MSM West Midlands

Unity beyond borders

islamic finance in London February 27, 2008

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 1:02 am

bismillah ar-rahman ar-rahim

salam

kadang kala, mak dan ayah pulang lewat dari bandar
kadang kala itu juga hati resah, bimbang kiranya sesuatu berlaku
kadang kala itu, ana selalu menyuarakan kebimbangan tika mereka pulang
“mak ngan ayah gi mana?”
“gi LONDON….hehe”
dan kadang kala itu, mak ngan ayah keluarkan chocolate (^_^)/
(tapi kami dah dewasa..upgrade pada secret recipenyer kek chocolate bley? anak yg demand..hehe)

kadang kala…
ada hal yg x perlu utk kita tahu
yg x bermanfaat utk kita tahu
hanya akan membazir waktu
benar, aku pedulisme tu penting
tapi…
kadang kala, tenaga x harusnya dibazirkan atas hal2 kecil..
(cthnya kalau ana gi dapur minum air, tu pun nak tau ke?)

nah…sekarang anaknya bnr2 ke london
semata2 utk mendengar islamic finance

intention and initiation
“sesungguhnya setiap amal itu berdasarkan niatnya, barangsiapa niat hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya adalah demi Allah dan Rasulnya. barang siapa niat hijrahnya demi dunia dan isinya, serta wanita yg ingin dikahwininya, maka hijrahnya atas apa yg diniatkan”
tiket sudah beli
tinggal nak gerak je lg
tetiba rasa x nak gi
fatwa hati?
study? (hehe…membayangkan tu kira studi kan? guna imaginasi dalam mimpi..)
atau memanjakan diri?
comfort zone ana disini
conflict dalam diri..
dalam quran ada diceritakan, kaum yg berkata aku bersama mu..aku akan berjuang bersama mu, namun bila tiba masa utk berjihad, mereka berpaling..dan melarikan diri..
tidak!!! ana x mahu jadi begini..
maka, patutlah ana pergi
sucikan niat, ikhlaskan hati
melangkah pergi dengan senyap sunyi
(style ana ialah cuba sedaya upaya menrahsiakan jejak langkah kecuali beberapa org yg mmg tahu….baru ada thrill)

smooth n soothe
sepanjang jalan dalam bus, tube, train dan jalan2 bersama ukhti terasa begitu senang skali
mungkin kerana ana dah blh berdikari (tipu sungguh… pasti kerana kehadiran ukhti yg matang dan masak dengan dunia yg sementara ini berada di sisi ana…kalau tidak pasti ana dah jalan tah kemana2..adehh)
pasti kerana izin dari Allah (tepat skali)
dalam tube ukhti bercerita

disini…x lama dahulu,
ada perempuan buta
bersama ayahnya
lumpuh seluruh tubuh…
dia menyanyi..meraih simpati
ukhti memberi…

“its better for her to do this kind of things…although im not entirely agree..maybe, that was the best ikhtiar for her..sbb dia x faham…baik dia buat begini..dari dia menyamun atau mencuri…”
ukhti mmg matang
fikir sblm bertindak meskipun utk berbuat baik
dont hesitate to do good things…bkn bermakna x perlu berfikir
sepanjang jalan..banyak nasihat yg didapati
hidayah Allah umpama hujan…kena pada setiap inci
dan airnya segar menusuk hingga kehati
namun…terpulang pada diri utk membuka penutup pintu hati..
utk menadah dan menyimpan hidayah yg turun bagaikan mutiara itu (selitkan lagu sudirman..)

kitchen expert and kecah expert
ana tercengang seorg diri
hebatnya srikandi london memasak nasi ayam!
apa? kena buat itu?
ha? kena masukkan ni?
eh? apakah ini?
ooo…rupanya begini
aaa? bagitukah?
(bagi ana yg bujang….masak merupakan suatu experiment.. memasak berkaitan dengan tindak balas kimia yg menjadikan spices tu sedap…dan khasiat2 serta kandungan atau mungkin bahan2 yg ada dalam biometabolism spices itu utk sebati..perlu juga diambil kira nutrient dan kewujudan microorganism, serta resistance yg ada pada bahan…serta hukum2 fizik dimana bearing dan radius turut diambil kira utk menjadikan masakan sedap…x kurang juga dengan formula mathematic yg digunakan bg menyukat ratio dan possibility masakan yg dibuat dlm kuantiti w menepati citarasa serta kehendak z org dalam masa yg sama dapat meng-exponent-kan tenaga individu…)
senangkan?
(mana mungkin ana buat semua ni… haha)
teringat summer dahulu..adik lapar
signal utk experiment telah menyala…lampu hijau mak jgn disia-siakan
maka bermulalah experiment 0011, SCONE
ana cuma ingat sikit2 apa yg pernah diperturunkan pada ana oleh sister warwick
nyaris memasukkan ground black pepper…(sape suruh benda tu kelihatan menarik)
lepas siap adik bertanya
“kenapa mcm bun tapi keras?”
“nama pun scone…mestilah ada rasa stone skit2”
maka ana pun menerangkan theory The Rock dan Stone Cold dalam wrestling dengan scone dan stone..(ada link kah? pandai sungguh nak cover…adeh)
adik dengar je…lagho sungguh kakaknya…baik jangan tengok wrestling…kuat sampai x mampu cari baju yg lengkap…entahlah…adakah pada mereka kekuatan berkadar songsang dengan pakaian? semakin kurang semakin kuat? (yang ana gi tengok apasal? zaman kegelapan ana….)
x lama selepas itu mak cik yg pernah study di USA call..
dia mahu singgah…10 minute lg sampai
short notice…terbanglah segala barang yg bersepah kat ruang tamu…tersusun kemas secara tiba2
maka…. kantoilah scone ana yg enak itu….(T_T) penat cover…

bagaimanapun..yg penting adalah ikhlas..
mungkin banyak kekurangan…
tapi bahagianya dapat mengembirakan hati tetamu
gembiranya, kerana ia turut menjadi tuntutan Allah
hanya redha Allah yg mampu menyerikan hari…
wallahualam

sisters in london
malam ni mereka ramai2 nak berkumpul utk menambahkan iman
seronoknya…beriman sejenak di LONDON
ana harus join..pasti menjaminkan pulangan yg berbaloi
ana mahu ceritakan something juga…mana blh duduk diam sahaja
Wasyi bin Harb kah? tentang mawar dan semalu kah? ttg sultan muhammad al-Fatih?
tapi pasti mereka telah mendengar..
baik…sementara mereka sdg makan baik fikir apa yg blh diberi..
mmm..mungkin ilham senang dapat bila fikir sambil baring…
sejuk…mcmana nak fikir dengan tenang…duvet oh duvet…
akhirnye.. majlis berjalan dengan lancar dan tenang
dan ana??….terus lena dalam duvet…malam di LONDON.. (waaaa…..x rela!!!!!)
pengajaran—->istighfar 11x

pasti kalian mula menyedari
manakah islamic financenyer ni??
it was magnificient…sangat berbaloi..
its a blessing kerana ana dapat mendengar 1st hand
ana x mampu nak catitkan disini
kerana setiap yg ingin dikatakan ingin digambarkan
betapa islam menjaga hak setiap individu
betapa sistem islam menjamin pulangan yg besar dengan secara adil dan saksama
macam stealth skill, sistem ini x kelihatan keberkesanannya
mungkin kerana tamak?
mungkin juga kerana sekular?
tapi hanya mereka yg sabar yg akan terima keuntungan darinya
ana bersyukur diberi kesempatan dan ditakdirkan mengetahui ilmu ini
sungguhpun kesilapan teknikal berlaku,
namun segalanya terasa begitu pantas berlalu
sehinggakan..

 terus terang,

ana sudi walaupun ceramah itu dilanjutkan hingga ke malam hari
bahkan..jika sambung keesokkan hari..
benar..islam itu syumul

wallahualam

-wartawan birmingham-

 

Full time Muslim February 26, 2008

Filed under: puisi — msmwestmidlands @ 3:52 pm
Islam is a way of life, try it.

Islam is a gift, accept it.

Islam is a journey, complete it.

Islam is a struggle, fight for it.

Islam is a goal, achieve it.

Islam is an opportunity, take it.

Islam is not a GAME, don’t play with it.
full-time-muslim.jpg

Islam is not a mystery, behold it.

Islam is not for cowards, face it.

Islam is not for the dead, live it.

Islam is a promise, fulfill it.

Islam is a duty, perform it.

Islam is a treasure (the Prayer), pray it.

Islam is a beautiful way of life, see it.

Islam has a message for you, hear it.

Islam is love , love it.

 

Projek Sekolah Angkat February 24, 2008

Filed under: Announcement — msmwestmidlands @ 10:16 am

Sekolah Rendah Islam Al Amin Kuala Terengganu ialah sebuah sekolah swasta dengan prestasi yang sedang meningkat naik di Pantai Timur. Sejak ianya ditubuhkan, lokasi sementara sekolah terletak di Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Pada masa ini, sekolah ini terpaksa menumpang di sebuah bangunan di Kampung Padang Air, Kuala Terengganu sementara pembinaan bangunan sekolah yang sebenar siap dibina.

Majlis Syura Muslimun kawasan Northwest telah memilih untuk mengambil sekolah ini sebagai sekolah angkat sebagai aktiviti praktikal untuk menyumbang kepada masyarakat Islam di Terengganu. Bersandarkan kepada kata-kata Rasulullah s.a.w. bahawa setiap anak yang dilahirkan adalah suci bersih dan ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan mereka, kami merasakan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu menyediakan peluang-peluang dalam mendidik generasi muda ini dengan didikan Islam.

 

Objektif keseluruhan projek ini termasuklah:

i. Membantu mengumpulkan dana untuk pembangunan Sekolah Rendah Islam Al Amin Kuala Terengganu.

ii. Mengumpulkan dan menghantar barang sumbangan pelajar/pekerja/orang awam di UK dan Ireland ke Al Amin Terengganu pada bulan Ogos 2008.

iii. Melatih dan mendidik para pelajar dalam aktiviti kemasyarakatan.

 

AKTIVITI

Secara perancangannya, projek ini akan dijalankan bermula Januari 2008 yang lalu hingga Disember 2008. Aktiviti yang akan dicadangkan adalah seperti berikut:

BIL AKTIVITI
1 Kutipan Dana Al Amin KT
i. Fasa I – April 2008
ii. Fasa II – Jun 2008
iii. Fasa III – November 2008
2 Pengumpulan barang-barang
i. PC terpakai – 3 set
ii. Buku-buku – Pelbagai buku rujukan dan bahan bacaan pelajar
iii. Set kelengkapan perkhemahan – 6 set
iv. Sila rujuk SENARAI BARANGAN YANG DIPERLUKAN
3 Aktiviti semasa cuti musim panas
4 Aktiviti khidmat masyarakat
– ceramah kesihatan
– rawatan kesihatan percuma
5 Post-mortem dan lain-lain pengurusan

 

PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN

KUALA TERENGGANU

(BANGUNAN 2 TINGKAT MENGANDUNGI 12 BILIK DARJAH SERTA BANGGUNAN KANTIN SEKOLAH)

 

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PENUBUHAN

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Daerah Kuala Terengganu telah memulakan operasi SRIAAKT pada tahun 2002 dengan pengambilan pelajarnya yang pertama seramai 45 murid. Falsafah pendidikan dan kurikulum MUSLEH, yang mengaplikasikan dan mengarusperdanakan Islam dalam pendidikan berteraskan konsep tauhid telah dijadikan asas pendidikannya. SRIAAKT kini masih beroperasi di sebuah rumah yang dipinjamkan sebagai bangunan sekolah. Kedudukan bangunan ini agak terpencil dengan ketiadaan kawasan lapang, masalah bekalan air serta bilangan bilik darjah yang terhad.

Mulai tahun 2003, Lembaga Pengelola SRIAAKT telah merancang dan mencari sebuah tapak yang sesuai untuk dijadikan kawasan operasi SRIAAKT yang kekal. Alhamdulillah pada tahun 2004, sebuah tapak seluas 2.8 ekar yang terletak di Kampung Bukit Berangan, Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu telah diwakafkan sebagai tapak kekal SRIAAKT oleh seorang usahawan. Kerja-kerja pembersihan dan penambakan telah selesai dilaksanakan dan kini dalam proses pra-pembinaan.

 

KONSEP PENDIDIKAN SRIAAKT

Konsep pendidikan yang dijadikan teras di SRIAAKT adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara dan boleh dirumuskan seperti berikut:

Falsafah: Proses pendidikan yang berasaskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk diri, masyarakat, negara dan dunia melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

Matlamat: Membentuk dan melaksanakan satu sistem pendidikan yang bertunjangkan aqidah tauhid dan melahirkan generasi akademik muttaqin yang beriman dan menghayati nilai-nilai Islam dan menjadi model dalam masyarakat.

Motto: Ke Arah Pembentukan Generasi Uswah Hasanah

Kurikulum: Menggabungkan matapelajaran UPSR dan Kurikulum Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu. Ianya diperkukuhkan dengan penghayatan Islam dalam aktiviti harian seperti pembacaan dan penghafalan Al-Qur’an, solat berjemaah, pembacaan doa, pergaulan yang terkawal dan lain-lain bentuk pendidikan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Kesepaduan dan keseimbangan pendidikan ini bertujuan untuk menghasilkan golongan pelajar Islam yang berjaya memahami dan dapat menangani kehidupan dengan efektif dan berhikmah.

Kandungan Pelajaran: KBSR, Deeniyah (Seerah, Akhlak, Feqah, Tajweed, Aqidah, Jawi, Bahasa Arab), Ko-kurikulum (Syabab Fatayat; Kelab Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab; Choral Speaking; Kelab Nasyid), Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH dan hafalan Al-Qur’an sebanyak 40 surah.

Jenis-jenis aktiviti: Hari Keluarga, Hari Sukan, Qiam Jundi (qiamullail), mukhayyam (perkhemahan), lawatan sambil belajar, Sumbangan Fakir Miskin (aktiviti kemasyarakatan), Majlis Kurban, seminar-seminar pendidikan dan sebagainya.

 

RANCANGAN PEMBANGUNAN

Rekabentuk bangunan pentadbiran dan bilik darjah yang terkini dan sempurna telah dikenalpasti. Bagi Fasa 1, pembinaan bangunan seluas 12,000 kaki persegi yang merangkumi 12 bilik darjah, dewan serbaguna, pejabat, dewan makan perlu dibangunkan untuk menampung keperluan sehingga tahun 2010.

Pembinaan dijangka akan bermula pada awal tahun 2008 dan kumpulan pelajar yang pertama akan dapat memulakan sesi persekolahan pada tahun 2009. Bangunan ini diharap akan dapat menampung perkembangan sehingga Fasa 2 yang akan mula beroperasi pada tahun 2011.

Sebanyak RM1 juta diperlukan bagi pembangunan Fasa 1 ini. Lembaga Pengelola ingin mengajak masyarakat untuk turut serta menyumbang dalam bentuk kewangan bagi menjayakan projek ini.

 

SOKONGAN MASYARAKAT ISLAM

Semua projek yang dinyatakan di atas tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sokongan dan dokongan daripada semua masyarakat Islam. Oleh itu, kami merayu kepada anda sekalian agar dapat menghulurkan bantuan bagi mengisi dana Tabung Pembangunan SRIAAKT agar projek yang sedang dan akan dilaksanakan dapat berjalan mengikut jadual. Sekecil manapun sumbangan anda sangatlah kami hargai dan kami doakan agar anda sekeluarga dikurniakan kemurahan dan keberkatan rezeki dan dirahmati oleh Allah s.w.t.

 

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU KAMI (bagi yang di Malaysia)

Sumbangan boleh dibuat melalui cara-cara berikut:

1. Wakaf lantai bangunan bagi diri sendiri / ibubapa / waris.

Wakaf Lantai Bangunan (Nilai RM100/kaki persegi):

a. Diri sendiri.

b. Ibu bapa/waris, iaitu: …………………………………………

Keluasan yang ingin diwakafkan = ………… x RM100 = RM ………………….

(Dengan Perkataan : Ringgit: ………………………………………………………….. )

Sijil Wakaf dan resit akan dikeluarkan.

2. Derma/sumbangan secara terus dalam bentuk tunai, cek dan sebagainya.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

  1. Abdul Aziz bin Abdullah (Pengerusi ALP – Tel: 013-9837079)
  2. Ahmad Sabri bin Mohd. Yazid (Timb. Pengerusi ALP – Tel: 019-9880424)
  3. Rosidi bin Ali (Setiausaha ALP – Tel: 012-9588916)
  4. Munawar bin Mohamad (Guru Besar SRIAAKT – Tel: 013-9273557)
  5. SRIAAKT (Pejabat – Tel/Faks: 09-6662061)

 

 

SENARAI BARANGAN YANG DIPERLUKAN

Bil Penggunaan Barangan/Peralatan Kuantiti
1 Makmal Komputer Komputer (PC)
Scanner
Printer
Lain-lain peralatan yang digunakan / diperlukan dalam makmal komputer.

5 – 10

 

2 – 5

2 Peralatan Sukan Kayu dan bola hoki
Raket dan bulu tangkis
Bola tampar, bola sepak, bola jaring
Kemudahan di tempat permainan (gelanggang, jaring dan sebagainya)

Mengikut keperluan

3 Peralatan Sains Mengikut sukatan pembelajaran
Tempat simpanan yang selamat bagi semua peralatan Sains
 
4 Pusat Sumber dan Perpustakaan Bahan bacaan yang bersesuaian dengan murid sekolah rendah
CD pelajaran / aktiviti pembelajaran
 

 

 

Sokongan anda amat diperlukan dalam mencapai objektif projek ini. Bagaimana anda boleh membantu?

1. SUMBANGAN KEWANGAN

Sumbangan online terus ke dalam akaun :

Name : Miss S N A Ibrahim
Account no : 61631691
Sort code : 402729
Reference : Sekolah Angkat AlAmin

Sumbangan menerusi ahli-ahli MSM di kawasan.

2. SUMBANGAN IDEA DAN TENAGA

Buat masa ini, kami masih dalam proses untuk menubuhkan kumpulan penggerak yang akan mendokong usaha-usaha ke arah mencapai objektif projek ini. Kami amat mengalu-alukan individu-individu yang ingin turut sama memikul tanggungjawab, serta berkongsi idea dan tenaga dalam menggerakkan projek ini.


Sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh berhubung melalui email di sekolahangkatalamin@yahoo.com atau menerusi mana-mana ahli MSM.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai projek ini sila layari laman web www.msmnorthwest.wordpress.com.

3. SUMBANGAN BARANGAN

Anda boleh menyumbang barang-barang yang diperlukan pelajar (sila rujuk SENARAI BARANGAN YANG DIPERLUKAN). Jika anda mempunyai barang-barang yang tidak perlukan lagi (yang telah sekian lama tersimpan dalam kotak dan tak tahu apa hendak dilakukan dengannya), anda boleh menyumbang barangan tersebut. Atau jika anda ke carboot, ada sale, dan sebagainya, harap-harap anda teringat akan pelajar-pelajar SRIAAKT yang memerlukan bantuan anda. Untuk menyampaikan barangan yang ingin disumbangkan kepada mereka, anda boleh menghubungi alamat e-mail di atas atau mana-mana ahli MSM di kawasan anda.

 

 

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

(Surah Al-Baqarah: 261)

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

(Surah Ali Imran: 92)

Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang bersembahyang. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya). Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

(Surah Al-Ma`un: 4-7)

Diriwayatkan oleh Asma’ binti Abu Bakar bahawasanya beliau telah berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda telah bersabda: Jangan menutup saku wangmu; kalau tidak, Allah juga akan menahan kurniaNya daripadamu. Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebanyak yang kamu mampu.

(Sahih Bukhari)

‘Adi bin Hatim meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa antara kamu dapat menyelamatkan diri dari api neraka, hendaklah dia melalukan yang demikian, walaupun dengan sekadar separuh biji kurma.

(Sahih Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang bermurah hati dekat pada Allah,dekat pada manusia dan dekat kepada syurga. Dan orang yang bermurah hati jauh dari neraka. Sedangkan oang yang kikir, jauh dari Allah, jauh dari manusia, pun jauh dari syurga, dan dekat kepada neraka. Orang jahil yang bersifat pemurah lebih disukai Allah daripada ahli ibadat tetapi kikir.

(Hadith riwayat Tirmizi)

Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w.: Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya (hubungan dengan dunia) melainkan tiga perkara: Sedekah jariah (tinggalan sedeqah yang masih digunakan), Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang mendoakan untuknya.

(Sahih Muslim)

 

BUSANA MUSLIMAH + WALL DECORATION

Filed under: Announcement — msmwestmidlands @ 10:15 am

salam.. to all readers…

adakah anda wanita?

atau masih mempunyai ibu?isteri?saudara wanita?

atau.. adakah anda peminat fesyen?

atau mungkin anda suke menghias rumah?

msm wetmidlands ada menjual beberapa jenis jubah untuk wanita.. dan juga arm socks yang sepadan.. ia blh dijadikan koleksi peribadi anda yang sangat praktikal dan murah…

pada peminat fesyen busana muslimah, anda boleh singgah sebentar mem’browse’ pakaian kegemaran anda.. kami menawarkan harga yang SANGAT MURAH berbanding pasaran luar..

berikut adalah antara koleksi jubah kami..

1) JUBAH A: GBP 11.99 each

               img_9017.jpg   img_9021.jpg  img_9013.jpg

2) JUBAH B: GBP 14.99 each

               jubah   img_9016.jpg   img_9011.jpg img_9032.jpgimg_9032.jpg img_9032.jpg

                

3) hand socks: GBP 1.50 each ~~(terdapat dlm pelbagai warna lg)**

                          handsock1

begitu juga kepada peminat hiasan dinding.. jika anda rasa bilik anda agak suram dan kosong.. blh lah kiranya.. anda melihat2.. koleksi hiasan dinding kami yang sangat2 menarik.. dari serendah 2 pound, anda dpt memberi kelainan dan impak yang besar kepada ruang bilik anda..

TYPE A:GBP 3.00

img_8954.jpg

TYPE B:GBP 2.50

bulu b

TYPE C:GBP 2.00

bulu c   

untuk pengetahuan lbh lanjut, blh la.. menghubungi kami secara terus di sini..

** utk pengetahuan semua, jubah2 yang didisplay sangat limited quantitynya….

have fun!

wassalam..

 

Kuliah online February 23, 2008

Filed under: Announcement — msmwestmidlands @ 7:34 am
Kuliah Online – Fiqh Seerah
Majlis Syura Muslimun UK & Eire
25th February 2008

“Fiqh Seerah
Bersama Ustaz Erfino
Monday at 9.10pm UK time
New York 4.10pm Monday
France 10.10pm
Monday
US Central Time(Chicago) 3.10pm
Monday
Egypt 11.10pm
Monday
Frankfurt 10.10pm Monday
Moscow 12.10am Tuesday
Malaysia 5.10am
Tuesday
Japan 6.10am Tuesday
Speaker: Ustaz Erfino
Language: Malay
Format:
Talk: 40mins
Q&A: 20mins
Who can listen/join the discussion?
Anyone from anywhere in the world.
Please observe good ethics and advice from moderators.

How to Listen:
Live Broadcast via:1- PalTalk

1. Download dan Install PalTalk (http://www.paltalk. com)
2. Emailkan username PalTalk anda kepada
msmkuliyyah@ yahoo.co. uk

2- Yahoo! Messenger
[for the first 50 listeners only – the rest, please listen via radio below]
Invitations will be sent out 15 mins before. To join, pls send a request (including your YAHOO ID) to:
Moderator: msmkuliyyah
3- Internet Radio MSM
How to post questions to the speaker during the live talk:
1 – by Yahoo Messenger [YM] to:
Yahoo ID: msmkuliyyah
email:
msmkuliyyah@ yahoo. co.uk
2 – “Chat room” will be created on the day. Please visit http://www.kuliyyah .com

Check your local time at:


Next Live Online Lectures:

Every Sunday – Malay
3rd March 08, Monday – 9.00pm =
Akh Mahfuzh – Hadis

Timetable:
http://www.kuliyyah .com

Check your local time at:
http://www.timeandd ate.com/worldclo ck/
http://www.worldtim eserver.com

 

Birmingham Uni Islamic Awareness Week!!(25th-28th February 2008) February 21, 2008

Filed under: Announcement — msmwestmidlands @ 4:36 pm

Birmingham Uni Islamic Awareness Week

 

mawar ke semalu? February 20, 2008

Filed under: puisi — msmwestmidlands @ 7:43 pm
MAWAR DAN SEMALU
tersenyum mawar
merah dan mekar
dirintiki embun segar

melata semalu
menyerlahkan puspa yang ayu
rona ungu

bagai menggamit datang
mawar harum nan kembang
diipetik dimasukkan ke dalam balang

aduh
jari tertusuk duri berbisa
darah merah mengalir sama

semalu pula
di tanah menjalar melata
menghiasi padang hijau yang luas
bertaburan bebas

semalu dipetik
aduh
mengapa daunnya merapat
tak bisa disunting menjadi semat

mawar masih di daslam balang
semalu dibuang kembali ke padang

mana satu menjadi pilihan
mawar merah yang melukakan
atau semalu yang tak rela disentuh tangan?

karya Fitri Azmi

penyajak: MZ CUN

-wartawan birmingham-

Tamrin Nisa’ 08 fever

 

Introduction to Islamic Finance February 17, 2008

Filed under: Announcement — msmwestmidlands @ 8:52 am

islamicfinancetiffne9.pngislamic-finance-poster-03.jpg

 

Warwick IAW February 16, 2008

Filed under: Announcement — msmwestmidlands @ 8:50 am

Islamic Awareness Week is coming to Warwick again!!!

18 Feb-22 Feb 2008

sharia-law.jpg

prayer-hall.jpg

cultural-day.jpg

Check the time and venue at ;

http://www2.warwick.ac.uk/insite/newsandevents/events/islamic_awareness_week/

 

tamrin nisa’ 08 February 14, 2008

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 4:07 pm
Tags:

TAMRIN NISA

9-10 febuary 2008

 

Nisa’ weekend..its all about us.

Entah apa yg bermain di fikiran setiap individu

Masa utk tuntut ilmu?

Masa utk mengeratkan ukhuwwah?

Masa utk melancong?

Masa utk release tensi?

Masa utk menjadi muslimah sejati?

 

Perjalanan….

“eh? Bkn kata train kul 5 ke? Ni baru kul 3”

“pergi awal balik awal…” alasan yg tak valid sungguh..

Sebenarnya ana lupa menyediakan hadiah utk majlis tukar hadiah..

Patutkah ana membeli sebiji tembikai besar dan letak dalam box besar..saje biar nampak gempaq…

Tak…

Itu dulu…kini ana mahukan something yg bermakna…

Tapi siapakah Karen Armstrong ni? Mcm pernah dengar.. ‘islamic history’… “cam ISK je title buku ni” detik hati sendirian..yg sedang memegang buku ‘the book of spell’ yg mana kandungannya adalah jampi serapah merepek.

Mungkin Allah sedang membantu ana membenteras sisa jahiliyyah dalam diri ana.. buku yg sederhana besar ini terselit elok dicelah2 buku2 setebal buku Campbell, Biology. Jika tidak..entah akhawat mana yg akan menerima hadiah ‘buku pelik cam menarik’ ini.

Excited, ana menunjukkan buku ini kpd sahabat yg baru tiba di New street. Kami akan bergerak bersama ke Manchester.

Dia tersenyum cuma.. faham barangkali..

Ana tersentak dengan senyuman manis itu…

“alamak!! Camner kalau enti yg dapat hadiah ni?”

seribu satu ayat nak cover bermain diminda…

“betapa hebatnya ukkhuwah kita hingga tiada rahsia antara kita” atau “enti pasti tau ni ana yg beli sbb kita kan ada telepathy” atau “takdir menentukan bahawa enti pasti akan tahu apa ana beli kerna kita bersefahaman”..

Akhirnya ana diamkan sahaja..…kerana semuanya betul..dan ana pasti dia sgt mengerti

Begitulah hebatnya ikatan ukhuwwah yg terjalin berlunaskan satu persamaan…bkn kerana kami tinggal ditempat yg sama diperantauan (dia Gloucester,ana Selly Oak) bkn course yg sama (dia psychology, ana biology) bkn berasal dari tempat yg sama (walaupun dua2 dari malaysia) bukan juga kerana pernah menuntut bersama2 (dia sekolah Agama, ana sekolah biasa) bukan kerana rupa..(dia rendah skit, ana tinggi sikit..hehe afwan) bukan…bukan..dan bukan

hati ini bersatu berteraskan satu.. kefahaman atas kalimah shahadah…fisabilillah

insyaAllah berkekalan..selamanya

amin

 

 

Manchester Piccadily

Pak cik berbangsa british dihujung station itu memandang…raut wajahnya bagaikan melontarkan sejuta tanda tanya..

“pak cik ni international student agaknya” getus hati ini utk menyedapkan rasa hati…jari jemari tetap rajin menyentuh touch skrin semata2 kerana ia memaparkan perkataan ‘touch here to begin’

Sahabatku duduk diam dan tenang..berzikir…ana tersentak..benar..waktu menunggu sahabat lain dari leeds ini seharusnya digunakan dengan baik. Kemana2 ana pergi ana membawa image sebagai seorg muslim.. segera ana membelek terjemahan yg senantiasa menemani ana dalam majlis ilmu..sempat ana membaca beberapa pages..

Sahabat dari leeds sampai…kami bersalaman mesra…asing sungguh wajah2 ini. Belum pun genap setahun kami sudah mampu beramah mesra seperti ini.

Maha suci Allah yg menyatukan hati2 ini

Sekilas, ana mengamati wajah pak cik tadi..kali ini dia tersenyum..

Senyum…

 

Medina Mosque

“waalaikmsalam wbt”

Entahlah kali keberapa kami ucapkan salam sejahtera ini

Ramai sungguh sisters yg hadir…dari leeds, Leicester, manchester, london, contigen birm yg datang dengan transport lain.. pendek kata seluruh UK.

Malah, sisters dari Eire terbang dari jauh

Juga sisters Scotland yg tabah dan sabar menempuh perjalanan yg panjang..

Bertekad megeratkan lagi persahabatan

Semata2 demi meraih kasih Allah

Usia dan jarak bukanlah persoalan…

 

Muslimah dan kecemerlangan

Leaders are made, they are not born..

Disebalik kejayaan lelaki,ada wanita dibelakangnya

Talk yg tampak ringkas..tapi padat dan penuh motivasi

Ramai sungguh sumber aspirasi…

Isteri2 rasullullah..para sahabah…wanita2 yg mula2 memeluk islam

Mereka bkn sekadar wanita

Mereka power rangers pink…kot?

Mereka berjuang demi Allah dan Rasulnya..mereka menanam benih akhirat diladang dunia..dalam masa yang sama menjalankan tangungjawab sebagai seorg muslimah sejati..penuh dengan sikap malu dan penyantun..

Merekalah idola

(especially utk org yg pernah bercita2 nak jadi power ranger walaupun ketika itu form 5 sudah…matlamat hidup yg kurang nyata menyempitkan pemikiran…alhamdulillah ana jumpa jalan yg bernilai ini)

 

Bengkel

Sungguh syg.. hanya dapat hadir 3 dari 6 bengkel yg disediakan..

Tapi bukankah itu bermakna adanya ruang utk kita berkongsi ilmu sesama kita? Bkn hanya menerima…tapi turut memberi pada yg tidak hadir

Menurut hadis rasullullah saw, “sampaikanlah dariku walau sepotong ayat” (carilah hadis ni…usaha tangga kejayaan..insyaAllah)

Kecantikkan vs counseling

“apakah sempadan hijab dengan makeup?”

Senyap…(mungkin semua sedang concentrate bagaimana cara nak makeup atau seram melihat speker yg sedang menggunakan pencil eyeliner pada model sambil memandang kami…takut tercucuk mata..hehe wallahualam)

“niat..” ujar seorg ukhti

Sememangnya islam menggalakkan umatnya menjaga penampilan..tapi bagi wanita, janganlah berlebih lebihan dan haruslah ditempat yg betul

Perhiasan yg paling indah…wanita dan wangian…justeru itu wahai wanita, jagalah diri anda selayaknya…bkn hanya utk tatapan mata sesiapa sahaja…

Kita mempunyai nilai yg indah dan maruah yg tinggi

Penting juga bagi kami utk tahu sedikit skill2 bersolek..

“mak andam Malaysia suka solek pekat2..kadang kala x sesuai dengan kehendak syariat..jadi tugas kita utk membantu saudara seaqidah”

Counseling?

‘la tahzan’..

Kalimah Allah Qalam Allah…

Hikmah yg tidak tergambar kehebatannya

Allahuakhbar

kereta vs memasak

“ini bukan enjin..ni mesin jahit”

Tergelak kami mendengar celoteh seorg ukhti.

Rupanya begitu…banyak liquid2 yg berlu dicheck kat dalam kereta..

Kalau nak kereta blh perform dengan mantap,pastikan ia tidak mencecah dibawah paras minimum…dan tidak melebihi paras maximum(pastikan anda letak liquid yg betul…bkn liquor …. Nak try blh je…pastikan iman cukup dulu)

Begitulah jugalah dengan kita…

Jika kita hendak hidup didunia dengan mantap, menyusuri jalan ke syurga dengan lancar..maka selalulah check level iman…pastikan ia berada iman paras yg betul

Jgn terkurang hingga futur

Jgn terlampau hingga bidaah

Masakan?

Menurut sumber yg blh dipercayai, mereka belajar masak lemak cili api dan kuih seri muka… semua ini hanya menggunakan microwave

Siapa sangka kotak kecik camtu blh menggantikan api…

Jika Allah kata jadi, maka jadilah ia…

reflexology vs kesihatan

“Apa?? Dah tamatkah?? Cepatnya masa berlalu!!”

Hanya itu yg mampu ana suarakan..

Hadirin yg lain kelihatan sangat bersemangat…

Pasti sedang merancang mempraktikkan ilmu yg didapati keatas rakan yg lain

Mungkin juga ada yg memikirkan utk membuka business (atau mungkin ana sahaja..hehe..poundsland)

‘rumah urut annisa’

Wujudlah platform bagi wanita berurut dengan tenang tanpa dihantui perasaan gusar dan khuatir..

Kesihatan?

“kearah muslimah sihat dan cergas!!”

 

Grand Dinner dan Persembahan

Siapa kata jubah itu outdated dan x bergaya?

Banyak sungguh fesyen terkini yg x berlebihan,malah lbh practical. Bkn sekadar cantik dimata..

Mata terpana melihat keanggunan fesyan jubah yg simple tapi elegan ini sehingga tiada seorg pun mengiraukan juadah yg tersedia dengan bau yg harum.

“WE BRUMMIES~ ~” (cukuplah setakat itu cerita choral speaking kami…)

Selepas kami membawa mesej hijab for peace and unity, kami dibawa mengenangkan saudara yg jauh nun disana..Palestine,dan kami diberi peluang utk menghulur bantuan…membeli sambil menderma. Umat islam harus bersatu…support each other..

‘tidak beriman seseorg mukmin sehingga dia menyayangi saudaranya sebagaimana dirinya sendiri’ dari hadis 40..

‘mawar atau semalu?’ sebuah puisi yg mengindah (mungkin ana akan upload slps ana berjaya mendapatkan puisi itu..insyaAllah)

Nasyid yg memotivasikan

‘demi Allah dan rasulnya’ persembahan bisu dari kakak2 eire nyata memberi impak yg mendalam dalam diri ana..simple..tapi sweet and firm

Dan pelbagai lagi bentuk menyampaikan al-haq yg penuh creative dan effective

Dalam gelak tawa kami…kami sentiasa beringat,mengingati dan memperingatkan..

Bahawa kita harus menjadi hamba Allah yg taat dan patuh

 

Gift Changing

Beratnya..

Ringan tapi besar..

Berat tapi kecil…

Cylinder?

Segi tiga?

Buku?

Chocolate?

Teddy bear?

Emas?(kaya sungguh)

Mungkin….

Tembikai?(mungkinkah?)

itulah apa yg berlegar2 di minda ana tatkala hadiah2 dipasskan antara satu sama lain…

Lagu berhenti dimainkan..pembalut segiempat tepat kecil itu ana buka dengan cermat (cermat is the new word for rakus..hehe..sesedap hati je)

Dan didalamnya ada dompet yg comel…dan berwarna MERAH (alhamdulillah..warna kegemaranku..)

Sungguh ketetapan Allah itu yg paling baik.

Kepulangan

Pagi itu terasa nyaman sekali

Sayangnya ana x dapat menyertai forum muslimah dan rumah tangga

Dan fiqh wanita

Namun ana pasti brummies (nick name birmingham girls) akan share dengan ana sekembalinya mereka nanti(benar2 belaka..banyak yg dapat dikongsi..dan khusus utk wanita..jadi sesiapa yg terlepas tamrin ini dis year, silalah join kalau ada next year)

Ana dan sahabat ana bergegas pulang

Dan ketempat yg mungkin lebih memerlukan kami

‘islamic history, romantic or depressing?’

Talk yg sedang berlangsung di warwick university…

It is all abaut sirah

Mungkin kita sangka kita dah banyak kali menerima ilmu ini

Namun benarkah kita telah pelajari semua?

Tiada salahnya jika sekadar refresh pengetahuan yg ada

Pemgalaman di warwick university nyata suatu yg sangat berharga

Wallahualam

Wassalam

 

-Wartawan Birmingham-