TAMRIN NISA
9-10 febuary 2008
Nisa’ weekend..its all about us.
Entah apa yg bermain di fikiran setiap individu
Masa utk tuntut ilmu?
Masa utk mengeratkan ukhuwwah?
Masa utk melancong?
Masa utk release tensi?
Masa utk menjadi muslimah sejati?
Perjalanan….
“eh? Bkn kata train kul 5 ke? Ni baru kul 3”
“pergi awal balik awal…” alasan yg tak valid sungguh..
Sebenarnya ana lupa menyediakan hadiah utk majlis tukar hadiah..
Patutkah ana membeli sebiji tembikai besar dan letak dalam box besar..saje biar nampak gempaq…
Tak…
Itu dulu…kini ana mahukan something yg bermakna…
Tapi siapakah Karen Armstrong ni? Mcm pernah dengar.. ‘islamic history’… “cam ISK je title buku ni” detik hati sendirian..yg sedang memegang buku ‘the book of spell’ yg mana kandungannya adalah jampi serapah merepek.
Mungkin Allah sedang membantu ana membenteras sisa jahiliyyah dalam diri ana.. buku yg sederhana besar ini terselit elok dicelah2 buku2 setebal buku Campbell, Biology. Jika tidak..entah akhawat mana yg akan menerima hadiah ‘buku pelik cam menarik’ ini.
Excited, ana menunjukkan buku ini kpd sahabat yg baru tiba di New street. Kami akan bergerak bersama ke Manchester.
Dia tersenyum cuma.. faham barangkali..
Ana tersentak dengan senyuman manis itu…
“alamak!! Camner kalau enti yg dapat hadiah ni?”
seribu satu ayat nak cover bermain diminda…
“betapa hebatnya ukkhuwah kita hingga tiada rahsia antara kita” atau “enti pasti tau ni ana yg beli sbb kita kan ada telepathy” atau “takdir menentukan bahawa enti pasti akan tahu apa ana beli kerna kita bersefahaman”..
Akhirnya ana diamkan sahaja..…kerana semuanya betul..dan ana pasti dia sgt mengerti
Begitulah hebatnya ikatan ukhuwwah yg terjalin berlunaskan satu persamaan…bkn kerana kami tinggal ditempat yg sama diperantauan (dia Gloucester,ana Selly Oak) bkn course yg sama (dia psychology, ana biology) bkn berasal dari tempat yg sama (walaupun dua2 dari malaysia) bukan juga kerana pernah menuntut bersama2 (dia sekolah Agama, ana sekolah biasa) bukan kerana rupa..(dia rendah skit, ana tinggi sikit..hehe afwan) bukan…bukan..dan bukan
hati ini bersatu berteraskan satu.. kefahaman atas kalimah shahadah…fisabilillah
insyaAllah berkekalan..selamanya
amin
Manchester Piccadily
Pak cik berbangsa british dihujung station itu memandang…raut wajahnya bagaikan melontarkan sejuta tanda tanya..
“pak cik ni international student agaknya” getus hati ini utk menyedapkan rasa hati…jari jemari tetap rajin menyentuh touch skrin semata2 kerana ia memaparkan perkataan ‘touch here to begin’
Sahabatku duduk diam dan tenang..berzikir…ana tersentak..benar..waktu menunggu sahabat lain dari leeds ini seharusnya digunakan dengan baik. Kemana2 ana pergi ana membawa image sebagai seorg muslim.. segera ana membelek terjemahan yg senantiasa menemani ana dalam majlis ilmu..sempat ana membaca beberapa pages..
Sahabat dari leeds sampai…kami bersalaman mesra…asing sungguh wajah2 ini. Belum pun genap setahun kami sudah mampu beramah mesra seperti ini.
Maha suci Allah yg menyatukan hati2 ini
Sekilas, ana mengamati wajah pak cik tadi..kali ini dia tersenyum..
Senyum…
Medina Mosque
“waalaikmsalam wbt”
Entahlah kali keberapa kami ucapkan salam sejahtera ini
Ramai sungguh sisters yg hadir…dari leeds, Leicester, manchester, london, contigen birm yg datang dengan transport lain.. pendek kata seluruh UK.
Malah, sisters dari Eire terbang dari jauh
Juga sisters Scotland yg tabah dan sabar menempuh perjalanan yg panjang..
Bertekad megeratkan lagi persahabatan
Semata2 demi meraih kasih Allah
Usia dan jarak bukanlah persoalan…
Muslimah dan kecemerlangan
Leaders are made, they are not born..
Disebalik kejayaan lelaki,ada wanita dibelakangnya
Talk yg tampak ringkas..tapi padat dan penuh motivasi
Ramai sungguh sumber aspirasi…
Isteri2 rasullullah..para sahabah…wanita2 yg mula2 memeluk islam
Mereka bkn sekadar wanita
Mereka power rangers pink…kot?
Mereka berjuang demi Allah dan Rasulnya..mereka menanam benih akhirat diladang dunia..dalam masa yang sama menjalankan tangungjawab sebagai seorg muslimah sejati..penuh dengan sikap malu dan penyantun..
Merekalah idola
(especially utk org yg pernah bercita2 nak jadi power ranger walaupun ketika itu form 5 sudah…matlamat hidup yg kurang nyata menyempitkan pemikiran…alhamdulillah ana jumpa jalan yg bernilai ini)
Bengkel
Sungguh syg.. hanya dapat hadir 3 dari 6 bengkel yg disediakan..
Tapi bukankah itu bermakna adanya ruang utk kita berkongsi ilmu sesama kita? Bkn hanya menerima…tapi turut memberi pada yg tidak hadir
Menurut hadis rasullullah saw, “sampaikanlah dariku walau sepotong ayat” (carilah hadis ni…usaha tangga kejayaan..insyaAllah)
–Kecantikkan vs counseling–
“apakah sempadan hijab dengan makeup?”
Senyap…(mungkin semua sedang concentrate bagaimana cara nak makeup atau seram melihat speker yg sedang menggunakan pencil eyeliner pada model sambil memandang kami…takut tercucuk mata..hehe wallahualam)
“niat..” ujar seorg ukhti
Sememangnya islam menggalakkan umatnya menjaga penampilan..tapi bagi wanita, janganlah berlebih lebihan dan haruslah ditempat yg betul
Perhiasan yg paling indah…wanita dan wangian…justeru itu wahai wanita, jagalah diri anda selayaknya…bkn hanya utk tatapan mata sesiapa sahaja…
Kita mempunyai nilai yg indah dan maruah yg tinggi
Penting juga bagi kami utk tahu sedikit skill2 bersolek..
“mak andam Malaysia suka solek pekat2..kadang kala x sesuai dengan kehendak syariat..jadi tugas kita utk membantu saudara seaqidah”
Counseling?
‘la tahzan’..
Kalimah Allah Qalam Allah…
Hikmah yg tidak tergambar kehebatannya
Allahuakhbar
–kereta vs memasak–
“ini bukan enjin..ni mesin jahit”
Tergelak kami mendengar celoteh seorg ukhti.
Rupanya begitu…banyak liquid2 yg berlu dicheck kat dalam kereta..
Kalau nak kereta blh perform dengan mantap,pastikan ia tidak mencecah dibawah paras minimum…dan tidak melebihi paras maximum(pastikan anda letak liquid yg betul…bkn liquor …. Nak try blh je…pastikan iman cukup dulu)
Begitulah jugalah dengan kita…
Jika kita hendak hidup didunia dengan mantap, menyusuri jalan ke syurga dengan lancar..maka selalulah check level iman…pastikan ia berada iman paras yg betul
Jgn terkurang hingga futur
Jgn terlampau hingga bidaah
Masakan?
Menurut sumber yg blh dipercayai, mereka belajar masak lemak cili api dan kuih seri muka… semua ini hanya menggunakan microwave
Siapa sangka kotak kecik camtu blh menggantikan api…
Jika Allah kata jadi, maka jadilah ia…
–reflexology vs kesihatan–
“Apa?? Dah tamatkah?? Cepatnya masa berlalu!!”
Hanya itu yg mampu ana suarakan..
Hadirin yg lain kelihatan sangat bersemangat…
Pasti sedang merancang mempraktikkan ilmu yg didapati keatas rakan yg lain
Mungkin juga ada yg memikirkan utk membuka business (atau mungkin ana sahaja..hehe..poundsland)
‘rumah urut annisa’
Wujudlah platform bagi wanita berurut dengan tenang tanpa dihantui perasaan gusar dan khuatir..
Kesihatan?
“kearah muslimah sihat dan cergas!!”
Grand Dinner dan Persembahan
Siapa kata jubah itu outdated dan x bergaya?
Banyak sungguh fesyen terkini yg x berlebihan,malah lbh practical. Bkn sekadar cantik dimata..
Mata terpana melihat keanggunan fesyan jubah yg simple tapi elegan ini sehingga tiada seorg pun mengiraukan juadah yg tersedia dengan bau yg harum.
“WE BRUMMIES~ ~” (cukuplah setakat itu cerita choral speaking kami…)
Selepas kami membawa mesej hijab for peace and unity, kami dibawa mengenangkan saudara yg jauh nun disana..Palestine,dan kami diberi peluang utk menghulur bantuan…membeli sambil menderma. Umat islam harus bersatu…support each other..
‘tidak beriman seseorg mukmin sehingga dia menyayangi saudaranya sebagaimana dirinya sendiri’ dari hadis 40..
‘mawar atau semalu?’ sebuah puisi yg mengindah (mungkin ana akan upload slps ana berjaya mendapatkan puisi itu..insyaAllah)
Nasyid yg memotivasikan
‘demi Allah dan rasulnya’ persembahan bisu dari kakak2 eire nyata memberi impak yg mendalam dalam diri ana..simple..tapi sweet and firm
Dan pelbagai lagi bentuk menyampaikan al-haq yg penuh creative dan effective
Dalam gelak tawa kami…kami sentiasa beringat,mengingati dan memperingatkan..
Bahawa kita harus menjadi hamba Allah yg taat dan patuh
Gift Changing
Beratnya..
Ringan tapi besar..
Berat tapi kecil…
Cylinder?
Segi tiga?
Buku?
Chocolate?
Teddy bear?
Emas?(kaya sungguh)
Mungkin….
Tembikai?(mungkinkah?)
itulah apa yg berlegar2 di minda ana tatkala hadiah2 dipasskan antara satu sama lain…
Lagu berhenti dimainkan..pembalut segiempat tepat kecil itu ana buka dengan cermat (cermat is the new word for rakus..hehe..sesedap hati je)
Dan didalamnya ada dompet yg comel…dan berwarna MERAH (alhamdulillah..warna kegemaranku..)
Sungguh ketetapan Allah itu yg paling baik.
Kepulangan
Pagi itu terasa nyaman sekali
Sayangnya ana x dapat menyertai forum muslimah dan rumah tangga
Dan fiqh wanita
Namun ana pasti brummies (nick name birmingham girls) akan share dengan ana sekembalinya mereka nanti(benar2 belaka..banyak yg dapat dikongsi..dan khusus utk wanita..jadi sesiapa yg terlepas tamrin ini dis year, silalah join kalau ada next year)
Ana dan sahabat ana bergegas pulang
Dan ketempat yg mungkin lebih memerlukan kami
‘islamic history, romantic or depressing?’
Talk yg sedang berlangsung di warwick university…
It is all abaut sirah
Mungkin kita sangka kita dah banyak kali menerima ilmu ini
Namun benarkah kita telah pelajari semua?
Tiada salahnya jika sekadar refresh pengetahuan yg ada
Pemgalaman di warwick university nyata suatu yg sangat berharga
Wallahualam
Wassalam
-Wartawan Birmingham-