MSM West Midlands

Unity beyond borders

KITAlah generasi harapan! March 24, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 9:44 pm
Tags: , , ,

bismillahirrahmanirrahim..

moga menemui semuanya dalam ke’basah’an iman dan himmah yg tinggi,iAllah:)

Ya!!kitalah generasi harapan ummat ini,utk melihat ISLAM kecintaan ini kembali menaungi dunia,biidznillah..tpi ada syaratnya..kan?? kemenangan bersyarat

dan banyak kerja jugak kita kena buat, kemenangan tak datang bergolek sekelip mata tanpa usaha yg kuat bukan?moga Allah redha kita semua,dan dipermudahkan urusan,iAllah

jom jadi ank singa,jgn biar diri kita terus jadi kijang2!~

moga bermanfaat,wallahu’alam.

 

a choice of doa March 16, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 4:57 pm
Tags: , ,

Hadith Sahih Bukhari, Volume 7, Book 70, Number 555:

Narrated ‘Ata bin Abi Rabah: Ibn ‘Abbas said to me, “Shall I show you a woman of the people of Paradise?” I said, “Yes.”

He said, “This black lady came to the Prophet and said, ‘I get attacks of epilepsy (sawan) and my body becomes uncovered; please invoke Allah for me.’

The Prophet said (to her), ‘If you wish, be patient and you will have (enter) Paradise; and if you wish, I will invoke Allah to cure you.’

She said, ‘I will remain patient,’ and added, ‘but I become uncovered, so please invoke Allah for me that I may not become uncovered.’ So he invoked Allah for her.”

3274203216_c7ab521e891

cara mukmin hadapi kesusahan

 

catatan hijrahku March 15, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 3:58 pm
Tags: , , , ,

Joe : So are you spending holiday with your family back in malaysia?

Me : Owh, nope ill going to perform hajj in makkah..and visit the resting place of our prophet Muhammad

Joe : hurm..so you are going around the black box

Me : Black box? Owh you mean the kaabah..yes will be perfoming tawaf there..

Joe : there will be a large crowd there be careful mate! Come back in pieces!

Me : With god will…

Itu lah sedutan perkongsian saya bersama2 rakan opis mengenai trip haji pada november-disember lepas.. byk lagi perbualan2 menarik bersama2 mereka..semoga catatan hijrah ini memberikan sesuatu kepada yg membaca..

pemandangan kaabah dari tingkat atas

pemandangan kaabah dari tingkat atas

Haji ialah salah satu rukun islam yg wajib bagi umat islam yang mempunyai kemampuan..

” Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barang siapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barang siapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. (Ali-Imran : 97) ”

memang kita dengar byk cerita mengenai pengalaman sewaktu menunaikan Haji..dan setiap org Allah uji dengan berbagai cubaan dan Allah perlihatkan kekuasaan NYA kepada hambanya yg DIA kehendaki…

Masjidun Nabawi

Masjidun Nabawi

setelah tiba kira jam 1.30 pagi selepas lebih kurang 8 jam penerbangan di tempat penginapan, kami bergegas ke masjidun nabawi.walaupun jam hendak menunjukkan pukul 3 pagi tapi dilihat ramai orang telah pun bergegas menuju ke masjid untuk qiyamulail..sukar nak dpat pemandangan ini di mesjid2 di tempat kita..walaupun agak letih akan tetapi masing2 tak sabar hendak pergi ke masjid nabi..ketika ini terdetik di hati betapa besarnya kurnian tuhan yg memberikan nikmat dan peluang bagi hambaNya meskipun hambaNYA sering ingkar dan lupa akan nikmatNYA..

teh tarik istimewa pakcik tahir

teh tarik istimewa pakcik tahir

salah satu nikmat yg Allah berikan sewaktu di sana ialah nikmat ukhuwah di antara kami…sarapan itu nampak je ringkas( teh tarik, roti prancis dan gulai kambing – ringkas ke??) tapi sewaktu inilah kita saling kenal mengenali, berkongsi pengalaman dan juga berbincang mengenai pelbagai isu..walaupun dari pelbagai peringkat usia, profesion dan tempat( merata UK ) akan tetapi ta’aruf selama 3 minggu di tanah suci itulah nikmat ukhuwah yg Allah berikan kepada kami..semoga tautan hati dan ukhuwah kami berkekalan amin..

” Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. ( Al Hujurat : 10) ”

di depan masjid QUBA'

di depan masjid QUBA'

khusyuk mendengar taklimat or tangkap gambar

khusyuk mendengar taklimat or tangkap gambar

mendaki jabal uhud

mendaki jabal uhud

pada hari kedua kalau tak silap saya, kami mengadakan lawatan di sekitar madinah. Masjid Quba’ , Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Khandaq,Baqi’ dan macam2 lagi warisan sirah yg menarik.

Saban hari kita boleh melihat manusia tidak putus beribadat di dalam mesjid dan juga di luar mesjid..tempat bernama Raudhah menjadi tumpuan.tidak2 putus berdoa dari pagi hingga kpetang..dari malam hingga siang..tatkala berjalan melalui makam Rasulullah ( disunat kan memberi salam) terdetik rasa di hati adakah di akhirat kelak aku menjadi salah seorg pengikut mu…mudahan ALLAH memberikan ku kekuatan dan ketetapan iman..amin…

Pada hari jumaat 28 dec, berangkat lah kami ke kota suci Makkah dengan ihram..perjalanan yg memakan masa 5-6 jam dengan menaiki bas menguji kesabaran kami..seringkali di tanya pemandu bas tapi dengan senyum dia menjawab sabar,sabar, sikit lagi sampai la (translate bahasa arab)..sedangkan yg menaniki bas pun tidak boleh duduk diam inikan pulak jikalau kita soroti sirah nabi berhijrah dr mekkah ka madinah..hanya berjalan kaki/menunggang unta dalam cauca yang panas diatas padang pasir…. nyata memang hebat jiwa2 yg mantap AQIDAH nya dan thabat dalam perjuangan dakwah ini..

…..bersambung……

 

Kekasih Tiada Pengganti March 8, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 10:44 pm

0201

Betapa cintanya sahabat-sahabat kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam

Sempena Hari Kelahiran baginda sallahu ‘alaihi wasallam saya lampirkan kisah-kisah para sahabat yang menunjukkan cinta mereka yang tinggi kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam. Mudah-mudahan ia dapat menyemai dan membiakkan cinta Nabi dalam hati-hati kita.

1. Ketika Zaid bin Disnah radhiallahu ‘anhu di saat akhir hendak dibunuh oleh orang-orang musyrikin, Abu Sufyan (ketika masih kafir) berkata kepadanya:

“Adakah engkau suka kalau Muhammad menggantikan tempatmu untuk kami penggal kepalanya, sedangkan engkau bersama keluargamu.”

Zaid menjawab: والله ما أحب أن يفديني رسول الله صلى الله عليه وسلم بشوكة في قدمه

Maksudnya: “ Demi Allah, aku sama sekali tidak suka Rasulullah menggantikan ku sekalipun hanya terkena duri di kakinya.”

Abu Sufyan pun berkata:

ما رأيت أحدا من الناس يحب أحدا كحب أصحاب محمد محمدا

Maksudnya: “Tidak pernah aku melihat seorang manusia mencintai manusia lain sehebat cinta sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad. “

2. Seorang Wanita ansar telah kematian bapa, saudara lelaki dan suaminya pada peperangan Uhud. Setelah mana diberitahu perkara tersebut kepadanya, namun yang mengejutkan dia mengajukan pertanyaaan berikut:

ما فعل رسول الله صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: “Bagaimana dengan keadaan Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam?”

Mereka menjawab:

“Rasulullah dalam keadaan baik-baik sepertimana yang engkau harapkan.”

Wanita itu membalas:

كُلُّ مٌصِيْبَةٍ بَعْدَكَ جَلَلٌ

Maksudnya: “Setiap musibah akan menjadi mudah selepas melihat mu (Nabi) selamat sejahtera.” (HR Baihaqi dan Ibnu Ishak)

3. Ketika mana Abu Khuthaimah radhiallahu ‘anhu baru balik dari safarnya, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat sudah pergi perang ke Tabuk di tengah musim panas. Beliau mendapati dua orang isterinya berada di dua khemah di dalam kebun miliknya. Kedua-dua orang isterinya telah menyediakan khemah yang elok, air yang sejuk dan makanan yang enak. Apabila beliau berdiri di pintu khemah dan melihat apa yang dilakukan oleh kedua isterinya, beliau berkata;

“Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam ditiup angin dan dilanda kepanasan sedangkan aku berada di teduhan yang nyaman, makanan yang dihidangkan dan bersama wanita rupawan. Ini satu perkara yang tidak adil.”

Beliau menyambung lagi dengan berkata kepada kedua isterinya:

والله لا أدخل عريش واحدة منكما حتى ألحق برسول الله صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: “Demi Allah aku tidak akan masuk mana-mana khemah kamu berdua sehingga aku dapat bersama Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam.”

Lalu kedua orang isterinya menyiapkan bekalan untuknya bermusafir dan memberikan unta kepadanya. Dia pun berangkat sehinggalah bertemu dengan Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam di Tabuk. (HR Thabrani dan Ibnu Ishak)

22222

Kesimpulan;

Lihatlah betapa kasih dan cintanya para sahabat Nabi sallahu ‘alaihi wasallam kepada baginda. Bagaimana dengan cinta kita kepadanya? Sejauh mana kita membela Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam ketika mana namanya dicemari? Sejauh mana pembelaan kita kepada risalah yang dibawanya? Adakah cukup perarakan setahun sekali, sedangkan kita tidak cuba memahami, mempelajari, mengamalkan, menyebarkan dan memperjuangkannya sehingga nafas kita yang terakhir? Jawablah persoalan ini:

“Hai orang yang mendakwa cinta Rasulullah saw, sejauh mana kamu mengamalkan sunnahnya?”

Rujukan: Al-Islam Wal Hub oleh Dr Abdullah Nasih ‘Ulwan.

Dipetik dan disunting dari blog Ustaz Salman Maskuri. Mari perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam dan beramal dengan sunnah baginda; tidak cukup sekadar mengenangnya satu hari dalam setahun sahaja. 🙂

Diriwayatkan dari Anas bahawa ada seorang lelaki yang bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, “Bilakah kiamat terjadi wahai Rasulullah?”

Baginda sallahu ‘alaihi wasallam bertanya kembali: “Apakah yang telah engkau persiapkan?”

Dia menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak shalat dan puasa, serta shadaqah, tetapi aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.”

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kemudian bersabda, “Engkau akan bersama orang yang engkau cintai.” -Muttafaq ‘Alaih

pict0344

 

Puisi Hati Untuk Baginda March 5, 2009

Filed under: puisi — msmwestmidlands @ 9:47 pm
Tags:

salam’alaikum,

copied and reposted from http://langitillahi.blogspot.com-Bro Hilal Asyraf .Moga usahanya diberkati,dan semoga kita yg membaca dan menghayati,turut mendapat manfaat,iAllah.Selamat membaca puisi hati ini!! 🙂

Hari ini 5 Mac 2009;8 Rabi’ulawal 1430H.Memekar cinta dan rindu pada kekasih Allah,Muhammad Al-Mustofa 🙂

Puisi: Puisi Hati Untuk Baginda

Puisi Hati Untuk Baginda

hangat…
itulah rasa saat kelahirannya menerjah dunia
seluruh dunia terpancar dengan cahayaNya
langit tertutup dari para pencuri berita
api yang menyala akhirnya terpadam jua
Si Tuan kaabah yang menundukkan gajah di sempadan tihamah
telah menghantarkan penghulu anbiya di dalam kota yang karamah
penutup segala nabi
pembawa rahmat kepada alamin.

membesar…
saat gersang tanah menduga
dia diangkat dan didekatkan pada kaabah nan mulia
Ya ALLAH, dengan keberkatan anak ini, maka turunkanlah hujan kepada kami!
langit gelap sebelum sempat dia diturunkan
basahlah tanah tihamah dengan keberkatan
semua mencintainya
hatta musuh yang telah ditakdirkan juga menyenangi dirinya
dia cucu kesayangan
dia anak saudara yang dibanggakan
anak yatim sejak dalam kandungan
menarik simpati si ibu susuan
keldai kurus menjadi gemuk
tanah gersang menjadi subur
sampai waktu petanda datang
dada dibelah tanda persediaan
pulang ke tangan ibu dalam ketakutan
ditarik pula siibu dari pangkuan
dari berdua dia tinggal keseorangan
datuk menyayanginya, namun akhirnya pergi dijemput jua
tinggallah bersama ayah saudara
memulakan kembara sebagai manusia mulia…

dipercayai…
digelar al-amin sejati
dipercayai…
menarik hati Sang Bidadari
cinta pertama terpatri
siapa sangka itulah dia pendampingnya atas jalan perjuangan ini…

rasa kasihan dengan masyarakat
beruzlah dengan ajaran hanif yang ditinggalkan
bila takdirNya tiba,
dipeluk dengan keras tidak disangka
BACA!
Aku tidak boleh membaca!
maka langit dan bumi yang telah terpisah lama berhubungan semula…
oh itulah namus yang pernah datang kepada Musa…
kau akan dipulau dan ditentang kaummu..
maka perjuangannya sudah bermula…

ditolak, ditolak sekalian manusia…
mujur bidadari di sisi memahami dan mempercayainya…
dan As-Siddiq teman setia berjanji di sisinya…
karamallahuwajhah tenang mengikutinya…
serta bapa saudara yang berjanji melindunginya…

badai mehnah dan tribulasi bermula
namun kencang taufan dugaan tidak mampu menghalangi kehendakNya
dipulau tiga tahun menggigit kulit kasut tetap bertahan keimanannya
diseksa, dicaci hingga tidak tercapai akal memikirkannya…
dibaling najis busuk tidak tersangka…
wahai bapaku, kenapakah kamu diperlakukan sedemikian rupa?
dia tetap tenang…
terus menjalankan tugas…
berjuang dan berusaha, agar iman dan ISLAM dirasakan semua manusia..
onak dan duri ditabur,
hina dan cacian dihambur,
cambuk dan rotan datang menegur…
namun dia tetap tabah…
tertumpah kesabaran pada sahabat-sahabat menjadikan hati bertambah gagah…
ahad.. ahad.. ahad…
ya ALLAH, sejukkanlah api ini sebagaimana kau menyejukkan api untuk Ibrahim…
andai mentari kamu letakkan di tangan kananku, dan bulan kamu letakkan di tangan kiriku,
maka aku tetap tidak akan meminggir…
13 tahun penuh seksa ditempuhi…
hatta taif juga menjadi saksi…
ditolak, ditolak sekalian insan yang penuh dengan akal jahili…
jika engkau mahu, boleh aku arahkan malaikat gunung untuk menghempap mereka…
jangan, moga-moga dari tulang sulbi mereka, muncul generasi yang beriman kepada ALLAH…
ya ALLAH…
kalam apakah yang diungkapkan itu?

dugaan iman terakhir menjadi tapisan pada angka nan sedikit…
isra’ mi’raj, ramai yang berpaling…
namun tarbiyyah iman yang melekat, membuatkan as-siddiq meluah bicara,
andai muhammad berkata lebih dari apa yang dia kata, maka aku tetap percaya…

berhijrahlah utusan langit ini..
dari kota penuh karamah ke pada kota cahaya…
hanya ditemani As-Siddiq berdua..
hingga As-Siddiq itu risau jika musuh mengejarnya..
tetapi dia tetap tenang…
Apakah pandangan kamu, jika kita berdua dan ALLAH adalah yang ketiganya?
pengorbanan si sahabat gua tidak akan dilupa…
contoh kecintaan yang tidak terhingga…

telah menjelma bulan putih ke atas kami
dari lembah wada
dan kami menunjukkan segala kesyukuran
dan segala kesyukuran itu kami kembalikan kepada ALLAH…
laungan itu menyambut,
saat itu cahayaNya terus bersinar…
utusan langit menyebar risalah…
maka bermulalah 10 tahun seterusnya penuh kegemilangan
namun mehnah dan tribulasi tetap ada mengiringinya…
perjuangan menyebarkan risalah langit sentiasa ada cabarannya…

badar menjadi saksi kekuatan golongan yang percaya
walau bilangan sedikit dapat menumbangkan sang raksasa

Uhud menjadi saksi duka,
teguran ALLAH untuk yang lupa,
Singa ALLAH terkorban utusan langitnya terluka
itulah hari di mana manusia-manusia terpilih menunjukkan cintanya kepada dia
yang mati antara kami masuk syurga, yang gugur kalangan kalian masuk neraka

Parit yang diusahakan menjadi pemerhati bantuan ALLAH kepada mereka
sebulan dikepung tetap tidak bergegar juga
taufan dan para malaikat turun membantu menyesakkan segala
inilah pertolongan untuk mereka yang mewujudkan tarabut antara usaha dan tawakkal

27 peperangan dilalui,
namun senyuman tidak pernah berlalu pergi
anak-anak kecil bahagia dihampiri
orang-orang tua senang bersama dicandai
sahabat-sahabat semuanya dimesrai
jiran tetangga dihormati
fakir miskin didekati
ister-isteri adil dilayani…

cabaran, dugaan, mehnah dan tribulasi
semua ibarat halangan namuan semua diredahi
percaya dan yakin akan janji-janji ILAHI…
terus menerus berusaha menyampaikan iman dan ISLAM dalam kehidupan insani…

Oh…
perjanjian hudaibiyyah, pintu kemenangan berkunjung tiba
satu peperangan dan perjanjian terpecah semula
10,000 tentera bergerak dengan baju perisai menutup segala
Makkah Mukarramah kembali menunggu dengan pintu yang terbuka
Apakah yang kamu sangka akan aku lakukan?
Kami hanya mengenalimu yang baik-baik sahaja, dan pastinya kau akan melakukan yang baik-baik sahaja…
pergilah, kamu semua aku maafkan…

hari arafah menjadi bukti
hari ini telah AKU sempurnakan deen kamu, dan aku cukupkan untuk kamu nikmatKu, dan AKU redha ISLAM sebagai deen kamu…
As-Siddiq menangis…
setiap kesempurnaan, pasti akan diikuti dengan kekurangan…
hari berhari berlalu…
dan hari itu tiba…
hari itu tiba…
ummati.. ummati.. ummati…
dalam sakarat tetap mengingat…
ila rafiqil a’la.. ila rafiqil a’la..
bila berita tersebar, dunia terus menjadi kelam.
hari itu adalah hari yang teramat gelap…
sehingga ada yang berbicara…
hari Rasulullah tiba di madinah adalah hari yang paling bercahaya, tetapi hari ini, adalah hari yang paling gelap untuk kami semua
ada juga yang tidak dapat menahan sedih lalu melafaz..
oh, inilah fitnah yang terbesar sekali untuk kami semua…
Al-Faruq bergerak ke jalan mengembarkan pedang
Karamallahuwajhah terduduk pengsan
Zunnur ain senyap mengunci bicara
As-Siddiq juga yang kembali tenang…
jika air mata bermakna, maka kami akan menangis sehingga air mata kami kekeringan ya Rasulullah…
Dan tiadalah Muhammad melainkan seorang rasul, yang sebelumnya telah berlalu beberapa orang rasul, apakah apabila dia mati atau terbunuh,
kamu berpaling?
Al-Faruq tenang…
berakhirlah 23 tahun dakwah seorang utusan langit…

layar iman terus ditiup…
kapal ISLAM terus bergerak…
dari dagang kali pertama ketika kedatangannya,
hingga dagang kali kedua selepas lama ketiadannya…
sehingga kita memeluk iman dan ISLAM di dalam dakapan

23 tahun, disebut dengan mulut cerita ini secara ringkas,
hanya beberapa minit yang tidak memenatkan
namun di dalamnya tersirat cinta, perjuangan, usaha, pergantungan dan segala pengorbanan yang membekas
apakah hanya dengan satu hari kita meraya dan menzahirkan?

Oh…

pandanglah pada diri
apakah ini bayaran perjuangan dan pengorbanan yang dia lalui
pandanglah pada diri
apakah ini yang digelar ummat kepada Penghulu Ulul Azmi?

sollu ‘alan nabiy
sollu ‘alan nabiy
sollu ‘alan nabiy
kita gandakan selawat
maulid nabi semakin hampir
kita angkat sepanduk
maulidur rasul semakin hampir…
kita bernasyid
kita buat majlis amal
kita adakan program-program

……

apakah dengan itu kita membayar harga kecintaannya kepada kita?

Di manakah terjemahan cinta kita kepadanya?
bukankah pada seluruh kehidupan?

Apakah yang telah kita lakukan?
resah hatiku terawang-awangan
menyesakkan
lalu kuluahkan
dalam puisi hatiku
merindui baginda yang kucintakan

oleh
~angkasa~