MSM West Midlands

Unity beyond borders

Selamat Kembali Ke ‘Sekolah’!! =) September 29, 2009

Filed under: Announcement,motivasi — msmwestmidlands @ 12:17 am

Bismillah ar-Rahman ar-Raheem,

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang,

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah wa astaghfirullah..

Setelah 3 bulan bercuti summer, ada yang berada di Msia, ada pula yang terus setia di West Midlands, hari ini, 28 Sept, telah bermulanya sesi persekolahan or lebih tepat lagi autumn term di Birmingham University.. Minggu depan, 5 oct bagi Aston university dan juga Warwick University..

Just nak share satu lagu bersama semua, lagu dr Opick, bertajuk ‘Bismillah’..

Bismillah yaa rohman yaa rohiim 2x

Bismillah mula-mula Bismillah yang mengawali
Bismillah akan membuatmu bahagia
Dengan Bismillah hatikan terjaga
Lalu keberkahan menaungi kita

Bismillah dan melangkah Bismillah lalu bekerja
Bismillah di dalam hatiku tenang
Karena semua adalah milikNya
Bahkan nafas adalah kemurahanNya

Bismillah yaa rohman yaa rohiim 4x

Terkadang hidup dalam sepi hati
Karena jiwa yang rindu tuk kembali pada Alloh

Bismillah mula-mula Bismillah yang mengawali
Bismillah akan membuatmu bahagia
Dengan Bismillah hatikan terjaga
Lalu keberkahan menaungi kita

Bismillah dan melangkah Bismillah lalu bekerja
Bismillah di dalam hatiku tenang
Karena semua adalah milikNya
Bahkan nafas adalah kemurahanNya

(Bismillah yaa rohman yaa rohiim)

Dengan namaMu yaa Alloh
Dengan namaMu yaa Rohman
Dengan namaMu yaa Robbi
Dengan namaMu..namaMu..yaa Robbi..yaa Robbi
Dengan namaMu melangkah
Dengan namaMu di hati
Dengan namaMu kumelangkah
Dengan namaMu Alloh.. Alloh.. Alloh..

Moga setiap perkara yang kita lakukan dimulakan dengan nama-Nya sentiasa dan moga niat setiap amalan kita itu adalah kerana-Nya.. Moga terhibur dari lagu di atas.. =)

Moga permulaan yang baik sentiasa membawa kepada pengakhiran yang baik insyaAllah. =)

Allahu’alam.. Yang baik itu dari-Nya, yang buruk itu dr kelemahan diri sendiri..

Wassalam..

p/s: Jom ‘Puasa Enam’ Jom! =)

p/ss: Pendaftran Winter Gathering a.k.a Perhimpunan Musim Sejuk 2009 di Loch Lomond, Scotland telah dibuka.. Cepat2 register ye! =) For more information boleh klik sini.

 

Kisah Itu.. September 26, 2009

Filed under: cerpen,motivasi,Sharing,unfolding memory,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 3:58 pm

gmbr pdg + lyg2

Aku merenung di kejauhan.. Keretapi yang ku naiki itu melalui sebuah padang rumput yang luas terbentang, menghijau.. Ku lihat burung-burung berterbangan  bebas di celahan layang-layang yang terbang tinggi..  Terdetik di hati ku betapa cantiknya alam ciptaan Allah ini.. Semuanya berada di dalam keseimbangan antarara satu dan yang lain.. Dan sekiranya salah satu daripadanya tiada, maka tidak lengkap dan sempurnalah bumi ini.. SubhanAllah, MashaAllah, Allahuakbar.. Teringat doa yang telah diajarkan kepadaku oleh seorang kakak apabila sedang mentadabburi alam:

Ayat 1

“Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”

[Ali Imran: 191]

Ketika itu, ku lihat ramai anak-anak muda berkeliaran di atas padang itu. Masing-masing sedang melakukan apa yang mereka sukai.. Ada yang sedang bermain bola, ada pula yang sedang berkelah bersama keluarga, ada pula anak-anak kecil yang sedang berlari-lari mengejar rama-rama, ada yang sekadar terbaring melihat ke arah awan yang membiru, dan ada pula yang hanya duduk di bawah pokok sambil melihat telatah anak muda di situ.

entertainmentAku terkenang kembali zaman ketika aku masih muda, masih berjiwa mentah, mahu mencuba semuanya. Kadang kala pergi bermain futsal bersama rakan-rakanku, ada kala memandu go kart, berubah angin bermain boling pula, atau paling tidak hanya keluar menonton wayang.  Dan impianku yang masih tidak tercapai adalah untuk mencuba ‘skydiving’ dan ‘bungee jumping’.

Aku melakukan semuanya mengikut suka hatiku, tanpa rasa risau, tanpa rasa bersalah, hanya kerana aku rasa tidak perlu untuk berbuat benda lain. Aku tidak faham tujuan penciptaan ku. Aku hanya mahu bersenang-lenang dan berhibur setiap masa, setiap ketika. Sehinggalah……..

______________________________________________________________________________________________________________________________________

Kring kring, kring kring….. “ Fiza, ada panggilan untuk awak tu,” kawan sebilikku Suraya memberitahu. Aku lantas mengangkatnya, ternyata ianya daripada ayahku. Dia ingin menyampaikan berita gembira kepada ku, katanya surat tawaran dari MARA telah sampai ke rumah, menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Ketika itu aku berada di Matrikulasi, tidak sampai 2 minggu pun. Ayahku meminta untuk aku balik ke rumah, menguruskan segala borang-borang yang perlu diisi untuk dihantar kembali secepat mungkin. Aku keberatan. Aku mahu mengatakan kepada ayahku yang aku mahu menolak tawaran itu. Aku tak mahu meninggalkan keluargaku, kawan-kawanku, dan yang penting, kebebasan untuk melakukan apa sahaja bersama kawan-kawan yang sekepala denganku. Tapi aku tidak sampai hati. Kedengaran suara ayahku seperti sangat gembira dengan tawaran tersebut, dan mahu aku menerimanya. Hatiku berbelah bahagi……..

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

call

Aku menekan butang telefonku lantas mendial nombor itu.. Tut tut, tut tut…. “Hello,” kedengaran suara dari sebelah sana. “Assalamualaikum mak. Mak ape khabar? Sihat ke? Mak tengah buat ape?” aku gembira mendengar suara ibuku yang telah lama tidak ku hubungi sejak ku tiba di UK. “Mak sihat je Fiza. Mak tengah baring-baring je ni, rasa sakit pula belakang mak ni.” Perbualan berlanjutan sehingga lebih kurang 30 minit, banyak sungguh yang mahu ku ceritakan pada ibuku, sambil bertanya mengenai keadaan keluarga dan sanak saudaraku. “Ok mak, nanti Fiza telefon lagi ye. Dah nak masuk ke kelas dah ni. Lagipun calling card Fiza ni dah nak habes pula. Mak jaga diri ye.. Rindu sangat kat mak, Kirim salam kat ayah. Salam’alaikum.” Ku matikan panggilan itu segera, ternyata air mataku telah menitis. Aduh, rindunya pada keluargaku di Malaysia.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

sms

Ku baca mesej di telefonku, ada jemputan iftar bersama-sama dari seorang kakak yang sama universiti dengan ku. Hatiku berbunga-bunga. Dah 3 hari aku asyik berbuka dengan mi megi sahaja. Aaaahh rindu sungguh masakan melayu. Tanpa berfikir panjang aku membalas mesej tersebut untuk menyatakan persetujuanku. Lagipun, rumah kakak itu hanya 5 minit saja berjalan kaki dari kampus kediaman ku.

Selepas habis kelas, kira-kira jam 3 petang, aku terus bergerak balik bersama Wani, rakan sekelasku. “Wani, jom kita berbuka di rumah Kak Dina hari ni? Aku segan nak pegi sorang-sorang la.” Wani menggeleng. “Alamak, tak bolehla hari ni, aku dah janji dengan Amir dan Arif hari ni nak berbuka sama-sama kat restoran halal yang baru buka tu. Sori ye Fiza. Kau kirim salam je lah kat kakak-kakak tu. Lain kali aku join, ok?” Aku sedikit kecewa , “Oh, takpelah kalau macam tu.. Jumpe di kelas esok lah ye?” Kami pun beredar mengikut haluan masing-masing.

Terdetik dalam hatiku untuk membatalkan saja janjiku dengan Kak Dina, tetapi rasa tak sampai hati. Lagipun, keinginanku pada masakan melayu mengatasi semua yg lain. “Nak tak nak pegi je lah,” detikku dalam hati. Aku menghantar mesej kepada Kak Dina untuk terus ke rumahnya memandangkan aku tidak solat asar lagi dan aku terasa malas sekali untuk balik ke bilikku dan berjumpa dengan rakan mat saleh yang sama flat denganku.

Sampai sahaja di rumah yang digelar Munawarah itu, aku disambut oleh Kak Ain, rakan serumah Kak Dina. Mereka ternyata sedang menunggu aku untuk solat asar berjemaah. Selesai bersalaman dengan Kak Ain, Kak Dina, Kak Ayu, Kak Lia dan Kak Hana, ahli rumah itu, aku segera untuk berwudhuk. Tak mahu melambatkan lagi mereka semua. Selesai solat, kami ambil kesempatan untuk baca Ma’thurat bersama-sama. Aku malu menyatakan bahawa aku tidak berapa fasih dalam membaca Quran, apa lagi himpunan zikir itu. Aku perlahankan suara ku hanya menggerakkan mulut mengikut rentak mereka semua.

quran

Aaaahh, diriku ini, dahla ilmu agama pun kurang, baca Quran pun tak betul, zikir apa lagilah.. Ya Allah, malu sungguh diriku pada waktu itu.. Ku lihat kakak-kakak itu semuanya sangat baik, mempunyai perawakan yang menarik, sangat suka menolong, sangat menjaga pemakaian dan aurat mereka, dan sentiasa memenuhkan waktu mereka dengan membaca al-Quran ataupun zikir.. Sangat jauh bezanya aku dengan mereka..

Selesai membaca Ma’thurat, kakak-kakak lain semuanya kembali ke bilik masing-masing, meninggalkan aku dan Kak Dina di dalam bilik itu. “Fiza, awak tolong saya masak jom,” muka Kak Dina tersenyum memandang ke arahku. Sambil melipat telekung yang dipakai tadi, aku menjawab, “ ok kak, tapi saya tak reti masak tau. Tolong tengok je bleh ke? Hehehe..” Aku tersengih.. Kak Dina hanya mampu tersenyum.

Di dapur, aku cuba menolong untuk memotong bawang-bawang dan sayuran, dan membantu mengosongkan sinki sementara Kak Dina memasak. Katanya hari ni nak masak Kari Ayam.. Aku terliur, tak sabar nak tunggu waktu berbuka.. Aaah aku melihat jam, baru pukul 5 petang.. Lagi 1 jam.. Erkkk, terasa perutku berkeroncong..

Aku kembali mengelamun. Sejak aku sampai di UK, kakak-kakak ni memang banyak menolong aku. Mereka menyambut aku ketika sampai, menumpangkan aku di rumah mereka sementara menunggu aku untuk settle down. Mereka tolong bawa aku ke universiti, uruskan proses pendaftaran dan macam-macam lagi. Pendek kata memang banyak yang telah mereka tolong sejak aku mula-mula sampai di negara asing ini. Aku berasa sangat terhutang budi dengan mereka semua..

“Amboi Fiza, jauhnya menung,” kata kak Dina sambil memberikan jelingan manis. Lamunanku terhenti. Sambil tersenyum, “A’ah kak, melayan perasaan.. Huuuuu..” Aku menyambung, “kak, saya malu dengan akak dan rakan serumah akak. Kakak semua sangat baik, rasa macam tak layak langsung saya dapat layanan sebaik ni. Dahla saya ni memang jauh sangat beza antara kakak semua..” Aku meluahkan perasaan yang terbuku di hati.. Sambil tersenyum, Kak Dina duduk di hadapanku.. “Fiza.. kita semua ada kisah masing-masing.. Kita semua ada pengalaman hidup yang nyata berbeza.. Tapi, tu tak sepatutnya jadi alasan bagi kita untuk tak melakukan sesuatu tu.. We cannot change our past but we can shape our future based on it.. Dalam Quran Allah berfirman”:

Ayat 2

“Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum (mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati peubahan pada sunnah Allah.”

[Al Ahzab: 62]

Kak Dina kemudian menyambung, “Sebab itulah Fiza, kita perlu tahu sejarah kita, bukan sahaja sejarah diri kita, bukan sahaja sejarah orang Melayu, tetapi juga sejarah umat Islam.. Kita perlu belajar dan tahu sejarah supaya kita boleh mengambil iktibar dan pelajaran supaya kita tak ulang kesilapan yang sama.. Bukan ke seorang mukmin tu takkan tercucuk lubang yang sama dua kali?”

Sambil bangun bergerak untuk melihat kari ayam yang sudah menggelegak itu, Kak Dina menghela nafas panjang sambil berkata, “Allah dah ingatkan kita tentang 2 hakikat penciptaan kita kat bumi ni,”

Ayat 3

[Adz-Dzariyyat: 56]

“yang bermaksud, ‘Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.’ Dan lagi satu adalah tugas kita yang selalu kita abaikan,”

Ayat 4

“dipetik dari surah shad, ayat ke 26 yang bermaksud, ‘… sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.’

Mendengarkan penjelasan yang panjang lebar dari Kak Dina membuatkan aku berfikir. Selama ni aku tak pernah tahu mengenai hakikat penciptaan ku. Aku hanya seorang muslim, yang solat hanya kerana aku dilahirkan dalam keluarga Melayu yang beragama Islam. Aku rasa penciptaanku hanyalah untuk berhibur dan bersenang-lenang di muka bumi ini.. Aku tidak pernah cuba untuk mempelajari Quran sesungguhnya, selalunya hanya meletakkannya di rak yang paling tinggi, kerana rasa hormat padanya dan tak mahu ianya dibuat mainan oleh anak-anak saudaraku yang masih kecil. Dan ianya terbiar mengumpul habuk di situ, tidak disentuh, tidak dipegang, tidak dibaca dan langsung tidak cuba untuk difahami.. Aaaahh betapa hinanya diriku ini.. 20 tahun hidupku, hanya terbuang begitu sahaja.. Ya Allah, ampunkan aku ya Allah.. Sesungguhnya aku jahil selama ini.. Terasa air mataku laju membasahi pipi.

conversation

Kak Dina segera duduk di sebelahku sambil cuba menenangkan ku. “Fiza, mungkin selama ni kita tak sedar pun yang kita lakukan tu adalah dosa.. Tapi sebab tu jugalah Allah suruh kita menuntut ilmu dari yang lebih tahu kan? Saya juga seperti awak.. Menangis pabila disedarkan mengenai hakikat kewujudan saya dan realiti ummat Islam masa kini.. Allah sayangkan hamba-hamba-Nya yang bertaubat. Kalau dr surah ‘Ali imran, ayat ke 133:”

Ayat 5

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,”

Allah suruh kita bersegera bertaubat, memohon ampunan-Nya atas dosa yang kita lakukan. Dan siap janjikan syurga lagi untuk kita.. Itu sebabnya  yang menjadikan kita lebih berazam untuk belajar.. Berazam untuk berusaha meningkatkan diri kita.. Faham kenapa perlunya untuk kita to go back to basics, yakni Quran dan Sunnah kita..” Penjelasan yang panjang lebar dari Kak Dina membuatkan aku berhenti teresak-esak, namun airmata ku masih mengalir laju.. Aaaahhh diri ini sungguh banyak bergelumang dgn dosa……….

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Lamunanku terhenti pabila keretapi yang ku naiki berhenti ke destinasi yang ku tujui.. Aku segera mengelap pipiku yang basah, lantas mencapai beg ku, dan bergerak ke pintu keluar, tak mahu membuat Kak Sha tertunggu-tunggu pula di stesen itu.. Perjalanan ku di atas dunia ni masih belum berakhir, dan sehingga itu aku berazam untuk terus bekerja dan berusaha dalam misi untuk menaikkan semula Islam di muka bumi ni.. Aku sudah tidak mahu ketinggalan gerabak keretapi itu yang telah bermula sejak dr zaman Rasul s.a.w. Aku mahu menjadi sebahagian daripada mereka.. Aaahhh, betapa ku menghargai nikmat islam, iman dan ukhuwwah yang telah menyedarkan aku untuk kembali kepada asas aqidah yang utama, yakni kalimah ‘Laila haillAllah’……..

Hogwarts Express

 

Eid Mubarak! September 19, 2009

Filed under: Announcement,Poster — msmwestmidlands @ 2:05 pm

Bismillah ar-Rahman ar-Raheem,

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang,

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah wa Astaghfirullah..

Berlalu sudah sebulan ramadhan, dan kini tiba sudah hari kemenangan..

Moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu ini memberikan impak yang besar bagi kita biiznillah.. Moga amalan2 kita yang diperbanyakkan sepanjang ramadhan ini tidak terhenti di sini sahaja, teruskan momentum itu insyaAllah! BERUSAHA sama2 jom! =)

Dari pihak keluarga MSMWESTMIDLANDS, kami mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, ampun maaf dipinta sekiranya ada salah silap yang tersengaja ataupun tidak..

“Taqabal Allahu Minna Wa Minkum”

“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”

Wassalam..

eid 1

eid 3eid 2

 

Analogi Formula 1.. September 14, 2009

Filed under: motivasi,Sharing,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 10:02 am
Tags: ,

Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem,

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang,

Saya selama ni sangat berminat dengan Formula One.. Kira cam kipas-susah-mati jugak la saya ni.. Pantang sebut pasal Ferrari, McLaren, BMW,…. saya mesti cuba keep up to date la dengan news psl F1 ni.. Amik contoh F1 GP Monza, Itali yg bru je berlangsung weekend ni.. Ada 53 lap kesemuanya, panjang circuit tu 5.793km.. [By the way, Barrichelo won this race.. Heheh]

 f1_logo

Dalam peperangan untuk memenangi trofi F1 musim ni, macam2 teknologi baru yang digunakan.. paling baru tahun ni adalah KERS (kinetic energy recovery system).. Heheh.. Ok2.. Actually, bukan nk cite pasal F1 ni.. Just nk amik analogy skit dr sukan ni.. Hehhe..

a_pit_stop_for_kimi

Cuba bayangkan, kita dalam team Ferrari.. Kita ade pemandu, kita ade pengarah, kita ade pit stop crew dan sbgnya.. Masing2 ada TUGAS tersendiri, yang sekiranya tidak dijalankan, maka tak sempurnalah team tu.. In the end, akn effect performance of the team..

PENGAJARAN pertama: TEAMWORK

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.” [As-Saff: 4]

Formula_1 

Ok, bila kita tengok, ada banyak team yang bertanding kan? BMW, Redbull, McLaren, Ferrari n …. Setiap team pun ada kelebihan tersendiri.. Ada yang mempunyai kelebihan dr segi kelajuan, ada pula yang paling maju dlm teknologi, ada pula yang simply have good strategies and drivers.. Pendek kata, BERBEZA.. Tapi, semua pun manfaatkan kelebihan masing2 dalam memastikan team masing2 mendapat tempat terbaik dlm pusingan..

PENGAJARAN kedua: FOCUS ON THE POSITIVE ADVANTAGE

“Katakanlah: ‘Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing.’ Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.” [Al Israa’: 84]

 italy-f1-circuit-map-small

F1 ni bnyk pusingan.. Ada Itali, Singapore, Msia, n mcm2 lagi.. Kadang kala team kita menang, dan ada kala, kita mungkin tak berjaya pun untuk dapatkan mata untuk team kita.. Samala juga dgn dakwah kita, ada kalanya kita akan merasai kemanisannya bila melihat anak didik kita terbina dan mereka pun membina orang lain pula.. Tapi, ada kalanya, ada yang ‘terlanggar tembok’ dan tak berjaya tamatkan perjuangan.. Tapi, teruskan USAHA, sebab itu yang paling penting..

PENGAJARAN ketiga: TERUSKAN USAHA, HASILNYA BIAR ALLAH TENTUKAN

“Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.” [Al Israa’: 19]

 podium + crash

Kalau misalnya minggu lepas kita berjaya memenangi perlumbaan di tempat pertama, tapi minggu ni pula, akibat masalah enjin, kita tak berjaya tamatkan perlumbaan.. Takkan kita nak berhenti terus dari berlumba kerana masalah enjin itu? Dakwah kita sentiasa akan ada rintangan dan ujian.. Malah lebih besar dan lebih kerap lagi dr masalah enjin F1 tu.. Kan ke SABAR tu lebih baik?

PENGAJARAN keempat: SABAR DENGAN MEHNAH YG DATANG

“Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah), (yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezkikan kepada mereka.” [Al-Hajj: 34–35]

PENGAJARAN kelima: JANGAN PUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH

“….dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”[Yusuf: 87]

 

Matlamat utama seorang pemandu F1 adalah untuk menamatkan perlumbaan di tempat teratas untuk pastikan ‘big boss’ puas hati dan as a reward akan renew the driver’s contract for the next year.. Dalam konteks kita pula, matlamat utama kita adalah mencari redha-Nya dalam setiap amal yang kita lakukan in order to attain the ultimate reward which is Jannah..

PENGAJARAN keenam: BEGIN WITH THE END IN MIND

“Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),” [Ar Ra’d: 22]

 

kers-image2-inline

Owh ye, cite pasal teknologi baru, KERS yang digunakan dalm perlumbaan F1 tahun ni, banyak pasukan pada awalnya mempunyai kesukaran dalam mengadaptasi perubahan teknologi ini.. Sehinggakan pada awal musim, banyak pasukan baru yang menguasai perlumbaan.. Di sini kita dapat lihat penguasaan teknologi tu penting.. Tidak dinafikan, tugas kita sebagai seorang daie sangat memerlukan kita menjadi kreatif dan juga up-to-date dengan teknologi masa kini.. Malah lebih penting lagi, dalam memastikan kita sentiasa dapat menarik perhatian mad’u2 kita..

PENGAJARAN ketujuh: THAQAFAH AM DAN TEKNOLOGI

“Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al qur’an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: ‘Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.’ ” [Thaahaa: 114]

 

Allahu’alam.. Ni je yang terfikir setakat ni.. Tapi insyaAllah, point dia kat sini sebenarnya bukan nak beri galakan untuk kita tengok lagi banyak tv or sports and what not..

It’s a reminder bagi diri sendiri yang selalu terlupa.. afwan salah silap terkasar bahasa.. If ade nak tambah silakan.. =) Moga bermanfaat..

P/s: Dalam kesibukan kita mengejar malam lailatul qadr, kehidupan harian kita dan juga studies kita, harap setiap langkah yang kita ambil sentiasa di bawah rahmat dan petunjuk-Nya insyaAllah.. Sentiasa muhasabah niat kerana ‘amat sering amalan besar menjadi kecil akibat niat nya’..

 

Permulaan yang baik membawa kpd pengakhiran yang baik insyaAllah.. Segala yang baik itu dari-Nya, yang buruk tu dari kelemahan diri sendiri.. Wassalam..

 

PMS is back!!! September 3, 2009

Filed under: Announcement,Poster — msmwestmidlands @ 11:30 am

perhimpunanmusimsejuk2009

 

PMS 2009 is now back!~
at Loch Lomond, Glasgow, UK
on 20-26 December 2009

[20th – 23rd for sisters , 24th – 26th for brothers]

Places are LIMITED, so do register soon to secure a place.
So, what are you waiting for? Invite all your friends and fill you winter holiday with the best Winter Gathering ever!~

For more information, please contact local MSM representatives..

PMS: Perhimpunan Musim Sejuk = Winter Gathering during winter holidays.

Brought to you by Majlis Syura Muslimun UK and Ireland, an association registered under Malaysian Students Department.