MSM West Midlands

Unity beyond borders

Projek Sekolah Angkat February 24, 2008

Filed under: Announcement — msmwestmidlands @ 10:16 am

Sekolah Rendah Islam Al Amin Kuala Terengganu ialah sebuah sekolah swasta dengan prestasi yang sedang meningkat naik di Pantai Timur. Sejak ianya ditubuhkan, lokasi sementara sekolah terletak di Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Pada masa ini, sekolah ini terpaksa menumpang di sebuah bangunan di Kampung Padang Air, Kuala Terengganu sementara pembinaan bangunan sekolah yang sebenar siap dibina.

Majlis Syura Muslimun kawasan Northwest telah memilih untuk mengambil sekolah ini sebagai sekolah angkat sebagai aktiviti praktikal untuk menyumbang kepada masyarakat Islam di Terengganu. Bersandarkan kepada kata-kata Rasulullah s.a.w. bahawa setiap anak yang dilahirkan adalah suci bersih dan ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan mereka, kami merasakan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu menyediakan peluang-peluang dalam mendidik generasi muda ini dengan didikan Islam.

 

Objektif keseluruhan projek ini termasuklah:

i. Membantu mengumpulkan dana untuk pembangunan Sekolah Rendah Islam Al Amin Kuala Terengganu.

ii. Mengumpulkan dan menghantar barang sumbangan pelajar/pekerja/orang awam di UK dan Ireland ke Al Amin Terengganu pada bulan Ogos 2008.

iii. Melatih dan mendidik para pelajar dalam aktiviti kemasyarakatan.

 

AKTIVITI

Secara perancangannya, projek ini akan dijalankan bermula Januari 2008 yang lalu hingga Disember 2008. Aktiviti yang akan dicadangkan adalah seperti berikut:

BIL AKTIVITI
1 Kutipan Dana Al Amin KT
i. Fasa I – April 2008
ii. Fasa II – Jun 2008
iii. Fasa III – November 2008
2 Pengumpulan barang-barang
i. PC terpakai – 3 set
ii. Buku-buku – Pelbagai buku rujukan dan bahan bacaan pelajar
iii. Set kelengkapan perkhemahan – 6 set
iv. Sila rujuk SENARAI BARANGAN YANG DIPERLUKAN
3 Aktiviti semasa cuti musim panas
4 Aktiviti khidmat masyarakat
– ceramah kesihatan
– rawatan kesihatan percuma
5 Post-mortem dan lain-lain pengurusan

 

PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN

KUALA TERENGGANU

(BANGUNAN 2 TINGKAT MENGANDUNGI 12 BILIK DARJAH SERTA BANGGUNAN KANTIN SEKOLAH)

 

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PENUBUHAN

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Daerah Kuala Terengganu telah memulakan operasi SRIAAKT pada tahun 2002 dengan pengambilan pelajarnya yang pertama seramai 45 murid. Falsafah pendidikan dan kurikulum MUSLEH, yang mengaplikasikan dan mengarusperdanakan Islam dalam pendidikan berteraskan konsep tauhid telah dijadikan asas pendidikannya. SRIAAKT kini masih beroperasi di sebuah rumah yang dipinjamkan sebagai bangunan sekolah. Kedudukan bangunan ini agak terpencil dengan ketiadaan kawasan lapang, masalah bekalan air serta bilangan bilik darjah yang terhad.

Mulai tahun 2003, Lembaga Pengelola SRIAAKT telah merancang dan mencari sebuah tapak yang sesuai untuk dijadikan kawasan operasi SRIAAKT yang kekal. Alhamdulillah pada tahun 2004, sebuah tapak seluas 2.8 ekar yang terletak di Kampung Bukit Berangan, Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu telah diwakafkan sebagai tapak kekal SRIAAKT oleh seorang usahawan. Kerja-kerja pembersihan dan penambakan telah selesai dilaksanakan dan kini dalam proses pra-pembinaan.

 

KONSEP PENDIDIKAN SRIAAKT

Konsep pendidikan yang dijadikan teras di SRIAAKT adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara dan boleh dirumuskan seperti berikut:

Falsafah: Proses pendidikan yang berasaskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk diri, masyarakat, negara dan dunia melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

Matlamat: Membentuk dan melaksanakan satu sistem pendidikan yang bertunjangkan aqidah tauhid dan melahirkan generasi akademik muttaqin yang beriman dan menghayati nilai-nilai Islam dan menjadi model dalam masyarakat.

Motto: Ke Arah Pembentukan Generasi Uswah Hasanah

Kurikulum: Menggabungkan matapelajaran UPSR dan Kurikulum Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu. Ianya diperkukuhkan dengan penghayatan Islam dalam aktiviti harian seperti pembacaan dan penghafalan Al-Qur’an, solat berjemaah, pembacaan doa, pergaulan yang terkawal dan lain-lain bentuk pendidikan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Kesepaduan dan keseimbangan pendidikan ini bertujuan untuk menghasilkan golongan pelajar Islam yang berjaya memahami dan dapat menangani kehidupan dengan efektif dan berhikmah.

Kandungan Pelajaran: KBSR, Deeniyah (Seerah, Akhlak, Feqah, Tajweed, Aqidah, Jawi, Bahasa Arab), Ko-kurikulum (Syabab Fatayat; Kelab Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab; Choral Speaking; Kelab Nasyid), Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH dan hafalan Al-Qur’an sebanyak 40 surah.

Jenis-jenis aktiviti: Hari Keluarga, Hari Sukan, Qiam Jundi (qiamullail), mukhayyam (perkhemahan), lawatan sambil belajar, Sumbangan Fakir Miskin (aktiviti kemasyarakatan), Majlis Kurban, seminar-seminar pendidikan dan sebagainya.

 

RANCANGAN PEMBANGUNAN

Rekabentuk bangunan pentadbiran dan bilik darjah yang terkini dan sempurna telah dikenalpasti. Bagi Fasa 1, pembinaan bangunan seluas 12,000 kaki persegi yang merangkumi 12 bilik darjah, dewan serbaguna, pejabat, dewan makan perlu dibangunkan untuk menampung keperluan sehingga tahun 2010.

Pembinaan dijangka akan bermula pada awal tahun 2008 dan kumpulan pelajar yang pertama akan dapat memulakan sesi persekolahan pada tahun 2009. Bangunan ini diharap akan dapat menampung perkembangan sehingga Fasa 2 yang akan mula beroperasi pada tahun 2011.

Sebanyak RM1 juta diperlukan bagi pembangunan Fasa 1 ini. Lembaga Pengelola ingin mengajak masyarakat untuk turut serta menyumbang dalam bentuk kewangan bagi menjayakan projek ini.

 

SOKONGAN MASYARAKAT ISLAM

Semua projek yang dinyatakan di atas tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sokongan dan dokongan daripada semua masyarakat Islam. Oleh itu, kami merayu kepada anda sekalian agar dapat menghulurkan bantuan bagi mengisi dana Tabung Pembangunan SRIAAKT agar projek yang sedang dan akan dilaksanakan dapat berjalan mengikut jadual. Sekecil manapun sumbangan anda sangatlah kami hargai dan kami doakan agar anda sekeluarga dikurniakan kemurahan dan keberkatan rezeki dan dirahmati oleh Allah s.w.t.

 

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU KAMI (bagi yang di Malaysia)

Sumbangan boleh dibuat melalui cara-cara berikut:

1. Wakaf lantai bangunan bagi diri sendiri / ibubapa / waris.

Wakaf Lantai Bangunan (Nilai RM100/kaki persegi):

a. Diri sendiri.

b. Ibu bapa/waris, iaitu: …………………………………………

Keluasan yang ingin diwakafkan = ………… x RM100 = RM ………………….

(Dengan Perkataan : Ringgit: ………………………………………………………….. )

Sijil Wakaf dan resit akan dikeluarkan.

2. Derma/sumbangan secara terus dalam bentuk tunai, cek dan sebagainya.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

  1. Abdul Aziz bin Abdullah (Pengerusi ALP – Tel: 013-9837079)
  2. Ahmad Sabri bin Mohd. Yazid (Timb. Pengerusi ALP – Tel: 019-9880424)
  3. Rosidi bin Ali (Setiausaha ALP – Tel: 012-9588916)
  4. Munawar bin Mohamad (Guru Besar SRIAAKT – Tel: 013-9273557)
  5. SRIAAKT (Pejabat – Tel/Faks: 09-6662061)

 

 

SENARAI BARANGAN YANG DIPERLUKAN

Bil Penggunaan Barangan/Peralatan Kuantiti
1 Makmal Komputer Komputer (PC)
Scanner
Printer
Lain-lain peralatan yang digunakan / diperlukan dalam makmal komputer.

5 – 10

 

2 – 5

2 Peralatan Sukan Kayu dan bola hoki
Raket dan bulu tangkis
Bola tampar, bola sepak, bola jaring
Kemudahan di tempat permainan (gelanggang, jaring dan sebagainya)

Mengikut keperluan

3 Peralatan Sains Mengikut sukatan pembelajaran
Tempat simpanan yang selamat bagi semua peralatan Sains
 
4 Pusat Sumber dan Perpustakaan Bahan bacaan yang bersesuaian dengan murid sekolah rendah
CD pelajaran / aktiviti pembelajaran
 

 

 

Sokongan anda amat diperlukan dalam mencapai objektif projek ini. Bagaimana anda boleh membantu?

1. SUMBANGAN KEWANGAN

Sumbangan online terus ke dalam akaun :

Name : Miss S N A Ibrahim
Account no : 61631691
Sort code : 402729
Reference : Sekolah Angkat AlAmin

Sumbangan menerusi ahli-ahli MSM di kawasan.

2. SUMBANGAN IDEA DAN TENAGA

Buat masa ini, kami masih dalam proses untuk menubuhkan kumpulan penggerak yang akan mendokong usaha-usaha ke arah mencapai objektif projek ini. Kami amat mengalu-alukan individu-individu yang ingin turut sama memikul tanggungjawab, serta berkongsi idea dan tenaga dalam menggerakkan projek ini.


Sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh berhubung melalui email di sekolahangkatalamin@yahoo.com atau menerusi mana-mana ahli MSM.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai projek ini sila layari laman web www.msmnorthwest.wordpress.com.

3. SUMBANGAN BARANGAN

Anda boleh menyumbang barang-barang yang diperlukan pelajar (sila rujuk SENARAI BARANGAN YANG DIPERLUKAN). Jika anda mempunyai barang-barang yang tidak perlukan lagi (yang telah sekian lama tersimpan dalam kotak dan tak tahu apa hendak dilakukan dengannya), anda boleh menyumbang barangan tersebut. Atau jika anda ke carboot, ada sale, dan sebagainya, harap-harap anda teringat akan pelajar-pelajar SRIAAKT yang memerlukan bantuan anda. Untuk menyampaikan barangan yang ingin disumbangkan kepada mereka, anda boleh menghubungi alamat e-mail di atas atau mana-mana ahli MSM di kawasan anda.

 

 

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

(Surah Al-Baqarah: 261)

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

(Surah Ali Imran: 92)

Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang bersembahyang. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya). Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

(Surah Al-Ma`un: 4-7)

Diriwayatkan oleh Asma’ binti Abu Bakar bahawasanya beliau telah berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda telah bersabda: Jangan menutup saku wangmu; kalau tidak, Allah juga akan menahan kurniaNya daripadamu. Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebanyak yang kamu mampu.

(Sahih Bukhari)

‘Adi bin Hatim meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa antara kamu dapat menyelamatkan diri dari api neraka, hendaklah dia melalukan yang demikian, walaupun dengan sekadar separuh biji kurma.

(Sahih Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang bermurah hati dekat pada Allah,dekat pada manusia dan dekat kepada syurga. Dan orang yang bermurah hati jauh dari neraka. Sedangkan oang yang kikir, jauh dari Allah, jauh dari manusia, pun jauh dari syurga, dan dekat kepada neraka. Orang jahil yang bersifat pemurah lebih disukai Allah daripada ahli ibadat tetapi kikir.

(Hadith riwayat Tirmizi)

Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w.: Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya (hubungan dengan dunia) melainkan tiga perkara: Sedekah jariah (tinggalan sedeqah yang masih digunakan), Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang mendoakan untuknya.

(Sahih Muslim)

 

3 Responses to “Projek Sekolah Angkat”

  1. feel_guilty Says:

    mari kawan2 kite tulung ape yang patut..

  2. ace Says:

    nk citer…they were two cute lil gurls said that they ve d same skul song though their skuls r differrent…one in gombak, another in trengganu.
    “Allah matlamat kami, Rasul ikutan kami, Quran pegangan kami….lalala”
    ngeh3. too easy to figure it out…wut skul they were in before.
    ~moga sek. al amin dpt melahirkan lebih ramai muslim yg soleh dan musleh~
    still hesitate to take part? dont laaa =)

  3. sangsiputsedut Says:

    membantu di jalan Allah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s