MSM West Midlands

Unity beyond borders

Sharing:Review Buku Dasar-dasar Islam-6th Episode August 9, 2010

Filed under: Uncategorized — msmwestmidlands @ 4:48 pm

Cerita Tentang Pokok

 Jom fikirkan sejenak antara satu pokok yang bagus dan kukuh, contohnya pokok mangga, dan satu pokok yang lemah, contohnya pokok semalu. Pokok mangga mempunyai batang yang besar dan keras, akarnya kuat mencengkam tanah, daunnya merimbun, cabangnya banyak dan menjulang ke langit, serta bagus dan manis buahnya. Tetapi bagaimana pula dengan pokok semalu yang hidup di kawasan semak samun? Batangnya kecil, lembut dan berduri, manakala akarnya cuma menjalar di permukaan tanah, sehinggakan ia mudah dicabut dan dimusnahkan. Pokoknya juga tidak menghasilkan sebarang buah, dan jika adapun, buahnya mungkin pahit apabila dimakan. Inilah perumpaan tentang perbezaan antara seorang mukmin  dan seorang kafir, yang diceritakan oleh Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 24 hingga 27. Ia juga menggambarkan perbezaan antara kalimah thayyibah iaitu pernyataan kebenaran dan kalimah khabitsah iaitu pernyataan kepalsuan. Seorang mukmin yang memiliki kalimah thayyibah dalam jiwanya, umpama berpegang kepada satu kalimat yang benar, baik, teguh serta mendatangkan hasil yang bagus, sedangkan seorang kafir hanya berpegang kepada satu kalimat yang sangat lemah, palsu, boleh dimusnahkan pada bila-bila masa dan membawa kepada akibat yang buruk. Sepertimana seluruh langit dan bumi bekerja untuk membantu memenuhi keperluan-keperluan suatu pohon yang baik, serta mengakui hak pohon itu untuk memperoleh pertolongan tersebut, seperti itu jugalah segala yang ada di langit dan bumi akan mengakui bahawa seorang mukmin yang berpegang kepada kalimah thayyibah berhak untuk dibantu dan dipenuhi keperluannya, lalu mereka bekerja untuk tujuan tersebut dengan izin-Nya. Namun, langit dan bumi serta semua yang ada pada keduanya tidak sudi bekerja untuk suatu pohon yang tidak baik dan tidak mahu mengakui hak pohon tersebut untuk mendapatkan pertolongan daripada mereka, walaupun pohon itu cuba tumbuh dengan semahu-mahunya. Seperti itu jugalah halnya dengan seorang kafir.

Tetapi tunggu dulu! Adakah kita benar-benar faham apakah yang dimaksudkan dengan kalimah thayyibah dan kalimah khabitsah? Kalimah thayyibah ialah kalimah yang mengandungi takrif bahawa Allah SWT ialah satu-satunya pencipta, yang tidak memiliki mana-mana sekutu pun dalam penguasaan-Nya terhadap semua ciptaan-Nya. Golongan yang berpegang teguh kepada kalimat ini menerima rahmat dan keampunan daripada Allah SWT, sehinggakan mereka memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Malah, seluruh isi langit dan bumi mengakui ucapan mereka, mendoakan kesejahteraan mereka, bekerja untuk memenuhi keperluan mereka serta sentiasa bersama-sama mereka di jalan Allah SWT. Manakala kalimah khabitsah ialah dakwaan-dakwaan palsu orang-orang musyrik, atheis, majusi dan sebagainya yang menolak kewujudan Allah SWT, menafikan kekuasaan-Nya serta menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah SWT sebagai sembahan mereka. Di akhirat kelak, seluruh isi langit dan bumi akan menjadi saksi kebohongan-kebohongan yang mereka ucapkan agar mereka menerima kesudahan yang buruk.

 Jadi bagaimana dengan kita? Adakah kita ini pohon yang baik atau tidak?…

bersambung…

wallahua’lam

MiraLovesAllah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s