MSM West Midlands

Unity beyond borders

Syamail Muhammad saw. September 17, 2010

Filed under: Book Review — msmwestmidlands @ 1:56 am

karyaImam al-Tirmizi

Alhamdulillah,kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menjalani kehidupan kita di bumi Allah.Sekarang tibalah fasa yang digeruni sedikit-sedikit oleh kita semua memandangkan sekarang adalah fasa mempackingkan diri untuk pulang ke UK dengan semangat yang semakin berkobar,matlamat yang lebih besar,tanggungjawab yang lebih berat dan yang paling penting niat di hati hanya kerana Allah swt.

Apa yang menariknya buku di atas?^—–scroll up….

Apa yang menariknya buku ini ialah,buku ini mengenai kehidupan peribadi Rasulullah dari segi lahir dan batin,sebanyak 56 keperibadian Baginda dimuatkan dalam buku ini.Buku ini menceritakan peribadi baginda melalui 5 aspek iaitu,

FIZIKAL-Tanda kenabian,rambut,uban,celak,pakaian,aksesori,kasut,sandal dan sebagainya.

PERILAKU-cara berjalan,duduk.bersandar,tidur,makan,minum dan buah-buahan.

IBADAH-Wuduk,doa,wangi-wangian,puasa dan membaca Quran.

PERHUBUNGAN DAN AKHLAK-berbicara,ketawa,bergurau dan bersyair

PENGHIDUPAN-Mana-nama Rasulullah,penghidupan,usia,kewafatan,warisan dan mimpi melihat Rasulullah.

Banyak yang diceritakan dalam buku ini melalui hadis-hadis yang diriwayatkan oleh insan2 yang dekat dengan Baginda antaranya Anas b Malik(khadam baginda),Ummu Salamah,Aisyah r.a dan ramai lagi.

sedikit bingkisan hadis mengenai keperibadian baginda yang saya ambil secara rawak,(sebab semua menarik).:)

tawa Rasulullah

Abdullah bin HArits bin Jaza’ r.a meriwayatkan.

maksudnya:”saya tidak pernah melihat seseorang yang lebih tersenyum daripada Rasulullah saw”.

(riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Aisyah meriwayatkan,

maksudnya:”sebisa mungkin,Rasulullah mendahulukan anggota sebelah kanan,ketika menyisir rambut,menggunakan sandal dan ketika bersuci”

(riwayat Tirmidzi,Bukhari,Muslim,Abu DAwud.Nasa’i dan Ahmad)

Jabir bin Abdullah meriwayatkan,

maksudnya:”NAbi saw.mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau”

(riwayat Tirmidzi dan Abu Syaikh)

Apa yang menariknya buku ini ialah,buku ini sesuai untuk semua lapisan umur dan sesuai untuk semua peringkat masyarakat.Buku ini sesuai dijadikan bahan tazkirah pendek,salah satu hidangan ringan ketika minum petang dan topik perbincangan di waktu lapang:).Bagi yang mempunyai anak,buku ini sesuai untuk menggantikan buku cinderella,snow white sebagai bedtime story,insyaAllah,memupuk anak2 kecil mencintai Baginda bak kata pepatah melayu,”melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Bagi yang mempunyai sahabat yang kurang rajin membaca(rasanya kita semua rajin kan,he he),bolehla membacakan salah satu hadis untuk diperdengarkan oleh sahabat tersebut,sebelum beliau tidur juga.

Nampaklah sedikit comel buku ini .

Secara kesimpulannya,buku ini memang diwujudkan di muka bumi ini untuk kita mendekatkan diri kepada Rasulullah saw yang kita rasa semakin jauh kerana kita tidak dapat membayangkan keperibadian baginda.Disamping itu juga,buku ini boleh menjadi contoh teladan pada kita dan akhir sekali menjadi penawar rindu pada kita semua selaku umat akhir zaman yang sangat-sangat ingin mencintai Rasulullah saw.Sebelum berakhir,buku ini boleh didapati di Malaysia sebelum pulang ke UK.sooob,di kedai buku berdekatan,keluaran telaga biru.:)

 

Sharing: Review Buku Dasar-dasar Islam – 2nd Episode July 20, 2010

Filed under: Book Review — msmwestmidlands @ 9:02 am
Tags: , ,

Kemahuan untuk Memperoleh Pengetahuan

Keghairahan umat Islam terhadap ilmu pengetahuan tentang deen ini semakin pudar. Kita lebih suka memberikan tumpuan kepada ilmu-ilmu sains, ekonomi, falsafah, dan bidang-bidang lain yang didakwa lebih penting oleh kufar untuk mencapai kejayaan duniawi. Mereka telah berhasil memalingkan hati dan akal kita daripada hakikat sebenar diri kita sebagai Muslim. Bukanlah hendak menafikan kepentingan bidang-bidang tersebut. Benar, ia memang penting. Tetapi mengapa jarang sekali kita hubungkan ilmu-ilmu tersebut dengan Allah SWT, sedangkan Dialah pencipta yang maha bijaksana dan maha mengetahui? Pengetahuan yang amat sedikit itu jika dibandingkan dengan ilmu Allah tidak mungkin kita perolehi pun tanpa izin-Nya. Jelas sekali bahawa kebanyakan manusia mencari ilmu bukan untuk mengenal Tuhan dan mendekatkan diri kepadanya, tetapi sekadar untuk tujuan-tujuan yang rendah dan jahil.

Masalah-masalah yang harus direnungkan

a)      Perlakuan Kita Terhadap Al-Quran dan Akibatnya

  • Kita pada hakikatnya memiliki petunjuk yang jelas, lengkap, malah tinggi kemuliaannya, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, yang menyampaikan kepada kita kalimah-kalimah suci Allah SWT. Kalimah-kalimah ini mengandungi nasihat yang paling baik, tunjuk ajar yang paling benar, peringatan-peringatan yang paling penting, janji-janji yang paling menggembirakan, sindiran yang paling sinis serta amaran-amaran yang paling tegas dan keras. Semua ini disampaikan oleh Allah SWT menerusi gaya bahasa yang paling memikat hati. Mukjizat ini dipelihara oleh Allah SWT sendiri dan ia merupakan pemberi syafaat tertinggi di akhirat kelak. Penting untuk kita ketahui, bahawa al-Quran bukanlah diturunkan semata-mata untuk umat Islam, tetapi ia diturunkan untuk seluruh umat manusia.
  • Namun malangnya, umat Islam kini tidak mahu menghayatinya, enggan mengambil pelajaran daripadanya, malah berpaling daripada al-Quran dan as-Sunnah ketika menentukan sesuatu hukum atau menentukan sesuatu keputusan. Mereka hanya membacanya, tetapi tidak  pernah cuba untuk memahaminya. Al-Quran kini sekadar hiasan di almari, dan jika dibaca, hanya sebagai pembuka majlis, menghalau jin dan syaitan atau untuk tujuan-tujuan lain yang kecil kepentingannya. Kita lebih suka mengikuti kehendak diri sendiri, dan mengambil kata-kata kufar sebagai hukum. Mengapa ini berlaku? Jawapannya adalah kerana keyakinan bahawa hukum Allah SWT ialah hukum terbaik semakin luntur dalam hati kita.
  • Seperti yang kita semua maklum, al-Quran dan as-Sunnah mengandungi hukum-hukum, peraturan-peraturan dan tatacara hidup yang lengkap untuk dipraktikkan oleh semua manusia di semua tempat dan pada setiap zaman. Inilah sebabnya mengapa kufar bermati-matian tidak mahu menerima Islam, walaupun ramai daripada mereka secara sembunyi mengakui Allah SWT sebagai Tuhan yang benar dan Esa. Mereka sanggup menolak kebenaran yang jelas di hadapan mata, semata-mata kerana enggan melaksanakan hukum-hukum Islam, yang mungkin menyebabkan mereka kehilangan kelazatan hidup di dunia. Jika kita, orang-orang Muslim juga berfikiran atau berkelakuan sedemikian, maka apakah bezanya antara kita dengan orang-orang kafir itu?
  • Disebabkan oleh kita tidak menunaikan hak al-Quran dan as-Sunnah, tidak memuliakannya dan tidak merujuk kepadanya sepertimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya, maka kita semakin jauh daripada petunjuk-Nya. Malah sifat-sifat dan kelakuan kita semakin menyerupai orang-orang kafir yang memang tidak pernah beriman dengan al-Quran. Orang-orang yang enggan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah adalah golongan yang sesat dan jahil. Na’uzubillahi min zalik.
  • Memahami al-Quran dan mematuhinya adalah suatu perkara yang wajib kita kerjakan. Kita hendaklah tahu dan yakin bahawa al-Quran dan as-Sunnah mengandungi jawapan dan penyelesaian terbaik bagi semua permasalahan kita dalam setiap aspek kehidupan, daripada yang paling kecil hinggalah ke permasalahan yang paling besar. Maka, kitalah yang bertanggungjawab untuk mencari dan mengambil manfaat yang sebaik-baiknya daripada al-Quran dan as-Sunnah. Namun begitu, hanya dengan membaca al-Quran dan as-Sunnah tidak mungkin cukup, kerana yang lebih utama adalah merealisasikan perlaksanaan perintah-perintah Allah SWT yang terkandung dalam kedua-duanya.

“Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepada kamu agar kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah).” (Thaha ayat 2-3)

bersambung…

wallahua’lam

MiraLovesAllah

 

Perkongsian bersiri – Review buku Dasar-dasar Islam July 19, 2010

Filed under: Book Review,Uncategorized — msmwestmidlands @ 12:09 pm
Tags: , , ,

Assalammu’alaikum semua…

InsyaAllah, bermula hari ini, ana akan mulakan sharing secara bersiri dan ringkas ttg buku Dasar-dasar Islam yang ana sedang baca. Ana harap ini akan menambahkan ilmu bagi mereka yg blum pernah baca buku ni dan menjadi ‘ulang kaji’ bagi mereka yg dah pernah baca insyaAllah.

1st Episode

Dasar-dasar Islam – Abul A’la Al-Maududi

Islam bukan terletak pada keturunan atau bangsa, tetapi Islam adalah penerimaan, pengakuan, penghayatan, kesedaran dan pengamalan terhadap kesaksian bahawa hanya Allah SWT yang layak disembah dan Muhammad SAW ialah utusanNya. Orang yang mempunyai jiwa Islam dan iman ialah orang yang memiliki hubungan yang betul-betul kukuh dengan Tuhannya. Oleh itu, menjadi sebenar-benar ‘Muslim’ bukanlah sesuatu yang mudah. Memperoleh dan memelihara iman memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh, kerja keras, keyakinan yang kukuh, semangat yang tinggi serta pengorbanan yang ikhlas. Kita perlu sedar dan yakin bahawa iman adalah semahal-mahal harta dan sebesar-besar nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Oleh yang demikian, usaha untuk mencapai dan memelihara iman mestilah lebih utama daripada usaha kita untuk memperoleh kestabilan hidup di dunia ini.

Syarat Pertama Menjadi Muslim

  • Mesti memiliki pengetahuan tentang al- Quran dan as-Sunnah, yakni risalah yang dibawa dan diajarkan oleh Rasulullah SAW melalui wahiy (wahyu) daripada Allah SWT.
  • Mesti menghayati ilmu yang diperoleh dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian tanpa lalai.
  • Usaha mencari ilmu tidak sepatutnya dilakukan hanya ketika usia muda atau ketika berada di institusi pendidikan sahaja, tetapi hendaklah diteruskan pada setiap masa dan pada setiap peringkat umur.
  • Ilmu ialah cahaya yang menerangi perjalanan hidup. Oleh itu, sesiapa yang mengabaikan ilmunya, maka dia seolah-olah melepaskan cahaya tersebut, lalu terumbang-ambing dalam gelora kesesatan dan fitnah, yang bakal menghancurkan imannya.

 Perbezaan antara seorang Muslim dan seorang kafir

  • Semua manusia ialah bani Adam, dan secara umumnya memiliki keadaan fizikal yang sama serta menginginkan keperluan-keperluan fizikal, mental dan kerohanian yang sama. Namun Allah SWT secara jelas telah menyatakan bahawa seorang Muslim lebih tinggi darjatnya, lebih mulia akhlaknya serta dijamin keselamatannya di dunia dan di akhirat.
  • Sekali lagi ditegaskan, bukanlah nama, keturunan, bangsa, adat, pakaian, atau apa-apa sahaja aspek luaran yang membezakan kita daripada kufar (orang-orang kafir).  Islam bermaksud kepatuhan kepada Allah SWT, manakala kufur bermaksud keingkaran kepada Allah SWT. Oleh itu, walaupun seseorang itu lahir dalam keluarga Muslim, berketurunan Islam, berpendidikan Islam, memakai pakaian Islam, mengambil makanan dan minuman yang halal, mengamalkan tradisi dan adat Islam, namun dia tidak layak digelar seorang Muslim yang sebenar jika jiwa, perasaan, pemikiran, keperibadian dan tingkah lakunya ingkar kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
  • Dua aspek penting yang menjadi sempadan pemisah antara Islam dan kufur, ialah ilmu pengetahuan dan perbuatan. Perbuatan yang membuktikan kepatuhan kepada Allah SWT lahir daripada pengetahuan tentang Allah SWT dan Rasul-Nya melalui Kitab-Nya dan ajaran-Nya. Kebodohan tentang Islam dan ajarannya serta keengganan melaksanakan tingkah laku berdasarkan ilmu yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya, akan menyamakan kedudukan seseorang yang mengaku dirinya Muslim dengan seorang kafir.
  • Kita perlu sedar bahawa keingkaran kita kepada perintah Allah SWT dan Rasul-Nya serta pengabaian kita terhadap al-Quran dan isi kandungannya, telah melontarkan kita jauh daripada rahmat Allah SWT dan kedudukan yang sepatutnya. Kita menjadi lemah kerana terlalu taksub terhadap keseronokan duniawi yang fana dan palsu. Umat Islam adalah umat terbaik yang diciptakan Allah SWT. Namun kita dihina, ditindas, dikalahkan dan dipijak oleh kufar, yang sepatutnya menjadi golongan paling lemah dan hina, kerana mereka jauh daripada nikmat iman, hidayah dan rahmat daripada Allah SWT. Ini merupakan hukuman, juga peringatan daripada Allah SWT, supaya kita kembali ke jalan-Nya yang benar.

bersambung….

wallahua’lam

MiraLovesAllah

 

islam is easy April 19, 2009

Filed under: Book Review — msmwestmidlands @ 3:32 pm
Tags: , ,

ISLAM SATU MANHAJ YANG MUDAH

easy_button

يقول قائل : ولكن البشر لم تصبر طويلا على هذا المنهج السامق الفريد.

وقد يبدو هذا القول صحيحا للوهلة الأولى. فقد حرص كثير من الكتاب على تثبيت هذا المعنى فى النفوس وعلى الإيحاء بأن هذا المنهج غير عملى ولا واقعى

ولا تطيقه طويلا فطرة البشر وإنما هو دعوة مثالية الى أفق غير مستطاع .

Ada orang mengatakan: Manhaj/Sistem ini (yakni islam) sukar dan berat untuk dilaksanakan.

Ianya boleh tercapai pada satu zaman tetapi untuk zaman seterusnya cukup bagi manusia mengambil apa-apa manhaj yang lebih mudah untuk dilaksanakan.

Manhaj ini terlalu ideal, tidak amali dan tidak waqi’i.

Sejarah yang berlaku menunjukan ini semua. Hanya layak untuk zaman Nabi saw sahaja.


TIDAK BENAR ..!

Suatu yang silap jika menyangka manhaj ini memberatkan manusia

kerana:

1. Ianya manhaj (sistem) yang sesuai dengan fitrah manusia dan mengenali fitrah lebih daripada manhaj lain. Bila bersesuaian dan seragam dengan fitrah manusia, maka ia berjalan dengan aman dan tenteram.

· Bagi yang merasa manhaj ini sukar, mereka merasa unsur syariat dan akhlak dalam Islam seolahnya penghalang dan pengekang untuk bebas melakukan kehendak.

· Ini adalah kesilapan kerana akhlak Islam adalah pembina bukan penolak kemajuan. Mengawal diri dari mengikut kehendak seks adalah kemerdekaan dari terpenjara oleh ikatan hamba kepada seks.

· Islam menganggap dosa dan perangai buruk adalah rantai pengikat yang merendahkan darjat manusia. Kerana pokok asal manusia ialah sukakan kebaikan.

· Orang Islam yang merasakan akhlak Islam sebagai penghalang dan kekangan kerana mereka sekarang hidup dalam masyarakat yang tidak dikuasai oleh Islam. Untuk mempraktikkan Islam dirasakan begitu sukar.

· Dalam masyakarat Islam sebenar, akhlak Islam menjadi ma’ruf dan mudah dilakukan sementara akhlak buruk menjadi mungkar yang disanggahi dan dibenci. Ketika itu akhlak Islam menjadi mudah. Ketika itu barulah seorang muslim hidup secara tabi’i.

· Kerana inilah pentingnya membina masyakarat Islam.

2. Manhaj jahiliyyah yang diambil mempunyai banyak kelemahan kerana ianya hasil ciptaan manusia yang lemah. Penyelesaiannya tidak menyeluruh, mengakibatkan timbul masalah baru dan sementara. Ini lebih menyusah dan menyeksa manusia kerana tidak bertepatan dengan fitrah manusia. Manhaj Islam lebih tabi’I dan sesuai dengan naluri.

3. Manhaj Islam sangat mampu untuk terus kukuh dan utuh. Walaupun ditegakkan dalam setengah kurun, tetapi mampu bertahan lebih 1000 tahun dan sedang cuba untuk bangkit semula. Tamaddun lain (Rom) bangkit dalam masa 1000 tahun tapi hancur dalam 100 tahun. Kehebatan Islam akan bangkit semula bila ada manusia yang berkumpul dan berusaha menegakkannya kembali.

Rujukan: Hazad Deen – Syed Qutb

 

Madina to Jerusalem.. February 3, 2009

Filed under: Book Review,Sharing — msmwestmidlands @ 5:28 pm
Tags: , , , ,

Bismillah ar – Rahman ar – Raheem,

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang,

Just nak share buku yang tengah dibaca sekarang, tajuk dia, Madina to Jerusalem: Encounters with the Byzantines Empire hasil karangan Ismail Adam Patel..

Menarik buku ni, yg sy beli almost 2months ago.. Walaupun tak habes baca lagi tapi saya rase cam best sgt nak share ngan sume org..

madina-to-jerusalem1

Buku ni memberi impak yang besar bagi saya..

Yang mungkin selama ini hanya tahu yang Palestine ditakluk kembali oleh orang Islam dari kuasa Rom pada zaman Khalifah Umar r.a.

Yang tak pernah tahu pun bagaimana proses penaklukan itu..

Yang tak pernah tahu pun bila sebenarnya ia berlaku..

Yang tak pernah tahu pun bagaimana keadaan/ situasi sekitar semasa penaklukan itu terjadi..

Pertelagahan dan peperangan dan peralihan kuasa sentiasa berlaku antara 2 kuasa besar pada zaman itu, Rom dan Parsi.. Hinggalah apabila Islam mula naik.. Apabila Khalifah Abu Bakar r.a. menghantar angkatan tentera Islam ke al-Sham [Palestin, Syria, Jordan, Lebanon]..

Apabila tentera Islam mendapat berita kematian Khalifah Abu Bakar r.a dan diganti pula dengan Khalifah Umar r.a..

Apabila 24,000 tentera Islam di bawah pimpinan Abu Ubayda, dibantu oleh ‘Amr bin Al-‘As, Khalid bin al Walid, Yazid bin Abi Sufyan  dapat mengalahkan 100,000 tentera Rom yang di bawah pimpinan Heraclius di dalam peperangan Yarmuk..

Bagaimana Khalifah Umar diberi kunci kepada masjid al-Aqsa..

002-al_aqsa_moschee_2

Semua ini dan banyak lagi yang dicover dalam buku ni.. Personally sangat suka dengan buku ni..

Tapi rasa sangat sedih apabila teringatkan keadaan masjid al-Aqsa or in general keadaan Palestin sekarang.. Bagaimana dulu, tentera Islam bersusah payah mengerah tenaga dan menggadai nyawa mereka untuk mendapatkan kembali Palestin, tanah suci yang penuh berkah bagi umat Islam..

Bagaimana sekarang ia dibedil dengan begitu teruk.. Bagaimana mereka mengalami suffering yang sangat berat.. Bagaimana mereka masih lagi mempertahankan tanah mereka walaupun diugut bunuh, diancam nyawa dengan roket2, missile2 yang sentiasa membedil tanah mereka.. Bagaimana mereka dipukul dan didera  dan dirogol tanpa sedikit belas ihsan pun..

Di mana kah kita umat Islam sekarang? Di manakah kita? Adakah kita tiada peranan langsung dalam mempertahankan tanah umat Islam bahkan nyawa umat Islam juga?

Doakan keselamatan saudara2 kita walau di manapun mereka berada.. Ingatlah bahawa mereka adalah saudara seaqidah kita.. Doa adalah senjata orang2 mukmin..

Sedikit video yang diambil dr Youtube.. Ini hanyalah part 1.. Selebihnya boleh search d Youtube atas nama ‘Occupation 101’..

Sahabat2, kawan2, saudara2ku.. Tegakkanlah Islam dalam diri kita sendiri.. Dengan sendirinya dan dengan izin Allah Islam akan tertegak dengan sendirinya di atas muka bumi ini.. Dan ingatlah firman Allah SWT:

surah-ali-imran-ayat-110“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

[Ali ‘Imran: 110]

Dan ingatlah Rasulullah SAW bersabda:

“None of you truly believes (in Allah and in His religion) until he loves for his brother what he loves for himself”

[Riwayat Bukhari & Muslim]

Moga kita sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya insyaAllah.. Doakan yang terbaik untuk saudara2 kita.. Moga syurga menjadi milik kita suatu hari nanti..

Moga bermanfaat, Wallahu’alam..

p/s: Jemput beli buku ni.. Best.. Moga mendapat pengajaran..