MSM West Midlands

Unity beyond borders

Syamail Muhammad saw. September 17, 2010

Filed under: Book Review — msmwestmidlands @ 1:56 am

karyaImam al-Tirmizi

Alhamdulillah,kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menjalani kehidupan kita di bumi Allah.Sekarang tibalah fasa yang digeruni sedikit-sedikit oleh kita semua memandangkan sekarang adalah fasa mempackingkan diri untuk pulang ke UK dengan semangat yang semakin berkobar,matlamat yang lebih besar,tanggungjawab yang lebih berat dan yang paling penting niat di hati hanya kerana Allah swt.

Apa yang menariknya buku di atas?^—–scroll up….

Apa yang menariknya buku ini ialah,buku ini mengenai kehidupan peribadi Rasulullah dari segi lahir dan batin,sebanyak 56 keperibadian Baginda dimuatkan dalam buku ini.Buku ini menceritakan peribadi baginda melalui 5 aspek iaitu,

FIZIKAL-Tanda kenabian,rambut,uban,celak,pakaian,aksesori,kasut,sandal dan sebagainya.

PERILAKU-cara berjalan,duduk.bersandar,tidur,makan,minum dan buah-buahan.

IBADAH-Wuduk,doa,wangi-wangian,puasa dan membaca Quran.

PERHUBUNGAN DAN AKHLAK-berbicara,ketawa,bergurau dan bersyair

PENGHIDUPAN-Mana-nama Rasulullah,penghidupan,usia,kewafatan,warisan dan mimpi melihat Rasulullah.

Banyak yang diceritakan dalam buku ini melalui hadis-hadis yang diriwayatkan oleh insan2 yang dekat dengan Baginda antaranya Anas b Malik(khadam baginda),Ummu Salamah,Aisyah r.a dan ramai lagi.

sedikit bingkisan hadis mengenai keperibadian baginda yang saya ambil secara rawak,(sebab semua menarik).:)

tawa Rasulullah

Abdullah bin HArits bin Jaza’ r.a meriwayatkan.

maksudnya:”saya tidak pernah melihat seseorang yang lebih tersenyum daripada Rasulullah saw”.

(riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Aisyah meriwayatkan,

maksudnya:”sebisa mungkin,Rasulullah mendahulukan anggota sebelah kanan,ketika menyisir rambut,menggunakan sandal dan ketika bersuci”

(riwayat Tirmidzi,Bukhari,Muslim,Abu DAwud.Nasa’i dan Ahmad)

Jabir bin Abdullah meriwayatkan,

maksudnya:”NAbi saw.mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau”

(riwayat Tirmidzi dan Abu Syaikh)

Apa yang menariknya buku ini ialah,buku ini sesuai untuk semua lapisan umur dan sesuai untuk semua peringkat masyarakat.Buku ini sesuai dijadikan bahan tazkirah pendek,salah satu hidangan ringan ketika minum petang dan topik perbincangan di waktu lapang:).Bagi yang mempunyai anak,buku ini sesuai untuk menggantikan buku cinderella,snow white sebagai bedtime story,insyaAllah,memupuk anak2 kecil mencintai Baginda bak kata pepatah melayu,”melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Bagi yang mempunyai sahabat yang kurang rajin membaca(rasanya kita semua rajin kan,he he),bolehla membacakan salah satu hadis untuk diperdengarkan oleh sahabat tersebut,sebelum beliau tidur juga.

Nampaklah sedikit comel buku ini .

Secara kesimpulannya,buku ini memang diwujudkan di muka bumi ini untuk kita mendekatkan diri kepada Rasulullah saw yang kita rasa semakin jauh kerana kita tidak dapat membayangkan keperibadian baginda.Disamping itu juga,buku ini boleh menjadi contoh teladan pada kita dan akhir sekali menjadi penawar rindu pada kita semua selaku umat akhir zaman yang sangat-sangat ingin mencintai Rasulullah saw.Sebelum berakhir,buku ini boleh didapati di Malaysia sebelum pulang ke UK.sooob,di kedai buku berdekatan,keluaran telaga biru.:)

 

Sharing : Review Buku Dasar-dasar Islam – Last Episode September 10, 2010

Filed under: Uncategorized — msmwestmidlands @ 12:00 pm

Dunia ialah Ladang Akhirat

“Ad-dunya mazra’atul akhirah.” Itulah pesan junjungan besar kita, Rasulullah SAW, yang mengandungi maksud yang amat luas dan mendalam. Seperti yang telah dibincangkan, kalimah thayyibah ialah kalimah kebenaran yang membezakan antara seorang Muslim dan seorang kafir. Tetapi kalimah ini bukanlah semata-mata menentukan status seseorang, tetapi ia memiliki kesan yang lebih jauh daripada itu. Kalimah thayyibah juga menentukan hasil pekerjaan seseorang di dunia, yang akan diberi balasan dengan sempurna dan adil di akhirat. Seseorang yang waras tidak akan melakukan sesuatu pun tanpa tujuan. Oleh itu, segala pekerjaan seorang Muslim sepanjang hidupnya di dunia ini adalah untuk memperoleh balasan yang baik di akhirat kelak.

Dunia ibarat sebuah ladang yang luas untuk seorang peladang, dengan segala sumber dan keperluan yang cukup untuk tanamannya. Namun terpulanglah pada peladang itu sendiri, apakah jenis tumbuhan yang ingin ditanamnya dan bagaimanakah usahanya untuk membesarkan, memelihara serta menyuburkan tanamannya. Jika kita menanam pokok yang baik, mengairinya dengan baik, membaja serta menjaganya dengan rapi dan bijak, tentulah bagus hasil yang akan kita peroleh. Tetapi sekiranya kita menanam pokok yang tidak elok atau hanya menabur duri, bersikap malas dan sambil lewa dalam usaha memelihara pokok tersebut, maka kita cuma menanti hasil yang buruk dan sia-sia. Begitu jugalah halnya dengan syahadah yang kita lafazkan. Jika kita melafazkan syahadah sekadar untuk mendapatkan kelayakan sebagai Muslim, tetapi kita enggan berusaha melaksanakan tanggungjawab yang telah kita janjikan kepada Allah SWT, menolak bimbingan Allah SWT dan RasulNya dalam menjalani kehidupan yang singkat ini, serta tidak mahu menyertai Muslim lain yang bekerja untuk menegakkan kebenaran Islam, maka kita akan menerima kesudahan yang buruk sama seperti seorang kafir. Ini disebabkan oleh kita tidak pernah berusaha untuk menanam tanaman yang baik di ladang dunia. Kita tidak akan memperoleh apa-apa hasil yang menguntungkan pun, malah terpaksa tidur kesakitan di atas duri-duri yang kita taburkan sepanjang hayat kita. Berbeza sekali halnya apabila kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memperhambakan diri kepada Tuhan yang Esa, mencari keredhaanNya, berjuang untuk agamaNya, serta menjalani kehidupan berdasarkan bimbingan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Dengan ini kita diibaratkan seperti seorang peladang yang bekerja keras menyuburkan ladangnya, dan menunggu masa untuk menuai atau memetik hasil yang menguntungkan.

Oleh itu, sementara kita masih diberi waktu untuk bernafas di dunia ini, kumpullah sebanyak-banyak bekal untuk dibawa ke akhirat, kerana hanya di sanalah adanya kehidupan yang kekal. Janganlah mengejar kemanisan dunia, tetapi jangan pula terus meninggalkan segala nikmat yang ada di dalamnya, kerana dunia ialah jalan ke akhirat. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan perlindungan, kasih sayang dan maghfirahNya kepada kita. Amin…

Wallahua’lam

p/s: asiff, ana tak dpt nk tuliskan review utk keseluruhan buku ni disebabkn kekangan masa..sesiapa yg belum mbaca buku ni smpai habis, ana harap dptlah luangkan masa sbb ana yakin, pemahaman antum lebih berkesan dgn pembacaan sendiri inshaAllah..tp inshaAllah, sharing yg ana postkan setakat ni ckup utk mberikan muqaddimah kpd antum ttg apa mesej yg ingin disampaikan oleh penulis buku ni.

moga bermanfaat

jzkk