MSM West Midlands

Unity beyond borders

‘Sixth Sense’ Seorang Mu’min December 10, 2010

Filed under: motivasi,Sharing,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 6:28 pm

Oleh: Ustaz Mohd Shahman Md. Azmi (Senior Consultant Futuwwah Enterprise)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Demi Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya, (terkadang) aku tidur di atas tanah dengan perut lapar dan (terkadang) aku ikatkan sebuah batu ke perutku untuk menahan lapar. Suatu hari aku duduk di jalan yang biasa dilalui mereka (Nabi S.A.W dan para sahabatnya). Ketika Abu Bakar lewat (melintasi), aku memintanya membacakan untukku sebuah ayat Al-Quran dan aku memintanya hanya dengan maksud barangkali dia dapat menghilangkan rasa laparku, tetapi dia lewat begitu sahaja.

Kemudian Umar lewat di depanku dan aku memintanya membacakan sebuh ayat dari kitab Allah, dan aku memintanya hanya dengan maksud barangkali dia dapat menghilangkan rasa laparku, tetapi dia lewat begitu sahaja. Akhirnya Abul Qasim (Nabi S.A.W.) lewat dan dia tersenyum ketika melihatku kerana dia tahu maksudku hanya dengan melihat wajahku. Nabi S.A.W bersabda: “Wahai Aba Hirr!”. Aku menjawab: “Labbaik,  ya Rasulullah!”. Nabi bersabda kepadaku: “Ikuti aku”. Nabi S.A.W. pergi dan aku berjalan di belakangnya, mengikutinya.

Kemudian Nabi S.A.W. masuk ke dalam rumahnya dan aku meminta izin masuk ke dalam rumahnya dan diizinkan. Nabi S.A.W. melihat semangkuk susu dan berkata: “Dari mana ini?”. Mereka berkata: “Itu hadiah dari si Fulan untukmu”. Nabi S.A.W. bersabda: “Wahai Aba Hirr!”. Aku berkata: “Labbaik , ya Rasulullah!”. Nabi S.A.W. bersabda: “Pangillah orang-orang Shuffah” . Orang-orag Shuffah adalah tamu-tamu Islam yang tidak memiliki keluarga, wang atau seseorang yang dapat mereka mintai pertolongan dan setiap kali objek sedekah (sesuatu yang diberikan dengan kemurahan hati) diberikan kepada Nabi S.A.W., Nabi akan memberikannya kepada mereka sedangkan Nabi S.A.W sendiri sama sekali tidak menyentuhnya. Dan setiap kali hadiah apa pun diberikan kepada Nabi S.A.W., Nabi akan memberikannya sebahagian untuk mereka dan sebahagian untuk diri Nabi S.A.W.

Perintah Nabi S.A.W. itu membuatku kecewa dan aku berkata kepada diriku sendiri: “Bagaimana mungkin susu semangkuk cukup untuk orang-orang Shuffah”. Menurutku susu itu hanya cukup untuk diriku sendiri. Nabi S.A.W. menyuruhku memberikan susu itu kepada mereka. Aku akan takjub seandainya masih ada sisa untukku. Tetapi bagaimanapun aku harus taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Maka aku pergi menemui orang-orang Shuffah tiu dan memanggil mereka. Merekapun berdatangan dan meminta izin masuk rumah. Nabi S.A.W. memberi mereka izin. Mereka duduk di dalam rumah itu. Nabi S.A.W. bersabda: “Wahai Aba Hirr!”. Aku berkata: “Labbaik, ya Rasulullah!”. Nabi S.A.W. bersabda: “Bawalah susu ini dan berikan kepada mereka”. Maka aku membawa semangkuk susu itu kepada mereka satu persatu dan setiap mereka mengembalikannya kepadaku setelah meminumnya, mangkuk susu itu tetap penuh.

Setelah mereka semua selesai minum dari mangkuk susu itu, aku memberikannya kepada Nabi S.A.W. yang memegang mangkuk susu itu seraya tersenyum jenaka dan berkata kepadaku: “Wahai Aba Hirr!”. Aku menjawab: “Labbaik, ya Rasulullah!”. Nabi S.A.W. bersabda: “Masih cukup untuk engkau dan aku”. Aku berkata: “Engkau berkata benar ya Rasulullah!”. Nabi S.A.W. bersabda: “Duduklah dan minumlah”. Aku duduk dan meminumnya. Nabi S.A.W.  berkali-kali memintaku untuk meminumnya hingga aku berkata: “Tidak, demi Zat yang mengutusmu sebagai pembawa kebenaran, perutku sudah sangat kenyang”. Nabi S.A.W. bersabda: “Berikan kepadaku”. Ketika kuberikan mangkuk itu kepadannya, Nabi S.A.W. memuji dan menyebut nama Allah dan meminum sisa susu itu.

[Hadith Riwayat Al-Bukhari]

Saudaraku, sebenarnya terlalu banyak ibrah yang dapat kita kutip dari hadis yang panjang lebar di atas. Cuma, untuk kali ini, cukuplah kita fokuskan kepada sifat Rasulullah yang begitu “empati” terhadap para sahabat. InsyaAllah, jika diizinkan, kita gali ibrah-ibrah lain dalam hadis di atas pada kesempatan yang lain.

Saudaraku, betapa, orang Mukmin itu hubungannya cukup istimewa. Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W. pernah bersabda:

“Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Bahkan Rasulullah juga pernah mengibaratkan orang mukmin itu umpama satu tubuh. Seandainya satu bahagian tubuh sakit, maka bahagain yang lain turut merasakannya:

“Bandingan golongan mukminin di dalam kasih-sayang, simpati dan tolong menolong antara satu sama lain seperti satu jasad. Sekiranya satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh anggota akan berjaga malam dan demam panas”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Justeru Saudaraku, marilah kita cuba contohi sikap Rasulullah yang sepertimana ugkapan Abu Hurairah di dalam hadis di atas “Akhirnya Abul Qasim (Nabi S.A.W.) lewat dan dia tersenyum ketika melihatku kerana dia tahu maksudku hanya dengan melihat wajahku”. Betapa, Nabi begitu memahami sahabat baginda sehinggakan dengan melihat riak wajah muka sahaja baginda mengetahui kondisi sang sahabat tersebut. Rasulullah seolah-olah menpunyai “Sixth Sense”-deria keenam yang dapat mengetahui keadaan para sahabat dengan melihat riak wajah mereka.

Di dalam Al-Quran Allah berfriman:

“(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui” (Al-Baqarah: 273)

Dalam ayat di atas, Allah berfirman bahawa “...kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya…” maka saudaraku, takkanlah jika kita lihat sahabat kita yang selalu ceria, tiba-tiba murung, kita katakan tidak ada apa-apa yang berlaku padanya. Bagaimana mungkin kita sampai “gagal” untuk meng “sense” perubahan dirinya? Samaada kita tak peka atau sememangnya sahabat kita pandai “mengcover”  apa yang terjadi padanya? Orang mukmin itu jika boleh diibaratkan, mempunyai “telepathy[1]yang boleh berkomunikasi tanpa perlu berkata-kata.

It’s amazing how you can speak right to my heart
Without saying a word you can light up the dark
Try as I may I can never explain
What I hear when you don’t say a thing

The smile on your face let’s me know that you need me
There’s a truth in your eyes saying you’ll never leave me
The touch of your hand says you’ll catch me wherever I fall
You say it best, when you say nothing at all

All day long I can hear people talking out loud
But when you hold me near
You drown out the crowd
Try as they may, they can never defy
What’s been said between your heart and mine

The smile on your face let me know that you need me
There’s a truth in your eyes saying you’ll never leave me
The touch of your hand says you’ll catch me wherever I fall
You say it best, when you say nothing at all

Oh, the smile on your face let’s I know that you need me
There’s a truth in your eyes saying you’ll never leave me
The touch of your hand says you’ll catch me wherever I fall
You say it best, when you say nothing at all [2]

Ya, mungkin sukar. Tapi ianya perlu kepada perlatihan, kepedulian serta kepekaan yang tinggi. Ianya tidak mustahil! Rasul yang mulia telah tunjukkan.Juga ibrah dalam ayat di atas, menunjukkan bahawa sifat-sifat seorang mukmin itu adalah mereka “memelihara diri dari meminta-minta” sepertimana sikap Abu Hurairah di dalam hadis tersebut. Makna kata mereka tidak mengambil kesempatan di atas “kefakiran” mereka. Tetapi, dalam masa yang sama sang saudara/sahabatnya mampu “membaca” kesusahan yang dialami saudaranya yang lain dan berusaha membantunya. Betapa indahnya Islam dimana di satu pihak tidak meminta-minta (tidak ambil kesempatan) dan di satu pihak yang lain “concern” –ambil peduli tentang kesusahan yang melanda sahabtanya.

Saudaraku, nasihat buat saya –terutamanya- dan juga kalian, moga kita lebih peka terhadap saudara di sekeliling kita. Mudah-mudahan manisnya ukhuwwah itu dapat kita kecapi.

Nota Penghujung:

[1] Telepathy: Apparent communication from one mind to another without using sensory perceptions.

[2] Dipetik dari lagu “When You Say Nothing At All oleh Ronan Keating

Rujukan: http://www.futuwwah.com

 

Mencari Keberkatan Masa December 9, 2010

Filed under: motivasi,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 4:28 pm

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Menjelang tahun baru, ramai yang menyambutnya. Samada hari pertama Januari ataupun Muharram, Islam tidak pernah menetapkan sambutan khusus buat tahun baru.

Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru. Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru. Mungkin mereka ingin menetapkkan sasaran, perancangan dan idaman.

Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperolehi pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti.

Umur setiap kita akan terus bertambah, samada menjelang tahun baru ataupun tidak. Jika tidak bertambah tahun, ia bertambah bulan. Jika tidak bertambah bulan, ia bertambah hari. Jika tidak bertambah hari, ia bertambah jam dan minit dan akan terus meningkat ke hari, bulan dan tahun.

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.

Ya, hari dan waktu akan terus datang dan pergi. Jika jam, matahari dan bulan berhenti, masa tetap berjalan. Tiada makhluk yang dapat menghalang kedatangan waktu dan hari. Demikian tiada siapa pun yang dapat menahan ia pergi. Samada manusia menunggu untuk menyambut kedatangannya atau tidak mempedulikannya, ia tetap menjelang.

Demikian juga, waktu dan hari akan terus pergi sekalipun kita menyayanginya dan mengharapkan ia terus tunggu. Entah berapa banyak diari yang dicatatkan, entah berapa banyak sanjungan yang diberikan, entah berapa banyak kejian yang dilontarkan, dengan berlalunya waktu, ia menjadi sejarah dan kenangan.

Maka, entah berapa ramai manusia yang dipuji semalamnya, dilupai pada hari ini. Entah berapa ramai yang diperlekehkan semalam, disanjung pula pada hari ini. Berapa ramai mereka yang bongkak dan sombong semalam, hari ini berbicara bagaikan pengemis yang merintih simpati.

Demikian juga, entah berapa ramai yang diketepikan semalam, mungkin berkuasa atau diangkat pada hari ini. Wajah-wajah yang dahulunya comel dan cantik boleh berubah menjadi kusam dan masam. Tempat yang hening dan indah juga boleh bertukar menjadi sungul dan usang. Pemuda yang gagah akan bertukar menjadi orang tua yang mengah. Gadis yang cantek akan bertukar menjadi nenek. Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban ciptaan Tuhan.

Ramai orang lupa bahawa masa itu adalah makhluk Allah. Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan makhluk masa ini. Masa itu tiada siapa yang dapat menongkah pusingannya. Ia merubah segala-gala. Dari yang tiada kepada ada. Dari yang ada kepada tiada. Tiada siapa yang mampu menghalangnya melainkan Tuhan yang menciptakannya. Masa mengubah kita. Mengubah anggapan manusia sesama mereka. Ia mengubah perasaan dan rasa. Ia mengubah benci dan cinta. Ia mengubah gembira dan duka.

Namun waktu tidak boleh mengubah hakikat sesuatu di sisi Allah. Di sisi Allah, insan yang mulia tetap mulia walaupun manusia menghinanya. Insan yang keji tetap keji, walaupun manusia memberikannya kuasa dan harta. Seorang raja atau sultan yang meraikan harijadi setiap kali menjelang musimnya dengan menganugerahkan darjat dan pangkat kepada orang lain, belum tentu dia sendiri mendapat darjat dan pangkat yang tinggi di sisi Allah.

Mungkin belanja hari jadinya itu akan menjadi beban kepadanya pada hari akhirat kelak; dari mana wang itu datang dan bagaimana ia digunakan?! Seorang miskin di ceruk yang terpencil, mungkin tiada siapa yang mengambil tahu hari lahirnya dan tiada pula anugerah atau hadiah yang diperolehi.

Namun, itu bukan tanda kehinaan buatnya. Bahkan jika dia hamba Allah yang baik, umurnya dan waktunya dilimpahi pahala dan keberkatan. Ya, waktu dan masa akan terus menjelang, mengejar sang raja, juga mengejar si miskin yang tiada apa-apa. Mengejar kita semua untuk sampai ke perhentian masing-masing. Pabila sampai ke detik penghabisan, kita bertemu Tuhan. Ketika itu yang dinilai adalah hakikat yang sebenar, antara insan yang beruntung dan insan yang rugi.

Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)

“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).

Demikian Tuhan Pencipta masa memutuskan bahawa insan yang hidup dalam sistem masa ini akan kerugian. Apa yang dapat menyelamatkan mereka adalah apabila mereka penuhi ciri-ciri yang disebutkan; iman, amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Ertinya, hidup bukan sekadar beriman dan beramal, tetapi hendaklah memperjuangkan tuntutan iman dan amal dengan melakukan peringatan, dakwah, seruan kepada kebenaran dan kesabaran. Kebenaran yang diajar oleh Allah dan rasulNya dan sabar dalam membahterai perjuangan kebenaran itu.

Jika sebahagian pengkaji cuba memahami dan membuktikan apa yang disebut oleh Albert Einstein dan Newton tentang teori relatif masa (relativity of time), Islam pula telah lama memperkatakan tentang keberkatan umur dan waktu. Mereka yang meterialis barangkali tidak dapat berfikir bagaimana mungkin masa seseorang insan dengan seorang yang lain berbeza. Bagaimana mungkin sejam si A lebih panjang daripada sejam si B?. Mereka kehairanan dan pemikiran materialistik memang tidak dapat menerima hal ini.

Dalam Islam ada istilah berkat atau barakah. Al-Quran berulang-ulang menyebut tentang keberkatan. Antaranya firman : (maksudnya)

“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan-keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A’raf, 96).

Allah perintahkan Nabi Nuh: (maksudnya)

“Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, Turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat”. (Surah al-Mukminun 29).

Kata Nabi Isa: (maksudnya)

“Allah menjadikan aku ini diberkati di mana sahaja aku berada..” (Surah Maryam, 31).

Apakah itu berkat atau barakah dalam bahasa Arab? Asal perkataan barakah ialah bertambah atau berkembang. Juga boleh bermaksud berkekalan. Al-Asfahani (meninggal 425H) menyatakan ia bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam).

Maka barakah adalah penambahan atau kelangsung kebaikan atau kurniaan Allah kepada sesuatu. Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda.

Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan.

Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil.

Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup. Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Telah saya kongsi ia dengan pembaca dulu. Doa ini sering menjadi teman di sepanjang waktu. Di setiap kesempatan yang mulia, saya lafazkannya. Saya kira saudara pembaca juga demikian. Menjelang tahu baru, moga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita. Kita tidak boleh menongkah masa. Kita tidak boleh menghalang putaran masa. Kita tidak boleh menghentikan masa. Kita tidak boleh keluar dari sistem masa. Kita tidak boleh mengembalikan masa. Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati.

Rujukan: http://drmaza.com/home/?p=910

 

Marah? March 4, 2010

Filed under: Sharing,unfolding memory,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 1:57 am
Tags: , ,

Bismillah ar Rahman ar Raheem,

Nak share dulu satu video ni..

Pernah tak kita merasa marah? Macam2 jenis marah ada.. Marah dengan keadaan sekeliling kita, marah dgn diri kita, marah dgn mak ayah kita, marah dgn kawan2 kita, kadang2, dgn makhluk yg tak bernyawa dan brgerak pun kita marah.. semua benda pun, kalau ada yang tak kena sikit ke, boleh membuatkan kita, MARAH..

Significant betol marah ni ye? Kalau nak share pengalaman sendiri, bnyk sgt yg boleh diri ini relate dengan marah.. Huuuu, tak boleh buat silap sikit, for sure melenting.. Pastu, bukan setakat org yg kita marah tu je kene, orang lain pun terlibat sekali.. Tak pasal2 je..

Erkkk, kalau dlm buku “Bahtera Penyelamat” oleh Ustaz Fathi Yakan, Marah ni adalah salah satu pintu utama syaitan datang utk mencucuk kita.. dari marah nilah, timbul perasaan benci, dengki, hasad, musuh dan sebagainya..

Saya rasa, semua org pernah merasa marah kepada sesuatu.. Kawan2 ke, mak ayah ke sesiapa je lah, kalau org tu tak ikut kehendak kita.. Dan semua orang pun ada cara melepaskan kemarahan masing2.. Kalau sy sendiri, dulu sy main hoki sebab sy nak lepaskan kemarahan sy dengan pukul bola hoki tu dgn kayu sekuat2 hati saya.. Dulu2 la..

Siapa kenal Umar al Khattab angkat tangan…. =) Eheh.. Kalau ingat kisah Umar sebelum peluk Islam, dia kan garang kan? Pastu marahnya dia pd Rasulullah yg ketika itu sebarkan Islam smpai dia nak bunuh Rasulullah.. Dah bawak pedang dah ni.. Sekali tu ada org ckp, tak payahlaaaa.. Adik kau sendiri dah peluk Islam.. Umar pun apalagi, dgn kemarahan, pergi ke rumah adiknya.. masa tu adik dia tgh belajar Quran kn? Pastu Umar LEMPANG adik dia, smpai berdarah.. Pastu baru Umar tnye ape yg adik dia baca.. Dan selepas itu, famouslah kisah Umar yg memluk Islam slepas mndengar Surah Taha (20) ayat 1 hingga 14.. [SubhanAllah, petunjuk Allah tu memang utk sesiapa yg Dia kehendaki je.. Umar yang garang tu pn masuk Islam bila dgr bacaan Quran.. MashaAllah..]

Dan lepas tu, Umar pun menjadi antara pejuang Islam yang sgt hebat.. Smpai jadi khalifah kan.. And cucu dia pun ada jadi khalifah, tak lain tak bukan Umar Abdul Aziz.. [Hebat2 sungguh org nama Umar ni.. Boleh buat nama anak.. =) ]

Apa significant kisah Umar ni sebenarnya eh? Heeee, kalau kita tengok, Umar menyalurkan kemarahan dia selepas masuk Islam kepada orang2 kafirun kan? Dia tidak berkasar kepada saudara se-Islam dia,.. Malah, marah dia adalah untuk mempertahankan Islam, untuk mempertahankan haq (kebenaran) dan keadilan.. Itulah MARAH yang best.. Marah yang timbul hanya kerana Allah dan tiada yg lain.. Kita patyut merasa marah apabila Islam tidak berada di atas.. marah apabila Islam ni seperti dipermain2kan.. marah pabila Islam ni hanya dalam kad pengenalan tapi cara hidupnya tak mnggambarkan langsung Islam yg sbenarnya..

Lagi satu kisah sahabat yang best adalah kisah Ali karamallahu wajhah. Dlm satu perang ni, tatkala Ali telah menumpaskan seorang kafirun, tiba2 org itu meludah ke mukanya. LUDAH tau, bukan caci je, meludah.. Ali terus tak jadi bunuh kafirun tersebut.. Kenape ye? Ali pun tinggalkan kafirun itu.. Sehingga org tu bertanya kpd Ali kenapa beliau tak bunuh je dia.. Ali jawab: Aku takut membunuhmu kerana ludah.. Allahuakbar.. Hebatnya akhlaq sahabat2, walaupun diperlakukan dgn bermacam2 bnde, mcm kes Ali td, diludah mukanya, terus tak jadi bunuh, sebab takut niat tersasar dari jihad fisabilillah.. Huuuuuuuu.. [Kalau saya habes lagi ditetak2 org tu smpai hati ni puas kot.. adesss]

Begitulah org yg beriman, marahnya bukan kerana hawa nafsu, bukan kerana dendam, tapi marahnya semata2 kerana Allah, dalam usaha menegakkan al-haq..

Sebenarnye, sy cite2 bnde kt atas ni sbb trbaca satu hadith td. Hadith ke-enambelas dr hadith arbai’n..

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah
engkau marah.
Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.

[HR Bukhari]

Rasulullah nasihat kat kita [cam seorang ayah nasihat anak dia], “La Taghdob”, jangan marah.. Berulang kali plak tu kan? Bila seseorang ulang bnde tu bnyk2 kali, sbb dia nk kita ingt kan? Dan jangan buat, ye tak? Huuuuu.. [Bilalah saya nak dpt control marah sy ni..:( ]

Allah berfirman:

“Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. [An Nahl (16): 96]

Ganjaran pahala utk mereka yg bersabar.. Pahala yg boleh mmberatkan timbangan amal dan membawa ke syurga..

Moga dapat kesimpulan yang baik dr cerita di atas.. =)

Peringatan mostly utk diri sendiri yg sgt lemah dan senang amat tergoda dgn syaitan..

Moga bermanfaat..

Wassalam.

 

Musuh Kita.. February 23, 2010

Filed under: Sharing,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 7:46 pm
Tags: ,

Bismillah ar Rahman ar Raheem,

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang,

Alhamdulillah, alhamdulillah wa astaghfirullah..

Rasa macan terlampau lama dah tak update di sini.. Moga Allah ampunkan dosa2 diri yang terlampau tak pandai untuk mengurus masa ni.. Astaghfirullah..

Nway, hari ni nak share sedikit dari sebuah buku yang saya tengah baca sekarang.. Buku yg ditulis oleh Fathi Yakan yang bertajuk ‘Bahtera Penyelamat’..

Dlm salah satu chapternya ada menceritakan mengenai salah satu dr musuh kita yang paling utama, yakni:

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala .”

[Fatir (35): 6]

Terang2 Allah cakap dlm Quran yang syaitan ni adalah antara musuh bagi kita..

Huuu, dalam buku ni, Fathi Yakan ada menceritakan sebuah cerita yang menarik tapi menakutkan mengenai syaitan ini. Cerita tersebut adalah seperti di bawah:

Pada suatu masa ada seorang pendita Bani Israil (amat kuat beribadah). Syaitan hendak merosakkannya lalu syaitan merasuk seorang anak gadis (di kampung itu). Syaitan mengilhamkan kepada keluarganya bahawa anak gadis ini hanya boleh disembuhkan oleh pendeta tersebut sahaja. Keluarga anak gadis tersebut pun membawanya ke rumah pendeta.

Pada mulanya pendeta enggan membenarkan anak gadis itu tinggal di rumahnya untuk berubat. Tetapi setelah didesak oleh keluarga anak gadis tersebut, ia pun bersetuju. Dalam tempoh berubat syaitan berjaya memujuknya supaya mendekati anak gadis yang sakit itu. Akhirnya dengan godaan syaitan itu sampai bersetubuh dengan gadis itu hingga hamil.

Sejak itu syaitan pun menimbulkan rasa takut dalam diri pendeta itu. Ia berbisik: “Nanti bila datang keluarganya tentu rahsiamu akan diketahui. Baik engkau bunuh sahaja perempuan itu, dan kalau keluarganya datang katakan ia sudah mati.” Iapun lantas menurut hasutan syaitan. Ia segera membunuh anak gadis tersebut dan menanam mayatnya.

Setelah itu syaitan pergi menimbulkan syak dan ragu kepada keluarga gadis. Ia membayangkan kepada mereka bahawa pendeta itu telah merogol, menghamilkan dan membunuh anak tersebut, kemudian menanam mayatnya. Apabila keluarganya datang mereka tidak percaya dengan cakap dan dalih pendeta. Mereka akhirnya membuktikan kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh pendeta itu.

Dalam pada itu, syaitan pun menjelma dan menemui pendeta. Syaitan berkata: ” Aku yang telah merasuk anak gadis itu. Akulah yang membisikkan kepada keluarganya. Kalau engkau mahu selamat, engkau ikutlah perintahku. Aku akan melepaskan engkau dari tindakan mereka.” “Bagaimana?” kata pendeta itu. Jawab syaitan, “Engkau sujud kepadaku dua kali.” Pendeta itupun sujud kepada syaitan. Apabila ia sujud syaitan pun berkata: “Aku melepaskan diri dari kejahatan (kufur) yang telah engkau lakukan.” (Aku tidak ada kena mengena dengan perbuatan syirikmu).

SubhanAllah, MashaAllah.. Takut sangat dengan syaitan ni.. They won’t stop until they make u murtad from islam.. Allah berfirman:

Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.” [An Nisa'(4): 120]

Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.” [Al Mujaadilah (58): 19]

Banyak sangat ayat pasal syaitan dalam Quran ni.. And yang paling menakutkan is, mereka akan keep menggoda, menghasut, memujuk, menimbulkan syak wasangka dan angan2 dan bermacam2 lagi untuk memastikan kita golongan manusia ni akan bersama2 dgn mereka untuk menjadi teman mereka di neraka kelak.. Naudzubillah..

“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.” [Al A’raf (7): 175]

Kalau tengok dalam ayat Quran di atas, Allah telah bagi guideline sebenarnya.. Sebenarnya, bukan syaitan tu yang datang goda kita dulu, tapi diri kita yang tak ikut ayat2 Allah, even bila kita dah tau, dengan pelbagai alasan yang kita bagi pada diri kita.. Bila kita tak ikut ayat2 Allah, barulah syaitan tu ikut kita dan menggoda kita.. Kalau boleh lihat dari cerita pendeta tadi, puncanya berasal dari penjagaan hubungan antara perempuan dan laki2.. Telah jelas Allah berfirman:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” [An Nur (24): 30]

“Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” [Al Baqarah (2): 169]

“Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.” [Ibrahim (14): 22]

Takut kan musuh kita yang kita tak nampak ni.. Mereka sentiasa berusaha, mencucuk2 kita, dari tempat yang kita tak nampak, dan dari tempat yang kita paling lemah sekali..  Tapi, bukan setakat tu je, mereka akan goda kita, sehingga kite terjerumus ke dalam lembah maksiat, dan kemudian berlepas diri dari kesalahan yang kita lakukan.. Jahat sungguh mereka ni, tapi, jalan yang mereka ajak itulah jalan yang disukai manusia.. Kerana ia penuh dengan kemewahan, kesenangan, dan sebagainya..

Ni contoh2 bagaimana syaitan nak goda kita, even dalam hal yang sekecil2 seperti penjagaan aurat kita kepada sebesar2 benda seperti solat subuh.. Astaghfirullahal’azim, moga Allah ampunkan dosa2 kita yang jelas dan yang tidak kelihatan..

Banyak lagi iklan seperti ini.. Jemput tonton..

firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. [Al A’raf (7): 201]

“…….Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).” [An Nisa’ (4): 83]

Cantik sangat orang2 yang beriman dan bertakwa, mereka ni akan sentiasa muhasabah diri.. Setiap masa dan setiap ketika.. bila digoda oleh syaitan dan melakukan kesalahan, mereka segera memohon taubat.. Huuuuu, nak jadi macam tu jugeeeee…. Nak jadi yang sebahagian kecil tu..

Allah telah berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” [Al Baqarah (2): 208]

Tiada jalan tengah.. sama ada kita mengikuti cara hidup islam sepenuhnya, ataupun kita akan mengikuti langkah2 syaitan.. Erkkkk, selama ni terasa sgt yg diri ni suka ambil jalan tengah, tapi Allah dh clearly said yg, tiada jalan itu.. Yang ada, jalan menuju kebahagiaan yg abadi ataupun azab yang pedih.. PILIH salah satu.. Tepuk dada tanyalah iman..

Pilihan Di Tangan Anda....

Allah tidak meninggalkan kita tanpa petunjuk kan? Ingat yang Allah da tinggalkan Quran tu sebagai user manual kita dalam menjadi abid dan khalifah-Nya.. Allah pun ajar kita utk berdoa pada Dia.. Sweet kan Allah ni? =)

“Dan katakanlah: “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku.” [Al Mu’minun (23): 97-98]

Allahu’alam.. Moga bermanfaat..

Rasa cam sgt kaku tulisan kali ini.. harap2 dapat sampai point ini kpd pembaca2 sekalian.. Peringatan ni, most especially kepada diri sendiri.. Mari sama2 mengingatkan diri masing2 mengenai bahayanya syaitan ini dan moga kita sentiasa berwaspada dengan gerak geri dan langkah mereka..

Moga dimaafkan segala kesalahan dan moga diperbetulkan segala kesilapan..

Wassalam.

 

Salju Sakinah.. January 13, 2010

Filed under: motivasi,Sharing,unfolding memory,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 5:33 pm
Tags: , ,

Bismillah ar Rahman ar Raheem..

SubhanAllah, MashaAllah, Allahuakbar..

It’s been a busy year, and it’s been a busy week, for most of us.. since start kelas ni memang ramai yg sedang struggle utk catch up ngan studies, assignment, kawan2, family, adik2, dan sebagainya..

And Alhamdulillah, masih Allah berikan pelbagai nikmat utk kita.. Contoh yang utama, salju putih yang turun tak henti mencurah di Bumi UK ni, dr mula perjalanan ke PMS lagi..

Seronok sangat bila tadabbur ayat surah An Nur, ayat ke 43:

“…dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya….

Hanya orang2 yg terpilih je yg dpt merasai snow ni.. Kan best? Sgt putih, sangat suci, n at one point rasa ianya sangat menenangkan..

Ada kawan sy cerita, orang puteh kat sini, a.k.a mat saleh ni semua, suke sgt doa kt tuhan diorg utk bg white Krismas [cm kita la, doa tuk lulus exam ke, doa hujun turun ke dan sbgnye..], tapi sgt pelik laaaa, bila white Allah d bagi salji ni, bnyk plak komplen diorg..

Utk pengetahuan semua org, sebelum salji ni turun, the temperature will have a very sharp drop, i.e. the surrounding will be very cold, usually around -5 to -10 degrees Celsius [cm suhu dlm freezer gitu].. selalulah mereka ni komplen sejuk [bukan mereka je eh, KITA pun selalu cmtu]..

pastu bila turunnya snow tu dgn izin Allah, the temperature is around 0 degrees. Kemudian, lepas turun je snow tu, temperature akan stay sejuk, walaupn takde dh snow showers, hence, snow2 yg accumulated atas jalan td, kalau tak dibersihkan, akan cair [bila temperature meningkat], tapi akan turn to ice [ bila temperature jatuh balik].. hence jalan akan jadi sangatlaaaaaaaaaaaa liciiin…

aritu ada sahabat baik kami sgt takut masa dlm perjalanan drive balik dlm hanzalah [nama kereta] sebab jalan sgt licin, n masa tu brek kereta mcm tak makan langsung.. Alhamdulillah Allah selamatkan dan mudahkan perjalanan mereka selepas tu..

owh ye, back to kisah snow ni balik [panjang plak membebel psl snow ni], diorang + kita pun komplen la lepas snow ni, kotorlaaa, lecahlaa, tak cantiklaaa dan sbgnya.. tapi kita yg doa moga Allah turunkan snow.. camne ke tu?

Teringat ayat quran dlm surah ar rahman, ayat yg sentiasa berulang2 dlm keseluruhan surah ni:

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Takut kan???? Tadi masa baca surah az Zumar pn Allah ada ckp psl perangai manusia ni dlm ayat 8:

Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: ‘Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka.’”

Huuuu, manusia ni memang jenis2 tak bersyukur kan? Bila susah, doa sngt2 kat Allah, kemudian bila Allah dh tolong, terus lpa mngenai nikmat yg Allah bg tu, dan yg lagi pelik, kembali kea rah kekafiran smbil ajak org lain plak tu.. Pdhal bnyk je ayat2 Quran yg turun, suruh amar makruf nahi munkar, manusia ni plak jenis yg buat amar munkar.. Na’udzubillah..

Dlm buku Muntalaq , ada penulis ckp mngenai Quran ni selalu suruh manusia ni jadi mubasshirin dan munzirin.. yakni pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan.. Both of this always comes together. Kalau perasan ayat2 Quran ni bila dh takutkan manusia mngenai seksanya azab Allah tu, kemudian Allah akan pujuk balik dgn ayat Quran yg mmenceritakan keindahan dan kenikmatan syurga..

SubhanAllah, sgt sweetnya Allah ni.. Dia bukan saja suruh kita bertaqwa pd Dia [takut pd Dia] tapi jugak suruh kita berharap pada Dia.. Huuuu, best sgt2..

Tapi, memang tabiat manusia tu, diilhamkan dgn jalan ketaqwaan dan jalan kefasikan.. Dan kebanyakan dari kita memang sgt tidak mahu bersusah2, dan melepaskan kemewahan dan kesenangan dunia ni in order utk capai kenikmatan akhirat kelak..

“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” [Asy Syams: 8-10]

Masa November aritu, kawan sy buat voluntary work dkt park di kwsn Birmingham ni.. tau tak winter2 yg sejuk ni, diorg volunteer kt park buat ape? Ndiorg pi tanam benih2 bunga daffodil, yg hanya akan mekar mase spring a.k.a bulan april nanti.. Adehhh, bersusah payah kan diorang ni, in order to mencantikkan taman2 diorg, snggup keluar time2 winter ni utk pi tanam benih yg hanya berbunga 6 bulan kemudian.. Pelik bin ajaib sungguh..

Mcm ni jugaklah akhirat tu kan.. Nak kejar akhirat ni bukan senang kan, memang kena bersusah2, memang kena berpayah2, di musim sejuk ke, panas ke, hujan ke, bunga ke, kita memang kena berusaha menanam benih2 amalan kita dgn harapan akhirat kita akan mendapat hasil yang cantik, mekar, berseri-seri..

Mesti semua pembaca ckp, penulis ni, cakap memangla senang, tapi nak buat tu?????? Memang, diri sy sendiri akui yg sy sendiri masih berusaha sedaya upaya utk menanam benih2 akhirat sy.. Tapi bukankah Dia telah berfirman dlm al Quran:

“Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh.” [Adz Dzaariyat: 58]

Huuu, carilah kekuatan dr Sumber Segala Kekuatan.. Itulah essence kita.. Apa2 yang kita ada pun semuanya dr Allah, datangnya dari Allah dan akan dikembalikan kepada-Nya..

TAHU je tak cukup, ia perlu disertai dgn AMAL kan? =)

Kenapa sy cerita semua benda ni ye?? Sebab baru2 ni, hati sy sgt tak tenang.. Asyik resah gelisah je.. Cam ada satu benda tak kena.. Pastu ada seorang ukhti ni tulis kat ym status die.. “when u feel that something is missing, turn back to Him, and you’ll surely find the answer”..

Even dlm Quran pn ada:

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun.” [Az Zumar: 23]

Huuu, takut sgt Allah tarik balik nikmat Islam ni dan langsung kunci terus hati kita dr memahami Islam tu..

Never Underestimate The POWER of DOA!! =)

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti.” [Ali Imran : 193]

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.” [Al Baqarah: 286]

“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami,” [Ali Imran: 147]

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” [Ali Imran: 8]

“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka” [Al Baqarah: 201]

Ameen Ya Rabb..

Sejak balik dr PMS ni, memang musim layan lagu2 Maher Zain, apsal tah.. Huuuu, nway, nak share satu lagu dia yg rse sgt bermakna..

AWAKEN –  Maher Zain

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn’t stop buying
We gave charity to the poor ’cause
We couldn’t stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we’re just lying

Oh…I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we’d bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn’t have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It’s time to change inside
Open your eyes
Don’t throw away what’s right aside
Before the day comes
When there’s nowhere to run and hide
Now ask yourself ’cause Allah’s watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Wallahu’alam.. Peringatan mostly on diri sendiri..

Moga Allah sentiasa memberi ketenangan kpd kita hamba yg lemah ini..

“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi[1394] dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,” [Al Fath: 4]

Slm buka sekolah!!! =)

 

Sudahkah kita bersyukur hari ini? November 4, 2009

Filed under: Sharing,Songs,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 2:54 am
Tags: , ,

Bismillah ar Rahman ar Raheem,

Just a short entry, to share a song with my dearest friends.. =)

Lirik Ungu Syukur Alhamdulillah:

Slalu kusakiti Engkau dengan dosaku
ku balas semua kebaikan-Mu dengan kecurangan
tiada pernah ku menyadari semuanya
bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa-Mu

* Alhamdulillah ku syukuri semua
terimakasih ku Ya Allah
atas indahnya hidup

** Alhamdulillah ku syukuri semua
terimakasih ku Ya Robbi
atas rahmat dalam hidupku

Slalu ku tinggalkan Engkau dengan khilafku
kubalas semua kemurahan-Mu dengan keburukan
tiada pernah ku menyadari semuanya
bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa-Mu

Ulang *, **

Moga kita bersyukur dengan setiap apa yang berlaku kepada kita, kerana sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada rahmat dan hikmah di sebaliknya biidznillah.. *Bila terasa setiap yg berlaku tu adalah nikmat dari-Nya, baru terasa hidup ini lebih tenang.. SubhanAllah, betapa nikmatnya bila hidup itu sentiasa di bawah neraca Allah..*

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allhuakbar, Astaghfirullah..

Moga bermanfaat, Allahu’alam..

 

jangan paksa saya =( October 31, 2009

Filed under: motivasi,Sharing,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 6:15 pm
Tags:

Assalamualaikum kawan-kawan semua. Lama rasa tak menulis di sini.  Subhanallah terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan bila perjalanan kehidupan bergerak dengan pantas. Kadang-kadang tersepit pula dengan pelbagai hasutan dan kongkongan sehingga tidak sedar kenapa aku bertindak mengenai sesuatu perkara itu. Pernah dengar kisah ini? Kisah Tufail bin Amru.

Tufail bin Amru adalah seorang penyair dan pemimpin Qabilah Ad Dausi di Yaman. Beliau datang ke Mekah pada tahun kesebelas kenabian. Ketibaannya disambut dengan penuh hormat oleh penduduk Mekah. Mereka berkata kepadanya:

“Engkau datang ke negeri kami, berwaspadalah terhadap seorang lelaki di kalangan kami. Dia menjadi masalah kepada kami. Dia telah memecah-belahkan masyarakat kami dan mengganggu urusan kami. Kata-katanya seperti sihir. Boleh memisahkan antara ayah dan anaknya. Memecah-belahkan sesama saudara-mara, suami dengan isteri. Kami bimbang kalau-kalau dia dapat mempengaruhimu dan kaummu seperti yang berlaku kepada kami. Jangan bercakap dengannya dan jangan mendengar cakapnya walau sedikit.”

Tufail menceritakan: “Demi Allah mereka terus menerus memperingatkanku dengan perkara itu sehingga aku mengambil keputusan tidak mahu mendengar dan bercakap dengannya. Bahkan aku menyediakan kapas penyumbat telinga supaya cakap-cakapnya tidak sampai kepadaku. Apabila aku pergi ke masjid tiba-tiba aku lihat dia bersembahyang di sisi Kaabah. Aku berdiri berhampiran dengannya. Dengan kuasa Allah aku mendengar sebahagian dari kata-katanya. Aku mendengarnya dan aku dapati kata-kata yg baik. Aku pun berfikir sendiri, alangkah tidak baiknya kalau aku tidak membuat pertimbangan sendiri. Aku seorang penyair, aku boleh menilai baik dan buruk. Apakah yang menghalangku untuk mendengar dari lelaki ini apa yang diucap olehnya. Kalau baik, aku menerimanya dan kalau buruk aku menolaknya. Aku mengikut lelaki itu beredar pulang ke rumahnya lalu aku pun masuk menemuinya. Aku ceritakan kisah kedatanganku dan amaran penduduk Mekah. Aku memintanya menerangkan ajarannya kepadaku. Dia menerangkan tentang Islam dan membaca Al Quran. Maka demi Allah, aku tidak pernah mendengar kata-kata yg lebih baik darinya serta perkara yg lebih adil darinya. Aku terus menganut Islam dan mengikrarkan syahadah yg sebenar.”

Tufail pulang ke Yaman dan menyeru kaumnya kepada Islam termasuk bapanya dan isterinya dan ahli qabilah Ad Dausi sehingga Abu Hurairah yang dikenali sebagai pemuda  yang sukar untuk mempercayai orang lain akhirnya beliau juga memeluk Islam di tangan Tufail bin Amru Ad-Dausi.

“Maka siapa yang Allah beri petunjuk kepadanya, maka tiada siapa pun boleh menyesatkannya. Dan sesiapa yang Allah mentakdirkan dia menjadi sesat, maka tiada siapa yang boleh memberi petunjuk kepadanya.”

Petunjuk Allah tu bisa menjelma dan datang kepada kita jika memang itu izin dan kehendakNya. Jangan sekat dan lepaskan peluang untuk hidayah Allah itu menyapa pintu hati kita. Dan jika sudah jelas pada kita jalan hidayah dan jalan kesesatan, moga kita dapat menggunakan akal yang waras utk memilih dan menerima seruan ilahi, seterusnya melangkah ke arah kebaikan.

wa la ghalib illallah

wa la ghalib illallah means "there is no conqueror except Allah"

“Ya Allah kami berlindung kepadaMu dari mempersekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dariMu dari mempersekutukan Engkau dengan sesuatu yang tidak kami ketahui.”

Begitulah zikir yang diajarkan Nabi yang kita baca dalam Mathurat. Kita berlindung dan takut dgn benda-benda yg kita dh tahu akan membuatkan Allah jatuh pd tangga martabat kedua atau ketiga, sebaliknya kita mohon ampun jika kita melakukan sesuatu yg menyimpang tanpa sedar. Bukan pula berterusan menyedari baik buruk nilai-nilai dalam kehidupan, tetapi berpaling dan engkar dan berharap Allah terima dan ampunkan kita tanpa kita berusaha menerima dan mengakui kebaikan itu.

Wallahu’alam.

Buat renungan dan refleksi bersama.