MSM West Midlands

Unity beyond borders

Mabit Wida’ 2010 June 15, 2010

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 1:52 am

Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) Wida’ 2010 

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang ruju` kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum- hukum Allah sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.(surah Hud:112)

Alhamdulillah,bertemakan ayat di atas,dengan izin Allah kami telah berjaya mejayakan Mabit Wida’ yang merupakan Mabit terakhir untuk sessi 09/10.Bertemakan Istiqamah dalam mengejar Rahmat dan Jannah Allah banyak input yang berjaya diterapkan,antaranya apa itu istiqamah,cara utuk beristiqamah dan juga halangan-halangan yang dihadapi untuk beristiqamah.

Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yag lurus iaitu berpegag pada akidah Islam dan melaksanakn syariat Allah dengan teguh,tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan.

 

Tanpa keimanan&ketaqwaan yang   sebenar-benarya,istiqamah menjadi laluan yang berduri untuk dilalui.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

(surah Al-Ankabut:2-3)

Apabila terdapatnya halangan-halangan utuk beristiqamah,kebarangkalian untuk iman kita goyah adalah tinggi.Oleh yang demikian,kami juga diberi pegisian bagaiman untuk mengenal halangan-halangan ini dan cara utuk mengatasinya.

katakanlah(wahai Muhammad) jika bapa-bapa kamu, dan anak-pinak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri(atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takut akan kerugiannya dan rumah serta tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu) menjadi perkara yang lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul dan daripada berjihad kejalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mengutuskan keputusanNya(azabNya); kerana Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik(derhaka).
(surah At-Taubah:24)

Dengan memahami ayat di atas,dapatlah kami megenal apakah halangan-halangan dalam istiqamah.

Halangan-halangan ini juga dapat diatasi dengan izin Allah apabila kita:

1. Kuatkan azam
2.  Berusaha dengan   tetap dan bersungguh-sungguh.
3.Tidak patah semangat
4.Tidak kecewa dan putus asa pada rahmat Allah
5.Tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran.
6.Banyak berzikir dan berdoa pada Allah.
7.Bertawakal dan bersyukur.
Melalui program MABIT pelbagai pengisian dan makanan rohani yang telah diperolehi.Semoga program yang membina seperti MABIT dapat dikekalkan da diperbaiki dari masa ke semasa dalam menjamin perjalaan dakwah di bumi Allah swt.
=takbir & selawat=
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s