Ampuni dosaku
Kerana kelahiran ku
Darah mu tumpah ke bumi
Ampuni dosaku
Kerana sakit, sedih ku
Airmata mu membasahi pipi
Ampuni dosaku
Kerana membesarkan ku
Resah gelisah selalu kau alami
Terima kaseh ku pada mu
Atas jasa mu membesarkan ku
Atas segala kasih sayang mu
Terima kaseh ku pada mu
Atas bimbingan dan ajaran mu
Aku dapat menjadi ibu seperti mu
Doakan dan restuilah diriku agar berjaya
Mejadi ibu seperti mu jua
Melahirkan anak bangsa yang berwibawa
Setinggi gunung seluas lautan
Bukan dapat jadi ukuran
Pengorbanan ibu tak ada batasan
Kasih sayangnya tetap berkekalan
Doaku untuk mu ibu
Agar ALLAH memberi restu
Atas segala jasa dan bakti mu
Pahala Syurga ganjaran untuk mu

p/s: musim-musim exam ni, terkenang ibu di kejauhan..kalau ibu ada, mesti dia akan ambil berat tentang diriku..dia akan tanya “macam mana belajar, ok?”..bodohnya aku, selalu sahaja menjawab (dalam hati)..”alaa, kalau beritahu pun, ibu bukan boleh tolong pun..boleh ke ibu tolong jawab soalan kimia ni, dahlah dalam bahasa inggeris, ibu bukan pandai pun”..sekarang baru aku sedar, pertanyaan itu bukanlah kerana ibu ingin tahu ttg persiapan examku, tapi menunjukkan betapa dia berusaha untuk ambil tahu dan ambil berat tentangku..supaya aku rasa selesa bahawa ada org yg peduli ttgku..maafkanku ibu….sekarang baru aku tahu betapa sedihnya apabila tiada org yang ambil tahu ttgku, bila berjauhan dgn ibu..ya Allah, ampuni dosaku, dan dosa ibuku….happy belated mother’s day
Salam.. Sangat menarik..=) N sangat terkena dengan diri sendiri..=( Best2.. Teruskan menulis ye si penulis..=)
huhu..saya rindu ibu saya.mak nak balikkk!!
“permudahkan urusan exam kami Ya Allah,agar kami bisa pulang bertemu dgn ibu kami,ameen..”(^_^)
-anakmakbolehdiharap-