MSM West Midlands

Unity beyond borders

think spain! July 20, 2008

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 7:35 am

Mungkin itu adalah kali pertama XadiaX(mungkin nama sebenar) menjejakkan kaki ke bumi Andalusia. Niat dihati ingin menjelajah tanah yang dahulunya gah dimata dunia kerana Islam. Entah mengapa pada masa itu XadiaX kelihatan tertarik dengan tempat itu.

Mungkin kerana XadiaX suka mencabar diri spt masuk rumah hantu walaupun tahu tiada faedah..

Maka dengan bangganya XadiaX mencadangkan rakan-rakannya kesana

“Galeria of Tortura?!”

Wajah rakan2nya kelihatan takut

Atau mungkin bingung

Atau mungkin pelik

Atau mungkin keliru

“mengapa harus pergi ke tempat yang menakutkan itu?”
akhirnya tanpa perlu mengatakan apa2, XadiaX seakan-akan mengerti apa yg bermain dikotak fikiran rakan2nya. Maka dia membuat kesimpulan bahawa rakan2nya turut excited nak pergi! Yeay!!

(adakah XadiaX terlampau x sensitive? Aduss)

Akhinya berjaya juga XadiaX menjejakkan kaki ke galeri tersebut

Namun tiada siapa yang menyertainya

(mungkinkah XadiaX terlampau degil?)
XadiaX melangkah perlahan2 dalam bilik pameran yang suram,kelam dan dipenuhi alat-alat penyeksaan yang digunakan ketika zaman kegelapan dulu.

Tiada kelibat orang lain ketika itu. Mungkin kerana hari telah pun lewat?

atau org lain ada banyak benda lain blh buat dalam cuaca yg cerah walaupun dah kul 8pm?(atau mungkin XadiaX sorg yg suka tengok benda2 pelik ni)

XadiaX mempercepatkan langkah. Dia mula membaca ayat Qursi (tau pun takut)

Beberapa minit kemudian XadiaX terdengar suara Pae(bukan nama sebenar) dan kak Afxfxh(nama dirahsiakan bagi menghormati sensitivity kaum..hehe) tatkala menghampiri pintu keluar yg juga merupakan pintu masuk galeri tersebut

XadiaX pada mulanya bercadang utk ke galeri tersebut bersama pae namun disebabkan hal2 tertentu, XadiaX gerak seorg diri(mungkin XadiaX degil sebenarnya)

Terdetik dalam hati XadiaX, tindakkannya ini merugikan kerana tidak dapat eratkan lagi ukkhuwah.

Namun XadiaX batalkan niat utk keluar, malah dia menyorok agar kewujudannya tidak dikesan

XadiaX yang egoist tak mahu wajahnya yang pucat terdedah kepada umum (XadiaX memang terkenal dengan anti-publisiti dan low profile..hehe)

Apabila pasti mereka tiada XadiaX bergegas pulang.

XadiaX benar2 ketakutan

Sungguhpun XadiaX tidak menyentuh alatan2 tersebut,dia dapat membayangkan betapa seksanya apabila kulit ditembusi perkakas yang tajam itu.

XadiaX juga dapat membayangkan betapa sengsaranya apabila badan digergaji dua dengan melihat sendiri saiz gergaji yang cam siang ikan pun x pass

XadiaX terpegun seketika “bukankah ada dalam hadis Ghulam mengenai rahib yang digergaji dua?”

“adakah sebegini dahsyatnya antara dugaan org2 terawal memeluk islam?”

“beginikah bombasticnya(maaf, ku agak suka rojak buah,rojak petis dan bahasa rojak) dugaan yang dilalui rasullullah saw?”

Demi kalimat shahadah

“tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah”

XadiaX tersentak…dia baru teringat

Entah berapa kali Quran mengingatkan ttg azab-Nya yang keras?

apa pendapat kalian? sudi2kanlah topup mutiara kata

wartawan birm-kemana sahaja kita pergi, kalau kita fikir dengan lebih, kita takkan dapat lari dari melihat kebesaran tuhan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s