MSM West Midlands

Unity beyond borders

jangan paksa saya =( October 31, 2009

Filed under: motivasi,Sharing,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 6:15 pm
Tags:

Assalamualaikum kawan-kawan semua. Lama rasa tak menulis di sini.  Subhanallah terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan bila perjalanan kehidupan bergerak dengan pantas. Kadang-kadang tersepit pula dengan pelbagai hasutan dan kongkongan sehingga tidak sedar kenapa aku bertindak mengenai sesuatu perkara itu. Pernah dengar kisah ini? Kisah Tufail bin Amru.

Tufail bin Amru adalah seorang penyair dan pemimpin Qabilah Ad Dausi di Yaman. Beliau datang ke Mekah pada tahun kesebelas kenabian. Ketibaannya disambut dengan penuh hormat oleh penduduk Mekah. Mereka berkata kepadanya:

“Engkau datang ke negeri kami, berwaspadalah terhadap seorang lelaki di kalangan kami. Dia menjadi masalah kepada kami. Dia telah memecah-belahkan masyarakat kami dan mengganggu urusan kami. Kata-katanya seperti sihir. Boleh memisahkan antara ayah dan anaknya. Memecah-belahkan sesama saudara-mara, suami dengan isteri. Kami bimbang kalau-kalau dia dapat mempengaruhimu dan kaummu seperti yang berlaku kepada kami. Jangan bercakap dengannya dan jangan mendengar cakapnya walau sedikit.”

Tufail menceritakan: “Demi Allah mereka terus menerus memperingatkanku dengan perkara itu sehingga aku mengambil keputusan tidak mahu mendengar dan bercakap dengannya. Bahkan aku menyediakan kapas penyumbat telinga supaya cakap-cakapnya tidak sampai kepadaku. Apabila aku pergi ke masjid tiba-tiba aku lihat dia bersembahyang di sisi Kaabah. Aku berdiri berhampiran dengannya. Dengan kuasa Allah aku mendengar sebahagian dari kata-katanya. Aku mendengarnya dan aku dapati kata-kata yg baik. Aku pun berfikir sendiri, alangkah tidak baiknya kalau aku tidak membuat pertimbangan sendiri. Aku seorang penyair, aku boleh menilai baik dan buruk. Apakah yang menghalangku untuk mendengar dari lelaki ini apa yang diucap olehnya. Kalau baik, aku menerimanya dan kalau buruk aku menolaknya. Aku mengikut lelaki itu beredar pulang ke rumahnya lalu aku pun masuk menemuinya. Aku ceritakan kisah kedatanganku dan amaran penduduk Mekah. Aku memintanya menerangkan ajarannya kepadaku. Dia menerangkan tentang Islam dan membaca Al Quran. Maka demi Allah, aku tidak pernah mendengar kata-kata yg lebih baik darinya serta perkara yg lebih adil darinya. Aku terus menganut Islam dan mengikrarkan syahadah yg sebenar.”

Tufail pulang ke Yaman dan menyeru kaumnya kepada Islam termasuk bapanya dan isterinya dan ahli qabilah Ad Dausi sehingga Abu Hurairah yang dikenali sebagai pemuda  yang sukar untuk mempercayai orang lain akhirnya beliau juga memeluk Islam di tangan Tufail bin Amru Ad-Dausi.

“Maka siapa yang Allah beri petunjuk kepadanya, maka tiada siapa pun boleh menyesatkannya. Dan sesiapa yang Allah mentakdirkan dia menjadi sesat, maka tiada siapa yang boleh memberi petunjuk kepadanya.”

Petunjuk Allah tu bisa menjelma dan datang kepada kita jika memang itu izin dan kehendakNya. Jangan sekat dan lepaskan peluang untuk hidayah Allah itu menyapa pintu hati kita. Dan jika sudah jelas pada kita jalan hidayah dan jalan kesesatan, moga kita dapat menggunakan akal yang waras utk memilih dan menerima seruan ilahi, seterusnya melangkah ke arah kebaikan.

wa la ghalib illallah

wa la ghalib illallah means "there is no conqueror except Allah"

“Ya Allah kami berlindung kepadaMu dari mempersekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dariMu dari mempersekutukan Engkau dengan sesuatu yang tidak kami ketahui.”

Begitulah zikir yang diajarkan Nabi yang kita baca dalam Mathurat. Kita berlindung dan takut dgn benda-benda yg kita dh tahu akan membuatkan Allah jatuh pd tangga martabat kedua atau ketiga, sebaliknya kita mohon ampun jika kita melakukan sesuatu yg menyimpang tanpa sedar. Bukan pula berterusan menyedari baik buruk nilai-nilai dalam kehidupan, tetapi berpaling dan engkar dan berharap Allah terima dan ampunkan kita tanpa kita berusaha menerima dan mengakui kebaikan itu.

Wallahu’alam.

Buat renungan dan refleksi bersama.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s