MSM West Midlands

Unity beyond borders

when people talk about you April 19, 2009

Filed under: Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 3:57 pm
Tags: , , , ,

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

ngumpat

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, ‘Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu.”

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, “Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, “Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.”

pesanan penaja:  jangan takut untuk berubah ke arah kebaikan dan berterusan membuat kebaikan walau apa pon pandangan kawan-kawan/family terhadap diri kita. yakinlah penerimaan Allah lebih penting dr penerimaan manusia.

wallahu’alam.

 

4 Responses to “when people talk about you”

  1. ace Says:

    salam.
    slalu dgr crite nih. tp tatau pulak its bout luqman hakim n his son.
    i like his advice.
    thanks.

  2. nida'ul-iman Says:

    Alhamdulillah~

    Suke jugak..

    Thank you..Thank you

  3. Lawi Says:

    salam sume..
    crite ni mmg famous, slalu dgr citer ni.
    yg jd pertanyaan ialah, sahih ke watak 2 Luqman AlHakim dgn anaknye?

    hanye bertanye..

  4. msmwestmidlands Says:

    salam.
    maaf tak letak sumber rujukan dr awal.

    dirujuk dari kitab Kasykul, An-Nawadir dan Akhbarul Hamqa wal Mughfilin dan kitab-kitab sejarah seperti Al-Bidayah wan fa’, Al-Mustatraf, Jami’atu Karamatil Auliya’, Tarikhul Khulahin dll.

    yg penting ibrah/pengajaran yg boleh diambil insyaAllah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s