MSM West Midlands

Unity beyond borders

granada-day 3, al-hamra August 19, 2008

Filed under: Uncategorized — msmwestmidlands @ 4:07 pm

bismillah ar-rahman ar-raheem

t-shirt granada-check!

vest panjang-check!

cermin mata-check!

panama hat-check!

muslim ranger, berlepas! (bergaya x?)

akibatnya saya terpaksa masuk balik ke dalam bilik hotel kerana tertinggal bag (adakah saya bawa pengaruh yg buruk pada adik2? astaghfirullah…)

here we come!

here we come!

“awak x nak ambik gambar ke?” tanya kak IzXX

“sy…sedang menghayati…” jawapan poyo…

Pae:sy sedang fikir

AXiXah:apa yg awak fikir

Pae:berapa lamakah n betapa banyakkah tenaga yg digunakan demi ini..perlukah?

AXiXah:waktu tu islam dah tersangat hebat dan mantap sehingga tiada apa perlu dilakukan..jadi mereka buat sesuatu yg blh mengingatkan mereka kpd Allah

tamadun yg sangat gemilang suatu ketika dahulu, dan masih lagi dikagumi

ukiran dinding

ukiran dinding

NadXXh A: terasa x betapa mereka mengingati Allah biarpun sdg mengukir?

x ingat sape:’tiada pemerintah melainkan Allah’,how humble n ikhlas. Mungkin ini faktor kejayaan mereka? mengingati siapa mereka dan tujuan hidup mereka. usia yg x disia-siakan..

mengapa dahulu saya tidak mengetahui? sy hanya tahu dalam syllabus sejarah SPM, islam pernah gemilang

"dan dibawahnya sungai2 yg mengalir"

"dan dibawahnya sungai2 yg mengalir"

hanya memenuhi tuntutan pembelajaran..saya tidak sedar sebegini hebatnya org2 yg bergelar muslim

bangkitkan muslim dlm dirimu

bangkitkan muslim dlm dirimu

dan betapa ramai lagi yg masih ‘tidur’?

sesuatu yg sehebat ini

bahagian syiling

bahagian syiling

kenapa jadi begini?

mungkinkah dinodai anasir barat?

mungkinkah dinodai anasir barat?

“lalai?…lupa bahawa kekuatan hanya dari sisi Allah?”

apa yg kita miliki…milik Allah..tanpa izinnya

TIADA!!

sengetkan kepala anda(senaman ringkas)

sengetkan kepala anda(senaman ringkas)

“budak apa yg kau buat?” tanya kak AisXXX

“menyalah gunakan function panorama camera nih..nak jimat memory..hehe”

bersambung….

 

granada-day 2 August 17, 2008

Filed under: Uncategorized — msmwestmidlands @ 11:57 am
bangunan kat sana

bangunan kat sana

bismillah Ar-rahman Ar-raheem

shopping day…

hari yg mengembirakan..mungkin juga hari yg menakutkan… bukan niat saya utk menakutkan sesape tapi..

pada hari itu anda akan dapati rakan anda hilang seorg demi seorg. dan kemudian mereka muncul semula secara tiba2. malah pasti akan ada sesuatu yg lain pada diri mereka…ada yg tetiba keliling mata mereka menjadi hitam besar dan bersinar ala2 lalat (cam kak AXXhah dan kak Xiti yg memakai cermin mata..hehe jgn marah) ada yg tetiba ada parabola atas kepala (mcm kak NaXiXh yg memakai topi) dan ada yg membawa extra luggage? saya sendiri, tiba2 pandangan saya menjadi sedikit gelap..malam belum pun menjelma…(apa blh buat, cermin mata hitam itu seakan2 menggoda saya utk membelinya..hehe) in the end sy sendiri turut wonder, adakah saya telah dirompak? (entah kenapa duit menjadi sgt sikit..haha)

banyak cenderamata yg dijual di Granada. mungkin kerana ia dekat dengan Al-Hambra, sebuah kubu yg membanggakan umat islam suatu ketika dahulu?

ketika memanjat ( bentuk muka bumi granada itu berbukit) utk ke Al-baizyn sekali lagi fenomena hilang terjadi. akibatnya kami terpecah kpd 3 group –>group yg kepenatan, group yg mungkin x ikut peta sangat, n group yg skema (sy berada dalam group yg skema. selalunya sy mmg suka main jalan je janji hepi tapi sy rasa disebabkan ada limit waktu adalah baik sy bertegas dan mengikut peta. lagipun ketika berada dalam kumpulan mungkin harus fikirkan mengenai ahli kumpulan yg mungkin x larat utk berjalan secara rambang)

“MasyaAllah, cantiknya!” dari sini saya blh melihat al-hambra dan seluruh granada! entah apa yg dijumpai oleh group lain?

climbing up

climbing up

kami juga terpesona dengan masjid Granada. ia sangat besar dan cantik. terdapat taman yg berwarna warni. ia sgt nyaman, biarpun cuaca sgt terik.

cool breeze

cool breeze

kuasa apakah ini?

sementara menunggu waktu solat, kami berjln2 disekitar. dan disana kami temui rumah ibadat org yahudi. dipintunya terdapat ladam kuda dan bintang enam penjuru.. Que ha significa?

kami juga singgah ke kedai runcit kecil. bersungguh2 pakcik yg bertugas sebagai cleaner menunjukkan kami brg2 halal. dan bersungguh2 dia hendak bantu kami berinteraksi dengan taukeh walaupun dia sendiri kelihatan confuse dengan apa yg kami mahu..(haha) sy terfikir, untungnya menjadi seorg muslim.. saudara ku ada dimana2

waktu solat telah hampir, kami kembali ke masjid tersebut, namun perkarangannya menjadi senyap sunyi. Tiada org..(Alien Abduction?!)

dalam pada mencari entrance utk wanita kami temui kembali group yg tak ikut peta sgt. dan kami tunaikan solat zohor berjemaah bersama2..dimasjid granada ini.

hebat bukan..semua org bersiap2 diawal waktu bagi bersedia utk menunaikan solat sehingga kawasan lain menjadi sunyi. hebat bukan, sebuah masjid menjadi tempat pertemuan kembali. hebatnya, seruan utk mengesakan Allah menjadi perpaduan yg utuh..

“malam melabuhkan tirainya” fikir saya sendiri. entah mengapa Pae(bkn nama sebenar) terus memandang saya sejurus selepas saya berfikir demikian. kemudian dia teruskan berjalan..

“dia ni blh baca otak org ke? creepynya” mungkin ukhuwwah yg terjalin blh menghubungkan hati kita namun sy x berharap ayat2 saya yg puitis diketahui umum…ia mungkin menjejaskan image cool saya..hehe

semasa pulang semula ke hotel, pemilik hotel yg suka mengajak berbual biarpun x tahu english hanya diam sahaja.. mungkin dia sendiri merasakan betapa menakutkannya hari itu, the shopping day.

“cowgirl pakai skirt?” mungkin itu yg difikirkan oleh pakcik itu..kot? (ramai pakat bli topi, saya pun ingin nak pakai topi…dan sy rasakan cuma topi cowboy je yg sesuai dengan sy..kot?? adusss..kids,dont try this at home..hehe)