MSM West Midlands

Unity beyond borders

MSM February 13, 2008

msm1.jpg

Pengenalan

MSM atau Majlis Syura Muslimun adalah merupakan salah satu badan dakwah di United Kingdom dan Ireland. Bermotokan slogan “Membina Syakhsiah Muslim”, MSM beraspirasi membentuk individu Muslim itu menjadi muslim sejati yang sahih Ibadahnya, sejahtera akidahnya dan sempurna akhlaknya. MSM mengambil methodologi dakwah yang ditunjukkan Rasullulah saw dan mengaplikasikan dalam konteks dakwah semasa. MSM menumpukan usaha dakwah kepada pelajar Muslim Malaysia dan usaha membentuk individu-individu yang soleh (baik) dan Musleh (membaikkan/turut berdakwah).

Objektif MSM

Anologi objektif penubuhan MSM adalah seperti menara isyarat radio yang menjadi perantaran di antara penyampai dan penerima akhirnya (end receiver). MSM beraspirasi menjadi ’salah satu menara kepada hidayah Allah swt’ untuk disampaikan kepada manusia seluruhnya. Cuma berbanding dengan anologi di atas, apa yang hendak di sampaikan oleh MSM adalah Islam itu sendiri dalam maksud yang sepatutnya di fahami dan di amalkan. Daripada manusia-manusia ini akan di pilih individu yang mahu memikul beban dakwah dan sanggup mengharungi kepayahan dan kesukaran jalan dakwah bagi di tarbiyah. Individu-individu yang telah dibentuk ini pula akan membentuk keluarga muslim yang akhirnya pula bersama-sama mencorak dan mendirikan masyarakat Muslim yang diharap menjadi ‘nukleus’ perubah masyarakat yang akhirnya membawa aspirasi kepada sebuah ciri negara Islam sebagaimana yang digariskan oleh Al-Quran: “Negara yang baik dan Tuhan yang Penyayang” Surah Saba’ : 15

Usaha ini disedari sebagai satu usaha yang panjang dan memakan masa yang lama. Tetapi, inilah sahaja jalan dan manhaj (methodologi) yang ada sebagaimana yang disusuri dari sumber rabbani yakni sunnah baginda rasullulah saw dan dari istinbat (penggalian) kaedah dakwah al-Quran.

Bagi mengembelingkan tenaga ummah yang sudah dibentuk ke arah melahirkan pendokong Islam bagi menerajui dakwah di United Kingdom khususnya dan Malaysia amnya beberapa objektif telah digariskan. Objektif ini adalah:

Mendokong cita-cita dan aspirasi Islam.
Melaksanakan dakwah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat amnya dan pelajar-pelajar Malaysia khususnya.
Mengembeling tenaga pelajar-pelajar Malaysia dalam membentuk masyarakat pelajar yang cemerlang dan bertanggungjawab
Mendokong konsep kesatuan berdasarkan prinsip-prinsip Islam Memenuhi tuntutan Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW.
Asas perjuangan MSM ialah Islam. Begitu juga seruan pertama oleh ahli-ahli MSM yang menyeru manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar yang sepatutnya di fahami berlandaskan ajaran baginda rasullulah saw berdasarkan Al-Quran, hadis sahih dan seerah nabawiyah. Ini berdasarkan kaedah Al-Quran yang menuntut seruan adalah kepada Allah dan meletakkan seruan kepada jamaah sebagai perkara kedua:

“Katakanlah. Inilah jalanku. Serulah kepada Allah dengan hujah yang nyata. Aku dan pengikutku…”

(Surah Yusuf: 108)

Dari kaedah ini, maka setiap usrah, perjumpaan lokaliti mahupun nasional digarap dan dibentuk bagi mencapai tujuan “seruan kepada Allah” ini dan para potensi mad’u (orang yang di dakwah) diperkenalkan kepada asas kefahaman Islam sejati supaya di harap menjadi seorang Muslim yang sebenar.

Tarbiyyah MSM

Dalam usaha membetuk individu ini menjadi individu yang benar-benar mantap, MSM mendokong konsep tarbiyyah (pendidikan) yang merangkumi setiap aspek hidup manusia. Melalui konsep yang menyeluruh (syumul), terpelihara dan lengkap ini, MSM menitikberatkan semua sudut tarbiyyah meliputi aspek ruhiyyah, jasmaniyyah dan `aqliyyah.

Bidang ruhiyyah bertujuan melahirkan individu yang mempunyai rohani yang bersih dan hati yang sentiasa bertaqwa kepada Penciptanya. Individu ini ingin dibentuk menjadi seperti sahabat rasullulah saw yang kukuh Iman, akidah dan ibadah mereka. Ini di realisasikan dengan memberikan mereka kesedaran Islam yang sebenar berdasarkan ajaran Islam yang sebenar yang difahami dalam sekitar Usul 20 susunan as Syahid Imam Hasan Al Banna.

Melalui tarbiyyah jasmani, mereka yang terbina melaluinya diharapkan mampu berdaya tahan mengendalikan dirinya dalam dan dalam masa dugaan dan cabaran mendepani mereka. Di tekankan pemakanan yang sihat, senaman dan aktiviti bersukan yang menyihatkan badan serta aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pembentukan fizikal individu. Ini mengambil saranan Rasullulah saw sebagaimana dalam satu hadis: “Mukmin yang kuat adalah lebih dicintai di sisi Allah daripada muslim yang lemah dan pada keduanya ada kelebihan masing-masing”. Ini kerana MSM mengambil realiti bahawa ibadah khusus mahupun umum hanya dapat dilakukan dengan baik dan sesempurna mungkin bila mana jasad tersebut sihat dan kuat.

Tarbiyyah `aqliyyah pula cuba melahirkan individu muslim yang mempunyai pemikiran yang kritis, rasional, malah mampu melihat peranan dirinya dalam seantario perjuangan Islam seluruh dunia. Dengan kata lain, diharapkan mereka yang terhasil melalui pentarbiyyahan ini tidak akan berjuang berdasarkan sentimen, isu atau semangat semata-mata sebaliknya berjaya mengendalikan dirinya selaku pengerak kepada perjuangan Islam. Juga di harap mereka berjuang di atas landasan yang jelas dan berjuang semata-mata kerana Allah swt dan bukannya kerana pertubuhan, atau ketua atau peribadi-peribadi di dalam jamaah. Juga bukan kerana mengharapkan pujian manusia kerana di sedari itu adalah riak yang akan menghapuskan amal mereka. Di harap juga dia akan menjadi seorang muslim yang melihat kepada paksi Islam yang sebenar dan jelas dan pertengahan. Di harap juga dia akan menjadi seorang yang cemerlang dalam bidang masing-masing sama adaUndang-undang, jurutera, doktor atau lain-lainnya dan dalam masa yang sama mahir di dalam membentangkan dan mengetengahkan Islam serta membicarakan Isu dunia dan mampu membisukan hujah pendokong sistem ciptaan manusia bagi mengembalikan hak Hakimiyah Allah swt di muka bumi ini.

Aktiviti-aktiviti

Untuk merealisasikan konsep tarbiyah yang dimaksudkan, program-program dan sukatan tarbiyyah MSM telah direkabentuk khas supaya misi yang dibawanya iaitu “Membina Syakhsiyah Muslim” benar-benar akan melahirkan individu Muslim yang boleh berperanan pada bila- bila masa dan dalam semua keadaan. Antara program yang dijalankan adalah, usrah mingguan, qiamulail bulanan secara kumpulan, tamrin berkala, Perhimpunan Musim Sejuk, Summer Training Camp dan Outdoor Camp dan Perhimpunan Musim Bunga. Di samping itu terdapat juga program-program yang dijalankan mengikut keperluan, kesesuaian lokaliti dan masa. Untuk kanak-kanak dan remaja pula terdapat aktiviti-aktiviti perjumpaan yang menanamakan ajaran Islam dalam peringkat awal kepada mereka. Di antaranya adalah seperti Perhimpunan Tunas Takwa (PTT) dan aktiviti Islamic Nursery pada setiap kali perhimpunan peringkat lokaliti mahupun peringkat nasional MSM.

Organisasi

Dari aspek organisasi pula, sesuai dengan peranannya sebagai gerakan Islam, MSM mempunyai barisan Qiyadah (pimpinan) yang diketuai oleh seorang Ameer yang dipilih di dalam perjumpaan Majlis Perwakilan Nasional (MPN) (setara dengan AGM) yang diadakan pada setiap tahun. Merekalah yang akan menentukan arah perjuangan, pendirian dan polisi MSM. Memahami akan pentingnya peranan dakwah yang besar ini, MSM mempunyai mas’ul (perwakilan) hampir di setiap lokaliti besar di United Kingdom.

Walaupun MSM adalah di antara Jamaah Islam yang terawal ditubuhkan di bumi UK, namun ia berpegang kepada konsep bantu membantu sesama jemaah Islam yang ada. MSM bukan sahaja tidak menolak malah mengiktiraf kewujudan Jemaah Islam yang lain dan mengakui peranan yang boleh dimainkan ke arah mengajak manusia kepada pengabdian sebenar kepada Allah. MSM mendokong konsep kesatuan melalui kaedah “hormat-menghormati dan mengukuhkan persaudaraan Islam”. Oleh itu adalah menjadi dasar MSM untuk membenteras sebarang bentuk perjuangan dan pendekatan dakwah yang menggunakan fitnah, hasutan dan pengakuan muluk-muluk. Cara pendekatan ini bukan sahaja dibenci oleh Allah malah akan menggagalkan lagi usaha kesatuan ummat Islam yang selama ini dicita-citakan. MSM berpegang kepada konsep ukhuwah yang sebenar dan mengambil sikap berlapang dada dan memperjuangkan kaedah:

“Berkerjasama dalam perkara yang disepakati dan bertolak ansur dalam perkara yang diperselisihkan”

 

2 Responses to “MSM”

  1. nasrudin Says:

    berjayalah dakwah…salam perjuangan

  2. Nini Says:

    Assalamualaikum,

    This is my first visit here. I love reading your posting on Espana.

    U can call me Kak Nini. I m married w a daughter. Fulltime house manager..and a writter in the making! Insya Allah.

    Akak cuma nak tanya, semasa di Granada, u all singgah tak ke masjid baru kat sebelah Mirador de San Nicolas?

    Akak sedang buat research ttg Albaicin. Dalam ziarah tu, sempat tak beramah mesra dgn penduduk Islam setempat? Apa pandangan ..(nak panggil apa ya?) ttg pengaruh Islam dalam kehidupan mereka seharian?

    Sekiranya tidak menyusahkan, akak minta e-melkan jawapan kepada akak. Jutaan terima kasih didahulukan!

    Salam Ukhwah

    Kak Nini


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s