MSM West Midlands

Unity beyond borders

Winter Retreat a.k.a Perhimpunan Musim Sejuk 2009! October 6, 2009

Filed under: Announcement,Poster — msmwestmidlands @ 8:51 am
Tags: ,

Bismillah ar- Rahman ar- Raheem,

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

PMS kembali lagi! Tahun ini bertempat di Loch Lomond, Glasgow, Scotland!

pms+09_1

Pendaftaran telah pun dibuka!! Hantarkan maklumat pendaftaran anda di winterretreat09@yahoo.co.uk.  Untuk matlumat lanjut, sila hubung wakil MSM di kawasan anda ataupun klik sini.

Brought to you by: Majlis Syura Muslimun, a registered association under Malaysian Students Department UK and Eire.

Advertisements
 

Antara sebatang dan seikat mancis.. November 27, 2008

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 5:25 pm
Tags: , , ,

Bismillah ar-Rahman ar-Raheem,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

PMS dah dekat!!!! Percaya tak? Sedar tak sedar tak smpai sebulan je lagi menjelangnya PMS..

Tapi masa ni lah timetable seharian kita akan full.. Dengan dateline assignment, test, exam, n bermacam2 lagilah.. Memang dah takde masa lah kan sekarang ni?

Ade seorang medic student ditanya oleh professornya, “How many pills would you give to man who had suffered a heart attack?”

“Four”, student tu jwb..

Seminit pastu, d same student ckp, “Professor, can I change my answer?”

“You can, by all means” he replied while looking at his watch and then he continued, ” but regrettably, ur patient has been dead for 40 seconds.”

Erkk, just nk show yg time is very important.. Dipetik drpd Imam Hassan al-Banna, MASA = KEHIDUPAN.. So ape yang kita buat dengan masa2 kita akan dipertanggungjawabkan di Akhirat nanti..

Kita semua mengejar masa, melakukan berbagai kerja, tapi kadang2 kita terlupa untuk renew our intentions or our niat setiap kalinya.. An-Nas = Pelupa = Manusia .. Kalau dlm compilation Hadith 40 by Imam Nawawi, Hadith 1st sekali dah cakap pasal niat in which:

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan………..” [Bukhari & Muslim]

So memang pentingla niat ni kan.. Kalo boleh setiap masa kita adalah ibadah kepada Allah kan? Jadi di kala2 busy ni, just a reminder to everyone, especially myself, yang masa yang ade sangatlah singkat n banyak sangat kerja yang perlu dilakukan jadi adalah penting untuk check balik niat kita kan..

Berbalik kepada PMS yang semakin hampir ni, rasa macam tak sabar pula..

teaser1

Tapi sebelum tu, akan banyak halangan yang akan melintangi jalan sebelum boleh tiba ke PMS itu.. Hanya lebih kurang 3 minggu lagi, berbagai persiapan yang perlu dilakukan, berbagai urusan yang perlu dibereskan..

Setiap orang akan ade sahaja perkara yang perlu diselesaikan oleh diri mereka.. Jadi semua orang pun akan mula bekerja sendiri, dan secara tidak sedarnya kita pun akan mula membiarkan kawan2 kita memikul beban mereka secara sendirian..

Mereka pun bekerja dan terus bekerja demi untuk memastikan kejayaan PMS dan juga diri mereka.. Dan kita hanya bekerja untuk memastikan kejayaan diri kita sahaja.. Ibarat sebatang mancis yang boleh dipatahkan begitu sahaja, tanpa daya yang kuat pun dah boleh patah..

Tapi kalau kita sentiasa di situ, untuk memberikan support kita, walau hanya dengan doa atau kata2 semangat, itu sahaja kadang2 sudah cukup untuk kita termasuk dalam seikat mancis yang lebih sukar untuk dipatahkan sekiranya mereka diikat dan berdiri teguh bersama2..

matches2

Nampak tak beza bila kita bersama dan bila kita berseorangan? Di kala2 musim ‘busy’ ni, memang kita ade banyak perkara nak dilakukan, tetapi jangan lupa yang kita ade sahabat2 di sekeliling untuk MEMBERIkan support dan DIBERIkan support dalam ape jua keadaan.. Kita takkan mampu berdiri sendirian, tidak sekali2..

Setiap orang ada peranan mereka atas dunia ni, dan kita akan saling melengkapi antara satu sama lain. Allah berfirman:

“……Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksa-Nya.” [Al-Maidah:5]

Takkan kita nak masuk syurga sorang2 kan? Mestilah kalau boleh nak tarik family kita, kawan kita2 sekali kan? So ape tunggu lagi, mari mainkan peranan kita.. Make full use of our time and also help others in making their time useful..

Sentiasa perbaharui niat kita supaya kita sentiasa hidup dalam beribadah kepada Allah, tetapi jangan lupa juga saudara2 seIslam kita yang lain kerana kita juga akan dipertanggungjawabkan ke atas perlakuan mereka di Hari Perhitungan nanti..

“Dunia adalah ladang akhirat.” [Bukhari]

Apabila melakukan sesuatu, it’s good to sentiasa renew our niat balik, kerana apa kita lakukan semua ini, agar semuanya tidak sia2.. Di samping tu, saling ingat mengingati antara kita supaya kita atau sesiapa sahaja tidak akan jauh tersasar dari landasan asal kita insyaAllah..

Just few points to ponder about..

Wallahu’alam..

Wassalam..