MSM West Midlands

Unity beyond borders

DIUJI? Jangan salahkan Allah! April 10, 2008

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 5:46 pm
Tags: , , , , , ,

 

 

surat dari seorang teman,

assalamualaikum w.b.t

Diharap semua dalam kemanisan iman dan islam. Sesudah banyak perkara yang kita lalui, insyaAllah banyak yang kita pelajari di dalamnya, malah yang paling penting adalah aplikasi selepasnya.

Saya ingin membicarakan satu perkara penting bagi seorang muslim-tentang ukhuwwah-tentang berlapang dada. Maafkan andai tulisan saya ini menyinggung hati dan perasaan teman-teman yang disayangi Allah.

Ketika saya masih kecil, saya selalu bertanya kepada bapa saya, apakah yang patut saya lakukan bila saya terasa ada banyak sangat masalah dan tidak boleh nak ‘handle’.

Malah, ketika saya di sekolah menengah, cikgu sains saya mengatakan perkara yang sama dengan jawapan bapa saya iaitu:

“Ambil masalah letak tepi.Letak elok2.”

Saya berfikir-mudahnya penyelesaian mereka ini. Namun, kini saya faham bahawa apa yang dimaksudkan ialah, jika kita melihat masalah dengan satu perasaan masalah itu adalah besar, maka besarlah jadinya.
Jika kita melihat masalah itu kecil,maka kecillah jadinya. Malah, apabila kita melihat masalah itu bukannya satu masalah,ia tidak akan menjadi satu masalah.

Semua ini bergantung pada neraca dan ‘perspective’ kita dalam hidup. Saya ingin mengingatkan diri saya terutamanya, bahawa berat atau ringan sesuatu hal itu terletak di hati kita sebenarnya. Marilah kita merefleks kembali masalah-masalah dan hal-hal yang menguji kita sebelum, ketika dan mungkin yang akan datang. Andai kata kita hanya memikirkan keberatan dan kesusahan masalah itu, sesungguhnya ia menjadi lebih susah.

Maka, satu perkara yang penting dalam menilai sesuatu hal atau masalah, adalah berlapang dada dan berbaik sangka dengan Allah. Ujian yang melanda baik untuk kita-sebagai kifarah dosa atau sebagai pedoman utk kita. Menariknya berlapang dada dengan Allah ialah kita tidak akan merasa terbeban dengan kelemahan diri sendiri,malah akan sentiasa mencari jalan ke arah memperbaikinya. Kita akan sentiasa tahu bahawa Allahlah yang menentukan segalanya. Kita hanya perlu berusaha.

Selain itu juga, berlapang dada dengan orang yang terlibat. Fikirkan seribu satu alasan utk org tersebut menimbulkan masalah pada kita.(mungkinkah pada ketika itu dia mmg ‘takde’ ‘mood’,dia te’rslip tougue’ etc) semua yang baik-baik. Senyum dan berbaik sangkalah. Andai kata tidak mampu menyelesaikannya dengan kadar segera, ketahuilah masa itu mampu mengubatinya.

Penting juga untuk kita yang di luar permasalahan orang, yang pertamanya tidak melibatkan diri andai ia akan menambahkan lagi masalah tersebut- kita kena fikir, orang yang terlibat juga kena fikir. Jangan jadi seperti tikus membaiki labu. Bukanlah tidak bagus utk jaga tepi kain org, tetapi di dalam konteks untuk menjaga keharmonian, kita harus sentiasa berbaik sangka dan mendoakan yang terbaik utk mereka. sy juga byk melakukan kesilapan dengan memasuk campur masalah dan urusan org lain, sehingga mendatangkan ‘pressure’ dan menambahkan parah masalah yang sebenarnya kecil dan halus itu.Saya mohon maaf di sini.

Bagi diri saya, sesetengah perkara itu hanya boleh diubati dengan masa. Maka, berilah masa pada diri sendiri, berilah masa pada kawan dan rakan kita, berilah masa pada musuh kita. Sekalipun kita mahu segalanya pulih seperti sedia kala, kekadang ia menuntut kesabaran kita untuk melihat segalanya pulih dan sihat.

Ingatan utk diri saya dan para sahabat sekalian, bahawa kita tidak semudahnya mengambil pengalaman sendiri dalam menyelesaikan masalah orang lain. Saya sering melakukan kesilapan ini dengan membandingkan diri saya dengan masalah yang ada. Salah! setiap kita memandang dengan kanta mata yang berbeza. Malah, sekalipun rapat kita ini, sudah taaruf, tafahum… masih banyak yang tidak ketahui tentang sifat,perangai dan mood rakan kita. Semuanya boleh berubah dengan masa. Saya minta maaf sekiranya nasihat saya hanya memandang dari kanta mata saya sahaja.

Maaf sekali lagi kerana terpaksa mengatakan perkara yang terakhir ini:
berilah masa
berilah masa
berilah masa

Jangan bebani diri dengan masalah yang hanya boleh diungkaikan dengan kesabaran menunggu.

Sekali lagi maaf sekiranya pandangan saya yang cetek ini sama sekali salah di mata kalian. saya hanya mahukan yang terbaik buat kalian.

Tentang diri kalian-kalianlah yang paling arif selepas Allah.Kalianlah yang tahu prioriti dan kemampuan kalian. Setiap usaha kalian, setiap ijtihad kalian, setiap ibadah kalian. Kalian sendiri mampu menilainya. Berilah waktu dan tempoh untuk menilai kembali diri. Dekatkan diri dengan Allah, mintalah pertolonganNya, sucikan niat kalian dan berpegang teguhlah dengan taliNya.
Seandainya kalian telah membuat satu keputusan, berpegang teguhlah padanya setelah mengambil kira pandangan dan dalil Quran dan sunnah.Buat rakan-rakan yang lain-hormatilah keputusan mereka dan berlapang dadalah.Kemampuan kita tidak sama,tapi inshaAllah kita sentiasa akan melakukan yang terbaik.

40:55 “Maka bersabarlah kamu ,sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi.”

salam sayang,
hamba Allah

notakaki:diambil dengan kebenaran dan di’edit’ mengikut kesesuaian umum.

 

2 Responses to “DIUJI? Jangan salahkan Allah!”

  1. feel_guilty Says:

    salam’alaik..
    jazakumullahukhairan katheera for sharing dis article..
    it is really interesting to read someone perspective that really struck ur life n perception..
    may Allah guide us through the right path for all our life..
    n may d upcoming exam won’t keep us away from Allah..
    renew our intentions always insyaAllah..
    salam..

  2. msmwestmidlands Says:

    waiyyaki. moga bermanfaat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s