MSM West Midlands

Unity beyond borders

D.O.V.E ? October 31, 2008

Filed under: Announcement — msmwestmidlands @ 12:05 am
Tags: , ,

Bismillah ar-Rahman ar-Raheem,

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang,

Sedikit review mengenai D.O.V.E. dari seorang sahabat..

It’s time to think big. Ya! Itu yang menerpa ruang fikiran saya sejak didedahkan dengan ISK kira-kira setahun lalu. Apa itu ISK? Oh, itu nama singkatan bagi suatu pengisian yang bakal mencelikkan hati-hati yang telah lama buta. Buta bukan kerana kejahilan dalam akademik, tidak juga kerna cinta terlarang (adei!) namun paling ramai yang buta hanyasanya kerana tiada pendedahan tentang perkara ini.

ISK=Ini Sejarah Kita. Berilah apa sahaja nama baru kepadanya, YOH=Your Own History atau DOVE=Discover Our Value and Excellence ;itu semua menjurus kepada suatu perkara yang besar dan sangat bernilai dalam menelusuri hidup kita sebagai hamba Allah subhanahu wata`ala.

“Apakah? Bukankah kita semua sudah tahu kalau segala macam manusia semua berasal dari Nabi Adam ‘alaihissalam. Ada apa lagi ya? Kalau teori evolusi atau Darwinisme pasti sudah saya tolak mentah-mentah.’

Mungkin ini antara jawapan yang terbit dari bibir cerdik pandai dalam kalangan kita.

Seharusnya kita rasa lebih dekat dengan pemilihan kata `kita’ tersebut. Sejarah kita untuk kita. Sejarah yang sebenar tetapi hampir terkubur dek kejumudan masyarakat dan propaganda sesetengah pihak yang berkepentingan dalam menyembunyikan sebuah kebenaran.

Sebagai muqaddimah ingin saya tegaskan kembali sebab musabab perlunya penceritaan dan pengetahuan mengenai ISK ini bagi setiap individu muslim lagi mukmin. Once again, it’s time to think big.Think big and act big. Apabila pembongkaran hakikat dan nilai sebenar umat Islam sebagai umat yang terbaik di muka bumi Tuhan ini, mind setting kita akan berubah dari ruang lingkup yang kecil kepada pemikiran yang global. Kita tidak lagi hidup dalam dunia kita sendiri. Belajar, bekerja kemudian berumah tangga lalu sampai waktunya mati dalam sia-sia. Sebaliknya kita punyai cita-cita yang amat besar iaitu untuk mengembalikan kegemilangan ummah seperti zaman Abbasiyah dahulu. Saudara kita bukan setakat sepupu -sepapat yang kita kenali sejak kecil. Saudara kita tidak terpisah oleh sempadan peta dunia namun kita disatukan di bawah satu payung aqidah, kepercayan yang serupa.( Maaf, seronok pula saya membebel. )

“Em, macam pernah belajar semasa SPM dulu. Tapi, rasa kabur-kabur lagi. ‘’

Tak mengapa, kerna kami saudara-saudara kamu (saudari-saudari sebetulnya) akan cuba berkongsi. Mari bersama dalam taman syurga, kita beriman sejenak.

D.O.V.E

Tarikh: 1 November 2008, Sabtu

Tempat: Baitul Hikmah

Masa: 1000

Speaker: Hebat-hebat belaka (rugi kalau tak datang)

Semoga Allah menggerakkan minda dan jiwa dan memberikan kefahaman kepada mereka yang tiada jemu berusaha mencari. Boleh jadi ISK salah satu wasilah titik tolak perubahan dalam mencari erti hidup yang hakiki. Bi iznillah.

Wallahu’alam,

Moga bermanfaat, moga sentiasa di bawah lindungan kasih dan rahmatNya insyaAllah..

Wassalam..

 

One Response to “D.O.V.E ?”

  1. murni Says:

    salam..eeiii..menarik blog ni sbnrny🙂
    saya sendiri yg x berkesempatan or buat2 konon2 x sempat nk ziarah ‘dia’ slalu..hehe,afwan.[busy sgt ke??]:D
    keep it up faei n d team![murni??ko x nk up jgk ke???]
    May Allah guide us always in every step that we take,insyaAllah~


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s