MSM West Midlands

Unity beyond borders

Perkongsian Spain part 3 : Sevilla April 27, 2009

Filed under: Sharing,unfolding memory — msmwestmidlands @ 11:13 pm
Tags: , ,

sevilla

Sevilla – destinasi ketiga yg dikunjungi selepas Cordoba dan Granada. Tempat pertama yang dilawati adalah La Giralda. Terletak di Cathedral of Sevilla, juga merupakan salah satu masjid yang ditukarkan menjadi gereja selepas Reconquista. Akibat perasaan “tertekan” yang masih berbaki selepas melawat The Mezquita di Cordoba semalam, kami mengambil keputusan untuk tidak melawat kawasan dalam gereja tu, sebaliknya terus ke La Giralda, sebuah menara azan pada satu ketika dahulu. Yang menariknya, tiada tangga yang dibina untuk naik ke puncak menara itu sebaliknya ia didirikan dengan laluan “inclined plane” menuju ke atas. Kalau zaman dulu, muazzin akan naik kuda untuk ke puncak menara tu untuk melaungkan kalimat-kalimat suci menyeru umat Islam menunaikan solat. Tiada apa-apa yang menarik di puncak menara itu melainkan panorama-panorama indah bandar sevilla yang dapat dilihat dari atas, serta perasaan penat mendaki 36 tingkat ke puncak tersebut. Semasa berehat di Patio de Los Naranjos, salah seorang dari kami tersedar yang 33% dari bayaran masuk digunakan untuk pembinaan gereja baru di sekitarnya dan 67% lagi digunakan untuk mengekalkan kecantikan dalaman Cathedral of Sevilla itu. Lagi bertambah perasaan “tertekan” selepas tahu ke mana perginya hasil bayaran masuk tersebut.

la giraldaview from top of giralda

“Berjalan kaki” menjadi pengangkutan utama sepanjang di sana sebab boleh dikatakan semua destinasi menarik terletak “in a walking distance”. Dapat la ber”exercise” sikit dan men”tick” bahagian “riadah” dalam Mutabaah Amal. Perjalanan ke Plaza de Espana dari The Cathedral tu tak la jauh sangat tapi memang terasa penat ditambah dengan cuaca yang panas tapi berbaloi juga sebab boleh berjalan-jalan tepi sungai dan melewati Torre de Oro dan Bullfighting Ring. Walaupun tak dapat masuk sebab barisan yang menunggu untuk masuk pun sangat la panjang, dapat tengok dari luar pun dah cukup.

bullfighting ringplaza de oro

Satu pengalaman yang mungkin sukar diperolehi di tempat lain adalah melihat satu acara keagamaan Kristian yang besar di Sevilla yang merupakan acara tahunan setiap awal bulan April. Boleh dilihat ramai orang – dari kanak-kanak sehingga orang dewasa – berpakaian jubah putih dan memakai topi berbentuk kon yang tinggi serta menutup muka berarak disepanjang jalan di Sevilla sambil membawa lilin dan palang salib yang sangat besar. Menakutkan pun ada. Terfikir dihati, “tak panas ke pakai baju macam tu dan berarak di bawah terik mentari sambil memikul salib yang besar tu. Tak terasa berat ke?”. Bagi kami, orang-orang yang berarak itulah menjadi tumpuan tapi bagi mereka, kami la “the real stars of the day” sebab kami lain dari yang lain. Bertudung dan berwajah asia. Berkumpul dalam kelompok pulak tu. Ada juga yang mengambil gambar kami. Terasa macam selebriti terkenal pula. Kemudian muncul pula satu persoalan di minda. Kalau masa zaman kegemilangan Islam, masyarakat memandang tinggi orang Islam tapi sekarang, orang Islam dipandang macam alien pulak terutama sekali kalau di negara yang majoritinya bukan Muslim.

event berpusu-pusu

Plaza de Espana. Bukanlah satu kawasan tinggalan sejarah Islam di Andalusia tapi hanyalah sekadar tempat yang dibina dan digunakan sebagai tempat pameran. Yang menariknya hasil-hasil pameran yang ditunjukkan kebanyakannya adalah mengenai sejarah Spain yang diringkaskan dlam bentuk lukisan yang diabadikan diatas jubin. Antara yang mencuri perhatian adalah hasil seni yang memaparkan bagaimana orang Islam tunduk pada orang Kristian Spain suatu ketika dahulu. Rasa seperti dihina. Walaubagaimanapun, bangunan-bangunan yang dibina sangat cantik dan memikat hati, termasuklah fountain air yang besar yang dibina ditengah-tengah halaman Plaza de Espana itu.

img_2874img_2884img_2883

Sevilla – walaupun sehari saja diterokai namun pelbagai ilmu dan pengalaman diperolehi.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s