MSM West Midlands

Unity beyond borders

Kekasih Tiada Pengganti March 8, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 10:44 pm

0201

Betapa cintanya sahabat-sahabat kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam

Sempena Hari Kelahiran baginda sallahu ‘alaihi wasallam saya lampirkan kisah-kisah para sahabat yang menunjukkan cinta mereka yang tinggi kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam. Mudah-mudahan ia dapat menyemai dan membiakkan cinta Nabi dalam hati-hati kita.

1. Ketika Zaid bin Disnah radhiallahu ‘anhu di saat akhir hendak dibunuh oleh orang-orang musyrikin, Abu Sufyan (ketika masih kafir) berkata kepadanya:

“Adakah engkau suka kalau Muhammad menggantikan tempatmu untuk kami penggal kepalanya, sedangkan engkau bersama keluargamu.”

Zaid menjawab: والله ما أحب أن يفديني رسول الله صلى الله عليه وسلم بشوكة في قدمه

Maksudnya: “ Demi Allah, aku sama sekali tidak suka Rasulullah menggantikan ku sekalipun hanya terkena duri di kakinya.”

Abu Sufyan pun berkata:

ما رأيت أحدا من الناس يحب أحدا كحب أصحاب محمد محمدا

Maksudnya: “Tidak pernah aku melihat seorang manusia mencintai manusia lain sehebat cinta sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad. “

2. Seorang Wanita ansar telah kematian bapa, saudara lelaki dan suaminya pada peperangan Uhud. Setelah mana diberitahu perkara tersebut kepadanya, namun yang mengejutkan dia mengajukan pertanyaaan berikut:

ما فعل رسول الله صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: “Bagaimana dengan keadaan Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam?”

Mereka menjawab:

“Rasulullah dalam keadaan baik-baik sepertimana yang engkau harapkan.”

Wanita itu membalas:

كُلُّ مٌصِيْبَةٍ بَعْدَكَ جَلَلٌ

Maksudnya: “Setiap musibah akan menjadi mudah selepas melihat mu (Nabi) selamat sejahtera.” (HR Baihaqi dan Ibnu Ishak)

3. Ketika mana Abu Khuthaimah radhiallahu ‘anhu baru balik dari safarnya, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat sudah pergi perang ke Tabuk di tengah musim panas. Beliau mendapati dua orang isterinya berada di dua khemah di dalam kebun miliknya. Kedua-dua orang isterinya telah menyediakan khemah yang elok, air yang sejuk dan makanan yang enak. Apabila beliau berdiri di pintu khemah dan melihat apa yang dilakukan oleh kedua isterinya, beliau berkata;

“Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam ditiup angin dan dilanda kepanasan sedangkan aku berada di teduhan yang nyaman, makanan yang dihidangkan dan bersama wanita rupawan. Ini satu perkara yang tidak adil.”

Beliau menyambung lagi dengan berkata kepada kedua isterinya:

والله لا أدخل عريش واحدة منكما حتى ألحق برسول الله صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: “Demi Allah aku tidak akan masuk mana-mana khemah kamu berdua sehingga aku dapat bersama Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam.”

Lalu kedua orang isterinya menyiapkan bekalan untuknya bermusafir dan memberikan unta kepadanya. Dia pun berangkat sehinggalah bertemu dengan Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam di Tabuk. (HR Thabrani dan Ibnu Ishak)

22222

Kesimpulan;

Lihatlah betapa kasih dan cintanya para sahabat Nabi sallahu ‘alaihi wasallam kepada baginda. Bagaimana dengan cinta kita kepadanya? Sejauh mana kita membela Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam ketika mana namanya dicemari? Sejauh mana pembelaan kita kepada risalah yang dibawanya? Adakah cukup perarakan setahun sekali, sedangkan kita tidak cuba memahami, mempelajari, mengamalkan, menyebarkan dan memperjuangkannya sehingga nafas kita yang terakhir? Jawablah persoalan ini:

“Hai orang yang mendakwa cinta Rasulullah saw, sejauh mana kamu mengamalkan sunnahnya?”

Rujukan: Al-Islam Wal Hub oleh Dr Abdullah Nasih ‘Ulwan.

Dipetik dan disunting dari blog Ustaz Salman Maskuri. Mari perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam dan beramal dengan sunnah baginda; tidak cukup sekadar mengenangnya satu hari dalam setahun sahaja.🙂

Diriwayatkan dari Anas bahawa ada seorang lelaki yang bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, “Bilakah kiamat terjadi wahai Rasulullah?”

Baginda sallahu ‘alaihi wasallam bertanya kembali: “Apakah yang telah engkau persiapkan?”

Dia menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak shalat dan puasa, serta shadaqah, tetapi aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.”

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kemudian bersabda, “Engkau akan bersama orang yang engkau cintai.” -Muttafaq ‘Alaih

pict0344

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s