Allah
Glory be to You oh Allah
We should be like the mountain
An awe-inspiring Muslim
As it is
We should be like the mountain
Like the mountain
La Ilaha Ella Allah
There’s no God but Allah
Allahu Allah
Sevilla – destinasi ketiga yg dikunjungi selepas Cordoba dan Granada. Tempat pertama yang dilawati adalah La Giralda. Terletak di Cathedral of Sevilla, juga merupakan salah satu masjid yang ditukarkan menjadi gereja selepas Reconquista. Akibat perasaan “tertekan” yang masih berbaki selepas melawat The Mezquita di Cordoba semalam, kami mengambil keputusan untuk tidak melawat kawasan dalam gereja tu, sebaliknya terus ke La Giralda, sebuah menara azan pada satu ketika dahulu. Yang menariknya, tiada tangga yang dibina untuk naik ke puncak menara itu sebaliknya ia didirikan dengan laluan “inclined plane” menuju ke atas. Kalau zaman dulu, muazzin akan naik kuda untuk ke puncak menara tu untuk melaungkan kalimat-kalimat suci menyeru umat Islam menunaikan solat. Tiada apa-apa yang menarik di puncak menara itu melainkan panorama-panorama indah bandar sevilla yang dapat dilihat dari atas, serta perasaan penat mendaki 36 tingkat ke puncak tersebut. Semasa berehat di Patio de Los Naranjos, salah seorang dari kami tersedar yang 33% dari bayaran masuk digunakan untuk pembinaan gereja baru di sekitarnya dan 67% lagi digunakan untuk mengekalkan kecantikan dalaman Cathedral of Sevilla itu. Lagi bertambah perasaan “tertekan” selepas tahu ke mana perginya hasil bayaran masuk tersebut.
“Berjalan kaki” menjadi pengangkutan utama sepanjang di sana sebab boleh dikatakan semua destinasi menarik terletak “in a walking distance”. Dapat la ber”exercise” sikit dan men”tick” bahagian “riadah” dalam Mutabaah Amal. Perjalanan ke Plaza de Espana dari The Cathedral tu tak la jauh sangat tapi memang terasa penat ditambah dengan cuaca yang panas tapi berbaloi juga sebab boleh berjalan-jalan tepi sungai dan melewati Torre de Oro dan Bullfighting Ring. Walaupun tak dapat masuk sebab barisan yang menunggu untuk masuk pun sangat la panjang, dapat tengok dari luar pun dah cukup.
Satu pengalaman yang mungkin sukar diperolehi di tempat lain adalah melihat satu acara keagamaan Kristian yang besar di Sevilla yang merupakan acara tahunan setiap awal bulan April. Boleh dilihat ramai orang – dari kanak-kanak sehingga orang dewasa – berpakaian jubah putih dan memakai topi berbentuk kon yang tinggi serta menutup muka berarak disepanjang jalan di Sevilla sambil membawa lilin dan palang salib yang sangat besar. Menakutkan pun ada. Terfikir dihati, “tak panas ke pakai baju macam tu dan berarak di bawah terik mentari sambil memikul salib yang besar tu. Tak terasa berat ke?”. Bagi kami, orang-orang yang berarak itulah menjadi tumpuan tapi bagi mereka, kami la “the real stars of the day” sebab kami lain dari yang lain. Bertudung dan berwajah asia. Berkumpul dalam kelompok pulak tu. Ada juga yang mengambil gambar kami. Terasa macam selebriti terkenal pula. Kemudian muncul pula satu persoalan di minda. Kalau masa zaman kegemilangan Islam, masyarakat memandang tinggi orang Islam tapi sekarang, orang Islam dipandang macam alien pulak terutama sekali kalau di negara yang majoritinya bukan Muslim.
Plaza de Espana. Bukanlah satu kawasan tinggalan sejarah Islam di Andalusia tapi hanyalah sekadar tempat yang dibina dan digunakan sebagai tempat pameran. Yang menariknya hasil-hasil pameran yang ditunjukkan kebanyakannya adalah mengenai sejarah Spain yang diringkaskan dlam bentuk lukisan yang diabadikan diatas jubin. Antara yang mencuri perhatian adalah hasil seni yang memaparkan bagaimana orang Islam tunduk pada orang Kristian Spain suatu ketika dahulu. Rasa seperti dihina. Walaubagaimanapun, bangunan-bangunan yang dibina sangat cantik dan memikat hati, termasuklah fountain air yang besar yang dibina ditengah-tengah halaman Plaza de Espana itu.
Sevilla – walaupun sehari saja diterokai namun pelbagai ilmu dan pengalaman diperolehi.
Mungkin apabila disebut ‘La Alhambra’ terbayang-bayang di fikiran kita satu istana yang sangat gah dan cantik binaannya. Tidak dapat dinafikan, kunjungan ke La Alhambra meninggalkan 1001 kenangan manisbagi diri saya.Ada di antara rakan-rakan berasa sedih melihat kenangan kemegahan Islam di Spain suatu ketika dahulu hanya tinggal kenangan kini. Meskipun saya tidak berasa sedih dansebak sedikitpun, tetapi kunjungan ke La Alhambra membuatkan saya berfikir. Bukan berfikir sejenak, tapi berfikir sangat panjang. Bermula dengan pengembaraan di sebuah taman yang diaplikasikan seperti suasana ’syurga’ yang tertulis di dalam al-Quran…taman ini dinamakan ‘Generalife’. Pertama kali menjejakkan kaki di ‘Generalife’, Subhanallah …. diri ini sangat kagum dan terpesona dengan keindahan, kedamaian, ketenangan, dan keunikan taman tersebut. Saya mula berfikir, jika ini adalah imaginasi manusia dan sudah membuatkan diri saya terpukau, apatah lagi ’syurga’ sebenar ciptaan Allah yang sama sekali tidak akan terjangkau dengan akal fikiran manusia..Subhanallah..Subhanallah…tak terbayang betapa indahnya ’syurga’ yang dijanjikan Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa…
“…….Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.”
(9:100)
“Maka tidaklah ada jiwa yang mengetahui balasan yang disembunyikan pengetahuannya terhadap mereka, yaitu keindahan yang menyejukkan mata sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan”
(32: 17)
“Dan berlumba-lumbalah kepada keampunan Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya (seluas) langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti. Yang menderma di waktu senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah kasih kepada mereka yang berbuat kebajikan”.
(3: 133 & 134).
Ia (syurga) telah disiapkan untuk orang-orang yang bertakwa”
(3: 133)
……apabila membaca beberapa potong ayat al-Quran yang menceritakan tentang keindahan syurga, masih terbayang-bayang suasana di ‘Generalife’, di mana boleh dikatakan di setiap sudut taman itu akan kedengaran air sungai mengalir, dilindungi dengan pohon-pohon yang rendang, bunga-bunga yang kembang mekar,pancutan air yang mengasyikkan dan lain-lain lagi..arghh….*rindu*
Apabila menjejakkan kaki di ‘palace’,sekali lagi saya terpukau… Kagum sejenak dengan segala macam ukiran di dinding ‘palace’ tersebut…Subhanallah, boleh dikatakan hampir setiap sudut dinding diukir halus dengan kalimah-kalimah Allah dan masih terpelihara sehingga ke hari ini… Lalu saya berfikir lagi, alangkah megahnya Islam suatu ketika dahulu, kerana La Alhambra sudah cukup membuktikan segala-galanya. Tetapi mengapa semuanya lenyap dalam sekelip mata? di mana silapnya?….hmm, yang itu kena fikir sendiri….
Setelah tamat pengembaran di La Alhambra, saya terfikir lagi. Sesungguhnya tidak mustahil untuk Islam bangkit semula suatu hari nanti dan menjadi kuasa teragung seperti dahulu..kerana apa?? kerana sunnatullah nya begitu. Timbul azam di hati untuk cuba mempraktikkan ‘maratib amal’ dalam diri ini demi mancapai keredhaan Allah, insyaAllah .huhuh… kerana jika Islam bangkit suatu hari nanti, dan meskipun ia mengambil masa beratus-ratus tahundan kita sudah tiada di dunia ini ketika itu, alangkah ruginya jika kita tidak termasuk dalam salah seorang individu yang membangunkan Islam.Nauzubillah, minta dijauhkan..
Jadi kepada mereka yang belum menjejakkan kaki di bumi Granada, saya sarankan silalah luangkan sedikit masa dan wang ringgit untuk ke sana, kerana apa yang saya ceritakan sama sekali tidak sama dengan apa yang akan anda lihat. Saya tidak mahu bercerita panjang, anda pergi, anda lihat, anda rasa, anda fikir dan anda nilai sendiri kerana itu lebih bererti…*senyum*
haa, ni baru Granada, sudah membuatkan saya berfikir dan terus berfikir…belum lagi Cordoba, Sevilla dan Malaga..sila sambung..*sigh~lega*
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, ‘Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu.”
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu.”
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,“Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, “Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.”
pesanan penaja: jangan takut untuk berubah ke arah kebaikan dan berterusan membuat kebaikan walau apa pon pandangan kawan-kawan/family terhadap diri kita. yakinlah penerimaan Allah lebih penting dr penerimaan manusia.
يقول قائل : ولكن البشر لم تصبر طويلا على هذا المنهج السامق الفريد.
وقد يبدو هذا القول صحيحا للوهلة الأولى. فقد حرص كثير من الكتاب على تثبيت هذا المعنى فى النفوس وعلى الإيحاء بأن هذا المنهج غير عملى ولا واقعى
ولا تطيقه طويلا فطرة البشر وإنما هو دعوة مثالية الى أفق غير مستطاع .
Ada orang mengatakan: Manhaj/Sistem ini (yakni islam) sukar dan berat untuk dilaksanakan.
Ianya boleh tercapai pada satu zaman tetapi untuk zaman seterusnya cukup bagi manusia mengambil apa-apa manhaj yang lebih mudah untuk dilaksanakan.
Manhaj ini terlalu ideal, tidak amali dan tidak waqi’i.
Sejarah yang berlaku menunjukan ini semua. Hanya layak untuk zaman Nabi saw sahaja.
TIDAK BENAR ..!
Suatu yang silap jika menyangka manhaj ini memberatkan manusia
kerana:
1. Ianya manhaj (sistem) yang sesuai dengan fitrah manusia dan mengenali fitrah lebih daripada manhaj lain. Bila bersesuaian dan seragam dengan fitrah manusia, maka ia berjalan dengan aman dan tenteram.
·Bagi yang merasa manhaj ini sukar, mereka merasa unsur syariat dan akhlak dalam Islam seolahnya penghalang dan pengekang untuk bebas melakukan kehendak.
·Ini adalah kesilapan kerana akhlak Islam adalah pembina bukan penolak kemajuan. Mengawal diri dari mengikut kehendak seks adalah kemerdekaan dari terpenjara oleh ikatan hamba kepada seks.
·Islam menganggap dosa dan perangai buruk adalah rantai pengikat yang merendahkan darjat manusia. Kerana pokok asal manusia ialah sukakan kebaikan.
·Orang Islam yang merasakan akhlak Islam sebagai penghalang dan kekangan kerana mereka sekarang hidup dalam masyarakat yang tidak dikuasai oleh Islam. Untuk mempraktikkan Islam dirasakan begitu sukar.
·Dalam masyakarat Islam sebenar, akhlak Islam menjadi ma’ruf dan mudah dilakukan sementara akhlak buruk menjadi mungkar yang disanggahi dan dibenci. Ketika itu akhlak Islam menjadi mudah. Ketika itu barulah seorang muslim hidup secara tabi’i.
·Kerana inilah pentingnya membina masyakarat Islam.
2. Manhaj jahiliyyah yang diambil mempunyai banyak kelemahan kerana ianya hasil ciptaan manusia yang lemah. Penyelesaiannya tidak menyeluruh, mengakibatkan timbul masalah baru dan sementara. Ini lebih menyusah dan menyeksa manusia kerana tidak bertepatan dengan fitrah manusia. Manhaj Islam lebih tabi’I dan sesuai dengan naluri.
3. Manhaj Islam sangat mampu untuk terus kukuh dan utuh. Walaupun ditegakkan dalam setengah kurun, tetapi mampu bertahan lebih 1000 tahun dan sedang cuba untuk bangkit semula. Tamaddun lain (Rom) bangkit dalam masa 1000 tahun tapi hancur dalam 100 tahun.Kehebatan Islam akan bangkit semula bila ada manusia yang berkumpul dan berusaha menegakkannya kembali.
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam keadaan susah payah.”
[Al Balad: 4]
Kadang2 kita sangat mementingkan kemewahan dan kesenangan dunia.. Sampai kita terlupa bahawa hidup di dunia ni sangatlah singkat berbanding akhirat yang kekal selamanya..
Pernah terfikir tak, average manusia hidup di dunia ni hanya lebih kurang 60tahun manakala hidup di akhirat adalah infiniti lamanya..
Kalaulah kita mengejar dunia, mencari kemewahan semata, bekerja 24jam tanpa henti untuk mengejar kesenangan yang sementara ini bilakah masanya untuk kita mengejar kemewahan dan kesenangan akhirat yang infiniti lamanya tu?
Selalu saya terfikir, kalau time nak dekat nak exam, saya mesti bertungkus lumus study.. Pulun habeslah.. Punyalah takut tak pass..
Tapi pernah tak terlintas kat benak fikiran kita yang kecil ni, yang akhirat ni dah dekat dah dengan kita.. Dah cukup bertungkus lumus kah saya? Adakah usaha yang saya lakukan selama hidup saya hampir mencecah 22 tahun ni cukup untuk mendapat redha-Nya? Mandapat rahmat-Nya yang tidak ternilai? Mendapat syurga-Nya yang seluas langit dan bumi..
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. Banyak lagi yang tidak saya lakukan.. Yang masih belum saya sempurnakan.. Baru sahaja sebentar tadi, seorang sahabat bertanya mengenai hutangnya kepada orang lain, jika masih ada yang belum dilangsaikan..
Kadang2 kita take for granted apa yang berlaku di sekeliling kita.. Kita lalai, dan kita leka dengan kehidupan dunia ini..
Allah berfirman dalm al – Quranul Kareem:
“Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai.”
[An - Nahl: 107 - 108]
Kadang2 dalam solat pun kita boleh lalai dalam mengingati Allah.. Apatah lagi di waktu senggang atau di waktu study kita. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..
Walhal, ada perkara yang lebih besar yang perlu kita risaukan.. Mengenai kesudahan kita.. Adakah kita akan masih dapat menghela nafas di dalam dunia ini sebentar lagi, atupun takdir Allah menetapkan kita akan mati dalam masa beberapa minit saja lagi?
Quoted dari kata2 seorang pujangga: “Apabila kita tidak disibukkan dengan perkara yang besar, maka kita akandisibukkan dengan perkara yang kecil.”
Soalan yang paling penting yang harus ditanya kepada diri kita sendiri adalah adakah kita bersedia untuk menghadapi kiamat kecil kita yakni kematian kita sendiri?
Rasulullah SAW pernah bersabda:
” Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain”
[Hadith Riwayat Muslim]
Sedikit video peringatan:
Sabda Rasulullah SAW lagi:
“Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka“.
[Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]
Kemanisan iman inilah yang dikejar.. Yang dengannya kita akan merasa cukup dengan Allah sahaja.. Yang denganya kita tidak akan bersedih malah kita tidak akan takut, melainkan kerana-Nya dan kepada-Nya..
Ibnu Taimiyah pernah berkata: “Islam is like a bird.. The body is the Love of Allah SWT, the right wing is the love of jannah and the left wing is the fear of hellfire.. If you take away one of the wings then the body will not fly and if you take away the body the wings have no use..”
Di kala2 kesibukan kita semua study untuk exam season yang semakin hampir ni, harap2nya diri kita masih tidak lupa dengan janji yang kita buat dengan Allah setiap kali kita solat..
Adakah janji kita yang kita katakan sekurang2nya 5 kali setiap hari itu hanyalah janji2 kosong kita? Ingatlah bahawa janji Allah lah yang paling baik. Ingatlah bila Allah SWT telah berjanji kpd hamba2-Nya di dalam al – Quran:
” Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.“
[At - Taubah: 111]
Sekiranya kita tidak mengotakan janji kita kepada-Nya, bagaimanakan mampu kita menghadapi kiamat kecil kita? Ingatlah yang bahawa dunia ini adalah sementara, akhirat itu kekal selamnya. Saidina Ali ra pernah berkata:
“Jika kamu mengejar dunia, maka akhirat akan meninggalkanmu, jika kamu mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarmu, tetapi jika kamu mengejar kedua-duanya,kamulah insan yang beruntung di dunia dan akhirat.”
Seluruh hidup kita hanyalah untuk-Nya, yang Maha Menciptakan, lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Wallahu’alam.. Sekadar peringatan terutama sekali buat diri saya sendiri, yang terlampau mudah terlupa, lalai dan leka.
abg long tiba2 berdiri dihadappan kami yg berbaringan malas dipagi sabtu itu. disebabkan cuti, maka kami adik beradik dapat berkumpul sendiri. dengan lagak macho ibarat detective, abg berkata
“adik2! call me coach!”
“cockroach!” jawab kami
smack! satu ketukan perit tapi tidaklah terlalu menyakiti dikenakan kepada kami.
“today im going to teach u the art of ‘tarik tali’.. this sport is not only for stereotype big body built guy, but can also be enjoyed by normal size people..heh…” sambung abg lg (tau je makna ‘heh’ tu bermaksud normal size tu bukanlah refer padaku..’
“ok coach! we are ready!!” jawab kami, layan…
” 1st, pasakkan kaki pada bumi. kukuhkan stand, ibarat gunung yg memasak bumi”
….
kami terdiam seketika..memikirkan tika bilakah kakanda ku pandai bermadah? malah mengenai tarik tali?
akhirnya kami decide utk teruskan mendengar…
” kemudian pegang erat tali yg besar ibarat tali kapal, or tali gantung kalau nak extreme. jgn lepaskan walau sebentar, berpaut seolah2 ia nyawa kamu”
“yes sir!” jawab kami bersemangat, tertarik dengan teknik dan the fact that we will win the game
“panggil COACH!” tingkah abg tegas
kami tertawa sedikit
abg teruskan lagi ” dont forget, keep your cool pose..”
kami mendengar dengan penuh semangat..teknik apakah yg mampu mengalahkan lawan dengan mudah?
“end”
kecewa….
mengapa saya terkenangkan kisah ini? kenapa tarik tali? (atau persoalan yg lebih menarik adalah mengapa begini cara kami adik beradik berinteraksi? =P )
u’ve heard haven’t u?
tarikkan dunia…tarikkan jahilliyyah…tarikkan hawa nafsu…tarikkan syaitan..tarikkan teh tarik(???)
banyak tarikkan..dari sumber yg pasti dan sumber yg tidak dapat dilihat mata kasar
tarikkan yg mampu merosakkan iman kita..
maka, bagaimanakah utk kita memenangi tarikkan ini?
“mana ada perkara mudah kat dunia ni..kalau nak menang kena usaha jugak..yg penting will power dalam diri” itulah yg diconcludekan oleh abg long selepas kami mendendanya kerana mengecewa
will power..jatuh bangun semula!!
kan kami
benar, tiada yg mudah, yg penting will power..dalam context ini, utk memenangi tarikkan2 tadi hanyalah dengan will power iman kita..jatuh, bingkas bangun kembali
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”
maka, ikhlaskan niat, berjuanglah demi Allah!
peganglah..peganglah dengan erat..seolah2 nyawamu bergantung pada tali tersebut..tali agama Allah…
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (103)
bukanlah saya hendak membuat penafsiran sendiri..tapi ia amat mengagumkan saya, betapa sekecil2 perkara seperti tarik tali pun boleh dicover Qalam Allah? nyata islam agama yg sungguh menyeluruh dan sesuai dengan jiwa setiap insan.