MSM West Midlands

Unity beyond borders

Usrah=kahwin?? July 29, 2008

Filed under: Uncategorized — msmwestmidlands @ 5:10 am

Bismillah Ar-rahman Ar-raheem

Assalamualaikum

“betul ke kumpulan USRAH ni menjodoh-jodohkan org?”

Jeng jeng jeng…..

“pastu balik x bawak apa2..bawak anak n hutang dengan sponsor..”

aduss…..

“sertai usrah, keputusan makin merosot sbb active sangat”

aduss…adus…

aduss..aduss…aduss….(mcm lagu dangdut la pulak..astagfirullah)

saya tergamam…dan hanya beristighfar mendengar berita2 ini…apa yang mampu saya simpulkan masyarakat sedang menganggap usrah sebagai kawen???

“Jodoh ditangan tuhan…”
itulah kalimat yg sering saya denar dari bibir org2 dewasa disekitar saya semasa saya masih remaja… kini setelah saya memasuki umur muda belia mengapa pula mereka seakan2 mengatakan “jodoh ditangan usrah?”

Maka saya seakan2 ingin menjerit “Aku lebih dewasa dari dewasa!!! Yeay!!” sebagaimana saya pernah jerit “aku lebih lelaki dari lelaki!! Rasakan kehebatanku!” semasa ditingkatan dua setelah membelasah seorg budak lelaki yg nakal… (akhirnya saya didenda oleh guru kerana membuat pencemaran bunyi..ketika itu pelajar sekolah tough lagi..kena denda sikit xde le nak buat scene kat media….)

Tentang hal2 ini saya kurang arif..malah sebenarnya ini kali pertama saya dengar akannya. Saya sering terserempak dengan mereka yg telah berkahwin dan berjaya, mungkin kerana itu saya tak tahu

Bagaimanapun, kes2 seperti ini adalah kes2 terpencil. Kalau kita guna ratio mereka yg kawen dan gagal vs mereka yg kawen tapi berjaya mungkin kita akan tenang sikit…

Mungkin seorg dua sahaja yg menerima nasib sedemikian tetapi akibat cerita mereka dijaja seribu org maka ia kelihatan seperti beratus yg bernasib sedemikian.

Biasalah.. cerita2 panas mcmni laku dijaja…(saya membayangkan, kalau ada org citer kat saya cousin dia kawen kat UK thn lepas n thn ni dia dapat anugerah pelajar cemerlang..mesti sy kata Alhamdulillah, rezeki dia murah..end.. xde effort utk cerita ttg kejayaan org yang tiada kena mengena dengan saya…)

Enough tentang tu sbb saya pun x tau apa2… biarlah saya cerita pengalaman saya dan usrah..mungkin lebih baik dari sy beritahu ‘apa yg sy dengar’ atau ‘org kata’ atau ‘dengar cerita’. Seterusnya terpulanglah pada kalian utk menilai

***************************************************************************************************************

Petang itu kali pertama saya sujud dalam tempoh yang lama..dan pertama kali itu jugalah saya merasakan nikmatnya sujud kepada Allah..saya menangis terharu dan berterima kasih kepada Allah kerana melapangkan rezeki dan urusan saya serta wujudnya insan2 yg sudi membantu saya..my seniors

Menjejakkan kaki di United Kingdom, saya yg sebenarnya tiada keinginan langsung utk melanjutkan pelajaran diluar Negara rasakan bagai dicampak ketengah2 lautan..dengan beberapa masalah yg timbul, dan tidak mengenali walaupun rakan sebatch, saya rasakan saya hampir lemas. Dengan izin Allah, mereka menghulurkan tangan, membantu saya..walaupun x pernah jumpa saya..walaupun dalam hati saya sendiri bertanya “Siapa kamu?”

Dan malam itu sy tertidur diatas sofa mereka ketika mendengar mp3 surah yassin dalam handphone (sy simpan mp3 ni sbb saya takut hantu…hahaha..adesss)

Apabila saya sedar, tubuh saya berbalut dengan selimut..empuk dan hangat.. dan disisi saya, seorang kakak lena..menemani saya di ruang tamu rumahnya itu..

“siapakah kamu?”

Persoalan saya hanya dijawab dengan dengkuran.. saya hanya mampu tersenyum…

“kak U** Madu tu alim sikit…watch ur words” pesan rakan saya

Sebulan telah berlalu, hubungan saya dengan rakan sebatch telah bertambah baik. Begitu juga dengan seniors..mmg benar..kak U** Madu pakai tudung labuh dan sering mengenakan baju kurung…kebiasaannya saya cukup aware dengan org sebegini dan melarikan diri..saya lebih suka berkawan dengan org2 yg rock..entah mengapa kak U** Madu memberikan perasaan yg berbeza..begitu juga dengan rakan2nya..perasaan yang sangat selesa…

“siapakah kamu?” desis hati saya lagi

Akhirnya saya membuat keputusan untuk memagar diri..tetapi tetap berhubung dengan mereka demi kebaikan jangka masa panjang..(jahatkan saya?)

Jadi saya sering melarikan diri

“usrah? Apakah itu? Duduk sejenak utk beriman dengan Allah? Masa2 lain x boleh ke? Nak kena duduk2 jugak? Kalau saya x join bermakna saya x nak beriman ke?”

Begitulah persoalan yg sering berlegar2 dikepala saya..

Saya sayang agama saya. Saya bangga saya Islam. Saya jaga solat saya. X perlulah utk extreme sangat sampai buat usrah… org pakai tudung pun bkn semua baik. Tengok je la edisi siasat…

Benar..ketika itu saya memasang niat utk tidak memakai tudung. Malah saya pernah menggalakkan rakan saya utk berbuat demikian, sebagaimana yg dia suka. Sesuatu yg saya sesali hingga hari ini.. entah apa yg akan terjadi pada saya sekarang andainya hari itu saya masih berdegil..melarikan diri dari usrah. Entah mengapa petang itu saya rasa begitu tertarik utk mengetahui sendiri apa itu usrah. Maka saya stay, biasanya saya akan cari seribu alasan utk excuse diri…

Usrah dimulakan dengan tadabbur Quran seperti biasa. Seorg demi seorg membacakan ayat suci. Saya mendengar… kenapa ia sangat berbeza dengan tilawah yg sering keudara di tv2 dulu? (saya sering menukar saluran apabila tiba rancangan tilawah..hehe)

Seperti ada sesuatu yg lain..entah dimana… saya tidak membacakannya kerana ketika itu sy tidak sy tidak suci. Maka saya diminta agar membacakan terjemahannya.

Sy rasakan bagai jantung saya digenggam erat agar berhenti berdegup..

Apakah ini?

Apakah ini?

Apakah ini?

Inikah Al-Quran?

Selama ini saya pernah mendengarnya…tapi saya tidak pernah mengenalinya…

Saya tak pernah peduli akan maksudnya

Malah saya seakan2 tak tahu bahawa ayat2 ini mempunyai makna

Apakah ini?
ia seakan2 pesanan dari ibu yg menyayangi kita dan menasihati kita

Ia memberi amaran kepada kita dan kemudian ia menasihati kita malah menenangkan hati kita dengan kata yg ikhlas.

Tak…ia lebih dari pesanan ibu…ia jauh lebih…(saya x tergambarkan perasaannya)

Ia pastinya dari yang sangat menyayangi kita lebih dari ibu..lebih dari segalanya

Pastinya…pastinya ia dari pencipta..Allah yang maha besar!

Ajaibnya…

Hebatnya…

Ajaibnya…inikah yg terkandung dalam sebuah buku yg selama ini saya akui saya sanjungi sehingga saya meletakkan ia diatas almari tertinggi dirumah saya dan akhirnya membiarkan ia tidak bersentuh? Kitab yg tiada effort utk sy pelajarinya?

Inikah selama ini yg telah saya abaikan?

Sebuah keajaiban…

saya dapat rasakan seluruh tubuh saya menggigil,terutama sekali apabila saya mengingatkan kembali alunan ayat2 suci ini yg dibacakan rakan2 usrah.

Dan dari situ saya mulai jatuh cinta pada Al-Quran

Saya mula menjinak2kan diri dengan usrah..

Saya nekad hadirkan diri saya pada minggu seterusnya. Dan dengan kehadiran tersebut bermakna akan tibanya masa utk saya pula mentilawahkan beberapa potong ayat al-Quran.. saya takut.. saya sgt takut..saya sememangnya tidak reti membaca al-Quran.. semasa sekolah agama saya ponteng..bila dihantar belajar mengaji saya nyorok…(masalah betullah saya ni)

Tapi tiada seorg pun dari mereka mentertawakan bacaan saya. Malah mereka dengar dengan alert. Dan memperbetulkan bacaan saya. Dan membantu saya menguasainya..saya yg sememangnya egoist, tangisan pada saya hanyalah utk pengecut yang lemah..tapi dikala itu,airmata bagaikan murah..menitis laju..saya terharu..kerana keajaiban Al-Quran,dan juga kerana kehangatan ‘mereka’ dibumi UK yg sejuk…

Usrah tidak hanya sekadar membaca Al-Quran, disini kami turut memahami agama junjungan kami. Pelbagai perbincangan yang diadakan.. soalan2 yg pernah bersarang minda saya rupa-rupanya jelas di dalam al-Quran

Mengapa kita dilahirkan? Mengapa sy seorg manusia, bukan kucing?

Apakah yg menanti saya selepas mati?

Dari mana hadirnya saya dan kemana?

Semua persoalan tersebut jelas terjawab..malah saya turut terpegun dengan timbunan dalil yang menyuruh kita agar tidak mengabaikan pelajaran..

(Ia seperti tattoo.. ia haram kerana ia menzalimi diri kita sendiri..malah ia mengabaikan tubuh badan yg merupakan nikmat Allah kepada kita…Setiap kita berhak mendapat ilmu..tidak mempelajari ilmu seakan2 menzalimi diri dan mengabaikan nikmat yang diturunkan Allah swt yg telah mengajar kita apa yg tidak kita ketahui…Wajarkah kita mengabaikan pelajaran? Mungkinkah kami menolak pembelajaran kami ketepi? Dan banyak lagi perkara yg lebih bermanfaat dan penting utk difikirkan dalam usrah berbanding kahwin…)

Akhirnya saya bertemu Islam…mutiara yg telah saya abaikan selama 20thn saya hidup..

Syukur kepada Allah yg pemurah dengan rahmatnya, saya masih lagi diberi peluang bertaubat..

2thn telah berlalu,telah banyak usrah saya sertai. Bukan kumpulan ini yg akn menentukan syurga atau neraka buat kita tetapi semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Suatu hari nanti kita akan dihisab sendiri

Disana…kita sendirian..dan iman..

Namun ia masih lagi memeranjatkan saya,betapa kuatnya iman saya kita bersama2 dan betapa lemahnya saya sendirian..ya..saya merindui suasana itu..suasana usrah..suasana dimana kami berkumpul hanya demi Allah..

Walaupun ia mengambil masa hanya 2 jam dari 168 jam seminggu (saya rasa masa yg kita gunakan utk ketandas lagi banyak dari dua jam ini kan?)

Dan akhirnya saya dapat jawapan kepada persoalan saya tanpa bertanya mereka..

“siapakah kamu?”

“kami hanya hamba Allah, muslim yg mencari mardhatillah. Dan kami mengajak kamu bersama2 menikmati redha Allah..pencipta yang satu..”

 

5 Responses to “Usrah=kahwin??”

  1. amiable Says:

    this entry makes me really touched.
    our experience might not be the same, but the feeling of finding the true identity thru usrah might be similar..
    for me, i couldn’t find myself thru any other means, yes talks does trigger me, but it doesn’t guide me all the way to revert, utk kembali pada Allah dan fitrah..

  2. feel_guilty Says:

    urmm..awk, bile trbaca yg hidayah tu milik Allah kn, sntiase rse syukur sgt.. dberi peluang mcm awk n rkn2 lain, mlihat our true purpose on the world n discovering the true islam..alhamdulillah..jom kite kuatkn smngt kite ntuk arik kwn2 lain juga..kn ke kite prlu berikn jentikan tu pd mreka, mngkin hidayah Allah akn smpai pd mreka, biiznillah..:)

  3. devilia insaf Says:

    alhamdulillah

  4. Usrah jemaah anak muda Says:

    salam .ana ada copy artikel ni dan masukkan ke dalam discussion group usrah jemaah anak muda dalam facebook

    http://www.facebook.com/topic.php?topic=12098&uid=286444868819

    Syukran JAzilan

  5. Muttaqiah Says:

    Assalamualaikum..alhmdulillah…
    kbiasaannya saya jarang mmbuka website2 yg d suruh kcuali untuk ilmiah yg sahih tapi hari ini saya cipta sejarah mbuka dan mbacanya..alhmdulillah,semuanya dengan izin Allah s.w.t…

    di sini sy hnya ingn bkongsi ayat-ayat Allah dalam surah Al’An’am ayat 5-6

    “Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-auyat kami datang kepada kepadamu, maaka katakanlah,”Salamun’alaikum(selamat sejahtera untuk kamu).” tuhanmu telah menetapkan sifat kasih sayang pada diri-nya iaitu barang siapa berbuat kejahatan di antara kamu kerana kebodohan, kemudian dia bertaubat setelah itu dan mperbaiki diri, maka Dia Maha Pengampun ,Maha Penyayang”

    “dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al’Quran, agar terlihat jelas jalan orang-orang yang saleh dan terlihat jelas pula jalan orang-orang yang berdosa”….

    sekian,wassalam….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s