MSM West Midlands

Unity beyond borders

Itukah aku? January 20, 2010

Filed under: puisi,Sharing — msmwestmidlands @ 2:24 pm

Subuhnya…
dimanaku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berfoya-foya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku didepan Tuhanku

Zuhurnya….
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku didepan Tuhanku

Asarnya…
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si tuah yang setia dan si jebat yang derhaka
siapa aku didepan Tuhanku

Maghribnya…
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar disebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat

siapa aku didepan Tuhanku

Isyaknya….
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengganggu
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku didepan Tuhanku

kini aku jadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana dihujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa
sembahyang disini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.

moga bermanfaat =) sekadar berkongsi~

 

2 Responses to “Itukah aku?”

  1. anon Says:

    Salam wbt.

    Mahu bertanya, dan maaflah kerana pertanyaan ini tidak berkaitan dengan artikel.

    Adakah MSM mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan isu kalimah Allah di Malaysia?

    Kepingin juga mendengar komen MSM berkaitan isu ini memandangkan MSM merupakan lidah rasmi orang Islam di bumi UK dan Ireland ini.

    Jazakumullahu khayr atas perhatian

  2. gealank Says:

    subhanallah
    katamu menusuk kalbu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s