MSM West Midlands

Unity beyond borders

ketahuilah!! January 29, 2009

Filed under: Announcement,Sharing — msmwestmidlands @ 1:29 am

Selepas 22 hari Gaza dihujani peluru dan dibedil akhirnya Israel laknatullah gagal menghapuskan HAMAS. Rejim Zionis dan HAMAS akhirnya bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata dan HAMAS memberikan masa seminggu untuk mereka keluar dari Gaza.

22 hari merupakan waktu yang sangat panjang dimana ia menyaksikan kekejaman rejim zionis menceroboh Gaza tanpa menghiraukan bantahan dunia dengan alasan mahu menghapuskan HAMAS. Sepanjang 22 hari meyaksikan 1300 orang awam terbunuh, 5300 orang awam cedera manakala hanya 13 orang Israel yang terbunuh!

Peperangan yang meletus menyebabkan Gaza musnah teruk. Dianggarkan 4000 buah rumah musnah dan 20 buah masjid turut menjadi sasaran. Kilang-kilang serta bangunan musnah teruk. Sementara itu, anggota perubatan di Gaza mengambil kesempatan gencatan senjata untuk mencari untuk mencari mangsa di tempat yang sukar dicapai, dan mengeluarkan sekurang-kurangnya 98 mayat dari timbunan runtuhan, termasuk beberapa kanak-kanak.

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz telah bermurah hati menyumbang 3.5 billion untuk membangunkan semula Gaza. Pihak MERCY juga tidak ketinggalan memberikan pertolongan dari segi perubatan. Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar turut menyumbang bakti membantu mangsa- mangsa perang.Semoga mereka selamat pergi dan pulang

Semoga ALLAH mencucuri rahmat buat mereka yang telah syahid. Dan semoga kita yang tidak diuji dengan peperangan secara fizikal ini mampu menambahkan amal dan taqwa kepada ALLAH. Kematian itu bila-bila masa terjadi. Tiada “delayed” seperti kita naik kapal terbang. Tidak kira usia dan ketika! Buat saudara ku di PALESTIN yakinlah bahawa ALLAH sentiasa bersama-sama kamu. Jangan lupa untuk terus berdoa untuk saudara kita di Palestin dan untuk ISLAM khususnya! Kita tidak mampu untuk turut pergi ke sana untuk berjuang mengangkat senjata mahupun membaling batu tapi kita masih ada DOA, senjata oraang mukmin.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s