Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Cordoba…
Destinasi kedua selepas Granada
Bermusafir di kota Andalusia
Menaiki bas dengan semangat membara
Untuk melawat Medina Az-Zahra dan Mezquita
Sampai di Cordoba…
Berbekalkan peta mencari arah tempat untuk bermalam
Alhamdulilah, ketemu jua
Hostel yang begitu indah hiasannya
Cordoba pada waktu malam..
Kami berkumpul untuk solat dan makan
Saat yang indah tidak tergambar
Mengenal satu sama lain dengan lebih mendalam
Bermain game merapatkan ukhuwah
Sebelum melelapkan mata
Sedikit latar belakang mengenai tempat yang ingin dituju dikongsi bersama
Semoga bangunnya nanti
Dengan semangat untuk menjejaki medina Az-Zahra dan Mezquita
Cordoba di pagi hari..
Sungguh indah dan nyaman sekali
Berjalan kaki ke pondok informasi
Dengan ketentuan Allah, kita menaiki teksi =)
Menuju ke Medina Az-Zahra yang dikatakan dahulunya hebat sekali
Di Medina Az-Zahra…
Masa sejam yang diberikan pak cik pemandu teksi
Digunakan sebaik mungkin
Menjelajah sekitar runtuhan kota
Melihat kesan-kesan tinggalan yang masih bersisa
Medina Az-Zahra..
Sungguh pilu hati ini
Melihat runtuhan kota yang dulunya gah tegak berdiri
Teringat hadis satu
Setiap amal didasari dengan niat
Mana mungkin kota yang sehebat Medina Az-Zahra boleh runtuh sehingga begitu sekali..
Segala-galanya pasti jika Allah telah mentakdirkannya
Jika manusia mampu membina kota sehebat dan seindah Medina Az-Zahra
Sama-samalah kita berdoa
Semoga terbina untuk kita kota yang lebih indah di syurga yang kekal abadi
Mengingatkan kembali pada diri ini
Bahawa tiada apa yang kekal di bumi
Dan segala-galanya adalah pasti
Mezquita….
Masjid Cordoba
Atau The Cathedral Cordoba??
Sunnguh hiba dan sayu apabila pak cik di pintu masuk berkata,
“Muslim?? No pray inside…”
Walhal dahulunya tempat ini adalah sebuah masjid
Tempat beribadah, tempat menimba ilmu, tempat berkumpul..
Tapi sekarang ia penuh dengan patung-patung
Penuh dengan gambar-gambar
Penuh dengan unsur-unsur negatif
Sungguh pening kepala tidak terkata
Pelik..
Sungguh pelik
Mana mungkin seseorang itu akan tenang apabila masuk ke dalam cathedral itu
Sepatutnya tempat ibadah adalah tempat yang dapat menenangkan fikiran
Pelik..
Sungguh pelik
Mezquita…
Walaupun begitu, segala sejarah di sebalikmu dipelajari
Bagaimana setiap pemerintah yang memerintah pada masa itu
Menambah keluasan
Dengan masih mengekalkan binaan yang dibina oleh pemerintah sebelumnya
Masih lagi nampak beberapa ciri-ciri Islam pada bangunan
Walaupun sedikit, itu sudah cukup untuk membuatkan akal berfikir
Membayangkan bagaimanakah keadaannya mezquita masa dahulu
Pada zaman kegemilangan
Sudah pasti penuh dengan umat Islam
Hati ini…
Sungguh sedih dengan apa yang berlaku
Orang yang bertudung dianggap pelik
Benarlah seperti apa yang dikata
Islam pada mulanya dagang dan akan kembali dagang
Hati ini….
Penuh dengan harapan
Agar Islam akan kembali naik pada suatu hari nanti
Dan tiada lagi orang akan berkata
“This is your land….. but in history”
Kerana sebetulnya Andalusia adalah tanah air kita, watan kita
Dulu, kini dan selama-lamanya..
Gambar-gambar di Medina Az-Zahra


Gambar-gambar di Mezquita


Subhanallah…kagum dengan gubahan ayat penulisnya. Sungguh menusuk kalbu..
wahh nak lagi..nak lagi..
subhanaAllah3x…
pengalaman yg diubah dalam bentuk puisi,mantop!credit to penulis nye,hehe.mabruk2:)
sya sgt2 kagum dng binaan medina Az-zahraa’
sya study architecture pn sebab medina Az-zahraa’
sronoknya kamu sudah menjejakkan kaki ke sana..
do contact me please..
klu boleh..
sya mahukan gambar2 medina Az-zahraa’..
bolehkah?