MSM West Midlands

Unity beyond borders

Kisah Itu.. September 26, 2009

Filed under: cerpen,motivasi,Sharing,unfolding memory,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 3:58 pm

gmbr pdg + lyg2

Aku merenung di kejauhan.. Keretapi yang ku naiki itu melalui sebuah padang rumput yang luas terbentang, menghijau.. Ku lihat burung-burung berterbangan  bebas di celahan layang-layang yang terbang tinggi..  Terdetik di hati ku betapa cantiknya alam ciptaan Allah ini.. Semuanya berada di dalam keseimbangan antarara satu dan yang lain.. Dan sekiranya salah satu daripadanya tiada, maka tidak lengkap dan sempurnalah bumi ini.. SubhanAllah, MashaAllah, Allahuakbar.. Teringat doa yang telah diajarkan kepadaku oleh seorang kakak apabila sedang mentadabburi alam:

Ayat 1

“Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”

[Ali Imran: 191]

Ketika itu, ku lihat ramai anak-anak muda berkeliaran di atas padang itu. Masing-masing sedang melakukan apa yang mereka sukai.. Ada yang sedang bermain bola, ada pula yang sedang berkelah bersama keluarga, ada pula anak-anak kecil yang sedang berlari-lari mengejar rama-rama, ada yang sekadar terbaring melihat ke arah awan yang membiru, dan ada pula yang hanya duduk di bawah pokok sambil melihat telatah anak muda di situ.

entertainmentAku terkenang kembali zaman ketika aku masih muda, masih berjiwa mentah, mahu mencuba semuanya. Kadang kala pergi bermain futsal bersama rakan-rakanku, ada kala memandu go kart, berubah angin bermain boling pula, atau paling tidak hanya keluar menonton wayang.  Dan impianku yang masih tidak tercapai adalah untuk mencuba ‘skydiving’ dan ‘bungee jumping’.

Aku melakukan semuanya mengikut suka hatiku, tanpa rasa risau, tanpa rasa bersalah, hanya kerana aku rasa tidak perlu untuk berbuat benda lain. Aku tidak faham tujuan penciptaan ku. Aku hanya mahu bersenang-lenang dan berhibur setiap masa, setiap ketika. Sehinggalah……..

______________________________________________________________________________________________________________________________________

Kring kring, kring kring….. “ Fiza, ada panggilan untuk awak tu,” kawan sebilikku Suraya memberitahu. Aku lantas mengangkatnya, ternyata ianya daripada ayahku. Dia ingin menyampaikan berita gembira kepada ku, katanya surat tawaran dari MARA telah sampai ke rumah, menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Ketika itu aku berada di Matrikulasi, tidak sampai 2 minggu pun. Ayahku meminta untuk aku balik ke rumah, menguruskan segala borang-borang yang perlu diisi untuk dihantar kembali secepat mungkin. Aku keberatan. Aku mahu mengatakan kepada ayahku yang aku mahu menolak tawaran itu. Aku tak mahu meninggalkan keluargaku, kawan-kawanku, dan yang penting, kebebasan untuk melakukan apa sahaja bersama kawan-kawan yang sekepala denganku. Tapi aku tidak sampai hati. Kedengaran suara ayahku seperti sangat gembira dengan tawaran tersebut, dan mahu aku menerimanya. Hatiku berbelah bahagi……..

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

call

Aku menekan butang telefonku lantas mendial nombor itu.. Tut tut, tut tut…. “Hello,” kedengaran suara dari sebelah sana. “Assalamualaikum mak. Mak ape khabar? Sihat ke? Mak tengah buat ape?” aku gembira mendengar suara ibuku yang telah lama tidak ku hubungi sejak ku tiba di UK. “Mak sihat je Fiza. Mak tengah baring-baring je ni, rasa sakit pula belakang mak ni.” Perbualan berlanjutan sehingga lebih kurang 30 minit, banyak sungguh yang mahu ku ceritakan pada ibuku, sambil bertanya mengenai keadaan keluarga dan sanak saudaraku. “Ok mak, nanti Fiza telefon lagi ye. Dah nak masuk ke kelas dah ni. Lagipun calling card Fiza ni dah nak habes pula. Mak jaga diri ye.. Rindu sangat kat mak, Kirim salam kat ayah. Salam’alaikum.” Ku matikan panggilan itu segera, ternyata air mataku telah menitis. Aduh, rindunya pada keluargaku di Malaysia.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

sms

Ku baca mesej di telefonku, ada jemputan iftar bersama-sama dari seorang kakak yang sama universiti dengan ku. Hatiku berbunga-bunga. Dah 3 hari aku asyik berbuka dengan mi megi sahaja. Aaaahh rindu sungguh masakan melayu. Tanpa berfikir panjang aku membalas mesej tersebut untuk menyatakan persetujuanku. Lagipun, rumah kakak itu hanya 5 minit saja berjalan kaki dari kampus kediaman ku.

Selepas habis kelas, kira-kira jam 3 petang, aku terus bergerak balik bersama Wani, rakan sekelasku. “Wani, jom kita berbuka di rumah Kak Dina hari ni? Aku segan nak pegi sorang-sorang la.” Wani menggeleng. “Alamak, tak bolehla hari ni, aku dah janji dengan Amir dan Arif hari ni nak berbuka sama-sama kat restoran halal yang baru buka tu. Sori ye Fiza. Kau kirim salam je lah kat kakak-kakak tu. Lain kali aku join, ok?” Aku sedikit kecewa , “Oh, takpelah kalau macam tu.. Jumpe di kelas esok lah ye?” Kami pun beredar mengikut haluan masing-masing.

Terdetik dalam hatiku untuk membatalkan saja janjiku dengan Kak Dina, tetapi rasa tak sampai hati. Lagipun, keinginanku pada masakan melayu mengatasi semua yg lain. “Nak tak nak pegi je lah,” detikku dalam hati. Aku menghantar mesej kepada Kak Dina untuk terus ke rumahnya memandangkan aku tidak solat asar lagi dan aku terasa malas sekali untuk balik ke bilikku dan berjumpa dengan rakan mat saleh yang sama flat denganku.

Sampai sahaja di rumah yang digelar Munawarah itu, aku disambut oleh Kak Ain, rakan serumah Kak Dina. Mereka ternyata sedang menunggu aku untuk solat asar berjemaah. Selesai bersalaman dengan Kak Ain, Kak Dina, Kak Ayu, Kak Lia dan Kak Hana, ahli rumah itu, aku segera untuk berwudhuk. Tak mahu melambatkan lagi mereka semua. Selesai solat, kami ambil kesempatan untuk baca Ma’thurat bersama-sama. Aku malu menyatakan bahawa aku tidak berapa fasih dalam membaca Quran, apa lagi himpunan zikir itu. Aku perlahankan suara ku hanya menggerakkan mulut mengikut rentak mereka semua.

quran

Aaaahh, diriku ini, dahla ilmu agama pun kurang, baca Quran pun tak betul, zikir apa lagilah.. Ya Allah, malu sungguh diriku pada waktu itu.. Ku lihat kakak-kakak itu semuanya sangat baik, mempunyai perawakan yang menarik, sangat suka menolong, sangat menjaga pemakaian dan aurat mereka, dan sentiasa memenuhkan waktu mereka dengan membaca al-Quran ataupun zikir.. Sangat jauh bezanya aku dengan mereka..

Selesai membaca Ma’thurat, kakak-kakak lain semuanya kembali ke bilik masing-masing, meninggalkan aku dan Kak Dina di dalam bilik itu. “Fiza, awak tolong saya masak jom,” muka Kak Dina tersenyum memandang ke arahku. Sambil melipat telekung yang dipakai tadi, aku menjawab, “ ok kak, tapi saya tak reti masak tau. Tolong tengok je bleh ke? Hehehe..” Aku tersengih.. Kak Dina hanya mampu tersenyum.

Di dapur, aku cuba menolong untuk memotong bawang-bawang dan sayuran, dan membantu mengosongkan sinki sementara Kak Dina memasak. Katanya hari ni nak masak Kari Ayam.. Aku terliur, tak sabar nak tunggu waktu berbuka.. Aaah aku melihat jam, baru pukul 5 petang.. Lagi 1 jam.. Erkkk, terasa perutku berkeroncong..

Aku kembali mengelamun. Sejak aku sampai di UK, kakak-kakak ni memang banyak menolong aku. Mereka menyambut aku ketika sampai, menumpangkan aku di rumah mereka sementara menunggu aku untuk settle down. Mereka tolong bawa aku ke universiti, uruskan proses pendaftaran dan macam-macam lagi. Pendek kata memang banyak yang telah mereka tolong sejak aku mula-mula sampai di negara asing ini. Aku berasa sangat terhutang budi dengan mereka semua..

“Amboi Fiza, jauhnya menung,” kata kak Dina sambil memberikan jelingan manis. Lamunanku terhenti. Sambil tersenyum, “A’ah kak, melayan perasaan.. Huuuuu..” Aku menyambung, “kak, saya malu dengan akak dan rakan serumah akak. Kakak semua sangat baik, rasa macam tak layak langsung saya dapat layanan sebaik ni. Dahla saya ni memang jauh sangat beza antara kakak semua..” Aku meluahkan perasaan yang terbuku di hati.. Sambil tersenyum, Kak Dina duduk di hadapanku.. “Fiza.. kita semua ada kisah masing-masing.. Kita semua ada pengalaman hidup yang nyata berbeza.. Tapi, tu tak sepatutnya jadi alasan bagi kita untuk tak melakukan sesuatu tu.. We cannot change our past but we can shape our future based on it.. Dalam Quran Allah berfirman”:

Ayat 2

“Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum (mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati peubahan pada sunnah Allah.”

[Al Ahzab: 62]

Kak Dina kemudian menyambung, “Sebab itulah Fiza, kita perlu tahu sejarah kita, bukan sahaja sejarah diri kita, bukan sahaja sejarah orang Melayu, tetapi juga sejarah umat Islam.. Kita perlu belajar dan tahu sejarah supaya kita boleh mengambil iktibar dan pelajaran supaya kita tak ulang kesilapan yang sama.. Bukan ke seorang mukmin tu takkan tercucuk lubang yang sama dua kali?”

Sambil bangun bergerak untuk melihat kari ayam yang sudah menggelegak itu, Kak Dina menghela nafas panjang sambil berkata, “Allah dah ingatkan kita tentang 2 hakikat penciptaan kita kat bumi ni,”

Ayat 3

[Adz-Dzariyyat: 56]

“yang bermaksud, ‘Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.’ Dan lagi satu adalah tugas kita yang selalu kita abaikan,”

Ayat 4

“dipetik dari surah shad, ayat ke 26 yang bermaksud, ‘… sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.’

Mendengarkan penjelasan yang panjang lebar dari Kak Dina membuatkan aku berfikir. Selama ni aku tak pernah tahu mengenai hakikat penciptaan ku. Aku hanya seorang muslim, yang solat hanya kerana aku dilahirkan dalam keluarga Melayu yang beragama Islam. Aku rasa penciptaanku hanyalah untuk berhibur dan bersenang-lenang di muka bumi ini.. Aku tidak pernah cuba untuk mempelajari Quran sesungguhnya, selalunya hanya meletakkannya di rak yang paling tinggi, kerana rasa hormat padanya dan tak mahu ianya dibuat mainan oleh anak-anak saudaraku yang masih kecil. Dan ianya terbiar mengumpul habuk di situ, tidak disentuh, tidak dipegang, tidak dibaca dan langsung tidak cuba untuk difahami.. Aaaahh betapa hinanya diriku ini.. 20 tahun hidupku, hanya terbuang begitu sahaja.. Ya Allah, ampunkan aku ya Allah.. Sesungguhnya aku jahil selama ini.. Terasa air mataku laju membasahi pipi.

conversation

Kak Dina segera duduk di sebelahku sambil cuba menenangkan ku. “Fiza, mungkin selama ni kita tak sedar pun yang kita lakukan tu adalah dosa.. Tapi sebab tu jugalah Allah suruh kita menuntut ilmu dari yang lebih tahu kan? Saya juga seperti awak.. Menangis pabila disedarkan mengenai hakikat kewujudan saya dan realiti ummat Islam masa kini.. Allah sayangkan hamba-hamba-Nya yang bertaubat. Kalau dr surah ‘Ali imran, ayat ke 133:”

Ayat 5

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,”

Allah suruh kita bersegera bertaubat, memohon ampunan-Nya atas dosa yang kita lakukan. Dan siap janjikan syurga lagi untuk kita.. Itu sebabnya  yang menjadikan kita lebih berazam untuk belajar.. Berazam untuk berusaha meningkatkan diri kita.. Faham kenapa perlunya untuk kita to go back to basics, yakni Quran dan Sunnah kita..” Penjelasan yang panjang lebar dari Kak Dina membuatkan aku berhenti teresak-esak, namun airmata ku masih mengalir laju.. Aaaahhh diri ini sungguh banyak bergelumang dgn dosa……….

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Lamunanku terhenti pabila keretapi yang ku naiki berhenti ke destinasi yang ku tujui.. Aku segera mengelap pipiku yang basah, lantas mencapai beg ku, dan bergerak ke pintu keluar, tak mahu membuat Kak Sha tertunggu-tunggu pula di stesen itu.. Perjalanan ku di atas dunia ni masih belum berakhir, dan sehingga itu aku berazam untuk terus bekerja dan berusaha dalam misi untuk menaikkan semula Islam di muka bumi ni.. Aku sudah tidak mahu ketinggalan gerabak keretapi itu yang telah bermula sejak dr zaman Rasul s.a.w. Aku mahu menjadi sebahagian daripada mereka.. Aaahhh, betapa ku menghargai nikmat islam, iman dan ukhuwwah yang telah menyedarkan aku untuk kembali kepada asas aqidah yang utama, yakni kalimah ‘Laila haillAllah’……..

Hogwarts Express

Advertisements
 

Analogi Formula 1.. September 14, 2009

Filed under: motivasi,Sharing,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 10:02 am
Tags: ,

Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem,

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang,

Saya selama ni sangat berminat dengan Formula One.. Kira cam kipas-susah-mati jugak la saya ni.. Pantang sebut pasal Ferrari, McLaren, BMW,…. saya mesti cuba keep up to date la dengan news psl F1 ni.. Amik contoh F1 GP Monza, Itali yg bru je berlangsung weekend ni.. Ada 53 lap kesemuanya, panjang circuit tu 5.793km.. [By the way, Barrichelo won this race.. Heheh]

 f1_logo

Dalam peperangan untuk memenangi trofi F1 musim ni, macam2 teknologi baru yang digunakan.. paling baru tahun ni adalah KERS (kinetic energy recovery system).. Heheh.. Ok2.. Actually, bukan nk cite pasal F1 ni.. Just nk amik analogy skit dr sukan ni.. Hehhe..

a_pit_stop_for_kimi

Cuba bayangkan, kita dalam team Ferrari.. Kita ade pemandu, kita ade pengarah, kita ade pit stop crew dan sbgnya.. Masing2 ada TUGAS tersendiri, yang sekiranya tidak dijalankan, maka tak sempurnalah team tu.. In the end, akn effect performance of the team..

PENGAJARAN pertama: TEAMWORK

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.” [As-Saff: 4]

Formula_1 

Ok, bila kita tengok, ada banyak team yang bertanding kan? BMW, Redbull, McLaren, Ferrari n …. Setiap team pun ada kelebihan tersendiri.. Ada yang mempunyai kelebihan dr segi kelajuan, ada pula yang paling maju dlm teknologi, ada pula yang simply have good strategies and drivers.. Pendek kata, BERBEZA.. Tapi, semua pun manfaatkan kelebihan masing2 dalam memastikan team masing2 mendapat tempat terbaik dlm pusingan..

PENGAJARAN kedua: FOCUS ON THE POSITIVE ADVANTAGE

“Katakanlah: ‘Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing.’ Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.” [Al Israa’: 84]

 italy-f1-circuit-map-small

F1 ni bnyk pusingan.. Ada Itali, Singapore, Msia, n mcm2 lagi.. Kadang kala team kita menang, dan ada kala, kita mungkin tak berjaya pun untuk dapatkan mata untuk team kita.. Samala juga dgn dakwah kita, ada kalanya kita akan merasai kemanisannya bila melihat anak didik kita terbina dan mereka pun membina orang lain pula.. Tapi, ada kalanya, ada yang ‘terlanggar tembok’ dan tak berjaya tamatkan perjuangan.. Tapi, teruskan USAHA, sebab itu yang paling penting..

PENGAJARAN ketiga: TERUSKAN USAHA, HASILNYA BIAR ALLAH TENTUKAN

“Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.” [Al Israa’: 19]

 podium + crash

Kalau misalnya minggu lepas kita berjaya memenangi perlumbaan di tempat pertama, tapi minggu ni pula, akibat masalah enjin, kita tak berjaya tamatkan perlumbaan.. Takkan kita nak berhenti terus dari berlumba kerana masalah enjin itu? Dakwah kita sentiasa akan ada rintangan dan ujian.. Malah lebih besar dan lebih kerap lagi dr masalah enjin F1 tu.. Kan ke SABAR tu lebih baik?

PENGAJARAN keempat: SABAR DENGAN MEHNAH YG DATANG

“Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah), (yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezkikan kepada mereka.” [Al-Hajj: 34–35]

PENGAJARAN kelima: JANGAN PUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH

“….dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”[Yusuf: 87]

 

Matlamat utama seorang pemandu F1 adalah untuk menamatkan perlumbaan di tempat teratas untuk pastikan ‘big boss’ puas hati dan as a reward akan renew the driver’s contract for the next year.. Dalam konteks kita pula, matlamat utama kita adalah mencari redha-Nya dalam setiap amal yang kita lakukan in order to attain the ultimate reward which is Jannah..

PENGAJARAN keenam: BEGIN WITH THE END IN MIND

“Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),” [Ar Ra’d: 22]

 

kers-image2-inline

Owh ye, cite pasal teknologi baru, KERS yang digunakan dalm perlumbaan F1 tahun ni, banyak pasukan pada awalnya mempunyai kesukaran dalam mengadaptasi perubahan teknologi ini.. Sehinggakan pada awal musim, banyak pasukan baru yang menguasai perlumbaan.. Di sini kita dapat lihat penguasaan teknologi tu penting.. Tidak dinafikan, tugas kita sebagai seorang daie sangat memerlukan kita menjadi kreatif dan juga up-to-date dengan teknologi masa kini.. Malah lebih penting lagi, dalam memastikan kita sentiasa dapat menarik perhatian mad’u2 kita..

PENGAJARAN ketujuh: THAQAFAH AM DAN TEKNOLOGI

“Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al qur’an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: ‘Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.’ ” [Thaahaa: 114]

 

Allahu’alam.. Ni je yang terfikir setakat ni.. Tapi insyaAllah, point dia kat sini sebenarnya bukan nak beri galakan untuk kita tengok lagi banyak tv or sports and what not..

It’s a reminder bagi diri sendiri yang selalu terlupa.. afwan salah silap terkasar bahasa.. If ade nak tambah silakan.. =) Moga bermanfaat..

P/s: Dalam kesibukan kita mengejar malam lailatul qadr, kehidupan harian kita dan juga studies kita, harap setiap langkah yang kita ambil sentiasa di bawah rahmat dan petunjuk-Nya insyaAllah.. Sentiasa muhasabah niat kerana ‘amat sering amalan besar menjadi kecil akibat niat nya’..

 

Permulaan yang baik membawa kpd pengakhiran yang baik insyaAllah.. Segala yang baik itu dari-Nya, yang buruk tu dari kelemahan diri sendiri.. Wassalam..

 

Fikirkan Boleh! InshaAllah May 14, 2009

Filed under: motivasi,Sharing,unfolding memory,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 12:14 am
Tags: ,

Sobahul khair! Di musim2 peperiksaan ni, terfikir pulak utk share something. Mengenangkan terkadang kita tersadung di kala merentasi lautan peperiksaan atau terseliuh ketika berjalan melawan arus perasaan yang bercampur baur…Tergerak untuk share lirik lagu yang rasanya pernah atau selalu didengari lewat corong2 radio dan peti2 televisyen ketika zaman kanak2 dahulu. Kalau dulu kita lebih girang berjoget mengikut rentak lagu ini, mungkin sekarang ini dgn ilmu yang membukit dan perwatakan yang lebih dewasa, teringin nak mengajak untuk kita bersama2 menghayati lirik lagu ni.

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Pssst: Always remember..kita usaha sehabis baik..then kita tawakkal kepada Allah..Semoga Allah memberikan kecemerlangan kepada kita di dunia dan akhirat inshaAllah. Dan most importantly sekiranya Allah uji kita dgn kejayaan, semoga Allah ttpkan hati2 kita di jalanNYA.

 

Mengintai Langit May 13, 2009

Filed under: puisi,Sharing,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 10:31 pm
Tags: ,

Tup! Tup! Tup!

Bunyi air menitik dari salur paip bumbung rumah sewa saya. Hujan renyai-renyai. Cuaca mendung lagi suram. Sepanjang pagi ini langit menangis. Air mata langit di UK halus rias, tak sama dengan titisan langit di rumah saya, nun jauh beribu batu di Malaysia. Kalau hujan di kampung saya tidak sah tanpa ribut petir dan kilat sabung-menyabung. Hujan itu rahmat. Jika kita ada deria keenam pasti kita tertegun mendengar pohon-pohon sibuk bertasbih memuji Ilahi. Apa lagi saat hujan menitis menghilangkan kekeringan menyuburkan salur vaskular xylem.

*******

Langit di sini juga saya perhatikan lebih rendah dan biru berbanding di Malaysia. Biru langit, biru lembut, merah, jingga, kelabu; semua jalur warna terbias indahnya langit. Subhanallah. Cantik sungguh. Sempurna langit tergantung tidak bertali. Pasti pembuat langit jauh lebih sempurna. Jauh lebih indah.

Berada di tempat orang, kita belajar banyak perkara baru. Malah kita mula mengenal erti rindu. Rindu yang teramat sehingga kita kadang-kala diusik sepi. Lama-kelamaan kita juga belajar berdikari, tetapi rindu tetap hadir menjenguk sesekali.

*******

Kembali melihat langit. Saya suka melihat langit. Ia ibarat menyimpan seribu satu rahsia keagungan Allah Maha Pencipta. Masakan tidak, jin-jin malahan sampai sanggup bertenggek atas sesama mereka menyusun anak tangga untuk mengintai langit tempat tersimpan kalamNya di Lauh Mahfuz. Akhirnya Allah SWT mengerahkan para malaikat untuk memanah barisan jin itu. Allah berhak menjaga kerahsiaanNya.

Di atas ‘arasy Allah SWT bersemayam. Hanya Nabi SAW kekasih pilihan selayaknya diangkat ke langit  melihat suasana penghuni syurga dan neraka lantas bertemu Yang Maha Kuasa.

Begitu manusia merintih lalu doa diangkat ke langit sana.

*******

Memandang ke langit, adakah timbul rasa keinsafan dalam hati kita? Langit begitu luas, bagaimana pula dengan dunia ini? Betapa kerdil manusia di sisi keagungan ciptaanNya. Tak terbayang berjuta-juta lagi galaksi selain Bima Sakti yang sekarang kita diami. Namun dunia tempat persinggahan sementara. Di penghujung jalan, yang menanti pasti antara dua; syurga atau neraka. Lebih luas kekal abadi pula.

Pernahkah terdetik di hati kita akan pertemuan dengan Allah SWT?

Pernahkah hati ini rindu padaNya?

Dan adakah kita sudah bersedia untuk diadili?

Adakah dengan bertambahnya ilmu(duniawi ukhrawi) menambah taqarrub(keberdekatan) kita kepadaNya?

Ya Allah, ampuni dosa ku menggunung tinggi.

Ampuni daku sering melanggar sumpah setia yang ku lafazkan untukMu.

Tersasar dan terjatuh berulang kali.

Ampunkan hamba ini sering menyakiti makhluk-makhlukMu.

Titipkan taufiq, hidayah, inayah dan cinta tiada henti buatku. Jua buat orang-orang yang ku cintai.

Biar di mana sahaja kami berada, kami masih melihat langit yang sama. Tetapkan takjub kami kepada Tuhan yang Esa. Selama-lamanya.

Ameen.

 

Stress? May 8, 2009

Filed under: Sharing,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 7:04 pm
Tags: , ,

Bismillah ar-Rahman ar-Raheem..

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Another 3 days, another 3 more days, the exam session for 2008/09 will kicked off..

And in these 3 days, I’m sure everyone akan ada banyak sangat benda nak buat, banyak sangat benda nak fikir sampai menyebabkan diri kita merasa perassan yang tak best dipanggil ‘STRESS’..

Urmm, dikala saat2 genting ni, just nak share few ayat from al-Quranul Kareem, just as reminder, to myself especially..

Allah mengingatkan kita dalam firmannya, mengenai kenapa kita perlu bersusah payah di dunia ni?

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”

[Al-Ankabut:2]

Anggaplah, ini juga ujian dari Allah, untuk menguji sejauh mana kita akan berusaha menghadapi ujian tersebut, dan sejauh mana kita mengingati-Nya dalam perjalanan dan persiapan kita dalam menghadapi ujian yang diberi oleh-Nya..

Di kala kita rasa, I’m done with this, dah tak mampu dah, ingatkan diri kita balik firman Allah yang ni:

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

[Alam Nasyrah: 5-6]

Tak percaya kah kita dengan janji Allah?

Dan apabila kita sudah melalui ujian tersebut, ingatkanlah diri kita dengan firman Allah yang ini pula:

“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.”

[Ali Imran:159]

Ingatlah kita kepada janji-Nya, dan don’t ever underestimate the POWER OF DOA.

Lastly, jika keputusan kita tidak seperti yang kita harapkan, ingatlah ketika Allah menyedapkan hati kita di dalm Surat Cinta-Nya kepada kita:

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.”

[Ali Imran:139]

Bagi pihak warga MSM West Midlands, saya ingin mengucapkan ALL THE BEST in the upcoming exams untuk semua.. Bittaufiq wan najah untuk semua..

May Allah always gives His mercy and blessings to us along the way.

Jangan lupa untuk jaga iman dan jaga amal kita walaupun tengah stress dengan exam.. Sebab firman Allah yang ini pula:

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”

[Ar-Ra’d:28]

Moga bermanfaat, Wallahu’alam.

power of dua

mujahadah
postermujahadah_ikhwh

 

Repost: Petua Cemerlang May 7, 2009

Filed under: Sharing,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 5:27 pm

Assalamualaikum warahmatullah.

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi muslim student yang cemerlang di UK/di mana-mana sahaja anda belajar?

Apa kata kita renungkan kembali tips kejayaan yang telah Allah titipkan di permulaan surah Al Mukminun, surah yang ke 23 di dalam lembaran Al Quran:

1. Keyakinan, kepercayaan and having faith in Allah, His Mercy and His Help.

“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman.” [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan attitude seterusnya yang bakal disebutkan dibawah.

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.

“iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2]

Do one thing at a time. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Be passionate in it. Bukan sambil lewa.

3. Prioritise

“dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh pressure, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, movies, korean series, games, friendster dll sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menyediakan makanan aka memasak (supaya tak makan maggie je selama 2minggu), membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum. However, the best thing to do during your break is to take wudhu’, solat hajat or recite Quran so that we will be closer to Allah, therefore our hearts will be at peace and calm state no matter how hard is the exam.

plus, do avoid complaining, whining, mengumpat lecturer dsbg kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah nauzubillah.

4. Care about each other

“dan orang-orang yang menunaikan zakat.” [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, be it knowledge, past year papers, or even just food. Sharing is caring.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

“dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan study berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tension je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah kan sentiasa ada, sentiasa melindungi, sentiasa menolong…jika kita mencari dan meminta padaNya.

6. Jujur, amanah

” dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” [23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak sponsor dan dengan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan score well in our exam? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu,pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.

Please, no cheating in term of time, especially dalam dewan peperiksaan. Stop writing immediately when you are told to so. Instead, its time to say “Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil ‘azim.”

7. Punctual, particular

“dan orang-orang yang memelihara solatnya.”  [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks muslim student’s life ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan, and to maintain keeping up with our effort continously, aka istiqamah.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk academic semata-mata. Highlight utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah dan merebut peluang mewarisi syurgaNya.

” Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya.” [23:10,11]

Wallahu’alam.

Semoga berjaya dunia akhirat.

” ….Maka di antara manusia ada yang berdoa: ‘Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.’ Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat. ” [2:200]

“Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [2:201]

“Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya.” [2:202]

imtihan_t2

 

when people talk about you April 19, 2009

Filed under: Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 3:57 pm
Tags: , , , ,

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

ngumpat

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, ‘Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu.”

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, “Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, “Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.”

pesanan penaja:  jangan takut untuk berubah ke arah kebaikan dan berterusan membuat kebaikan walau apa pon pandangan kawan-kawan/family terhadap diri kita. yakinlah penerimaan Allah lebih penting dr penerimaan manusia.

wallahu’alam.