MSM West Midlands

Unity beyond borders

Masa Dengan ALLAH. February 23, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 8:12 pm

Assalamualaikum warahmatullah…
Alhamdulillah, kita semua masih dikurniakan Allah dengan nikmat iman dan Islam.InshaAllah sentiasa kita berdoa
moga iman itu sentiasa pula ‘yazid’ (naik).Moga sentiasa memanjat syukur (27:19).
Alhamdulillah,artikel kali ini dipetik sepenuhnya dari seorang blogger  http://langitillahi.blogspot.com.
Yang bertukar wajah hanya warna font sahaja,hehe.Tapi rasa sangat best utk dikongsi dengan semua.Apapun,moga
bermanfaat untuk kita semua,inshaAllah🙂.Selamat membaca!!


Bergerak di dalam hayat kehidupan manusia, maka kita akan terhimpit dengan kesibukan dunia. Dalam mengharungi kesibukan itu, kita sering terlupa kepada satu yang amat penting. ALLAH SWT yang sentiasa bersama kita.

24 jam dianugerahkan kepada kita, 8 jam habis dengan tidur, 7 jam habis dengan belajar, 3 jam habis dengan bermain, 2 jam habis dengan canda sembang bual, 4 jam habis untuk makan. Dalam hidup penuh kesibukan ini, solat bukanlah perkara yang kita nampak sebagai utama. Maka amalan fardhu tiang agama itulah yang dilewat-lewatkan.

Bila masyghul, manusia menghabiskan sebahagian besar masanya dengan tertekan, menangis berendam air mata, mengunci bilik, menutup bicara. Masa berlalu dan terus berlalu, dan manusia terus lupa kepada PENCIPTAnya, dan PENCIPTA kepada kemasyghulannya.

Bila gembira mendapat kejayaan, manusia menghabsikan sebahagian besar masanya berbangga, bercerita dengan teman-teman, membuat jamuan kebanggan, menunjuk-nunjuk kepada semua orang, memasang angan yang lebih tinggi dan sering tersenyum sendiri. Masa berlalu dan terus berlalu, dan manusia terus lupa kepada PENCIPTAnya, dan PENCIPTA kepada kejayaannya.

Saat menemui kegagalan, atau dipintas oleh lawan, manusia menghabiskan sebahagian besar masanya dengan membenci, menyemai hasad, menyebar fitnah, menggunakan segala jalan untuk memintas kembali, memfokuskan segala kehidupannya untuk mendapatkan tempatnya kembali dan berusaha segala cara untuk memusnahkan saingannya untuk mencapai matlamatnya. Masa berlalu dan terus berlalu, dan manusia terus lupa kepada PENCIPTAnya, dan PENCIPTA kepada kegagalannya, dan PENCIPTA kepada kemenangan saingannya.

Manusia adalah makhluk yang lemah. Penciptaannya juga dipersoalkan oleh makhluk langit.

“ Dan ingatlah ketika ALLAH SWT berkata kepada malaikat bahawa AKU hendak menjadikan khalifah di atas muka bumi, telah berkata mereka, adakah KAU hendak menjadikan di dalam bumi itu mereka yang merosakkanya dan menumpahkan darah? Sedangkan kami bertasbih memuji KAU dan menyucikan namaMu?”

Tetapi ALLAH Yang Maha Penyayang itu menjawab,

“ Sesungguhnya AKU lebih tahu, apa yang kamu semua tidak ketahui”

Terciptalah manusia. Dinamakan makhluk ini INSAN, atas sifatnya iaitu NASIA bermaksud pelupa. Digelar MANUSIA, bermaksud yang pelupa. Maka hiduplah makhluk ini dengan penuh kelupaan dan kealpaan, berenang dalam sungai ghaflah dibawa arus hasad dan nafsu. Masanya didedikasikan untuk dunia. Terlupa yang tugasnya adalah untuk mengabdikan diri kepada PENCIPTAnya.

“ Dan tidaklah AKU ciptakan jin dan manusia itu, melainkan untuk beribadah”

Terlupa bahawa penciptaannya pernah dipersoalkan. Terlupa bahawa dirinya diciptakan dengan penuh kasih sayang. Terlupa bahawa, sebelum dia lahir, dia mempunyai perjanjian dengan Yang MENCIPTAKANnya.

“Dan (ingatlah) ketika Rabb-mu mengeluarkan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil persaksian terhadap nafs-nafs (jiwa-jiwa, anfusihim) mereka: “Bukankah aku ini Rabb-mu?” Mereka menjawab, “Benar, sesungguhnya kami bersaksi (syahidna)“

Tetapi manusia benar-benar lupa. Langsung tidak ingat dengan janjinya sebelum lahirnya dia. Terus terusan masa berlalu dan dia hidup dalam lebam alpa yang membiru.

Masa apa yang telah kita berikan kepada ALLAH SWT? Andai masa berkualiti untuk studi kita cari dengan teliti, sehingga membaca buku-buku motivasi untuk mendapatkan tips studi berkualiti, maka apakah masa bersama ALLAH yang berkualiti yang kita cuba usahakan?

Dosa-dosa kita, dilayan ibarat lalat yang hinggap ke hidung. Dikuis sedikit, terbang pergi menghilang. Hati langsung tiada rasa sensitif.

“ Ah.. ALLAH Maha Pengampun…” Pandai pula kita berhujah dengan sifat suci ALLAH SWT bila ditanya mengenai dosa. Tetapi masa bilakah kita mencari keampunanNya? Mengadu dosa-dosa kita kepada DIA?

Mana masa kita dengan ALLAH SWT?

Mana?

Hari ini, manusia benar-benar telah melupakanNya. Padanlah dengan keadaan dunia yang semakin bercelaru, bersama jiwa-jiwa manusia yang semakin huru hara.

Duduklah sebentar. Rehatkan diri anda dari dunia, sebelum anda dipaksa bersara darinya selama-lama. Muhasabah diri kita. Fikir sebentar bagaimana kita hendak meneruskan kehidupan di akhirat sana. Bukankah hidup ini ladang amal, untuk kita tuai hasil pahala buat bekalan di sana?

“Alah, hidup sekali sahaja, kena la enjoy…” Anda akan berseloroh.

Saya pula tersengih.

Sebenarnya, hidup dua kali. Mati yang sekali. Hidup di dunia, dan hidup di akhirat. Mati hanya perantaraan. Masa hadapan akhirat kita ditentukan dengan bagaimana kita isi masa dunia kita.

Apa pandangan anda?

Hendak mencari masa dengan ALLAH?

 

One Response to “Masa Dengan ALLAH.”

  1. afir Says:

    teringat kate2 pada diri sendiri :
    “aku masih muda..” – pastiker aku akan hidup sampai ke tua??
    entry ni mmg menyedarkan ku…
    brape byk mase aku dgn Allah????
    Lalainyer aku…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s