MSM West Midlands

Unity beyond borders

Kisah Itu.. September 26, 2009

Filed under: cerpen,motivasi,Sharing,unfolding memory,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 3:58 pm

gmbr pdg + lyg2

Aku merenung di kejauhan.. Keretapi yang ku naiki itu melalui sebuah padang rumput yang luas terbentang, menghijau.. Ku lihat burung-burung berterbangan  bebas di celahan layang-layang yang terbang tinggi..  Terdetik di hati ku betapa cantiknya alam ciptaan Allah ini.. Semuanya berada di dalam keseimbangan antarara satu dan yang lain.. Dan sekiranya salah satu daripadanya tiada, maka tidak lengkap dan sempurnalah bumi ini.. SubhanAllah, MashaAllah, Allahuakbar.. Teringat doa yang telah diajarkan kepadaku oleh seorang kakak apabila sedang mentadabburi alam:

Ayat 1

“Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”

[Ali Imran: 191]

Ketika itu, ku lihat ramai anak-anak muda berkeliaran di atas padang itu. Masing-masing sedang melakukan apa yang mereka sukai.. Ada yang sedang bermain bola, ada pula yang sedang berkelah bersama keluarga, ada pula anak-anak kecil yang sedang berlari-lari mengejar rama-rama, ada yang sekadar terbaring melihat ke arah awan yang membiru, dan ada pula yang hanya duduk di bawah pokok sambil melihat telatah anak muda di situ.

entertainmentAku terkenang kembali zaman ketika aku masih muda, masih berjiwa mentah, mahu mencuba semuanya. Kadang kala pergi bermain futsal bersama rakan-rakanku, ada kala memandu go kart, berubah angin bermain boling pula, atau paling tidak hanya keluar menonton wayang.  Dan impianku yang masih tidak tercapai adalah untuk mencuba ‘skydiving’ dan ‘bungee jumping’.

Aku melakukan semuanya mengikut suka hatiku, tanpa rasa risau, tanpa rasa bersalah, hanya kerana aku rasa tidak perlu untuk berbuat benda lain. Aku tidak faham tujuan penciptaan ku. Aku hanya mahu bersenang-lenang dan berhibur setiap masa, setiap ketika. Sehinggalah……..

______________________________________________________________________________________________________________________________________

Kring kring, kring kring….. “ Fiza, ada panggilan untuk awak tu,” kawan sebilikku Suraya memberitahu. Aku lantas mengangkatnya, ternyata ianya daripada ayahku. Dia ingin menyampaikan berita gembira kepada ku, katanya surat tawaran dari MARA telah sampai ke rumah, menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Ketika itu aku berada di Matrikulasi, tidak sampai 2 minggu pun. Ayahku meminta untuk aku balik ke rumah, menguruskan segala borang-borang yang perlu diisi untuk dihantar kembali secepat mungkin. Aku keberatan. Aku mahu mengatakan kepada ayahku yang aku mahu menolak tawaran itu. Aku tak mahu meninggalkan keluargaku, kawan-kawanku, dan yang penting, kebebasan untuk melakukan apa sahaja bersama kawan-kawan yang sekepala denganku. Tapi aku tidak sampai hati. Kedengaran suara ayahku seperti sangat gembira dengan tawaran tersebut, dan mahu aku menerimanya. Hatiku berbelah bahagi……..

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

call

Aku menekan butang telefonku lantas mendial nombor itu.. Tut tut, tut tut…. “Hello,” kedengaran suara dari sebelah sana. “Assalamualaikum mak. Mak ape khabar? Sihat ke? Mak tengah buat ape?” aku gembira mendengar suara ibuku yang telah lama tidak ku hubungi sejak ku tiba di UK. “Mak sihat je Fiza. Mak tengah baring-baring je ni, rasa sakit pula belakang mak ni.” Perbualan berlanjutan sehingga lebih kurang 30 minit, banyak sungguh yang mahu ku ceritakan pada ibuku, sambil bertanya mengenai keadaan keluarga dan sanak saudaraku. “Ok mak, nanti Fiza telefon lagi ye. Dah nak masuk ke kelas dah ni. Lagipun calling card Fiza ni dah nak habes pula. Mak jaga diri ye.. Rindu sangat kat mak, Kirim salam kat ayah. Salam’alaikum.” Ku matikan panggilan itu segera, ternyata air mataku telah menitis. Aduh, rindunya pada keluargaku di Malaysia.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

sms

Ku baca mesej di telefonku, ada jemputan iftar bersama-sama dari seorang kakak yang sama universiti dengan ku. Hatiku berbunga-bunga. Dah 3 hari aku asyik berbuka dengan mi megi sahaja. Aaaahh rindu sungguh masakan melayu. Tanpa berfikir panjang aku membalas mesej tersebut untuk menyatakan persetujuanku. Lagipun, rumah kakak itu hanya 5 minit saja berjalan kaki dari kampus kediaman ku.

Selepas habis kelas, kira-kira jam 3 petang, aku terus bergerak balik bersama Wani, rakan sekelasku. “Wani, jom kita berbuka di rumah Kak Dina hari ni? Aku segan nak pegi sorang-sorang la.” Wani menggeleng. “Alamak, tak bolehla hari ni, aku dah janji dengan Amir dan Arif hari ni nak berbuka sama-sama kat restoran halal yang baru buka tu. Sori ye Fiza. Kau kirim salam je lah kat kakak-kakak tu. Lain kali aku join, ok?” Aku sedikit kecewa , “Oh, takpelah kalau macam tu.. Jumpe di kelas esok lah ye?” Kami pun beredar mengikut haluan masing-masing.

Terdetik dalam hatiku untuk membatalkan saja janjiku dengan Kak Dina, tetapi rasa tak sampai hati. Lagipun, keinginanku pada masakan melayu mengatasi semua yg lain. “Nak tak nak pegi je lah,” detikku dalam hati. Aku menghantar mesej kepada Kak Dina untuk terus ke rumahnya memandangkan aku tidak solat asar lagi dan aku terasa malas sekali untuk balik ke bilikku dan berjumpa dengan rakan mat saleh yang sama flat denganku.

Sampai sahaja di rumah yang digelar Munawarah itu, aku disambut oleh Kak Ain, rakan serumah Kak Dina. Mereka ternyata sedang menunggu aku untuk solat asar berjemaah. Selesai bersalaman dengan Kak Ain, Kak Dina, Kak Ayu, Kak Lia dan Kak Hana, ahli rumah itu, aku segera untuk berwudhuk. Tak mahu melambatkan lagi mereka semua. Selesai solat, kami ambil kesempatan untuk baca Ma’thurat bersama-sama. Aku malu menyatakan bahawa aku tidak berapa fasih dalam membaca Quran, apa lagi himpunan zikir itu. Aku perlahankan suara ku hanya menggerakkan mulut mengikut rentak mereka semua.

quran

Aaaahh, diriku ini, dahla ilmu agama pun kurang, baca Quran pun tak betul, zikir apa lagilah.. Ya Allah, malu sungguh diriku pada waktu itu.. Ku lihat kakak-kakak itu semuanya sangat baik, mempunyai perawakan yang menarik, sangat suka menolong, sangat menjaga pemakaian dan aurat mereka, dan sentiasa memenuhkan waktu mereka dengan membaca al-Quran ataupun zikir.. Sangat jauh bezanya aku dengan mereka..

Selesai membaca Ma’thurat, kakak-kakak lain semuanya kembali ke bilik masing-masing, meninggalkan aku dan Kak Dina di dalam bilik itu. “Fiza, awak tolong saya masak jom,” muka Kak Dina tersenyum memandang ke arahku. Sambil melipat telekung yang dipakai tadi, aku menjawab, “ ok kak, tapi saya tak reti masak tau. Tolong tengok je bleh ke? Hehehe..” Aku tersengih.. Kak Dina hanya mampu tersenyum.

Di dapur, aku cuba menolong untuk memotong bawang-bawang dan sayuran, dan membantu mengosongkan sinki sementara Kak Dina memasak. Katanya hari ni nak masak Kari Ayam.. Aku terliur, tak sabar nak tunggu waktu berbuka.. Aaah aku melihat jam, baru pukul 5 petang.. Lagi 1 jam.. Erkkk, terasa perutku berkeroncong..

Aku kembali mengelamun. Sejak aku sampai di UK, kakak-kakak ni memang banyak menolong aku. Mereka menyambut aku ketika sampai, menumpangkan aku di rumah mereka sementara menunggu aku untuk settle down. Mereka tolong bawa aku ke universiti, uruskan proses pendaftaran dan macam-macam lagi. Pendek kata memang banyak yang telah mereka tolong sejak aku mula-mula sampai di negara asing ini. Aku berasa sangat terhutang budi dengan mereka semua..

“Amboi Fiza, jauhnya menung,” kata kak Dina sambil memberikan jelingan manis. Lamunanku terhenti. Sambil tersenyum, “A’ah kak, melayan perasaan.. Huuuuu..” Aku menyambung, “kak, saya malu dengan akak dan rakan serumah akak. Kakak semua sangat baik, rasa macam tak layak langsung saya dapat layanan sebaik ni. Dahla saya ni memang jauh sangat beza antara kakak semua..” Aku meluahkan perasaan yang terbuku di hati.. Sambil tersenyum, Kak Dina duduk di hadapanku.. “Fiza.. kita semua ada kisah masing-masing.. Kita semua ada pengalaman hidup yang nyata berbeza.. Tapi, tu tak sepatutnya jadi alasan bagi kita untuk tak melakukan sesuatu tu.. We cannot change our past but we can shape our future based on it.. Dalam Quran Allah berfirman”:

Ayat 2

“Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum (mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati peubahan pada sunnah Allah.”

[Al Ahzab: 62]

Kak Dina kemudian menyambung, “Sebab itulah Fiza, kita perlu tahu sejarah kita, bukan sahaja sejarah diri kita, bukan sahaja sejarah orang Melayu, tetapi juga sejarah umat Islam.. Kita perlu belajar dan tahu sejarah supaya kita boleh mengambil iktibar dan pelajaran supaya kita tak ulang kesilapan yang sama.. Bukan ke seorang mukmin tu takkan tercucuk lubang yang sama dua kali?”

Sambil bangun bergerak untuk melihat kari ayam yang sudah menggelegak itu, Kak Dina menghela nafas panjang sambil berkata, “Allah dah ingatkan kita tentang 2 hakikat penciptaan kita kat bumi ni,”

Ayat 3

[Adz-Dzariyyat: 56]

“yang bermaksud, ‘Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.’ Dan lagi satu adalah tugas kita yang selalu kita abaikan,”

Ayat 4

“dipetik dari surah shad, ayat ke 26 yang bermaksud, ‘… sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.’

Mendengarkan penjelasan yang panjang lebar dari Kak Dina membuatkan aku berfikir. Selama ni aku tak pernah tahu mengenai hakikat penciptaan ku. Aku hanya seorang muslim, yang solat hanya kerana aku dilahirkan dalam keluarga Melayu yang beragama Islam. Aku rasa penciptaanku hanyalah untuk berhibur dan bersenang-lenang di muka bumi ini.. Aku tidak pernah cuba untuk mempelajari Quran sesungguhnya, selalunya hanya meletakkannya di rak yang paling tinggi, kerana rasa hormat padanya dan tak mahu ianya dibuat mainan oleh anak-anak saudaraku yang masih kecil. Dan ianya terbiar mengumpul habuk di situ, tidak disentuh, tidak dipegang, tidak dibaca dan langsung tidak cuba untuk difahami.. Aaaahh betapa hinanya diriku ini.. 20 tahun hidupku, hanya terbuang begitu sahaja.. Ya Allah, ampunkan aku ya Allah.. Sesungguhnya aku jahil selama ini.. Terasa air mataku laju membasahi pipi.

conversation

Kak Dina segera duduk di sebelahku sambil cuba menenangkan ku. “Fiza, mungkin selama ni kita tak sedar pun yang kita lakukan tu adalah dosa.. Tapi sebab tu jugalah Allah suruh kita menuntut ilmu dari yang lebih tahu kan? Saya juga seperti awak.. Menangis pabila disedarkan mengenai hakikat kewujudan saya dan realiti ummat Islam masa kini.. Allah sayangkan hamba-hamba-Nya yang bertaubat. Kalau dr surah ‘Ali imran, ayat ke 133:”

Ayat 5

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,”

Allah suruh kita bersegera bertaubat, memohon ampunan-Nya atas dosa yang kita lakukan. Dan siap janjikan syurga lagi untuk kita.. Itu sebabnya  yang menjadikan kita lebih berazam untuk belajar.. Berazam untuk berusaha meningkatkan diri kita.. Faham kenapa perlunya untuk kita to go back to basics, yakni Quran dan Sunnah kita..” Penjelasan yang panjang lebar dari Kak Dina membuatkan aku berhenti teresak-esak, namun airmata ku masih mengalir laju.. Aaaahhh diri ini sungguh banyak bergelumang dgn dosa……….

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Lamunanku terhenti pabila keretapi yang ku naiki berhenti ke destinasi yang ku tujui.. Aku segera mengelap pipiku yang basah, lantas mencapai beg ku, dan bergerak ke pintu keluar, tak mahu membuat Kak Sha tertunggu-tunggu pula di stesen itu.. Perjalanan ku di atas dunia ni masih belum berakhir, dan sehingga itu aku berazam untuk terus bekerja dan berusaha dalam misi untuk menaikkan semula Islam di muka bumi ni.. Aku sudah tidak mahu ketinggalan gerabak keretapi itu yang telah bermula sejak dr zaman Rasul s.a.w. Aku mahu menjadi sebahagian daripada mereka.. Aaahhh, betapa ku menghargai nikmat islam, iman dan ukhuwwah yang telah menyedarkan aku untuk kembali kepada asas aqidah yang utama, yakni kalimah ‘Laila haillAllah’……..

Hogwarts Express

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s