‘It is all about having faith. Having faith that you are not alone. That there is a greater power out there that would not let you down. That He is always there and He has the best plans put ahead for us as His servants.’
Ucap ku setelah dia bertanya kenapa kadang-kadang aku kelihatan begitu tenang.
‘It’s easy for you to say. You have Islam as your religion’
Itulah yang dijawabnya sewaktu kami sedang mengulangkaji bersama.
![108366053l[1]_t2 108366053l[1]_t2](http://msmwestmidlands.files.wordpress.com/2009/05/108366053l1_t21.jpg?w=260&h=215)
Musim peperiksaan sering mengajar kita satu ribu satu perkara. Mana tidaknya, masa inilah kita sering bermujahadah (bersungguh-sungguh) dalam mengulangkaji pelajaran kita. Dan apabila kita lebih kuat bermujahadah, lebih banyaklah ujian yang datang. Maka dengan banyaknya ujian yang datang itu, amat rugilah jika kita tidak belajar sesuatu darinya.
Musim peperiksaan akan mengajar kita untuk lebih menghargai masa yang ada, lebih manjaga setiap urusan kita dan kadang-kadang untuk lebih berlapang dada dengan orang di sekeliling kita. Dan insyaAllah yang lebih penting ia mengajar kita untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya agar setiap usaha yang di lakukan mendapat keredhaan dan petunjuk dariNya.

Rugilah kita jika kita tidak dapat belajar untuk meletakkan sepenuh harapan kepadaNya. Kerana di waktu2 inilah kita seharusnya berdoa dan berharap agar setiap apa yang telah kita belajar, setiap revision yang dibuat, setiap lecture, study group dan tutorial yang di hadiri semuanya mendapat keberkatan dariNya.
Kita dan mereka adalah berbeza. Apabila kita berusaha, kita berdoa dan meletakkan sepenuh pengharapan kepadaNya. Rugilah kita jika kita sama-sama seperti mereka. Yang ingin berjaya hanya kerana kerana cita-cita pendek dunia.

Yes. We have faith. We have faith in Him, that He will guide us and give us what’s best.
Maka kawan2, teruskan mujahadah antum! Bersungguh-sungguh dalam mengulangkaji, menjawab kertas soalan dan lebih2 lagi bersungguh-sungguh dalam berdoa dan beramal. Moga kejayaan milik kita semua, dengan izinNya.
