MSM West Midlands

Unity beyond borders

ketahuilah!! January 29, 2009

Filed under: Announcement,Sharing — msmwestmidlands @ 1:29 am

Selepas 22 hari Gaza dihujani peluru dan dibedil akhirnya Israel laknatullah gagal menghapuskan HAMAS. Rejim Zionis dan HAMAS akhirnya bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata dan HAMAS memberikan masa seminggu untuk mereka keluar dari Gaza.

22 hari merupakan waktu yang sangat panjang dimana ia menyaksikan kekejaman rejim zionis menceroboh Gaza tanpa menghiraukan bantahan dunia dengan alasan mahu menghapuskan HAMAS. Sepanjang 22 hari meyaksikan 1300 orang awam terbunuh, 5300 orang awam cedera manakala hanya 13 orang Israel yang terbunuh!

Peperangan yang meletus menyebabkan Gaza musnah teruk. Dianggarkan 4000 buah rumah musnah dan 20 buah masjid turut menjadi sasaran. Kilang-kilang serta bangunan musnah teruk. Sementara itu, anggota perubatan di Gaza mengambil kesempatan gencatan senjata untuk mencari untuk mencari mangsa di tempat yang sukar dicapai, dan mengeluarkan sekurang-kurangnya 98 mayat dari timbunan runtuhan, termasuk beberapa kanak-kanak.

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz telah bermurah hati menyumbang 3.5 billion untuk membangunkan semula Gaza. Pihak MERCY juga tidak ketinggalan memberikan pertolongan dari segi perubatan. Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar turut menyumbang bakti membantu mangsa- mangsa perang.Semoga mereka selamat pergi dan pulang

Semoga ALLAH mencucuri rahmat buat mereka yang telah syahid. Dan semoga kita yang tidak diuji dengan peperangan secara fizikal ini mampu menambahkan amal dan taqwa kepada ALLAH. Kematian itu bila-bila masa terjadi. Tiada “delayed” seperti kita naik kapal terbang. Tidak kira usia dan ketika! Buat saudara ku di PALESTIN yakinlah bahawa ALLAH sentiasa bersama-sama kamu. Jangan lupa untuk terus berdoa untuk saudara kita di Palestin dan untuk ISLAM khususnya! Kita tidak mampu untuk turut pergi ke sana untuk berjuang mengangkat senjata mahupun membaling batu tapi kita masih ada DOA, senjata oraang mukmin.

 

minum milo anda jadi … ? January 28, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 3:16 am
Tags: , ,

Assalamualaikum warahmatullah.

Sebagai rakyat Malaysia, tentunya kita subconsciously ‘ter’ hafal slogan iklan tersebut. Perhaps with a correct and precise tone when mentioning it.

Minum milo anda jadi sihat dan kuat!

Walaupon wujud risiko terpesong aqidah dan kurang tawakkal kpd Allah di dlm slogan tersebut [secara subconsciously juga] kepada kita sebagai penonton dan maybe in the future – sebagai pengarah iklan komersial, perlu lebih berhati-hati.

Namun apa yg ingin saya ketengahkan kali ini adalah mengenai isu boikot produk-produk keluaran Nestle which one of it is Milo kesukaan ramai.

Setelah Gaza ranap diserang musuh Islam yakni tentera Israel durjana manakala tiada sebarang bantuan dihulurkan kpd Palestin dari negara-negara Arab berdekatan, umat Islam terutamanya bangsa Melayu mula sedar dan memandang penting usaha memboikot produk-produk yg profitnya disalurkan kpd Israel. Alhamdulillah suatu perkembangan yg positif.

http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

1300 nyawa melayang-layang pergi menemui Pencipta, ratusan lagi sedang beristighfar dan bertasbih sambil mengerang kesakitan akibat dihujani bom dan kita masih terkial-kial memikirkan bagaimana hendak memboikot barang-barang kesukaan kita yg rupa-rupanya di’infaq’kan hasilnya utk menyerang saudara-saudara kita di Palestine. Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah.

Bukan tak nak cuba utk boikot, tapi ….

” Tak sedap le. Tekak ni dah biasa dgn milo yg kaw2. Tak puas kalau minum air lain selain milo”

Yes, memang kalau kita dah biasa dgn sesuatu, amat sukar utk kita tinggalkannya, apatah lagi kalau memang favourite drink kita. Sementelah alternatif produk tidak dapat memberikan kepuasan dan rasa yg sama dgn barang yg kita selalu guna tapi rupa-rupanya perlu diboikot pula.

Bercerita mengenai pengalaman sendiri, ketika di tahun pertama belajar di UK, memang selalu craving nak minum air milo di kedai-kedai makan yang hanya menyajikan hot chocholate, tea or coffee sahaja. Aduhai. Siap mintak mak tolong postkan milo dari msia sebab tak boleh terima hot chocholate yg kurang ‘pekat’, tawar, cair dan meloyakan. Kesian mak. Konon crucial dan essential sangat utk ada bekalan milo buat peneman study di malam hari.

It was my second year here when there’s no more milo in my large luggage for 9months stock, or parcel from my mum containing 2kg milo. Bukan mak dah tak nak tolong post, tapi hati yang dah tak nak bersubahat dgn Israel utk membunuh warga Palestin walaupon tekak ini masih kurang puas dgn hanya meneguk hot chocholate.

Alhamdulillah setelah beberapa tahun belajar di England, disedarkan dgn isu Palestin dan usaha memboikot produk-produk spt Nestle, Milo dan Kitkat, saya dan kawan-kawan sudah belajar minum hot chocholate. Kami alter dan bancuh dgn sukatan yg dapat memuaskan taste masing-masing. Saya suka tambah sesudu kopi jadi rasa mcm mocha, S suka letak byk susu, N tak letak gula langsung. Macam-macam gaya dan ambil masa lah jugak untuk lidah ni sebati dengan air selain Milo. Sekarang ni pulak, tak teringat dan tak terliur pon nak minum air milo. Sebab dah rasa best dan sedap minum hot chocholate. Aish. Lupa diri nampak?

Takdelah lupa diri. Tapi begitulah lumrah kehidupan. Kita sebenarnya BOLEH melatih diri kita untuk buat sesuatu yang pada asalnya luar dari kebiasaan sehinggalah kita akhirnya menyukainya dan dapat merasai kenikmatannya. Cuma tempoh yg diambil bukanlah sekelip mata. Bergantung kpd tahap kesukaan kita terhadap perkara yg kita nak avoid tu, dan tahap alergic kita dgn perkara yg kita baru nak mulakan. Susah dan lama, tapi insyaAllah tidak mustahil.

Itulah proses tarbiyyah. Membiasakan diri kita dgn melakukan sesuatu yg disukai Allah berbanding sesuatu yg hanya kita sukai. Membiasakan diri kita utk menjauhi jahiliyyah dan dosa-dosa yg kerana takut kita dimurkai Allah berbanding semata-mata takut dimarahi dan di’boo’ oleh geng/kawan-kawan rapat kita.

InsyaAllah perkara-perkara yg pada mulanya nampak pelik, janggal dan susah utk dilaksanakan, jika kita berdikit-dikit dan berterusan melakukannya, Allah akan menganugerahkan kita rasa nikmat dlm mengerjakannya. Macam zaman kecik-kecik dulu kita solat sebab tak nak mak marah, tapi sekarang kita solat sebab nak jaga diri dan jaga hubungan dgn Allah. Kita hayati makna di sebalik setiap bacaan, dan kita berdoa sungguh-sungguh seolah-olah kita sedang berbisik dgnNya. indah kan? subhanallah indah dan asyik, sehingga kita ternanti-nanti waktu solat utk berbicara dgnNya lagi. indah, tapi susah nk dirasai jika dari awal memang kita avoid utk solat.

Ada lagi satu lagi perumpamaan yg boleh dikaitkan dgn proses tarbiyyah dan kemanisannya. Kalau dalam exam, lecturer dah bagi jawapan siap-siap dan soalan memang sangat kacang, tak munasabah kalau kita terlupa jawapan yg telah dibocorkan. Lalu bila keputusan diumumkan dan semua pelajar mendapat 100%, apakah kita akan rasa sangat gembira dan puas jika dibandingkan dgn mendapat markah 80% tetapi atas usaha dan jerih payah kita sendiri? Secara teorinya, pencapaian yg terlalu mudah diraih tidak akan mendatangkan kegembiraan dan kepuasan sebenar. Begitulah kehidupan. Harus melalui proses tarbiyyah yg agak sukar, tapi ada manis dan kegembiraan dihujungnya insyaAllah.

Tarbiyyah bukan sekadar join usrah. Tarbiyyah adalah kehidupan keseluruhannya. Bagaimana kita melatih diri kita utk menjadi abid (pengabdi) dan khalifah (pengganti) Allah di muka bumi ini. Mulakanlah dgn hati yg sentiasa inginkan keredhaan Ilahi dan takut dgn kemurkaanNya, dan zahirkanlah dgn akhlaq dan amal yg mencerminkan hati yg suci. Bimbinglah hati dgn ilmu (makrifat) tentang Dia dan ciptaan-ciptaanNya, ikatkanlah hati dgn orang-orang soleh,kawan-kawan yg baik dan biah (persekitaran) yg mengingatkan kita pd Dia.

Moga Allah mencampakkan rasa manis mengharungi tarbiyyah di dunia dan mengurniakan jannah buat kita di akhirat.

Last but not least, sedikit kata-kata Hasan Al Banna sebagai sandaran.

Kamu adalah kaum Muslimin, nama pilihan dan panggilan kehormatan yang diberikan Tuhan dari dahulu sampai hari ini. Kamu bukanlah golongan “mustalimin” kaum yang menyerah kalah kepada kenyataan. Sebagai Umat yang beriman, hadapi kenyataan hidup ini dengan kesedaran dan keinsafan, kewaspadaan dan keperwiraan. Hadapilah kenyataan di bumi dengan ketenangan jiwa dan keyakinan hidup! Hanya dengan ketenangan jiwa dan keyakinan hidup, hanya dengan Sakinah dan Muthamainah itulah kamu bermakna dan berguna hidup di tengah-tengah manusia di dunia.

Wallahu’alam.

Moga dilimpahkan kesabaran dan kekuatan, walaupon tak minum milo =P

 

Will i be forgiven? January 14, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 10:03 pm
Tags: ,

bismillah ar-rahman ar-raheem

assalamualaikum.

“Ya Allah, ampunilah aku…
ampunkanlah dosa2 lampauku
dosa2 ku yg menggunung..
Ya Allah, ampunkanlah daku…

ya Allah, wujudkah jalan utkku kembali?
ya Allah, layakkah aku utk menerima rahmat mu? ampunan mu?
ya Allah…”

seorg hamba Allah yg baru mengenali diri sendiri, dan baru sahaja mengetahui makrifat Allah, baru sahaja mengenal tuhannya. pencipta yg Agung

dia menangis, mengenangkan betapa banyaknya dosa yg pernah dilakukan.
baru mengenali Al-Quran, baru mengetahui hakikit bahawa dia bkn diciptakan sia2, dan bukan datang dari tempat yg sia2 dan x akan hilang sia2
rahmat tuhannya yg tinggi..
Allah yg esa

namun

“Ya Allah, layakkah aku menerima ampunanmu?
Ya Allah, layakkah aku menerima kasihmu?
Ya Allah, layakkah aku menyebut namamu?
Ya Allah, aku x layak utk diampuni”

begitu banyak dosaku…

mgkn kita akan terfikir, adakah layak kita diampunkan?
dah hampir separuh usia kita, cuma tinggal entah berapa lama sebelum hembusan terakhir escape our mouth..

layakkah kita dimaafkan?

Adakah kita ragu dengan rahmat Allah?
Rahmat Allah meluas, dia kaya dengannya. sedangkan kita hanyalah hamba yg kerdil..

AL-ARAF 56

“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya”

x.. bukan kita x percaya, tapi…

tapi?

adakah kita x menghargai nikmat keluasan kuasa Allah sebagai yg Maha pengampun?

dalam hadith Qudsi

the prophet said ” says Allah, ‘he who knows(and believes) that i forgive all sins, then i do forgive all his sins, and i do not care-so long as he does not suggest partners unto me’ and the rule will be applied (continues the prophet) in the hereafter”

mgkn yg kita kurang adalah satu cahaya dlm hati..cahaya yg blh hadir dengan satu pengharapan..

ya..HOPE!

the prophet saw quotes Allah as having said: “son of Adam! if u supplicate Me, and fasten good hopes on Me, I shall forgive a your sins and i do not care. Son of Adam! if your sins were to reach the limits of the sky, and then you seek My forgiveness, i shal forgive you, and i do not care. son of Adam! if you bring sins equal tin volume to the earth and then you meet Me (on the day of judgement) in the state that you would not suggest partners unto me, i shall give u in return forgiveness equal to the volume of the earth.”

he do not care..sbb dialah pemilik segalanya..dan kitaah yg memerlukan Allah.

he do not care..

dan…bukankah Allah telah mengatakan bahawa dia maha menerima taubat? dlm Quran, entah berapa kali Allah memberitahu kita bahawa dia maha penerima taubat?

malah, kalimah bismillah ar-rahman ar-raheem sendiri menunjukkan betapa dia sayang pada kita

dan dia maha pengampun

jadi jgnlah kita sekali2 kufur pada nikmatnya. dan genggamlah hidayahnya sekuat2nya..

tiada yg lebih mulia berbanding Allah

tiada agama yg lebih sempurna berbanding Islam

surah ar-rahman

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

wallahualam

 

UMRAH DAN ZIARAH January 11, 2009

Filed under: Announcement — msmwestmidlands @ 10:39 pm
Tags:

finalposter

sila hubungi Bro Haziq or Sis Rusyida seperti yg tertera di Poster bagi sesiapa yg berminat

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : ” Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.” (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Selamat beramal!

-towards the united ummah-

 

“bi ruh bi dam nifdiki ya ghazzah”

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 10:19 pm
Tags: , , , ,

” bi ruh bi dam nifdiki ya gazzah”

“with soul with blood we give it to gazzah”

free free palestine

we are are palestinian…

israel!! terorist!!
israel!! terorist!!

dan byk lagi laungan2 keramat berkumandang di hyde park, london tgh hari semalam..

dr keheningan pagi di Selly Oak,
jejak kami bermula dr solat fajar di jalalabad mosque dan berkumpul bersama2 dgn qariah masjid utk ke central mosque birmingham di mana 10 bos menanti kami bersama dengan rakan2 lain dari seluruh birmingham untuk turut serta dalam protes aman itu..

cuaca sejuk dan mendung nyata tak melumpuhkan semangat lebih 100,000 ribu (walaupun BBC,Independant hanya mengtakan sekitar 20 ribu sahaja )
umat manusia tak kira agama dan bangsa berarak dan berdemo utk palestin

bersama sepanduk

ribuan umat

tak kira bangsa, agama atau pangkat, semuanya berhimpun demi keadilan rakyat palestin khususnya di gaza yg kini di bom,di tembak dan di seksa dihadapan khalayak umat manusia di dunia..sungguh sombong dan angkuh sekali zionist israel laknatullah yg tidak menghiraukan resolusi pertubuhan bangsa2 bersatu (UN ) bagi mengadakan gencatan senjata segera ( emergency ceasefire) setelah mendapat kelulusan majlis keselamatan PBB…

tidak hairan lah mereka bersikap begitu kerana US merestui tindakan mereka malah turut serta dalam kempen “pembunuhan beramai2” ini..

tiada penghujungnya

jalalabad mosque team

rasa marah, tidak puas hati, geram nyata tidak dpat dibendung lagi tetapi pernahkah kita berfikir bagaimana ia terjadi?

Sejarah telah menceritakan bahawa ianya bermula dr kelemahan kita umat islam sendiri. dan tidak hairan lah ketika umat palestin di gaza sedang di”hentam”, jiran seagama mereka di bawah pemerintahan Hosni Mubarak hanya memerhati dari sempadan negara..

Firman Allah SWT yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara” (Al-Hujurrat : 10)

dan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”

dua dalil diatas cukup menggambarkan bahawa pentingnya kita mengambil berat perihal dan maslahat umat seislam kita..tidakkah kita mahu menjadi golongan yang beriman?bukankah cita2 kita untuk ke syurga?

syurga itu mahal harganya..ia memerlukan pengorbanan,kesabaran dan istiqamah dalam mencari keredhaan Allah..

teringat tazkirah selepas isyak oleh bro abdul latif ( tunisia ) di jalalabad mosque

Sahih Muslim Vol 1, no 0078-0079:

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.: Dari Thariq bin Syihab ra. ia berkata: Orang yang pertama berkhutbah pada hari raya sebelum salat Ied adalah Marwan. Ada seseorang yang berdiri mengatakan: Salat Ied itu sebelum khutbah. Marwan menjawab: Telah ditinggalkan apa yang ada di sana. Abu Said berkata: Orang ini benar-benar telah melaksanakan kewajibannya. Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran (hal yang keji, buruk), maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman ..

apakah yg kita sudah lakukan untuk mencegah kemungkaran yg berlaku di depan mata?

bagaimana pula kemungkaran yg kita sendiri lakukan?sudahkah kita bertaubat?

pembentukan ummah islam yg mendokong uluhiyyah Allah itu bermula dari diri kita sendiri..

semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah agar kita dapat bersatu kembali..

wallahualam..

-towards the united ummah-

 

Hati.. January 10, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 2:58 am
Tags: , ,

Bismillah ar-Rahman ar-Raheem,

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang,

Hati? Kenapa hari ni saya rasa nak cerita pasal hati? Sebab sejak akhir2 ni saya rasa saya makin susah nak jaga hati saya..

Taktahulah kenapa dan apa puncanya, wallahu’alam..

Dalam hadith 40 Imam Nawawi, hadith ke-6 ade mnyebut mngenai perihal hati..

hadis-6-21

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim]

Betapa significantnya hati2 kita ni dijaga.. Takutnya saya.. Hati saya ni masih kotor.. Masih penuh dengan karat2 jahiliyyah yang perlu dibuang.. Masih penuh dengan penyakit2 hati yang sekiranya tidak dirawat akan memakan diri. Ya Allah, masih lemah hamba-Mu ini dalam usahanya untuk menjadi seorang ansarullah yakni penolong agama Allah.. =(

Kalau dalam lagu ‘Tombo Ati’ tu ade 5 kan ubat untuk hati kita? Nyanyi sikit la [dalam hati la tapi]:

1 – Baca Quran dan maknanya

Firman Allah SWT:

“Maka tidakkah mereka menghayati (tadabbur) Al-Quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?” [Muhammad:24]

2 – Solat malam dirikanlah

Firman Allah SWT:

“Wahai orang yang berselimut (Muhammad)! Bangunlah untuk solat malam hari, kecuali sebagian kecil, (yaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu, Atau lebih (seperdua) itu, dan bacalah Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu. Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.” [Al-Muzammil:1-6]

3 – Berkumpullah dgn org soleh

Hadith Rasulullah SAW:

Abu Musa al-Ashari r.a reported: I heard the Prophet SAW saying, “The similitude of good company and that of bad company is that of the owner of a musk and the one blowing the bellows. The owner of musk would either offer you some free of charge, or you would buy it from him, or you smell its pleasant fragrance; and as for the one who blows the bellows (i.e. the blacksmith), he either burns your clothes or you smell a repugnant smell.”

[Bukhari & Muslim]

4 – Berbanyaklah berpuasa

Sabda rasulullah saw:
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari

5 – Zikir malam berpanjanglah

Firman Allah SWT:

“(yaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya degan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” [Ar Ra’adu:28]

MashaAllah, sebenarnya Allah dah bagi cure dah untuk hati2 kita ni.. Cuma kita je yang kadang2 terlupa, leka dan lalai sehingga perkara2 yang Allah telah pun sebut dlm Quran dan daripada sunnah Nabi Muhammad saw pun kita boleh lupa..

Boleh pulak kita tidak ikut Quran dan Sunnah, sedangkan kita telah lama melafazkan ‘LailahaillAllah, Muhammadarrasulullah’.. Ya Allah, rapuhnya iman.. Mudahnya kita tersasar..

Tanpa rahmat Allah, kita tidak mungkin boleh hidup sehingga kini.. Hidup kita teramatla senang lenang jika hendak dibandingkan dengan saudara2 seagama kita di Palestin.. Mereka setiap hari diancam dengan kematian sedangkan kita berjalan2 di shopping complex dengan riangnya.. Mereka tidur di atas batu sementara kita berada atas katil diselimuti duvet yg sgt warm.. Itukah kita? Itukah yang dikatakan hamba kepada Yang Maha Satu? Adakah itu yang Allah dan Rasulullah ajarkan kepada kita?

Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..

Perbanyakkan istighfar kita.. Mari muhasabah kembali apa yang telah kita lakukan selama ini dalam mencapai our ultimate goal yakni mardhatillah [redha Allah]..

Tepuk dada, tanya iman..

Moga bermanfaat,

Wallahu’alam,

Wassalam.

p/s: Mari perbanyakkan membaca doa Qunut Nazilah untuk saudara2 kita di Palestin.. Moga mereka sentiasa di bawah rahmatNya dan pertolonganNya akan sampai kepada mereka.. “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara…”

 

Input vs output.. January 3, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 1:13 am
Tags: ,

Bismillah ar – Rahman ar – Raheem,

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang,

Hurm, tgh syiok belajar pasal process systems [ syiok la sgt..adeh….]

Dalam module ni, kitorg sgt ditekankan pasal kepentingan input dan output dalam satu2 process tu..

In a particular process, mesti ade manipulated variables [inputs] + disturbances + outputs..

Tetiba cam rasa nak kaitkan dengan hidup kita sebagai manusia..

Manipulated variables ni macam ape yang kita buat setiap hari kan? Sentiasa berubah2 btol tak? Kalo kita rase semalam macam tak kena and macam tak best sangat kita mesti akan ubah die, in order to achieve what we want kan? Achieving what we want = output btol tak?

Tapi setiap proses kita wat tu, ade disturbances die..  Ade yg measured and also unmeasured.. Huu disturbances ni plak leh la kite kaitkan dengan tarikan2 nafsu dalam diri dan jahiliyyah yang ade di sekeliling kita ni..  Ade yang kita sedari tapi ade jugak yang berlaku secara tak sedar atau subconsciously..

Kadang2 kita tak perasan pun yang ape yang kita wat tu sebenarnya adelah disturbances kepada kita dalam usaha kita untuk mencapai output yang kita nakkan..

Urm, so, in order to encounter the disturbances yang kita lakukan tak kiralah secara sedar atau tak, ape yang kita bleh wat? Kalo dalam ape yang saya belajar, kitorang mesti ade control systems..

So ape control systems bagi kita manusia yang mudah lupa dan lalai ni eh? Semuanya berbalik kepada tujuan asal hidup kita di dunia ni kan? Kalo kita dah ade matlamat yang jelas ape yang hendak dicapai dalam hidup kita ni, barulah kita akan lebih mudah untuk mengukur disturbances yang ade dan sekaligus cuba mengurangkannya supaya offset [perbezaan antara targeted output and achieved output] kita semakin mengecil..

Ade satu komik yang saya nak share dengan semua..

komik-muharikah1

Komik ni cam very significant la dengan ape yang saya maksudkan sebagai input, output and disturbances pada kita kan.. Selagi disturbances tu ade dalam diri kita, ia hanya akan melambatan proses untuk kita sampai pada matlamat dan tujuan asal kita, btol tak?

Baru2 ni tanggal 29 Disember 2008 = 1 Muharram 1430H..

Firman Allah SWT dalam Quranul Kareem:

” Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

[An-Nisa’ : 100]

Ayat Quran di atas telah menerangkan yang hijrah di jalan Allah tu sangat lah mulia kan? Cam best sangat kalau ape yang kita buat tu semuanya adalah semata2 untuk Allah SWT..

Kalaulah kita sanggup untuk melepaskan kesenangan dan hiburan di dunia ni untuk menolong agama Allah, bukankah tu lebih baik untuk kita? Kita semua nak masuk syurga kan? Tapi untuk mendapat syurga tu bukanlah senang. Ia memerlukan pengorbanan dari kita sebagai hamba dan khalifah kepada Allah di atas muka bumi ni..

Just few points to ponder.. Selamat menyambut tahun baru hijrah.. Semoga hijrah kita adelah berlandaskan niat yang betol dan semoga ianya diterima oleh Allah SWT..

Moga bermanfaat,

Wallahu’alam,

Wassalam.

p/s: Doakan saudara2 kita di Palestine.. Mereka memerlukan support dari kita, walaupun hanya dengan doa..