MSM West Midlands

Unity beyond borders

Spain,andalusia 1(granada) July 20, 2008

Filed under: Uncategorized — msmwestmidlands @ 7:49 am

Bismillah Ar-rahman Ar-raheem

Saya x tahu bagaimana nak menjadi seorg penulis yg terbaik. Namun saya ingin cuba utk kongsi pengalaman saya di Spain, bumi Andalus

Tahukah kalian ttg andalus? M. Nasir pernah menyanyikan lagu bertajuk Andalusia..tapi tahukah kalian “Ada Apa dengan Andalusia?” (ayat ada apa dengan something ni mcm dah ketinggalan zamanlah kan? Nyata saya x pandai bercerita)

Ini cumalah sedikit sebanyak pengalam dari saya, bagaimanapun ia adalah berdasarkan apa yg saya rasa. Andainya kelak kalian berpeluang utk menjejakkan kaki ke sana, mungkin kalian akan berjumpa dengan perkara yg jauh lebih menarik dari saya..Wallahualam

————————————————————————————————————

Menjelajah Spain….

Ada bberapa option utk saya.

Bersama senior + junior + postgrad yg baru dikenali

Atau bersama housemate yg sebaya?

Atau….

Berguling2 di atas katil sepanjang summer?(option ni agak menarik juga..hehe)

Ali ‘Imran:137

“Sungguh telah berlalu sebelum kamu sunnah2 (Allah) kerana itu berjalanlah kamu ke (segenap penjuru) bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan org yg mendustakan”

Aduss… Allah menggalakkan utk kita berjalan dan berfikir, saya pula mcm sengaja utk tolak tawaran hebat ini hanya utk berguling2 diatas katil…

Jadi… option 1 or option 2?

Mungkin baik juga bersama dengan housemate…mereka lebih mengenali saya. Kami mungkin lebih rapat kerana kami tinggal sebumbung…

Walaubagaimanapun…bukankah saya mcm mementingkan diri? Saya ingin bersama mereka yg mengenali saya, saya berharap agar dikelilingi org yg mengenali saya tetapi saya x mahu mengenali org lain..adakah itu satu system yg adil? sebagai pesuruh keadilan, saya yg cintakan keamanan ini x sepatutnya melakukan hal itu. “dengan kuasa bulan, akan menghukummu…” (maaf, mungkin saya terlampau banyak menonton kartun Sailormoon semasa saya kecil dan comel…)

Atau sebenarnya saya seorg pengecut yg cuba berlindung dibawah kotak kecil dan sempit? X berani berjuang meluaskan empayar potensi diri dan lari dari masyarakat?

Akhirnya saya memilih utk berjuang merentas andalus bersama junior+senior+postgrad yg baru dikenali…dan ianya benar2 pilihan yg baik

arrival

eh? Dah sampai Malaysia? (flight 3 jam mampu utk membuat saya tidur hingga bermimpi pulang ke tanah air…)

org kata masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang singa mengaum…

maka saat di spain adalah pertama kali saya merasakan peribahasa ini

saya rasa pemandu bas tu sedang menujukan soalannya kepada kami

kami yg pada mulanya agak bising terus terdiam…

saya yg ketika itu sedang memegang kamus Spanish yg dibeli di birmingham market dengan harga GBP2 beserta graphic card dan cd menanyakan soalan epu emas..

“sape ada kamus?”

Nasib baik soalan innocent saya ini x didengari kerana masing2 turut berasa cemas…hahaha

Alhamdulillah wujudnya hamba Allah yg sudi menghulurkan pertolongan

The need to communicate x terhenti disitu…kebanyakkan mereka x faham bahasa inggeris, “muy poco” jawab mereka bila ditanya(bukan tarian pocho2)

Kadang kala saya terfikir, jika mereka x faham inggeris, baik saya cakap bahasa melayu sahaja…(bukankah saya sangat berjiwa patriotic?)

macam kucing cakap dengan burung, saya mengiau mereka bersiul…(benar2 x paham)

saya teringat terdapat seorg sahabat rasullullah saw yg mempelajari bahasa hanya dalam masa seminggu demi menyampaikan islam..mereka yg menguasai bahasa mampu menguasai dunia, maka semangat saya utk mempelajari bahasa Spanish semakin meluap2

‘knock knock’

10 saat tamat maka saya pun mengetuk pintu bilik hotel yg bernombor 15 itu

‘knock knock’

Sepatutnya kak Siti dan kak Aishah dah ada kat dalam

4…3….2….

“eh, awak salah bilik, bilik kita 15-1”

“owh…maaf bilik 15” nasib baik kak Siti sempat menghalang saya dri mengetuk pintu sekali lagi…

Di hotel Granada ini, kami tidur di 3 bilik berasingan. Ketika ke bilik rakan seperjuangan, saya terserempak dengan sebuah keluarga yg kelihatan teragak2 utk melalui tangga..kecuali anak kecil perempuannya yg melulu dan senyum melihat saya..

“hola!”

Adik itu menyambut sapaan saya dengan ketawa kecil dan berlari mendapatkan ibunya

Melihat keluarganya saya hanya menyapa mereka dengan senyuman. Mereka kelihatan seperti malu2..

“korg…jom makan!!! yeay!” maka penuh dan riuhlah bilik 15-1

Pagi esoknya kami terima surat

“dearest love, sorry we thought u were a murderer.”

jgn salah faham

jgn salah faham

Hahahaha

Maka sy tersedar pentingnya utk saya menjaga imej sebagai muslim..

Ali ‘imran:110

“kamu(umat islam) adalah umat yg terbaik yg dilahirkan utk manusia,(kerana

kamu) menyuruh (berbuat) yg makruf, dan mencegah dari yg mungkar, dan

beriman kpd Allah. Sekiranya Ahli kitab beriman,tentulah itu lebih baik bagi

mereka. Diantara mereka ada yg beriman, namun kebanyakan mereka adalah

org2 yg fasik”

imej seorg muslim..kemana sahaja kita pergi, pegangan hidup kitalah asasnya

islam mengajar kita menjadi umat yg baik

wallahualam

(bagaimanapun saya seorg manusia biasa..dan dalam x sedar, saya rasa sayalah yg paling banyak membawa imej pelik ke spain…aduss)

bersambung….

 

3 Responses to “Spain,andalusia 1(granada)”

  1. amiable Says:

    sempoi entry ni-tp best!
    anyway, quite shocking knape smpai macam tu skali die expect awak? mase tu tgh pegang pisau potong buah ke?

  2. wartawan bimingham Says:

    emm…
    mungkin kerana…
    entahlah..hahahaha

  3. feel_guilty Says:

    salam..kelaka le awk..menarik sungguh pengalaman itu..:)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s