MSM West Midlands

Unity beyond borders

minum milo anda jadi … ? January 28, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 3:16 am
Tags: , ,

Assalamualaikum warahmatullah.

Sebagai rakyat Malaysia, tentunya kita subconsciously ‘ter’ hafal slogan iklan tersebut. Perhaps with a correct and precise tone when mentioning it.

Minum milo anda jadi sihat dan kuat!

Walaupon wujud risiko terpesong aqidah dan kurang tawakkal kpd Allah di dlm slogan tersebut [secara subconsciously juga] kepada kita sebagai penonton dan maybe in the future – sebagai pengarah iklan komersial, perlu lebih berhati-hati.

Namun apa yg ingin saya ketengahkan kali ini adalah mengenai isu boikot produk-produk keluaran Nestle which one of it is Milo kesukaan ramai.

Setelah Gaza ranap diserang musuh Islam yakni tentera Israel durjana manakala tiada sebarang bantuan dihulurkan kpd Palestin dari negara-negara Arab berdekatan, umat Islam terutamanya bangsa Melayu mula sedar dan memandang penting usaha memboikot produk-produk yg profitnya disalurkan kpd Israel. Alhamdulillah suatu perkembangan yg positif.

http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

1300 nyawa melayang-layang pergi menemui Pencipta, ratusan lagi sedang beristighfar dan bertasbih sambil mengerang kesakitan akibat dihujani bom dan kita masih terkial-kial memikirkan bagaimana hendak memboikot barang-barang kesukaan kita yg rupa-rupanya di’infaq’kan hasilnya utk menyerang saudara-saudara kita di Palestine. Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah.

Bukan tak nak cuba utk boikot, tapi ….

” Tak sedap le. Tekak ni dah biasa dgn milo yg kaw2. Tak puas kalau minum air lain selain milo”

Yes, memang kalau kita dah biasa dgn sesuatu, amat sukar utk kita tinggalkannya, apatah lagi kalau memang favourite drink kita. Sementelah alternatif produk tidak dapat memberikan kepuasan dan rasa yg sama dgn barang yg kita selalu guna tapi rupa-rupanya perlu diboikot pula.

Bercerita mengenai pengalaman sendiri, ketika di tahun pertama belajar di UK, memang selalu craving nak minum air milo di kedai-kedai makan yang hanya menyajikan hot chocholate, tea or coffee sahaja. Aduhai. Siap mintak mak tolong postkan milo dari msia sebab tak boleh terima hot chocholate yg kurang ‘pekat’, tawar, cair dan meloyakan. Kesian mak. Konon crucial dan essential sangat utk ada bekalan milo buat peneman study di malam hari.

It was my second year here when there’s no more milo in my large luggage for 9months stock, or parcel from my mum containing 2kg milo. Bukan mak dah tak nak tolong post, tapi hati yang dah tak nak bersubahat dgn Israel utk membunuh warga Palestin walaupon tekak ini masih kurang puas dgn hanya meneguk hot chocholate.

Alhamdulillah setelah beberapa tahun belajar di England, disedarkan dgn isu Palestin dan usaha memboikot produk-produk spt Nestle, Milo dan Kitkat, saya dan kawan-kawan sudah belajar minum hot chocholate. Kami alter dan bancuh dgn sukatan yg dapat memuaskan taste masing-masing. Saya suka tambah sesudu kopi jadi rasa mcm mocha, S suka letak byk susu, N tak letak gula langsung. Macam-macam gaya dan ambil masa lah jugak untuk lidah ni sebati dengan air selain Milo. Sekarang ni pulak, tak teringat dan tak terliur pon nak minum air milo. Sebab dah rasa best dan sedap minum hot chocholate. Aish. Lupa diri nampak?

Takdelah lupa diri. Tapi begitulah lumrah kehidupan. Kita sebenarnya BOLEH melatih diri kita untuk buat sesuatu yang pada asalnya luar dari kebiasaan sehinggalah kita akhirnya menyukainya dan dapat merasai kenikmatannya. Cuma tempoh yg diambil bukanlah sekelip mata. Bergantung kpd tahap kesukaan kita terhadap perkara yg kita nak avoid tu, dan tahap alergic kita dgn perkara yg kita baru nak mulakan. Susah dan lama, tapi insyaAllah tidak mustahil.

Itulah proses tarbiyyah. Membiasakan diri kita dgn melakukan sesuatu yg disukai Allah berbanding sesuatu yg hanya kita sukai. Membiasakan diri kita utk menjauhi jahiliyyah dan dosa-dosa yg kerana takut kita dimurkai Allah berbanding semata-mata takut dimarahi dan di’boo’ oleh geng/kawan-kawan rapat kita.

InsyaAllah perkara-perkara yg pada mulanya nampak pelik, janggal dan susah utk dilaksanakan, jika kita berdikit-dikit dan berterusan melakukannya, Allah akan menganugerahkan kita rasa nikmat dlm mengerjakannya. Macam zaman kecik-kecik dulu kita solat sebab tak nak mak marah, tapi sekarang kita solat sebab nak jaga diri dan jaga hubungan dgn Allah. Kita hayati makna di sebalik setiap bacaan, dan kita berdoa sungguh-sungguh seolah-olah kita sedang berbisik dgnNya. indah kan? subhanallah indah dan asyik, sehingga kita ternanti-nanti waktu solat utk berbicara dgnNya lagi. indah, tapi susah nk dirasai jika dari awal memang kita avoid utk solat.

Ada lagi satu lagi perumpamaan yg boleh dikaitkan dgn proses tarbiyyah dan kemanisannya. Kalau dalam exam, lecturer dah bagi jawapan siap-siap dan soalan memang sangat kacang, tak munasabah kalau kita terlupa jawapan yg telah dibocorkan. Lalu bila keputusan diumumkan dan semua pelajar mendapat 100%, apakah kita akan rasa sangat gembira dan puas jika dibandingkan dgn mendapat markah 80% tetapi atas usaha dan jerih payah kita sendiri? Secara teorinya, pencapaian yg terlalu mudah diraih tidak akan mendatangkan kegembiraan dan kepuasan sebenar. Begitulah kehidupan. Harus melalui proses tarbiyyah yg agak sukar, tapi ada manis dan kegembiraan dihujungnya insyaAllah.

Tarbiyyah bukan sekadar join usrah. Tarbiyyah adalah kehidupan keseluruhannya. Bagaimana kita melatih diri kita utk menjadi abid (pengabdi) dan khalifah (pengganti) Allah di muka bumi ini. Mulakanlah dgn hati yg sentiasa inginkan keredhaan Ilahi dan takut dgn kemurkaanNya, dan zahirkanlah dgn akhlaq dan amal yg mencerminkan hati yg suci. Bimbinglah hati dgn ilmu (makrifat) tentang Dia dan ciptaan-ciptaanNya, ikatkanlah hati dgn orang-orang soleh,kawan-kawan yg baik dan biah (persekitaran) yg mengingatkan kita pd Dia.

Moga Allah mencampakkan rasa manis mengharungi tarbiyyah di dunia dan mengurniakan jannah buat kita di akhirat.

Last but not least, sedikit kata-kata Hasan Al Banna sebagai sandaran.

Kamu adalah kaum Muslimin, nama pilihan dan panggilan kehormatan yang diberikan Tuhan dari dahulu sampai hari ini. Kamu bukanlah golongan “mustalimin” kaum yang menyerah kalah kepada kenyataan. Sebagai Umat yang beriman, hadapi kenyataan hidup ini dengan kesedaran dan keinsafan, kewaspadaan dan keperwiraan. Hadapilah kenyataan di bumi dengan ketenangan jiwa dan keyakinan hidup! Hanya dengan ketenangan jiwa dan keyakinan hidup, hanya dengan Sakinah dan Muthamainah itulah kamu bermakna dan berguna hidup di tengah-tengah manusia di dunia.

Wallahu’alam.

Moga dilimpahkan kesabaran dan kekuatan, walaupon tak minum milo =P

 

One Response to “minum milo anda jadi … ?”

  1. ace Says:

    Dari Abu Hurairah r.a,
    Rasulullah s.a.w bersabda:
    Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir.
    [Hadis riwayat Muslim]

    never expect to live in dis world dgn sesuka hati mcm hidup kat syurga. Mukmin kna bermujahadah dgn dugaan dan cabaran di dunia tapi setiap usaha akan diganjariNya insyaAllah.

    “Apa yg disisimu akan lenyap, dan apa yg ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kpd orang-orang yg sabar dgn pahala yg lebih baik dari apa yg telah mereka kerjakan.”

    p/s: sape tahu ayat ni dlm surah mane?

    p/ss: contohilah Nabi Yusuf yg berkata “penjara lebih aku sukai” ntuk elak maksiat dan kemurkaan Allah. Jom masuk ke dlm ‘penjara dunia’ yg dihiasi ketenangan dan keindahan (silmi) = islam dan tarbiyyah rabbaniyah.

    wallahu’alam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s