MSM West Midlands

Unity beyond borders

Mengintai Langit May 13, 2009

Filed under: puisi,Sharing,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 10:31 pm
Tags: ,

Tup! Tup! Tup!

Bunyi air menitik dari salur paip bumbung rumah sewa saya. Hujan renyai-renyai. Cuaca mendung lagi suram. Sepanjang pagi ini langit menangis. Air mata langit di UK halus rias, tak sama dengan titisan langit di rumah saya, nun jauh beribu batu di Malaysia. Kalau hujan di kampung saya tidak sah tanpa ribut petir dan kilat sabung-menyabung. Hujan itu rahmat. Jika kita ada deria keenam pasti kita tertegun mendengar pohon-pohon sibuk bertasbih memuji Ilahi. Apa lagi saat hujan menitis menghilangkan kekeringan menyuburkan salur vaskular xylem.

*******

Langit di sini juga saya perhatikan lebih rendah dan biru berbanding di Malaysia. Biru langit, biru lembut, merah, jingga, kelabu; semua jalur warna terbias indahnya langit. Subhanallah. Cantik sungguh. Sempurna langit tergantung tidak bertali. Pasti pembuat langit jauh lebih sempurna. Jauh lebih indah.

Berada di tempat orang, kita belajar banyak perkara baru. Malah kita mula mengenal erti rindu. Rindu yang teramat sehingga kita kadang-kala diusik sepi. Lama-kelamaan kita juga belajar berdikari, tetapi rindu tetap hadir menjenguk sesekali.

*******

Kembali melihat langit. Saya suka melihat langit. Ia ibarat menyimpan seribu satu rahsia keagungan Allah Maha Pencipta. Masakan tidak, jin-jin malahan sampai sanggup bertenggek atas sesama mereka menyusun anak tangga untuk mengintai langit tempat tersimpan kalamNya di Lauh Mahfuz. Akhirnya Allah SWT mengerahkan para malaikat untuk memanah barisan jin itu. Allah berhak menjaga kerahsiaanNya.

Di atas ‘arasy Allah SWT bersemayam. Hanya Nabi SAW kekasih pilihan selayaknya diangkat ke langit¬† melihat suasana penghuni syurga dan neraka lantas bertemu Yang Maha Kuasa.

Begitu manusia merintih lalu doa diangkat ke langit sana.

*******

Memandang ke langit, adakah timbul rasa keinsafan dalam hati kita? Langit begitu luas, bagaimana pula dengan dunia ini? Betapa kerdil manusia di sisi keagungan ciptaanNya. Tak terbayang berjuta-juta lagi galaksi selain Bima Sakti yang sekarang kita diami. Namun dunia tempat persinggahan sementara. Di penghujung jalan, yang menanti pasti antara dua; syurga atau neraka. Lebih luas kekal abadi pula.

Pernahkah terdetik di hati kita akan pertemuan dengan Allah SWT?

Pernahkah hati ini rindu padaNya?

Dan adakah kita sudah bersedia untuk diadili?

Adakah dengan bertambahnya ilmu(duniawi ukhrawi) menambah taqarrub(keberdekatan) kita kepadaNya?

Ya Allah, ampuni dosa ku menggunung tinggi.

Ampuni daku sering melanggar sumpah setia yang ku lafazkan untukMu.

Tersasar dan terjatuh berulang kali.

Ampunkan hamba ini sering menyakiti makhluk-makhlukMu.

Titipkan taufiq, hidayah, inayah dan cinta tiada henti buatku. Jua buat orang-orang yang ku cintai.

Biar di mana sahaja kami berada, kami masih melihat langit yang sama. Tetapkan takjub kami kepada Tuhan yang Esa. Selama-lamanya.

Ameen.

Advertisements
 

BISIKAN HATI UNTUK IBU

Filed under: puisi,Sharing,wanita — msmwestmidlands @ 11:01 am
Tags:

Ampuni dosaku
Kerana kelahiran ku
Darah mu tumpah ke bumi

Ampuni dosaku
Kerana sakit, sedih ku
Airmata mu membasahi pipi

Ampuni dosaku
Kerana membesarkan ku
Resah gelisah selalu kau alami

Terima kaseh ku pada mu
Atas jasa mu membesarkan ku
Atas segala kasih sayang mu

Terima kaseh ku pada mu
Atas bimbingan dan ajaran mu
Aku dapat menjadi ibu seperti mu

Doakan dan restuilah diriku agar berjaya
Mejadi ibu seperti mu jua
Melahirkan anak bangsa yang berwibawa

Setinggi gunung seluas lautan
Bukan dapat jadi ukuran
Pengorbanan ibu tak ada batasan
Kasih sayangnya tetap berkekalan

Doaku untuk mu ibu
Agar ALLAH memberi restu
Atas segala jasa dan bakti mu
Pahala Syurga ganjaran untuk mu

selamat_hari_ibu

p/s: musim-musim exam ni, terkenang ibu di kejauhan..kalau ibu ada, mesti dia akan ambil berat tentang diriku..dia akan tanya “macam mana belajar, ok?”..bodohnya¬† aku, selalu sahaja menjawab (dalam hati)..”alaa, kalau beritahu pun, ibu bukan boleh tolong pun..boleh ke ibu tolong jawab soalan kimia ni, dahlah dalam bahasa inggeris, ibu bukan pandai pun”..sekarang baru aku sedar, pertanyaan itu bukanlah kerana ibu ingin tahu ttg persiapan examku, tapi menunjukkan betapa dia berusaha untuk ambil tahu dan ambil berat tentangku..supaya aku rasa selesa bahawa ada org yg peduli ttgku..maafkanku ibu….sekarang baru aku tahu betapa sedihnya apabila tiada org yang ambil tahu ttgku, bila berjauhan dgn ibu..ya Allah, ampuni dosaku, dan dosa ibuku….happy belated mother’s day