MSM West Midlands

Unity beyond borders

Yes. We have faith. May 20, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 2:48 am

‘It is all about having faith. Having faith that you are not alone. That there is a greater power out there that would not let you down. That He is always there and He has the best plans put ahead for us as His servants.’

Ucap ku setelah dia bertanya kenapa kadang-kadang aku kelihatan begitu tenang.

‘It’s easy for you to say. You have Islam as your religion’

Itulah yang dijawabnya sewaktu kami sedang mengulangkaji bersama.

 

108366053l[1]_t2

 

Musim peperiksaan sering mengajar kita satu ribu satu perkara. Mana tidaknya, masa inilah kita sering bermujahadah (bersungguh-sungguh) dalam mengulangkaji pelajaran kita. Dan apabila kita lebih kuat bermujahadah, lebih banyaklah ujian yang datang. Maka dengan banyaknya ujian yang datang itu, amat rugilah jika kita tidak belajar sesuatu darinya.

Musim peperiksaan akan mengajar kita untuk lebih menghargai masa yang ada, lebih manjaga setiap urusan kita dan kadang-kadang untuk lebih berlapang dada dengan orang di sekeliling kita. Dan insyaAllah yang lebih penting ia mengajar kita untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya agar setiap usaha yang di lakukan mendapat keredhaan dan petunjuk dariNya.

 

1_589481785l

 

Rugilah kita jika kita tidak dapat belajar untuk meletakkan sepenuh harapan kepadaNya. Kerana di waktu2 inilah kita seharusnya berdoa dan berharap agar setiap apa yang telah kita belajar, setiap revision yang dibuat, setiap lecture, study group dan tutorial yang di hadiri semuanya mendapat keberkatan dariNya.

Kita dan mereka adalah berbeza. Apabila kita berusaha, kita berdoa dan meletakkan sepenuh pengharapan kepadaNya. Rugilah kita jika kita sama-sama seperti mereka. Yang ingin berjaya hanya kerana kerana cita-cita pendek dunia.

 

jauh15

 

Yes. We have faith. We have faith in Him, that He will guide us and give us what’s best.

Maka kawan2, teruskan mujahadah antum! Bersungguh-sungguh dalam mengulangkaji, menjawab kertas soalan dan lebih2 lagi bersungguh-sungguh dalam berdoa dan beramal. Moga kejayaan milik kita semua, dengan izinNya.

 

examsk

 

Fikirkan Boleh! InshaAllah May 14, 2009

Filed under: motivasi,Sharing,unfolding memory,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 12:14 am
Tags: ,

Sobahul khair! Di musim2 peperiksaan ni, terfikir pulak utk share something. Mengenangkan terkadang kita tersadung di kala merentasi lautan peperiksaan atau terseliuh ketika berjalan melawan arus perasaan yang bercampur baur…Tergerak untuk share lirik lagu yang rasanya pernah atau selalu didengari lewat corong2 radio dan peti2 televisyen ketika zaman kanak2 dahulu. Kalau dulu kita lebih girang berjoget mengikut rentak lagu ini, mungkin sekarang ini dgn ilmu yang membukit dan perwatakan yang lebih dewasa, teringin nak mengajak untuk kita bersama2 menghayati lirik lagu ni.

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Pssst: Always remember..kita usaha sehabis baik..then kita tawakkal kepada Allah..Semoga Allah memberikan kecemerlangan kepada kita di dunia dan akhirat inshaAllah. Dan most importantly sekiranya Allah uji kita dgn kejayaan, semoga Allah ttpkan hati2 kita di jalanNYA.

 

Mengintai Langit May 13, 2009

Filed under: puisi,Sharing,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 10:31 pm
Tags: ,

Tup! Tup! Tup!

Bunyi air menitik dari salur paip bumbung rumah sewa saya. Hujan renyai-renyai. Cuaca mendung lagi suram. Sepanjang pagi ini langit menangis. Air mata langit di UK halus rias, tak sama dengan titisan langit di rumah saya, nun jauh beribu batu di Malaysia. Kalau hujan di kampung saya tidak sah tanpa ribut petir dan kilat sabung-menyabung. Hujan itu rahmat. Jika kita ada deria keenam pasti kita tertegun mendengar pohon-pohon sibuk bertasbih memuji Ilahi. Apa lagi saat hujan menitis menghilangkan kekeringan menyuburkan salur vaskular xylem.

*******

Langit di sini juga saya perhatikan lebih rendah dan biru berbanding di Malaysia. Biru langit, biru lembut, merah, jingga, kelabu; semua jalur warna terbias indahnya langit. Subhanallah. Cantik sungguh. Sempurna langit tergantung tidak bertali. Pasti pembuat langit jauh lebih sempurna. Jauh lebih indah.

Berada di tempat orang, kita belajar banyak perkara baru. Malah kita mula mengenal erti rindu. Rindu yang teramat sehingga kita kadang-kala diusik sepi. Lama-kelamaan kita juga belajar berdikari, tetapi rindu tetap hadir menjenguk sesekali.

*******

Kembali melihat langit. Saya suka melihat langit. Ia ibarat menyimpan seribu satu rahsia keagungan Allah Maha Pencipta. Masakan tidak, jin-jin malahan sampai sanggup bertenggek atas sesama mereka menyusun anak tangga untuk mengintai langit tempat tersimpan kalamNya di Lauh Mahfuz. Akhirnya Allah SWT mengerahkan para malaikat untuk memanah barisan jin itu. Allah berhak menjaga kerahsiaanNya.

Di atas ‘arasy Allah SWT bersemayam. Hanya Nabi SAW kekasih pilihan selayaknya diangkat ke langit  melihat suasana penghuni syurga dan neraka lantas bertemu Yang Maha Kuasa.

Begitu manusia merintih lalu doa diangkat ke langit sana.

*******

Memandang ke langit, adakah timbul rasa keinsafan dalam hati kita? Langit begitu luas, bagaimana pula dengan dunia ini? Betapa kerdil manusia di sisi keagungan ciptaanNya. Tak terbayang berjuta-juta lagi galaksi selain Bima Sakti yang sekarang kita diami. Namun dunia tempat persinggahan sementara. Di penghujung jalan, yang menanti pasti antara dua; syurga atau neraka. Lebih luas kekal abadi pula.

Pernahkah terdetik di hati kita akan pertemuan dengan Allah SWT?

Pernahkah hati ini rindu padaNya?

Dan adakah kita sudah bersedia untuk diadili?

Adakah dengan bertambahnya ilmu(duniawi ukhrawi) menambah taqarrub(keberdekatan) kita kepadaNya?

Ya Allah, ampuni dosa ku menggunung tinggi.

Ampuni daku sering melanggar sumpah setia yang ku lafazkan untukMu.

Tersasar dan terjatuh berulang kali.

Ampunkan hamba ini sering menyakiti makhluk-makhlukMu.

Titipkan taufiq, hidayah, inayah dan cinta tiada henti buatku. Jua buat orang-orang yang ku cintai.

Biar di mana sahaja kami berada, kami masih melihat langit yang sama. Tetapkan takjub kami kepada Tuhan yang Esa. Selama-lamanya.

Ameen.

 

BISIKAN HATI UNTUK IBU

Filed under: puisi,Sharing,wanita — msmwestmidlands @ 11:01 am
Tags:

Ampuni dosaku
Kerana kelahiran ku
Darah mu tumpah ke bumi

Ampuni dosaku
Kerana sakit, sedih ku
Airmata mu membasahi pipi

Ampuni dosaku
Kerana membesarkan ku
Resah gelisah selalu kau alami

Terima kaseh ku pada mu
Atas jasa mu membesarkan ku
Atas segala kasih sayang mu

Terima kaseh ku pada mu
Atas bimbingan dan ajaran mu
Aku dapat menjadi ibu seperti mu

Doakan dan restuilah diriku agar berjaya
Mejadi ibu seperti mu jua
Melahirkan anak bangsa yang berwibawa

Setinggi gunung seluas lautan
Bukan dapat jadi ukuran
Pengorbanan ibu tak ada batasan
Kasih sayangnya tetap berkekalan

Doaku untuk mu ibu
Agar ALLAH memberi restu
Atas segala jasa dan bakti mu
Pahala Syurga ganjaran untuk mu

selamat_hari_ibu

p/s: musim-musim exam ni, terkenang ibu di kejauhan..kalau ibu ada, mesti dia akan ambil berat tentang diriku..dia akan tanya “macam mana belajar, ok?”..bodohnya  aku, selalu sahaja menjawab (dalam hati)..”alaa, kalau beritahu pun, ibu bukan boleh tolong pun..boleh ke ibu tolong jawab soalan kimia ni, dahlah dalam bahasa inggeris, ibu bukan pandai pun”..sekarang baru aku sedar, pertanyaan itu bukanlah kerana ibu ingin tahu ttg persiapan examku, tapi menunjukkan betapa dia berusaha untuk ambil tahu dan ambil berat tentangku..supaya aku rasa selesa bahawa ada org yg peduli ttgku..maafkanku ibu….sekarang baru aku tahu betapa sedihnya apabila tiada org yang ambil tahu ttgku, bila berjauhan dgn ibu..ya Allah, ampuni dosaku, dan dosa ibuku….happy belated mother’s day

 

Stress? May 8, 2009

Filed under: Sharing,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 7:04 pm
Tags: , ,

Bismillah ar-Rahman ar-Raheem..

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Another 3 days, another 3 more days, the exam session for 2008/09 will kicked off..

And in these 3 days, I’m sure everyone akan ada banyak sangat benda nak buat, banyak sangat benda nak fikir sampai menyebabkan diri kita merasa perassan yang tak best dipanggil ‘STRESS’..

Urmm, dikala saat2 genting ni, just nak share few ayat from al-Quranul Kareem, just as reminder, to myself especially..

Allah mengingatkan kita dalam firmannya, mengenai kenapa kita perlu bersusah payah di dunia ni?

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”

[Al-Ankabut:2]

Anggaplah, ini juga ujian dari Allah, untuk menguji sejauh mana kita akan berusaha menghadapi ujian tersebut, dan sejauh mana kita mengingati-Nya dalam perjalanan dan persiapan kita dalam menghadapi ujian yang diberi oleh-Nya..

Di kala kita rasa, I’m done with this, dah tak mampu dah, ingatkan diri kita balik firman Allah yang ni:

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

[Alam Nasyrah: 5-6]

Tak percaya kah kita dengan janji Allah?

Dan apabila kita sudah melalui ujian tersebut, ingatkanlah diri kita dengan firman Allah yang ini pula:

“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.”

[Ali Imran:159]

Ingatlah kita kepada janji-Nya, dan don’t ever underestimate the POWER OF DOA.

Lastly, jika keputusan kita tidak seperti yang kita harapkan, ingatlah ketika Allah menyedapkan hati kita di dalm Surat Cinta-Nya kepada kita:

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.”

[Ali Imran:139]

Bagi pihak warga MSM West Midlands, saya ingin mengucapkan ALL THE BEST in the upcoming exams untuk semua.. Bittaufiq wan najah untuk semua..

May Allah always gives His mercy and blessings to us along the way.

Jangan lupa untuk jaga iman dan jaga amal kita walaupun tengah stress dengan exam.. Sebab firman Allah yang ini pula:

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”

[Ar-Ra’d:28]

Moga bermanfaat, Wallahu’alam.

power of dua

mujahadah
postermujahadah_ikhwh

 

Repost: Petua Cemerlang May 7, 2009

Filed under: Sharing,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 5:27 pm

Assalamualaikum warahmatullah.

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi muslim student yang cemerlang di UK/di mana-mana sahaja anda belajar?

Apa kata kita renungkan kembali tips kejayaan yang telah Allah titipkan di permulaan surah Al Mukminun, surah yang ke 23 di dalam lembaran Al Quran:

1. Keyakinan, kepercayaan and having faith in Allah, His Mercy and His Help.

“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman.” [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan attitude seterusnya yang bakal disebutkan dibawah.

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.

“iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2]

Do one thing at a time. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Be passionate in it. Bukan sambil lewa.

3. Prioritise

“dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh pressure, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, movies, korean series, games, friendster dll sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menyediakan makanan aka memasak (supaya tak makan maggie je selama 2minggu), membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum. However, the best thing to do during your break is to take wudhu’, solat hajat or recite Quran so that we will be closer to Allah, therefore our hearts will be at peace and calm state no matter how hard is the exam.

plus, do avoid complaining, whining, mengumpat lecturer dsbg kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah nauzubillah.

4. Care about each other

“dan orang-orang yang menunaikan zakat.” [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, be it knowledge, past year papers, or even just food. Sharing is caring.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

“dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan study berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tension je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah kan sentiasa ada, sentiasa melindungi, sentiasa menolong…jika kita mencari dan meminta padaNya.

6. Jujur, amanah

” dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” [23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak sponsor dan dengan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan score well in our exam? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu,pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.

Please, no cheating in term of time, especially dalam dewan peperiksaan. Stop writing immediately when you are told to so. Instead, its time to say “Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil ‘azim.”

7. Punctual, particular

“dan orang-orang yang memelihara solatnya.”  [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks muslim student’s life ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan, and to maintain keeping up with our effort continously, aka istiqamah.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk academic semata-mata. Highlight utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah dan merebut peluang mewarisi syurgaNya.

” Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya.” [23:10,11]

Wallahu’alam.

Semoga berjaya dunia akhirat.

” ….Maka di antara manusia ada yang berdoa: ‘Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.’ Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat. ” [2:200]

“Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [2:201]

“Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya.” [2:202]

imtihan_t2

 

Perkongsian Spain Part 4(Final!): MALAGA May 5, 2009

Filed under: Sharing,unfolding memory — msmwestmidlands @ 6:22 pm
Tags: ,

Malaga

Malaga is a port city in Andalusia,southern Spain,on the Costa del Sol coast of the Mediterranean.According to the 2006 census the population is 558287. In the 8th century, Spain was conquered by the Moors,and the city became an important centre of trade. Malaga was 1st a possession of the Caliphade of Cordoba. After the fall of the Umayyad dynasty, it became the capital of distinct kingdom,dependent on Granada. During this time,the city was called Malaqah. At a late stage of the reconquista,the medieval Christian Spanish struggle to drive the Islamic Moors out of Spain, Malaga became Christian again, in 1487.

Malaga…

100_0848

Destinasi terakhir Jaulah Cincoceroseite kami. Kepenatan menjelajah bumi Sevilla semalam belum luput,namun perjalanan demi menjejak tapak kegemilangan Islam harus diteruskan. Itulah semangat yang terus kami sematkan dalam sanubari masing-masing. Alcazaba…

img_3164

Destinasi pertama kami di bumi Malaga. Nun jauh di atas bukit sana. Kalau nak ikutkan pada asalnya jabal faroq ditawan dengan pendakian. Namun kami tewas dek kepenatan yang masih bersisa . Hehe..akhirnya jabal faroq ditawan dengan menaiki bas. Itupun mengambil masa yang agak lama. Tidak dapat ku bayangkan jika kami teruskan pendakian dengan kudrat yang tidak seberapa. Sampai di puncak,hatiku terpesona dek keindahan panorama alam ciptaan Allah SWT. Subhanallah…

Alcazaba dulunya merupakan benteng pertahanan militan yang dibuat oleh suku moorish pada abad ke-11M. Sebelumnya di bawah benteng ini ada roman teater peninggalan sejarah Rom. Suatu ketika dahulu pada tahun 1000SM,kaum Funisia(Phoenicians) merupakan yang pertama menjumpai kota Malaga. Lalu enam abad kemudian Rom mengusai daerah ini. Sedangkan suku moorish (yang memulakan peradaban di Eropah) datang pada abad ke-8M. Malaga menjadi kota pertama yang di kuasai oleh kekhalifahan Cordoba pada masa itu. Ketika itu Malaga disebut ‘Malaqah’ dalam bahasa Arab. Bangunan ini terinspirasi dari Alhambra. Di dalam binaannya ada benteng,taman yang indah,fountains dan peninggalan Islam seperti di Alhambra.

100_08841

Keesokan harinya kami teruskan perjalanan menjelajah kota Malaga. Hari terakhir kami di bumi Spain ini digunakan sepenuhnya untuk melihat keindahan pantai Malaga. Seronok…hehehe..pelbagai aktiviti kami jalankan sambil makan-makan. Kehangatan mentari kian menusuk liang-liang roma,namun kehangatan pandangan mata dek gelagat manusia-manusia yang hatinya tidak mengenal siapa Tuhan sebenar mereka lebih menyakitkan kami.Kami terpaksa akur dengan hakikat tersebut dan beredar dari situ. Kota Spain yang dahulunya gah dengan kegemilangan Islam,kini tinggal kenangan. Jauh di lubuk hatiku tesemat satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Mungkinkah kegemilangan Islam akan bertapak semula di sini? Bila..dimana..dan bagaimana…hanya Allah yang mengetahuinya. Sekian..wassalam..kepada sesiapa yang tak pergi lagi sila lah luangkan masa anda untuk ke sana. InsyaAllah tak rugi. ^-^