MSM West Midlands

Unity beyond borders

Fikirkan Boleh! InshaAllah May 14, 2009

Filed under: motivasi,Sharing,unfolding memory,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 12:14 am
Tags: ,

Sobahul khair! Di musim2 peperiksaan ni, terfikir pulak utk share something. Mengenangkan terkadang kita tersadung di kala merentasi lautan peperiksaan atau terseliuh ketika berjalan melawan arus perasaan yang bercampur baur…Tergerak untuk share lirik lagu yang rasanya pernah atau selalu didengari lewat corong2 radio dan peti2 televisyen ketika zaman kanak2 dahulu. Kalau dulu kita lebih girang berjoget mengikut rentak lagu ini, mungkin sekarang ini dgn ilmu yang membukit dan perwatakan yang lebih dewasa, teringin nak mengajak untuk kita bersama2 menghayati lirik lagu ni.

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Pssst: Always remember..kita usaha sehabis baik..then kita tawakkal kepada Allah..Semoga Allah memberikan kecemerlangan kepada kita di dunia dan akhirat inshaAllah. Dan most importantly sekiranya Allah uji kita dgn kejayaan, semoga Allah ttpkan hati2 kita di jalanNYA.

Advertisements