MSM West Midlands

Unity beyond borders

Tazkirah ramadhan August 22, 2010

Filed under: motivasi,Sharing — msmwestmidlands @ 5:30 pm

Salam’alaikum

Dah masuk ke minggu kedua ramadhan..Cepat sungguh masa berlalu.Moga kita semua bertambah-tambah semangat untuk merebut ganjaran takwa.

InsyaAllah,saya cuma nak berkongsi sedikit akan kelebihan bulan ramadhan sebagai medium untuk kita mencapai 10 muwosafat tarbiyah.

1) Aqidah yang sejahtera

Kenapa kita puasa?Tanya balik diri sendiri tujuan kita berpuasa.insyaAllah,kita semua maklum kan yg berpuasa di bulan ramadhan adalah wajib bg semua org islam spt dalam surah albaqarah ayat 183:

” Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ”

Ini bermakna kita percaya dengan Allah.Kita melaksanakan perintahNya dan kita dah pun melakukan salah satu dari rukun islam. Kita kena jelas tujuan berpuasa dan kita sebagai hambaNya mestilah patuh akan suruhanNya.

2) Ibadah yang sahih

Dalam bulan ramadhan ini,hendaklah kita meningkatkan amalan-amalan ibadat kita.Banyakkan membaca al-quraan,buat solat-solat sunat,bersedekah,qiamullai dan amalan2 ibadah yang lain.Kita harus memaksimumkan amalan2 kita sebab kita tahu ganjaran bagi ibadah2 yang dilakukan dalam bulan ini akan digandakan.Hidupkanlah bulan ini dengan amalan2 ibadah wajib dan sunat.Hakikatnya,ibadah harus dilakukan sebab seluruh hidup kita adalah ibadah .Bukan hanya dalam ramadhan shj tetapi juga dalam 11 bulan yang lain.Selain itu,untuk mendapat ibadah yang sahih,segala bidaah2 yang berkaitan harus ditinggalkan.Ikutilah amalan2 yg dilakukan oleh RasulAllah SAW.

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

3) Akhlak yang mulia

Ramadhan merupakan alat untuk kita meningkatkan diri menjadi hambaNya yg lebih baik.Dengan berpuasa,kita hendaklah melatih diri dari melakukan perkara2 yg mendapat dosa dan sia2.Apabila berpuasa,bukan hanya perut kita shj berpuasa,tetapi seluruh anggota badan kita berpuasa dan bersabar.Mata,telinga,tangan,kaki,hati,lidah dan seluruh badan haruslah dipelihara dari melakukan perbuatan dosa.Kita taknaklah puasa hanya setakat dapat lapar dan dahaga tetapi masih baran, mengumpat,menfitnah dan sebagainya.Nanti pahala puasa kita semakin berkurangan dan hanyalah sia2 puasa kita itu.Allah’alam.Yang penting,berusaha untuk mengawal hawa nafsu dan membentuk diri menjadi hamba yang diredhaiNya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Semua amal anak Adam dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 hingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Adapun puasa itu adalah untuk Allah dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian.” (Hadis Riwayat Muslim)

4) Luas pengetahuan

Haa.Bulan puasa ni kenalah banyakkan membaca al-Quraan.Itu adalah sebaik-baik kitab yg penuh dengan ilmu pengetahuan.Segala bidang ilmu ada contohnya perubatan,sains,sejarah,muamalat,akhlak dan sebagainya.Selain itu,luangkanlah masa utk hadiri progam2 ilmu yang diadakan atau banyakkan membaca buku2 seerah. Di Malaysia ni,masjid2 banyak yg mengadakan ceramah2 ramadhan dan program2 ilmiah bg menyemarakkan bulan yg mulia ini.Sama2 kita luangkan sikit masa untuk  menambah dan mengukuhkan lagi kefahaman kita mengenai islam.

5) Berdikari

Bulan ramadhan ni boleh membantu seseorang utk berdikari dengan mereka menjaga kewangan mereka.Berbelanjalah secara sederhana dan gunakan duit2 lebih itu dengan bersedekah.Banyak cara untuk bersedekah dlm bulan ramadhan ni.Tak semestinya bagi duit.Boleh dilakukan jg dengan memberi jiran juadah berbuka.Selain itu,zakat yg diwajibkan boleh melatih manusia untuk memberi kepada yg memerlukan.Ini adalah medium untuk kita sedar yang harta ini perlu dikongsi dan bukan milik kita seorang.

6) Sihat tubuh badan

Haa..Macam mana puasa boleh sihatkan badan kita?Sedangkan ramai orang anggap puasa ni melemahkan kita.Tak larat nak bersenam.Lemah tak bermaya lah.Actually,kitalah sbnrnya yg kena mencergaskan diri kita.Puasa tak bermakna kita boleh rehat2 tapi,gunakan masa2 yg ada dgn pergi bersenam.Selain itu,bila berpuasa kita menjaga perut kita seharian.So,bila berbuka tu,pandai2lah kawal selera makan.Makan sekadar perlu dan kunyah perlahan2.Kajian menunjukkan puasa boleh mengimbangkan sistem peredaran darah (check blk fact ni..dpt dr org.huhu).

7) Menjaga waktu

Secara tak sedar,sbrnya time puasa nilah kita paling byk tengok jam kan.Tengok waktu berbuka.hehe.Uniknya ramadhan ni,sebab pagi ada sahur.kemudian,waktu berbuka dan solat tarawikh.Ramadhan nilah kita kena latih diri untuk lebih punctual dengan masa.Conth,kalau kita tak punctual waktu sahur,nnt terlpas pulak utk bersahur.Begitu jga waktu berbuka.Dan kita tahu sunat utk melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka.Kenalah pandai uruskan masa.So,kat sini kita nampak kan betapa pentingnya kita menjaga waktu agar segala urusan kita dapat dilakukan dan kita tak rugi apa2.

Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)

8) Tersusun urusannya

Bila berpuasa,kita sebenarnya ada lebih banyak masa.Sebabnya masa utk sarapan dan lunch boleh digantikan dgn buat benda lain.Contohnya,baca Quraan.Masa2 makan kita itu gunakan untuk bagi roh kita makan.Scary lar pulak dengar.huhu.Maksudnya,banyakkan baca quraan,berzikir,tadarus.Dan kurangkan berfikir pasal makanan sebaliknya lebih banyak utk mengigati Allah.

9) Mujahadah atau bersungguh2

Ramadhan ni ada matlamat yg jelas.Iaitu membina taqwa.Maka,ia perlu ditempuhi dengan serius dan bersungguh2.Ia bukan sekadar adat atau satu kitaran biasa.Penghayatan ramadhan perlu lebih jelas agar kita dapat taqwa tu dan seterusnya taqwa nilah yg akan membimbing kita pada bulan2 yg lain.Walaupun berpuasa,aktiviti harian kita perlu dilakukan dengan sunguh2 dan jgn gunakan alasan puasa utk berehat2.

10) Bermanfaat pada orang lain

Banyak sangat benda yg kita boleh buat untuk memberi manfaat pada orang lain.Antaranya bersedekah,membantu ibubapa,memberi jiran tetangga makan,memeriahkan program2 agama.Ramadhan ni harus dijadikan mekanisme untuk kita mengukuhkan silaturrahim dengan masyarakat.Lepas solat tarawikh tu,bolehlar sembang2 dgn orang2 kampung sambil makan2 moreh.

Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)

InsyaAllah,contoh2 diatas adalah antara kelebihan2 ramadhan sebagai alat mencapai 10 muwosafat tarbiyah.Ada banyak lagi benda yg boleh dilakukan dalam bulan ramadhan ini.Itulah dia RAMADHAN.Bulan ini penuh dgn kebaikan andai kita mengerti.Ia bukan sekadar adat tetapi satu ibadat yg memerlukan penghayatan dalam menjalaninya.Maka,sama2 kita setkan balik target apa yang nak di capai dalam ramadhan ini.Sentiasa memperbaharui niat kita.Ramadhan bukan dilakukan sekadar untuk mendapat pahala tetapi untuk meningkatkan diri kita menjadi hambaNya yang bertakwa.Allah’alam.


 

Sharing:Review Buku Dasar-dasar Islam-6th Episode August 9, 2010

Filed under: Uncategorized — msmwestmidlands @ 4:48 pm

Cerita Tentang Pokok

 Jom fikirkan sejenak antara satu pokok yang bagus dan kukuh, contohnya pokok mangga, dan satu pokok yang lemah, contohnya pokok semalu. Pokok mangga mempunyai batang yang besar dan keras, akarnya kuat mencengkam tanah, daunnya merimbun, cabangnya banyak dan menjulang ke langit, serta bagus dan manis buahnya. Tetapi bagaimana pula dengan pokok semalu yang hidup di kawasan semak samun? Batangnya kecil, lembut dan berduri, manakala akarnya cuma menjalar di permukaan tanah, sehinggakan ia mudah dicabut dan dimusnahkan. Pokoknya juga tidak menghasilkan sebarang buah, dan jika adapun, buahnya mungkin pahit apabila dimakan. Inilah perumpaan tentang perbezaan antara seorang mukmin  dan seorang kafir, yang diceritakan oleh Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 24 hingga 27. Ia juga menggambarkan perbezaan antara kalimah thayyibah iaitu pernyataan kebenaran dan kalimah khabitsah iaitu pernyataan kepalsuan. Seorang mukmin yang memiliki kalimah thayyibah dalam jiwanya, umpama berpegang kepada satu kalimat yang benar, baik, teguh serta mendatangkan hasil yang bagus, sedangkan seorang kafir hanya berpegang kepada satu kalimat yang sangat lemah, palsu, boleh dimusnahkan pada bila-bila masa dan membawa kepada akibat yang buruk. Sepertimana seluruh langit dan bumi bekerja untuk membantu memenuhi keperluan-keperluan suatu pohon yang baik, serta mengakui hak pohon itu untuk memperoleh pertolongan tersebut, seperti itu jugalah segala yang ada di langit dan bumi akan mengakui bahawa seorang mukmin yang berpegang kepada kalimah thayyibah berhak untuk dibantu dan dipenuhi keperluannya, lalu mereka bekerja untuk tujuan tersebut dengan izin-Nya. Namun, langit dan bumi serta semua yang ada pada keduanya tidak sudi bekerja untuk suatu pohon yang tidak baik dan tidak mahu mengakui hak pohon tersebut untuk mendapatkan pertolongan daripada mereka, walaupun pohon itu cuba tumbuh dengan semahu-mahunya. Seperti itu jugalah halnya dengan seorang kafir.

Tetapi tunggu dulu! Adakah kita benar-benar faham apakah yang dimaksudkan dengan kalimah thayyibah dan kalimah khabitsah? Kalimah thayyibah ialah kalimah yang mengandungi takrif bahawa Allah SWT ialah satu-satunya pencipta, yang tidak memiliki mana-mana sekutu pun dalam penguasaan-Nya terhadap semua ciptaan-Nya. Golongan yang berpegang teguh kepada kalimat ini menerima rahmat dan keampunan daripada Allah SWT, sehinggakan mereka memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Malah, seluruh isi langit dan bumi mengakui ucapan mereka, mendoakan kesejahteraan mereka, bekerja untuk memenuhi keperluan mereka serta sentiasa bersama-sama mereka di jalan Allah SWT. Manakala kalimah khabitsah ialah dakwaan-dakwaan palsu orang-orang musyrik, atheis, majusi dan sebagainya yang menolak kewujudan Allah SWT, menafikan kekuasaan-Nya serta menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah SWT sebagai sembahan mereka. Di akhirat kelak, seluruh isi langit dan bumi akan menjadi saksi kebohongan-kebohongan yang mereka ucapkan agar mereka menerima kesudahan yang buruk.

 Jadi bagaimana dengan kita? Adakah kita ini pohon yang baik atau tidak?…

bersambung…

wallahua’lam

MiraLovesAllah