MSM West Midlands

Unity beyond borders

Perkongsian Spain Part 1:GRANADA April 23, 2009

Filed under: Sharing,unfolding memory — msmwestmidlands @ 10:41 am
Tags: , ,

spain4

GRANADA

Di sebalik kemegahan La Alhambra…

Mungkin apabila disebut ‘La Alhambra’ terbayang-bayang di fikiran kita satu istana yang sangat gah dan cantik binaannya. Tidak dapat dinafikan, kunjungan ke La Alhambra meninggalkan 1001 kenangan manis bagi diri saya. Ada di antara rakan-rakan berasa sedih melihat kenangan kemegahan Islam di Spain suatu ketika dahulu hanya tinggal kenangan kini. Meskipun saya tidak berasa sedih dan sebak sedikitpun, tetapi kunjungan ke La Alhambra membuatkan saya berfikir. Bukan berfikir sejenak, tapi berfikir sangat panjang. Bermula dengan pengembaraan di sebuah taman yang diaplikasikan seperti suasana ‘syurga’ yang tertulis di dalam al-Quran…taman ini dinamakan ‘Generalife’. Pertama kali menjejakkan kaki di ‘Generalife’, Subhanallah …. diri ini sangat kagum dan terpesona dengan keindahan, kedamaian, ketenangan, dan keunikan taman tersebut. Saya mula berfikir, jika ini adalah imaginasi manusia dan sudah membuatkan diri saya terpukau, apatah lagi ‘syurga’ sebenar ciptaan Allah yang sama sekali tidak akan terjangkau dengan akal fikiran manusia..Subhanallah..Subhanallah…tak terbayang betapa indahnya ‘syurga’ yang dijanjikan Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa…

“…….Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.”

(9:100)

“Maka tidaklah ada jiwa yang mengetahui balasan yang disembunyikan pengetahuannya terhadap mereka, yaitu keindahan yang menyejukkan mata sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan”

(32: 17)

“Dan berlumba-lumbalah kepada keampunan Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya (seluas) langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti. Yang menderma di waktu senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah kasih kepada mereka yang berbuat kebajikan”.

(3: 133 & 134).

Ia (syurga) telah disiapkan untuk orang-orang yang bertakwa”

(3: 133)

……apabila membaca beberapa potong ayat al-Quran yang menceritakan tentang keindahan syurga, masih terbayang-bayang suasana di ‘Generalife’, di mana boleh dikatakan di setiap sudut taman itu akan kedengaran air sungai mengalir, dilindungi dengan pohon-pohon yang rendang, bunga-bunga yang kembang mekar,pancutan air yang mengasyikkan dan lain-lain lagi..arghh….*rindu*

spain1

spain2

Apabila menjejakkan kaki di ‘palace’,sekali lagi saya terpukau… Kagum sejenak dengan segala macam ukiran di dinding ‘palace’ tersebut…Subhanallah, boleh dikatakan hampir setiap sudut dinding diukir halus dengan kalimah-kalimah Allah dan masih terpelihara sehingga ke hari ini… Lalu saya berfikir lagi, alangkah megahnya Islam suatu ketika dahulu, kerana La Alhambra sudah cukup membuktikan segala-galanya. Tetapi mengapa semuanya lenyap dalam sekelip mata? di mana silapnya?….hmm, yang itu kena fikir sendiri….

spain3

Setelah tamat pengembaran di La Alhambra, saya terfikir lagi. Sesungguhnya tidak mustahil untuk Islam bangkit semula suatu hari nanti dan menjadi kuasa teragung seperti dahulu..kerana apa?? kerana sunnatullah nya begitu. Timbul azam di hati untuk cuba mempraktikkan ‘maratib amal’ dalam diri ini demi mancapai keredhaan Allah, insyaAllah .huhuh… kerana jika Islam bangkit suatu hari nanti, dan meskipun ia mengambil masa beratus-ratus tahun dan kita sudah tiada di dunia ini ketika itu, alangkah ruginya jika kita tidak termasuk dalam salah seorang individu yang membangunkan Islam.Nauzubillah, minta dijauhkan..

Jadi kepada mereka yang belum menjejakkan kaki di bumi Granada, saya sarankan silalah luangkan sedikit masa dan wang ringgit untuk ke sana, kerana apa yang saya ceritakan sama sekali tidak sama dengan apa yang akan anda lihat. Saya tidak mahu bercerita panjang, anda pergi, anda lihat, anda rasa, anda fikir dan anda nilai sendiri kerana itu lebih bererti…*senyum*

haa, ni baru Granada, sudah membuatkan saya berfikir dan terus berfikir…belum lagi Cordoba, Sevilla dan Malaga..sila sambung..*sigh~lega*

 

4 Responses to “Perkongsian Spain Part 1:GRANADA”

  1. si kacang Says:

    salam….

    subhanaAllah3x…bestnye dgr citer org2 balik spain.nak lagi..nk lagi:)

  2. ace Says:

    salamualaik.

    jazakumullah atas perkongsian.

    walaupon kita pergi andalus pd tahun dan musim yg berbeza, namun tinggalan sejarah andalus tetap memberikan rasa yg sama.

    takjub dgn kegemilangan tamadun islam, dan yakin islam akan naek semula in years to come insyaAllah.

    whether we’ll be part of it or not.

    jom mula dgn menjadi batu bata yg kukuh dan kental iman, kefahaman dan amalan.

    waiting for d next part =)

    wassalam

  3. kak mas Says:

    Wah, seronoknya tgk gambar2 nie. kenapa rasa macam kenal? after tgk huruf2 spain tu baru tau ni jaulah kita – cincocerosiete, hehe… rindu adik2 birm… bile dapat jumpa korg lagi ye?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s