MSM West Midlands

Unity beyond borders

Marah? March 4, 2010

Filed under: Sharing,unfolding memory,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 1:57 am
Tags: , ,

Bismillah ar Rahman ar Raheem,

Nak share dulu satu video ni..

Pernah tak kita merasa marah? Macam2 jenis marah ada.. Marah dengan keadaan sekeliling kita, marah dgn diri kita, marah dgn mak ayah kita, marah dgn kawan2 kita, kadang2, dgn makhluk yg tak bernyawa dan brgerak pun kita marah.. semua benda pun, kalau ada yang tak kena sikit ke, boleh membuatkan kita, MARAH..

Significant betol marah ni ye? Kalau nak share pengalaman sendiri, bnyk sgt yg boleh diri ini relate dengan marah.. Huuuu, tak boleh buat silap sikit, for sure melenting.. Pastu, bukan setakat org yg kita marah tu je kene, orang lain pun terlibat sekali.. Tak pasal2 je..

Erkkk, kalau dlm buku “Bahtera Penyelamat” oleh Ustaz Fathi Yakan, Marah ni adalah salah satu pintu utama syaitan datang utk mencucuk kita.. dari marah nilah, timbul perasaan benci, dengki, hasad, musuh dan sebagainya..

Saya rasa, semua org pernah merasa marah kepada sesuatu.. Kawan2 ke, mak ayah ke sesiapa je lah, kalau org tu tak ikut kehendak kita.. Dan semua orang pun ada cara melepaskan kemarahan masing2.. Kalau sy sendiri, dulu sy main hoki sebab sy nak lepaskan kemarahan sy dengan pukul bola hoki tu dgn kayu sekuat2 hati saya.. Dulu2 la..

Siapa kenal Umar al Khattab angkat tangan…. =) Eheh.. Kalau ingat kisah Umar sebelum peluk Islam, dia kan garang kan? Pastu marahnya dia pd Rasulullah yg ketika itu sebarkan Islam smpai dia nak bunuh Rasulullah.. Dah bawak pedang dah ni.. Sekali tu ada org ckp, tak payahlaaaa.. Adik kau sendiri dah peluk Islam.. Umar pun apalagi, dgn kemarahan, pergi ke rumah adiknya.. masa tu adik dia tgh belajar Quran kn? Pastu Umar LEMPANG adik dia, smpai berdarah.. Pastu baru Umar tnye ape yg adik dia baca.. Dan selepas itu, famouslah kisah Umar yg memluk Islam slepas mndengar Surah Taha (20) ayat 1 hingga 14.. [SubhanAllah, petunjuk Allah tu memang utk sesiapa yg Dia kehendaki je.. Umar yang garang tu pn masuk Islam bila dgr bacaan Quran.. MashaAllah..]

Dan lepas tu, Umar pun menjadi antara pejuang Islam yang sgt hebat.. Smpai jadi khalifah kan.. And cucu dia pun ada jadi khalifah, tak lain tak bukan Umar Abdul Aziz.. [Hebat2 sungguh org nama Umar ni.. Boleh buat nama anak.. =) ]

Apa significant kisah Umar ni sebenarnya eh? Heeee, kalau kita tengok, Umar menyalurkan kemarahan dia selepas masuk Islam kepada orang2 kafirun kan? Dia tidak berkasar kepada saudara se-Islam dia,.. Malah, marah dia adalah untuk mempertahankan Islam, untuk mempertahankan haq (kebenaran) dan keadilan.. Itulah MARAH yang best.. Marah yang timbul hanya kerana Allah dan tiada yg lain.. Kita patyut merasa marah apabila Islam tidak berada di atas.. marah apabila Islam ni seperti dipermain2kan.. marah pabila Islam ni hanya dalam kad pengenalan tapi cara hidupnya tak mnggambarkan langsung Islam yg sbenarnya..

Lagi satu kisah sahabat yang best adalah kisah Ali karamallahu wajhah. Dlm satu perang ni, tatkala Ali telah menumpaskan seorang kafirun, tiba2 org itu meludah ke mukanya. LUDAH tau, bukan caci je, meludah.. Ali terus tak jadi bunuh kafirun tersebut.. Kenape ye? Ali pun tinggalkan kafirun itu.. Sehingga org tu bertanya kpd Ali kenapa beliau tak bunuh je dia.. Ali jawab: Aku takut membunuhmu kerana ludah.. Allahuakbar.. Hebatnya akhlaq sahabat2, walaupun diperlakukan dgn bermacam2 bnde, mcm kes Ali td, diludah mukanya, terus tak jadi bunuh, sebab takut niat tersasar dari jihad fisabilillah.. Huuuuuuuu.. [Kalau saya habes lagi ditetak2 org tu smpai hati ni puas kot.. adesss]

Begitulah org yg beriman, marahnya bukan kerana hawa nafsu, bukan kerana dendam, tapi marahnya semata2 kerana Allah, dalam usaha menegakkan al-haq..

Sebenarnye, sy cite2 bnde kt atas ni sbb trbaca satu hadith td. Hadith ke-enambelas dr hadith arbai’n..

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah
engkau marah.
Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.

[HR Bukhari]

Rasulullah nasihat kat kita [cam seorang ayah nasihat anak dia], “La Taghdob”, jangan marah.. Berulang kali plak tu kan? Bila seseorang ulang bnde tu bnyk2 kali, sbb dia nk kita ingt kan? Dan jangan buat, ye tak? Huuuuu.. [Bilalah saya nak dpt control marah sy ni..:( ]

Allah berfirman:

“Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. [An Nahl (16): 96]

Ganjaran pahala utk mereka yg bersabar.. Pahala yg boleh mmberatkan timbangan amal dan membawa ke syurga..

Moga dapat kesimpulan yang baik dr cerita di atas.. =)

Peringatan mostly utk diri sendiri yg sgt lemah dan senang amat tergoda dgn syaitan..

Moga bermanfaat..

Wassalam.

Advertisements
 

Musuh Kita.. February 23, 2010

Filed under: Sharing,Wisdom for the Wise — msmwestmidlands @ 7:46 pm
Tags: ,

Bismillah ar Rahman ar Raheem,

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang,

Alhamdulillah, alhamdulillah wa astaghfirullah..

Rasa macan terlampau lama dah tak update di sini.. Moga Allah ampunkan dosa2 diri yang terlampau tak pandai untuk mengurus masa ni.. Astaghfirullah..

Nway, hari ni nak share sedikit dari sebuah buku yang saya tengah baca sekarang.. Buku yg ditulis oleh Fathi Yakan yang bertajuk ‘Bahtera Penyelamat’..

Dlm salah satu chapternya ada menceritakan mengenai salah satu dr musuh kita yang paling utama, yakni:

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala .”

[Fatir (35): 6]

Terang2 Allah cakap dlm Quran yang syaitan ni adalah antara musuh bagi kita..

Huuu, dalam buku ni, Fathi Yakan ada menceritakan sebuah cerita yang menarik tapi menakutkan mengenai syaitan ini. Cerita tersebut adalah seperti di bawah:

Pada suatu masa ada seorang pendita Bani Israil (amat kuat beribadah). Syaitan hendak merosakkannya lalu syaitan merasuk seorang anak gadis (di kampung itu). Syaitan mengilhamkan kepada keluarganya bahawa anak gadis ini hanya boleh disembuhkan oleh pendeta tersebut sahaja. Keluarga anak gadis tersebut pun membawanya ke rumah pendeta.

Pada mulanya pendeta enggan membenarkan anak gadis itu tinggal di rumahnya untuk berubat. Tetapi setelah didesak oleh keluarga anak gadis tersebut, ia pun bersetuju. Dalam tempoh berubat syaitan berjaya memujuknya supaya mendekati anak gadis yang sakit itu. Akhirnya dengan godaan syaitan itu sampai bersetubuh dengan gadis itu hingga hamil.

Sejak itu syaitan pun menimbulkan rasa takut dalam diri pendeta itu. Ia berbisik: “Nanti bila datang keluarganya tentu rahsiamu akan diketahui. Baik engkau bunuh sahaja perempuan itu, dan kalau keluarganya datang katakan ia sudah mati.” Iapun lantas menurut hasutan syaitan. Ia segera membunuh anak gadis tersebut dan menanam mayatnya.

Setelah itu syaitan pergi menimbulkan syak dan ragu kepada keluarga gadis. Ia membayangkan kepada mereka bahawa pendeta itu telah merogol, menghamilkan dan membunuh anak tersebut, kemudian menanam mayatnya. Apabila keluarganya datang mereka tidak percaya dengan cakap dan dalih pendeta. Mereka akhirnya membuktikan kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh pendeta itu.

Dalam pada itu, syaitan pun menjelma dan menemui pendeta. Syaitan berkata: ” Aku yang telah merasuk anak gadis itu. Akulah yang membisikkan kepada keluarganya. Kalau engkau mahu selamat, engkau ikutlah perintahku. Aku akan melepaskan engkau dari tindakan mereka.” “Bagaimana?” kata pendeta itu. Jawab syaitan, “Engkau sujud kepadaku dua kali.” Pendeta itupun sujud kepada syaitan. Apabila ia sujud syaitan pun berkata: “Aku melepaskan diri dari kejahatan (kufur) yang telah engkau lakukan.” (Aku tidak ada kena mengena dengan perbuatan syirikmu).

SubhanAllah, MashaAllah.. Takut sangat dengan syaitan ni.. They won’t stop until they make u murtad from islam.. Allah berfirman:

Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.” [An Nisa'(4): 120]

Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.” [Al Mujaadilah (58): 19]

Banyak sangat ayat pasal syaitan dalam Quran ni.. And yang paling menakutkan is, mereka akan keep menggoda, menghasut, memujuk, menimbulkan syak wasangka dan angan2 dan bermacam2 lagi untuk memastikan kita golongan manusia ni akan bersama2 dgn mereka untuk menjadi teman mereka di neraka kelak.. Naudzubillah..

“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.” [Al A’raf (7): 175]

Kalau tengok dalam ayat Quran di atas, Allah telah bagi guideline sebenarnya.. Sebenarnya, bukan syaitan tu yang datang goda kita dulu, tapi diri kita yang tak ikut ayat2 Allah, even bila kita dah tau, dengan pelbagai alasan yang kita bagi pada diri kita.. Bila kita tak ikut ayat2 Allah, barulah syaitan tu ikut kita dan menggoda kita.. Kalau boleh lihat dari cerita pendeta tadi, puncanya berasal dari penjagaan hubungan antara perempuan dan laki2.. Telah jelas Allah berfirman:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” [An Nur (24): 30]

“Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” [Al Baqarah (2): 169]

“Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.” [Ibrahim (14): 22]

Takut kan musuh kita yang kita tak nampak ni.. Mereka sentiasa berusaha, mencucuk2 kita, dari tempat yang kita tak nampak, dan dari tempat yang kita paling lemah sekali..  Tapi, bukan setakat tu je, mereka akan goda kita, sehingga kite terjerumus ke dalam lembah maksiat, dan kemudian berlepas diri dari kesalahan yang kita lakukan.. Jahat sungguh mereka ni, tapi, jalan yang mereka ajak itulah jalan yang disukai manusia.. Kerana ia penuh dengan kemewahan, kesenangan, dan sebagainya..

Ni contoh2 bagaimana syaitan nak goda kita, even dalam hal yang sekecil2 seperti penjagaan aurat kita kepada sebesar2 benda seperti solat subuh.. Astaghfirullahal’azim, moga Allah ampunkan dosa2 kita yang jelas dan yang tidak kelihatan..

Banyak lagi iklan seperti ini.. Jemput tonton..

firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. [Al A’raf (7): 201]

“…….Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).” [An Nisa’ (4): 83]

Cantik sangat orang2 yang beriman dan bertakwa, mereka ni akan sentiasa muhasabah diri.. Setiap masa dan setiap ketika.. bila digoda oleh syaitan dan melakukan kesalahan, mereka segera memohon taubat.. Huuuuu, nak jadi macam tu jugeeeee…. Nak jadi yang sebahagian kecil tu..

Allah telah berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” [Al Baqarah (2): 208]

Tiada jalan tengah.. sama ada kita mengikuti cara hidup islam sepenuhnya, ataupun kita akan mengikuti langkah2 syaitan.. Erkkkk, selama ni terasa sgt yg diri ni suka ambil jalan tengah, tapi Allah dh clearly said yg, tiada jalan itu.. Yang ada, jalan menuju kebahagiaan yg abadi ataupun azab yang pedih.. PILIH salah satu.. Tepuk dada tanyalah iman..

Pilihan Di Tangan Anda....

Allah tidak meninggalkan kita tanpa petunjuk kan? Ingat yang Allah da tinggalkan Quran tu sebagai user manual kita dalam menjadi abid dan khalifah-Nya.. Allah pun ajar kita utk berdoa pada Dia.. Sweet kan Allah ni? =)

“Dan katakanlah: “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku.” [Al Mu’minun (23): 97-98]

Allahu’alam.. Moga bermanfaat..

Rasa cam sgt kaku tulisan kali ini.. harap2 dapat sampai point ini kpd pembaca2 sekalian.. Peringatan ni, most especially kepada diri sendiri.. Mari sama2 mengingatkan diri masing2 mengenai bahayanya syaitan ini dan moga kita sentiasa berwaspada dengan gerak geri dan langkah mereka..

Moga dimaafkan segala kesalahan dan moga diperbetulkan segala kesilapan..

Wassalam.