MSM West Midlands

Unity beyond borders

Marah? March 4, 2010

Filed under: Sharing,unfolding memory,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 1:57 am
Tags: , ,

Bismillah ar Rahman ar Raheem,

Nak share dulu satu video ni..

Pernah tak kita merasa marah? Macam2 jenis marah ada.. Marah dengan keadaan sekeliling kita, marah dgn diri kita, marah dgn mak ayah kita, marah dgn kawan2 kita, kadang2, dgn makhluk yg tak bernyawa dan brgerak pun kita marah.. semua benda pun, kalau ada yang tak kena sikit ke, boleh membuatkan kita, MARAH..

Significant betol marah ni ye? Kalau nak share pengalaman sendiri, bnyk sgt yg boleh diri ini relate dengan marah.. Huuuu, tak boleh buat silap sikit, for sure melenting.. Pastu, bukan setakat org yg kita marah tu je kene, orang lain pun terlibat sekali.. Tak pasal2 je..

Erkkk, kalau dlm buku “Bahtera Penyelamat” oleh Ustaz Fathi Yakan, Marah ni adalah salah satu pintu utama syaitan datang utk mencucuk kita.. dari marah nilah, timbul perasaan benci, dengki, hasad, musuh dan sebagainya..

Saya rasa, semua org pernah merasa marah kepada sesuatu.. Kawan2 ke, mak ayah ke sesiapa je lah, kalau org tu tak ikut kehendak kita.. Dan semua orang pun ada cara melepaskan kemarahan masing2.. Kalau sy sendiri, dulu sy main hoki sebab sy nak lepaskan kemarahan sy dengan pukul bola hoki tu dgn kayu sekuat2 hati saya.. Dulu2 la..

Siapa kenal Umar al Khattab angkat tangan…. =) Eheh.. Kalau ingat kisah Umar sebelum peluk Islam, dia kan garang kan? Pastu marahnya dia pd Rasulullah yg ketika itu sebarkan Islam smpai dia nak bunuh Rasulullah.. Dah bawak pedang dah ni.. Sekali tu ada org ckp, tak payahlaaaa.. Adik kau sendiri dah peluk Islam.. Umar pun apalagi, dgn kemarahan, pergi ke rumah adiknya.. masa tu adik dia tgh belajar Quran kn? Pastu Umar LEMPANG adik dia, smpai berdarah.. Pastu baru Umar tnye ape yg adik dia baca.. Dan selepas itu, famouslah kisah Umar yg memluk Islam slepas mndengar Surah Taha (20) ayat 1 hingga 14.. [SubhanAllah, petunjuk Allah tu memang utk sesiapa yg Dia kehendaki je.. Umar yang garang tu pn masuk Islam bila dgr bacaan Quran.. MashaAllah..]

Dan lepas tu, Umar pun menjadi antara pejuang Islam yang sgt hebat.. Smpai jadi khalifah kan.. And cucu dia pun ada jadi khalifah, tak lain tak bukan Umar Abdul Aziz.. [Hebat2 sungguh org nama Umar ni.. Boleh buat nama anak.. =) ]

Apa significant kisah Umar ni sebenarnya eh? Heeee, kalau kita tengok, Umar menyalurkan kemarahan dia selepas masuk Islam kepada orang2 kafirun kan? Dia tidak berkasar kepada saudara se-Islam dia,.. Malah, marah dia adalah untuk mempertahankan Islam, untuk mempertahankan haq (kebenaran) dan keadilan.. Itulah MARAH yang best.. Marah yang timbul hanya kerana Allah dan tiada yg lain.. Kita patyut merasa marah apabila Islam tidak berada di atas.. marah apabila Islam ni seperti dipermain2kan.. marah pabila Islam ni hanya dalam kad pengenalan tapi cara hidupnya tak mnggambarkan langsung Islam yg sbenarnya..

Lagi satu kisah sahabat yang best adalah kisah Ali karamallahu wajhah. Dlm satu perang ni, tatkala Ali telah menumpaskan seorang kafirun, tiba2 org itu meludah ke mukanya. LUDAH tau, bukan caci je, meludah.. Ali terus tak jadi bunuh kafirun tersebut.. Kenape ye? Ali pun tinggalkan kafirun itu.. Sehingga org tu bertanya kpd Ali kenapa beliau tak bunuh je dia.. Ali jawab: Aku takut membunuhmu kerana ludah.. Allahuakbar.. Hebatnya akhlaq sahabat2, walaupun diperlakukan dgn bermacam2 bnde, mcm kes Ali td, diludah mukanya, terus tak jadi bunuh, sebab takut niat tersasar dari jihad fisabilillah.. Huuuuuuuu.. [Kalau saya habes lagi ditetak2 org tu smpai hati ni puas kot.. adesss]

Begitulah org yg beriman, marahnya bukan kerana hawa nafsu, bukan kerana dendam, tapi marahnya semata2 kerana Allah, dalam usaha menegakkan al-haq..

Sebenarnye, sy cite2 bnde kt atas ni sbb trbaca satu hadith td. Hadith ke-enambelas dr hadith arbai’n..

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah
engkau marah.
Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.

[HR Bukhari]

Rasulullah nasihat kat kita [cam seorang ayah nasihat anak dia], “La Taghdob”, jangan marah.. Berulang kali plak tu kan? Bila seseorang ulang bnde tu bnyk2 kali, sbb dia nk kita ingt kan? Dan jangan buat, ye tak? Huuuuu.. [Bilalah saya nak dpt control marah sy ni..:( ]

Allah berfirman:

“Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. [An Nahl (16): 96]

Ganjaran pahala utk mereka yg bersabar.. Pahala yg boleh mmberatkan timbangan amal dan membawa ke syurga..

Moga dapat kesimpulan yang baik dr cerita di atas.. =)

Peringatan mostly utk diri sendiri yg sgt lemah dan senang amat tergoda dgn syaitan..

Moga bermanfaat..

Wassalam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s