MSM West Midlands

Unity beyond borders

D.O.V.E ? October 31, 2008

Filed under: Announcement — msmwestmidlands @ 12:05 am
Tags: , ,

Bismillah ar-Rahman ar-Raheem,

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang,

Sedikit review mengenai D.O.V.E. dari seorang sahabat..

It’s time to think big. Ya! Itu yang menerpa ruang fikiran saya sejak didedahkan dengan ISK kira-kira setahun lalu. Apa itu ISK? Oh, itu nama singkatan bagi suatu pengisian yang bakal mencelikkan hati-hati yang telah lama buta. Buta bukan kerana kejahilan dalam akademik, tidak juga kerna cinta terlarang (adei!) namun paling ramai yang buta hanyasanya kerana tiada pendedahan tentang perkara ini.

ISK=Ini Sejarah Kita. Berilah apa sahaja nama baru kepadanya, YOH=Your Own History atau DOVE=Discover Our Value and Excellence ;itu semua menjurus kepada suatu perkara yang besar dan sangat bernilai dalam menelusuri hidup kita sebagai hamba Allah subhanahu wata`ala.

“Apakah? Bukankah kita semua sudah tahu kalau segala macam manusia semua berasal dari Nabi Adam ‘alaihissalam. Ada apa lagi ya? Kalau teori evolusi atau Darwinisme pasti sudah saya tolak mentah-mentah.’

Mungkin ini antara jawapan yang terbit dari bibir cerdik pandai dalam kalangan kita.

Seharusnya kita rasa lebih dekat dengan pemilihan kata `kita’ tersebut. Sejarah kita untuk kita. Sejarah yang sebenar tetapi hampir terkubur dek kejumudan masyarakat dan propaganda sesetengah pihak yang berkepentingan dalam menyembunyikan sebuah kebenaran.

Sebagai muqaddimah ingin saya tegaskan kembali sebab musabab perlunya penceritaan dan pengetahuan mengenai ISK ini bagi setiap individu muslim lagi mukmin. Once again, it’s time to think big.Think big and act big. Apabila pembongkaran hakikat dan nilai sebenar umat Islam sebagai umat yang terbaik di muka bumi Tuhan ini, mind setting kita akan berubah dari ruang lingkup yang kecil kepada pemikiran yang global. Kita tidak lagi hidup dalam dunia kita sendiri. Belajar, bekerja kemudian berumah tangga lalu sampai waktunya mati dalam sia-sia. Sebaliknya kita punyai cita-cita yang amat besar iaitu untuk mengembalikan kegemilangan ummah seperti zaman Abbasiyah dahulu. Saudara kita bukan setakat sepupu -sepapat yang kita kenali sejak kecil. Saudara kita tidak terpisah oleh sempadan peta dunia namun kita disatukan di bawah satu payung aqidah, kepercayan yang serupa.( Maaf, seronok pula saya membebel. )

“Em, macam pernah belajar semasa SPM dulu. Tapi, rasa kabur-kabur lagi. ‘’

Tak mengapa, kerna kami saudara-saudara kamu (saudari-saudari sebetulnya) akan cuba berkongsi. Mari bersama dalam taman syurga, kita beriman sejenak.

D.O.V.E

Tarikh: 1 November 2008, Sabtu

Tempat: Baitul Hikmah

Masa: 1000

Speaker: Hebat-hebat belaka (rugi kalau tak datang)

Semoga Allah menggerakkan minda dan jiwa dan memberikan kefahaman kepada mereka yang tiada jemu berusaha mencari. Boleh jadi ISK salah satu wasilah titik tolak perubahan dalam mencari erti hidup yang hakiki. Bi iznillah.

Wallahu’alam,

Moga bermanfaat, moga sentiasa di bawah lindungan kasih dan rahmatNya insyaAllah..

Wassalam..

 

Per Ardua ad Astra.. October 30, 2008

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 3:58 pm
Tags: , ,

Bismillah ar-Rahman ar-Raheem,

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful,

Per Ardua ad Astra?

Apa tu? Mesti korang tertanya2.. Saya pun sebenarnya.. Huhu.. Kalo perasan kat logo Birm University tu, ade quote ni.. Kalo nak tau, maksud die adalah, ‘Through Hardship to the Stars’..

Urm, selama ni buat tak pedulik je kan? Haha.. So dah kebetulan ni, nak kongsi satu cerita yang saya baca tadi.. Berkaitan dgn per ardua ad astra dan jugak knowledge seeking..

Ian Nash, seorang English scholar, pernah buat research pasal Jepun.. What he found was that, what shook Japanese the most were the great Kanto Earthquake in 1923 and also the destruction of two of its major cities by the dropping of atomic bombs in 1945.

Masa tu Jepun dah jadi macam tanah yang dah takleh guna.. Yelah, can you imagine, lepas earthquake, ade atomic bomb plak.. Macam mana la diorang nak recover kan? Masa tu everyone macam rasa yang Jepun ni dah takde harapan la nak bangkit semula.. Saya pun mungkin akan rasa macam tu juga lah kalau ade pada zaman tu kan..

Tapi nak kata yang, ketetapan Allah ni sangat best la kan.. Cuba tengok Jepun sekarang ni.. MashaAllah, SubhanAllah, sangatla maju.. It is among the most prominent figure in the industrial and commercial scene.. They have advance technologies in spite of the lack of natural resources they can use.

Semua ni sebab ape ye? Memang it is ketetapan from Allah SWT, tapi, if there’s no one to act, do you guys think Japan would be at the position they are now? So maksudnya, kene la ada orang yang ambitious kan?

Tapi orang yang ambitious je tak cukup, kena la juga ada orang yang sanggup act to make the dreams and ambitons becomes reality.. Everyone had their own hidden potential, and when they had the will, all these potential will be brought into play, just to make sure that their plans will be fruition.

Yang penting kene ade WILL.. This will yang akan drive human achieving the impossible kan? And other than that is sentiasa doa pada Allah kan? Minta kekuatan dariNya.. Sebab tanpa izinNya, sesuatu yang kita plan atau usahakan takkan berlaku, btol tak? So mari kita fikir2kan bersama insyaAllah..

So ni lah yang dinamakn  ‘Per Ardua ad Astra’ ataupun dalam Englishnya, ‘Through Hardships to the Stars’.. Tanpa hardship, tanpa pengorbanan, tanpa usaha yang kuat, kita takkan  mencapai sesuatu kejayaan tu kan? Tapi jangan lupa yang kita sentiasa ada tempat untuk bergantung, iaitu Allah SWT..

Bearing that in mind, rasanya cukupla kot untuk kali ni.. Nanti saya share lagi insyaAllah.. Mari kita sama2 fikir2kan dan betulkan niat kita sentiasa insyaAllah..

Moga sentiasa berada di bawah limpahan rahmat dan kurniaNya insyaAllah..

Wallahu’alam,

Moga bermanfaat,

Wassalam..

p/s: pasal knowledge seeking tu sy share dlm post selepas ni insyaAllah..hihi..

 

Explore Mosque? JOM!! October 13, 2008

Filed under: Announcement — msmwestmidlands @ 1:04 am
Tags: ,

 

Eid Mubarak October 1, 2008

Filed under: Announcement — msmwestmidlands @ 6:15 pm

Eid mubarak to everyone here.

wanna share a very short tazkirah for life after ramadhan. feel free to click =)

To add some more, i heard from someone who listened to Kamal Helbawy’s talk in which he mentioned that if a Muslim were to incrementally better himself in all areas of his life… incrementally… just a little… year by year… then in 5 or 6 years he would be a TOTALLY different person.

I know that in Ramadhan we outdo ourselves. I know in Ramadhan we do things that leave us impressed… that leave us thinking: “did I just do that?”… “Did I pull that off?”…

Whether it’s that we read many many times more quran than the whole year put together… Whether you prayed more sunnah and nafl than the whole year put together…. Whether we did qiyam or gave charity in this month more than we did in the whole year put together?

So even after ramadhan, lets pick something in each aspect of our lives… something small that we can keep doing. Something to enhance our spirituality, to enhance our mind, our studies, our bodies and keep doing it!

Next year we’ll add something else onto this habit that we will have been doing for a year… and as we continue to do this for the next 5 years, I promise that we will look back and be happy and grateful to Allah that we’re now a completely different person. A better person insyaAllah.

May we have a blessed Eid, and a growing year.

Wassalam.