MSM West Midlands

Unity beyond borders

[S] [I] [H] [A] [T] February 28, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 4:35 pm

sakit_025

Bismillahirrahmanirrahim…

S.I.H.A.T.nikmat yang sangat besar dan bermakna,selepas kita merasa nikmatnya IMAN dan ISLAM.Dan nikmat sihat itu pula,biasanya kita baru sedari selepas datangnya sakit.SubhanaAllah..sakit yang sedikit ini,buat daku berfikir banyak kali pula,baru demam sedikit,pening sikit,tak lalu makan sikit..tetapi terasa macam dah tak boleh buat apa2 dah,terlantar di bilik sepanjang hari,huhu.


Ujian

Sakit.Semoga ia adalah buat menjadi kaffarah dosa2.Ujian yang sedikit dari Si DIA buat kita meng’upgrade’ iman di dada,hati dan jiwa,inshaAllah.


“Do men think that they will be left alone on saying, ‘We believe,’ and that they will not be tested? We did test those before them, and Allah will certainly know those who are true from those who are false ” (Al Ankabut  29: 2-3)


“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu,Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)”(Al-Mulk 67: 2)


Diriwayatkan dr Abu Hurairah ra, bhwa Rasulullah saw bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dgn kesulitan..


Diriwayatkan juga dr Abu Hurairah ra, bhw Rasulullah saw bersabda: Utk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg menimpa seorang Muslim – hatta luka yg disebabkan tertusuk duri – Allah akan menghapuskan dosa2 nya..


Tatkala merenung kembali melihat diri,baru terasa sungguh kerdil diri ini,terlalu’ciput’ ujian yang diberi,tetapi sudah rasa tak berapa mampu nk menanggungnya,huhu.Juga melihat,apakah ujian sakit yang Allah beri ini,buat daku rasa makin beriman,makin dekat pada DIA??SubhanaAllah..Ya Rabb,Engkaulah Rabb dan Illah kami, dengan sifatMu Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang buat kami hamba2Mu.Ujian yang sedikit ini buat si hamba,bukan sekadar nikmat rehat yang Engkau berikan,bahkan lebih dari itu,agar si hamba sentiasa mengingat dan mengislah diri,bahawa diri hamba belum cukup patuh,yakin,beriman dan mengharap sepenuhnya dariMu.Sepenuhnya,segalanya.Hanya Engkau.


“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta jiwa, dan buah-buahan, dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang yang bersabar.” (Al-baqarah 2: 155)


Ibn Mas’ud ra berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi saw menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) drp kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah krn engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yg ditimpa kesakitan – w/pun hanya luka yg disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa2 nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur spt gugurnya dedaun dr sepohon pokok..”


Nikmat/syukur

Tetiba Allah beri ilham,Otak segera merefleks ayat2 cinta dariNya,dari Surah Ar-Rahman


“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”


Sekejap je Allah bagi sakit,sudah Allah beri nikmat sihat semula,sekejap sangat.SubhanaAllah.Sungguh ujian yang terlalu sedikit.Lalu bertanya2 di dalam hati,”lepas ke tak ujian ni eh??”Huhu.Takut2 senjata dan kunci yang di sebut2 selama ini, SABAR dan SOLAT (2:153),tak dapat pula dizahirkan tatkala berhadapan dengan situasi sebegini.Moga menjadi yang sentiasa bersyukur.Terasa diri ini terlalu kerdil berbanding Nabi Ayyub yang diuji dengan anak,keluarga,harta,sakit yang lagi dahsyat dan lagi lama tu,Allahuakbar.


“Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya).” (Shad 38: 44)


“Kata Sulaiman: Ini adalah anugerah daripada Tuhanku untuk menguji diriku sama ada aku bersyukur kepada-Nya atau aku ingkar. Dan sesiapa kufur (ingkar), sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya Lagi Maha Pemurah.” (An-Naml 27: 40).


“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah 2: 153)

Allahuakbar..Allahukbar..Allahuakbar…


Ibu

Teringat pula keluarga di Malaysia.Mak terutamaJ.Mak yang memang terkenal dengan kerisauannya yang sentiasa terhadap anak dia yang seorang ini.Kesian pula melihat mak yang risau benar dengan keadaan diri ini,kerap pula dia menelefon sehari dua ini.


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”. (Luqman 31:14)


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” (Al-Ahqaf 46 :15)


Maafkan anakmu mak,yang kadang2 tidak menunaikan hak seorang anak kepadamu.Jarang2 menelefon(seminggu sekali) walau acapkali di ‘sound’…huhu.



Ukhuwwah


Teringat juga pada teman2 sebumbung.Semuanya mengambil berat.Terharu.Maafkan daku kalau selama ini yang kurang ambil berat,dan kurang ‘alert’ dengan situasi/masalah antunna.Beri semangat,belikan makanan,buatkan bubur.Jazakumullah khair.SubhanaAllah..SubhanaAllah..SubhanaAllah..Sungguh DIA lebih merancang,Raja segala Perancangan.Semoga Allah terus mengikat hati2 kita di jalanNya,amen.


“Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat 49 : 10)


Maafkan saya pembaca sekalian.Bukan berniat nk ceritakan hal sendiri pula di dalam blog ini.Tambahan pula,ini bukanlah blog persendirian(sila sedar diri ye wahai yang sedang menulis).Lebih dari itu,nak mengajak kita semua termasuk diri ini melihat,sesuatu perkara yang Allah takdirkan berlaku pada diri kita,banyak sebenarnya ibrah(pengajaran) yang boleh kita ambil,dan kita boleh melihatnya dari pelbagai aspek yang dapat mendidik diri dan jiwa kita.Dari bab sakit,boleh relate dengan banyak perkara lain,yang kadang2 bila kita tak sakit,jarang2 juga/tak pernah kita rasa nak berfikir tentangnya,hehe.

Banyak perkara subjektif yang sebenarnya kita as human being menilainya dari pelbagai sudut.Melihat dari aspek yang kita mahu sahaja,tak kurang pula yang melihatnya dari kaca mata dunia semata,na’uzubillah.Contohnya dalam perkara manfaat.manfaat tu apa sebenarnya??Kalau seseorang itu hanya melihat dari sudut dunia sahaja,banyak perkara yang sebenarnya tidak bermanfaat pun,akan jadi bermanfaat baginya.

Manfaat

Sudut pandang dunia:

-shopping boleh jadi perkara paling bermanfaat baginya,tengok movie adalah yang paling bermanfaat baginya,bergosip,tengok wayang, etc.

Sudut pandang ISLAM(Allah)

-study,ajar kawan,menghadiri majlis2 ilmu,membaca Al-quran,berziarah,berfikir tentang nasib ummat,pegi usrah,pegi daurah etc.


Teringat pula hadith 12;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ

[حديث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا]

Dari Abu Hurairah radhiallahunhu dia berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya .

(Hadits Hasan riwayat Tirmidzi dan lainnya)


Semoga perkongsian ini kita sama2 beroleh manfaatnya,biar sedikit,inshaAllah.Maafkan saya kalau penulisan saya yang pertama kali ini,para pembaca sekalian rasakan ia terlalu sukar difahami lagi berbelit.Moga akan terus diperbaiki bagi manfaat ummat,inshaAllah.Ingin sekali merealisasikan 10 mowasofat tarbiyah dalam diri sepenuhya,walau rasa macam jauh lagi,sejahtera akidahnya,sohih ibadahnya…..bermanfaat pada yang lain.Doakan juga kita semua menjadi muslim sejati,bukan hanya baik sendiri2 malah berusaha untuk mengajak semua menjadi hamba kepada pencipta(masuk ke kandang ‘ubudiah).Semoga kita dapat menjadi manusia yang bermanfaat pada orang lain,buat ummat ini terutamanya,amen..Ya Mujib,istajib du’aana.

Wallahu’alam,moga bermanfaat.

10-muasofat2

 

Masa Dengan ALLAH. February 23, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 8:12 pm

Assalamualaikum warahmatullah…
Alhamdulillah, kita semua masih dikurniakan Allah dengan nikmat iman dan Islam.InshaAllah sentiasa kita berdoa
moga iman itu sentiasa pula ‘yazid’ (naik).Moga sentiasa memanjat syukur (27:19).
Alhamdulillah,artikel kali ini dipetik sepenuhnya dari seorang blogger  http://langitillahi.blogspot.com.
Yang bertukar wajah hanya warna font sahaja,hehe.Tapi rasa sangat best utk dikongsi dengan semua.Apapun,moga
bermanfaat untuk kita semua,inshaAllah :).Selamat membaca!!


Bergerak di dalam hayat kehidupan manusia, maka kita akan terhimpit dengan kesibukan dunia. Dalam mengharungi kesibukan itu, kita sering terlupa kepada satu yang amat penting. ALLAH SWT yang sentiasa bersama kita.

24 jam dianugerahkan kepada kita, 8 jam habis dengan tidur, 7 jam habis dengan belajar, 3 jam habis dengan bermain, 2 jam habis dengan canda sembang bual, 4 jam habis untuk makan. Dalam hidup penuh kesibukan ini, solat bukanlah perkara yang kita nampak sebagai utama. Maka amalan fardhu tiang agama itulah yang dilewat-lewatkan.

Bila masyghul, manusia menghabiskan sebahagian besar masanya dengan tertekan, menangis berendam air mata, mengunci bilik, menutup bicara. Masa berlalu dan terus berlalu, dan manusia terus lupa kepada PENCIPTAnya, dan PENCIPTA kepada kemasyghulannya.

Bila gembira mendapat kejayaan, manusia menghabsikan sebahagian besar masanya berbangga, bercerita dengan teman-teman, membuat jamuan kebanggan, menunjuk-nunjuk kepada semua orang, memasang angan yang lebih tinggi dan sering tersenyum sendiri. Masa berlalu dan terus berlalu, dan manusia terus lupa kepada PENCIPTAnya, dan PENCIPTA kepada kejayaannya.

Saat menemui kegagalan, atau dipintas oleh lawan, manusia menghabiskan sebahagian besar masanya dengan membenci, menyemai hasad, menyebar fitnah, menggunakan segala jalan untuk memintas kembali, memfokuskan segala kehidupannya untuk mendapatkan tempatnya kembali dan berusaha segala cara untuk memusnahkan saingannya untuk mencapai matlamatnya. Masa berlalu dan terus berlalu, dan manusia terus lupa kepada PENCIPTAnya, dan PENCIPTA kepada kegagalannya, dan PENCIPTA kepada kemenangan saingannya.

Manusia adalah makhluk yang lemah. Penciptaannya juga dipersoalkan oleh makhluk langit.

“ Dan ingatlah ketika ALLAH SWT berkata kepada malaikat bahawa AKU hendak menjadikan khalifah di atas muka bumi, telah berkata mereka, adakah KAU hendak menjadikan di dalam bumi itu mereka yang merosakkanya dan menumpahkan darah? Sedangkan kami bertasbih memuji KAU dan menyucikan namaMu?”

Tetapi ALLAH Yang Maha Penyayang itu menjawab,

“ Sesungguhnya AKU lebih tahu, apa yang kamu semua tidak ketahui”

Terciptalah manusia. Dinamakan makhluk ini INSAN, atas sifatnya iaitu NASIA bermaksud pelupa. Digelar MANUSIA, bermaksud yang pelupa. Maka hiduplah makhluk ini dengan penuh kelupaan dan kealpaan, berenang dalam sungai ghaflah dibawa arus hasad dan nafsu. Masanya didedikasikan untuk dunia. Terlupa yang tugasnya adalah untuk mengabdikan diri kepada PENCIPTAnya.

“ Dan tidaklah AKU ciptakan jin dan manusia itu, melainkan untuk beribadah”

Terlupa bahawa penciptaannya pernah dipersoalkan. Terlupa bahawa dirinya diciptakan dengan penuh kasih sayang. Terlupa bahawa, sebelum dia lahir, dia mempunyai perjanjian dengan Yang MENCIPTAKANnya.

“Dan (ingatlah) ketika Rabb-mu mengeluarkan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil persaksian terhadap nafs-nafs (jiwa-jiwa, anfusihim) mereka: “Bukankah aku ini Rabb-mu?” Mereka menjawab, “Benar, sesungguhnya kami bersaksi (syahidna)“

Tetapi manusia benar-benar lupa. Langsung tidak ingat dengan janjinya sebelum lahirnya dia. Terus terusan masa berlalu dan dia hidup dalam lebam alpa yang membiru.

Masa apa yang telah kita berikan kepada ALLAH SWT? Andai masa berkualiti untuk studi kita cari dengan teliti, sehingga membaca buku-buku motivasi untuk mendapatkan tips studi berkualiti, maka apakah masa bersama ALLAH yang berkualiti yang kita cuba usahakan?

Dosa-dosa kita, dilayan ibarat lalat yang hinggap ke hidung. Dikuis sedikit, terbang pergi menghilang. Hati langsung tiada rasa sensitif.

“ Ah.. ALLAH Maha Pengampun…” Pandai pula kita berhujah dengan sifat suci ALLAH SWT bila ditanya mengenai dosa. Tetapi masa bilakah kita mencari keampunanNya? Mengadu dosa-dosa kita kepada DIA?

Mana masa kita dengan ALLAH SWT?

Mana?

Hari ini, manusia benar-benar telah melupakanNya. Padanlah dengan keadaan dunia yang semakin bercelaru, bersama jiwa-jiwa manusia yang semakin huru hara.

Duduklah sebentar. Rehatkan diri anda dari dunia, sebelum anda dipaksa bersara darinya selama-lama. Muhasabah diri kita. Fikir sebentar bagaimana kita hendak meneruskan kehidupan di akhirat sana. Bukankah hidup ini ladang amal, untuk kita tuai hasil pahala buat bekalan di sana?

“Alah, hidup sekali sahaja, kena la enjoy…” Anda akan berseloroh.

Saya pula tersengih.

Sebenarnya, hidup dua kali. Mati yang sekali. Hidup di dunia, dan hidup di akhirat. Mati hanya perantaraan. Masa hadapan akhirat kita ditentukan dengan bagaimana kita isi masa dunia kita.

Apa pandangan anda?

Hendak mencari masa dengan ALLAH?

 

Steps to Gain Allah’s Love.. February 19, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 1:27 am
Tags: ,

Bismillah ar- Rahman ar- Raheem,

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful,

Human beings by nature, love rewards when they exert themselves. And when they are devoted to a cause, coupled with anticipating the rewards, they tend to strive more and bear the discomfort that comes with the struggle.

This is similar to our relationship with Allah. Allah SWT loves it when we exert ourselves for His sake and He describes the payoffs when He loves His servant:

“….When I love him I am his hearing with which he hears, his seeing with which he sees, his hand with which he strikes and his foot with which he walks. Were he to ask [something] of Me, I would surely give it to him, and were he to ask Me for refuge, I would surely grant him it. I do not hesitate about anything as much as I hesitate about [seizing] the soul of My faithful servant: he hates death and I hate hurting him.”

[Bukhari]

This is indeed an aspiration worth pursuing, a dream worth fulfilling and a love worth nurturing.

“The One who does good when displeased, How will He be when pleased?”

[The key to Paradise by Ibn Rajab Al-Hanbali]

Therefore, to complete one’s faith and gain this love, we should seek Allah SWT alone in love, hate, giving and withholding and Allah alone must be our Lord and the only One whom we worship.

It is total submission and the essence of submission is to love what the Beloved loves and to abstain from what He does not love. This was how our pious predecessors achieved the qualities of true worshipers and reached the highest level in their efforts.

From the Holy Quran, we can deduce that there are seven qualities that Allah SWT loves and seven qualities that Allah SWT does not love. [Maybe more, if we studied the Quran more carefully]

Seven Qualities that Allah SWT Loves

islamis-wallpaper42

1. Tawbah [Repentance]

“Truly Allah loves those who turn to Him in repentance”

[Al-Baqarah: 222]

Repentance is a form of detoxification: Sincere repentance cleanses and beautifies the Iman. We all commit sins but Allah loves those who after committing sins, seek forgiveness with deep sorrow and regret. This is the only way by which the past can be set right. Allah has a concern for those He loves, therefore each time we slip and relapse into the abyss of desires and sincerely repent, He leads us out of it to the summit of forgiveness and further relieves us of hardship and provides for us.

2. Taharah [Purification]

“…Allah loves those who purify themselves.”

[Al-Baqarah: 222]

This is the external purification. The secret to this is performing the acts with the intention of following the example of the Prophet SAW. The removal of filth from the body by performing wudhu’ (ablution) and ghusl (ritual bath) and removal of filth from garment, body and place of prayer are acts that purify the body and radiates the Iman. It is a means by which Allah will wipe out our sins and raise our ranks.

3. Taqwa

“Surely, Allah loves al – Muttaqun. “

[At-Tawba: 4]

The fear of Allah is the source of pure soul – it is borne out of love and obedience. Thus a pious person is constantly driven to do good only. He/She is humble and does not flaunt his/her piety in front of others. The fear of Allah beautifies the Iman and is the origin of all good as one to strive to do only what pleases Allah and stay away from the things that would displeased Him. Piety is an internal quality as the Prophet SAW said, “Taqwa is here” whilst pointing to his chest [Muslim] and it is a quality that puts us above others in the sight of Allah SWT.

4. Ihsan [Goodness]

“Verily, Allah loves Al-Muhsinun (the good doers).”

[Ali ‘Imran: 134]

“Ihsan is to worship Allah SWT as if you see Him and if you cannot achieve this devotion, then you must know that He sees you.”

[Bukhari]

Ihsan goes beyond a noble trait; it is an integral part of Islam

It is the secret of attentive heart – knowing that Allah is watching everything. This fills the heart with respect and veneration and one becomes too embarrassed to go against Allah’s commands. It promotes performance of good deeds for the sake of Allah SWT and not show or to gain praise or fame.

5. Tawakkal [Trust in Allah]

“Allah loves those who put their trust in Him.”

[Ali ‘Imran: 159]

The secret and reality of trust in Allah is the reliance of the heart on Allah alone. Therefore trusting in Allah words are different from trusting in Him with the heart.

Reliance is doing and hoping – doing everything necessary within one’s capability to achieve one’s aim and hoping with tranquility of heart and soul and putting one’s trust in Allah with firm belief that whatever the outcome is, it is a result of the Will of Allah and His Decree.

One should never feel that too much time has passed by without his/her supplications being answered; rather we should always place our hope on the One who is able to do all things.

“If you all depend on Allah, with due reliance, he would certainly give you provision as He gives to birds who go forth hungry in the morning and return with full bellies at dusk.”

[Tirmidhi]

6. Qist [Justice]

“Verily, Allah loves those who acts justly.”

[Al Ma’idah: 42]

Justice is a prerequisite to peace which is missing in our contemporary society. It involves giving other people the rights we give ourselves, treating people the way we would like to be treated.

Justice sounds like a word meant for the leaders alone but rather, it affects us all. It means:

To be equitable in speech and in actions – with no degree of discrimination or testifying falsely.

– It involves being fair with regards to one’s family and those who are under our care; justice between children by not giving one preference over the other.

– By not committing wrong against oneself such as engaging in sinful practices and immoral acts.

– Justice with Allah in not associating any being with Him – in worship and obedience.

7. Sabr [Patience]

“And Allah loves As-Sabirun (the patient).”

[Ali ‘Imran: 146]

Patience is one of the most noble of virtues and traits. It is to endure what one dislikes with a sense of acceptance and submission and anticipating Allah’s reward.

Ali r.a. said, “patience to Iman is like the head to a body: if the head is cut off, the body perishes as well.” [Gems and Jewels].

A Muslim should adhere to patience when afflicted with calamity and should not submit either to desperation nor despondence because if we are patient, everything that was destined and preordained for us will occur and we will be rewarded. If we complain and are hopeless, then all that was destined to us will occur, but we will be blamed for our impatience at Allah’s Will.

Seven Qualities that Allah SWT Does Not Love

1. Israaf [Extravagance]

“Verily, he likes notAl-Musrifun (those who waste by extravagance).”

[Al-An’am: 141]

Excessive spending and lavishness in everything is the core of evil and leads to greater evil. It makes one forgot the hereafter and preparing for it. Such acts would be a cause of humiliation and disgrace on the Day of Judgment. That is whyAllah SWT has prescribed Zakah and Sadaqah in order to bless the wealth and to curb extravagance in eating, drinking, clothing and in everything we do.

2. Istikbaar [Pride]

“He likes not the proud.”

[An-Nahl: 23]

“Pride is to completely disregard the truth and scorn (looking down upon) the people.”

[Muslim]

Sometimes a person might be deceived by his/her knowledge, wealth and property, lineage and ancestry, or worship and be arrogant and boastful. Hasan al-Basri advised that, “Do not become proud merely because you worship often, for consider what happened to Iblis after spent a great deal of time worshipping.” [Gems and Jewels]

Pride is among the greatest means of damage to a person, his/her wealth and circumstances. It distances one away from Allah’s love and “Whoever has an atom weight of pride in his heart will not enter Paradise.” [Muslim]

3. Mukhtal Fakhoor [Arrogant Boaster]

“Verily, Allah likes not any arrogant boaster.”

[Luqman: 18]

Being arrogant and boastful are two deadly combination – beauty, knowledge, wealth and noble lineage should be taken as gifts from Allah and one should be humble and grateful for them rather than making them a means of pride and oppression. The servant of Allah SWT cannot be true to him/herself as long as he/she is flattering him/herself, walking in arrogant manner and looking down on people who are below his/her and not mixing with them. The one who is arrogant in this world will be disgraced on the Day of Judgment.

“The arrogant will be gathered on the Day of Judgment in the form of small ants. Humiliation will surround them from everywhere.”

[Tirmidhi]

4. Udwaan [Transgression]

“Verily, Allah does not like the transgressors – mu’tadeen.”

[Al Ma’idah: 87]

Human characteristics have limitations, which if surpassed would be transgression and if one falls short of it, it would be a defect – for example, generosity has a limitation, when surpassed it becomes extravagance, when courage is surpassed, it becomes rashness; when ibadah (worship) is surpassed, one falls risk of adopting bid’ah – some of the companions almost fell into this trap when one of them said, “I will not eat meat,” another said, “I will not marry women,” while the third said, “I will not sleep on the bed.”

When the Prophet SAW heard these statements, he said, “What is the matter with some people who said such and such? I fast and break the fast, sleep and wake to stand to pray, eat meat, and marry women. He who is not pleased with my Sunnah is not of me.”

Therefore moderation is the best way to deal with all matters – it is not to exaggerate and make it hard for ourselves by prohibiting the permissible things. And not to transgress the limits by excessively indulging in the permissible matters but rather we should only use what satisfies our need and not fall into extravagance.

5. Zulm [Evil, Wrongdoing]

“And Allah does not like the Zalimun (oppressors, polytheists, and wrongdoers).”

[Ali ‘Imran: 57]

This is a reprehensible trait whose presence spoils the Iman and darkens the heart. The wrongdoers are those who have chosen the good transient life instead of the hereafter. All acts of wrongdoing such as stealing, breach of trust, embezzlement, usurping the rights of others, bribery have serious consequences in the hereafter.

In a Hadith Qudsi, Allah SWT says: “O my servants, I have forbidden oppression for Myself and have made it forbidden among you. Therefore, do not commit oppression.”

[Muslim]

6. Khiyaanah [Treachery]

“Certainly, Allah likes not the treacherous.”

[Al Anfal: 58]

The treacherous one is two-faced and inconsistent in words and deeds. Acts of treachery lead to betrayal, disloyalty, perfidy, deception and hypocrisy which in turn spoil the Iman.

7. Ifsaad [Mischief-making]

“And Allah does not like the Mufsidun (mischief makers).”

[Al-Maidah: 64]

This is a comprehensive term which includes great crimes, sins, oppression, carrying false tales, hypocrisy, tyranny and all kinds of mischief. All these acts are despicable and stain the Iman.

love-21

Hasten today to adopt the qualities that Allah SWT loves and don’t rest until they become the second nature to you; hasten today to abandon all the qualities Allah does not love and don’t relent until you hate them with all your heart.

The Prophet SAW said: “Faith wears out in the heart of any one of you just as clothes wear out, so ask Allah to renew the faith in your hearts.”

References:

  • Tafsir Ibn Kathir
  • Al-Fawaid – A collection of wise sayings by Imam Ibn al-Qayyim
  • The key to Paradise by Ibn Rajab al-Hanbali
  • Gems and Jewels – wise sayings, interesting events and moral lessons from the Islamic history, compiled b Abdul Malik Mujahid (Darussalam)
  • Glimpses of the lives of Righteous people, compiled by Majid Muhammad Ash-Shahawi (Darussalam)

Republished from the Magazine ‘Sisters’ and was written by Umm Haneefa.

 

Kenangan Valentine Seorang Mujahidah February 12, 2009

Filed under: Sharing,wanita — msmwestmidlands @ 10:44 pm
Kenangan Valentine Seorang Mujahidah
http://www.iLuvislam.com
aisha althafunnisa
Editor: deynarashid


Aku lontarkan pandangan pada buih-buih putih. Buih demi buih. Ku alih pula pada ombak yang beralun, menghempas pantai. Setia, ombak dan pantai, bagai janji yang dipateri. Setiap masa ombak merindui pantai yang setia menanti.

Aku larikan pula bebola mataku pada camar yang berterbangan, sekali-sekala menyambar ikan-ikan kecil di laut, kemudian terbang bebas di angkasa. Ku usir pasir di kaki dengan hujung kasut, halus bersinar bila disinari matahari. Bebola yang bersinar lembut di ufuk timur menyenangkan. Ku berterima kasih pada redup pohon rhu yang menaungiku.

Kadang-kadang daun-daun kering berguguran menimpaku. Disapa pula bayu laut yang lembut, menenangkan. Sungguh, alam ciptaan Allah yang amat indah. Saling melengkapi. Pantai ini tidak pernah berubah, masih tetap cantik. Tidak teracun dengan pembangunan yang menggila, tetap setia menerima pengunjung.

5 tahun lalu, pantai ini sama seperti ini, yang bezanya peristiwa. Bezanya sejarah yang tak dapat diubah. Pantai ini pantai yang bernastolgia. Pantai ini berserakan dengan memori yang tak pernah aku cuba cantum. Biarlah ia begitu. Biarlah aku menikmati, mengutip memori demi memori, kemudian aku ketawa dan menangis. Pantai ini pantai yang bermakna. Pantai inilah yang merubah detik-detik sejarah hidupku. Memori yang tak akan ku padam sampai bila-bila. Biarlah ia sentiasa segar, sentiasa mekar. Sama seperti hari ini, di atas bongkah batu besar di bawah pohon rhu yang teduh, 5 tahun lalu, aku duduk di sini.

Sejak pagi lagi aku sudah berada di sini. Aku tunggang VR 125 sebelum menjamah sarapan pagi, membuatkan dahi mamaku berkerut. Pertanyaan mama ku biarkan tanpa jawapan. Hatiku pecah berderai, bagai kaca dihempas ke batu. Aku dapat rasakan hatiku bagai disiat-siat. Pedih. Sungguh pedih kekecewaan ini. Aku kemudiannya mengheret kakiku tanpa arah tujuan. Menyusuri pantai yang panjang. Aku cuba lontarkan kekecewaan ini ke tepi laut untuk melepaskannya, tapi aku tak mampu.

Masakan kasih yang dibina kukuh sebelum ini boleh ku lupakan begitu sahaja. Bolehkah janji sebelum ini dilupakan begitu sahaja??

Letih mengheret kaki menyusuri pantai, akhirnya aku memilih untuk duduk di atas sebongkah batu besar yang teduh diredupi sepohon rhu tua. Aku masih tidak dapat menerima apa yang sudah berlaku. Aku teresak-esak di atas bongkah batu bagaikan seorang kanak-kanak. Aku tenggelam dengan esakanku. Ajaibnya air mataku bagai tidak kering-kering mengalir membasahi pipiku yang sudah lencun. Aku teresak dan terus teresak sambil kutekupkan kedua tanganku di muka. Aku bagaikan berada di awang-awangan, dalam duniaku yang tersendiri. Aku terus hanyut. Hanyut dalam tangisanku.

“Assalamualaikum” Satu suara lembut memberi salam kedengaran dari sebelah kananku. Aku angkat mukaku. Kelihatan seorang gadis tersenyum memandangku. Aku kira dia tua sedikit daripadaku melihatkan wajahnya yang kelihatan matang. “Waalaikumussalam” Jawabku acuh tak acuh. “Boleh saya duduk?” Gadis itu memohon kebenaran untuk duduk di sebelahku. “Duduklah, lagipun bukan saya punya”. Aku masih acuh tak acuh. Lantas gadis itu duduk di sebelahku. Kemudian dia senyap, pandangannya di lontar jauh ke tengah laut.

Kemudian bibirnya seolah-olah menguntum senyum. Dia seolah-olah menikmati keindahan alam yang indah ini. “Cantikkan?” Gadis itu tiba-tiba bersuara setelah beberapa ketika mendiamkan diri. “Hmm?” Aku kurang jelas dengan soalannya. “Cantikkan alam ini? Ombak itu..” tunjuknya pada ombak yang beralun. “Alunan ombak seolah-olah menggambarkan hidup manusia, ada ketika gembira, ada ketikanya juga akan berduka. Ia sama, kerana keduanya akan terpampan pada pantai yang setia. Begitu juga manusia, duka itu akan ada akhirnya jua”. Aku tersentap. Gadis itu seolah-olah dapat membaca pemikiranku.

“Siapa awak ni?” Aku sangsi dengan kewujudan gadis ini. “Maafkan saya kerana terlupa memperkenalkan diri. Saya Izzah”. Dia tersenyum ikhlas sambil menghulurkan tangan. “Rieyn, Adrina” Tangannya ku sambut ragu-ragu. “Boleh kita sama-sama lalui ujian ini?” Dia tersenyum memandangku menyerlahkan keikhlasannya. Aku merenungnya tanpa kata. Aku tarik panjang nafasku kemudian ku lepas beransur-ansur.

Gadis ini bagaikan mengetahui apa yang bergolak di hatiku. “Luka di hati ini tak sama dengan luka fizikal. Luka fizikal dapat dirawat, tapi luka di hati ini terus begitu”. Ujarku lemah sambil menggigit bibir. Entah bagaimana aku mempercayai Izzah. Naluriku mengatakan dia gadis yang punyai prinsip. “Ujian bukannya untuk kita larikan diri, tetapi ujian adalah tarbiyah dari Allah, untuk kita lalui, kerana di sebalik ujian itu tersimpan sejuta hikmahnya”. Tenang Izzah menuturkan kata.

“Tapi hati ini terlalu kecewa. Hati ini bagai dirobek belati”. Aku menggagahkan diri untuk bersuara. Rasanya terlalu pedih untuk aku luahkan. Air mata kurasakan kembali bergenang. Perasaanku kembali bergelora bagaikan ombak di lautan. “Sebenarnya dah lama Izzah perhatikan Rieyn. Sejak Rieyn datang ke sini lagi. Izzah perhatikan Rieyn berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai. Bila puas, Rieyn duduk kat batu ni kan?”. Izzah terangkan dengan jelas. Dan aku mula bercerita kepada Izzah.

Saya kenal Zamri setahun lalu. Dia boleh dikategorikan sebagai lelaki pilihan perempuan. Tinggi dan berwajah tampan. Orangnya juga bijak dalam pelajaran. Saya antara ramai wanita yang cuba mendampingi Zamri. Entah macam mana Zamri memilih saya sebagai temannya. Perhubungan saya dan Zamri mula intim dari hari ke hari. Tidak sah satu hari tanpa ber ‘sms’ dan telefon. Zamri seorang yang pandai mengambil hati. Dia selalu membeli hadiah untuk saya. Dia juga berjanji untuk menjaga saya sebaik mungkin. Kami digelar pasangan paling ideal di sekolah. Paling penting kami saling menyayangi. Pantai ini selalu menjadi saksi janji kami.

Saban minggu pantai ini menyambut kedatangan kami. Bersama kami melihat alunan ombak menghempas pantai lalu menghasilkan buih-buih putih. Juga kami berkejaran riang di gigi air mengutip kulit-kulit siput. Saya merasakan bahagia menyelubungi kami. Kami saling berjanji untuk sehidup semati. “Dalam usia semuda ini?” Izzah menyampuk ceritaku. “Ya, kami saling berjanji sehidup semati. Usia bukanlah penghalang kami. Kami mahu berjanji setia pada hari kekasih. Hari yang semua pasangan kekasih menyambutnya”. Sambungku. “14 Februari? Bukankah hari ini?” Izzah bagaikan tidak sabar. Tapi aku meneruskan ceritaku tanpa mempedulikan soalan Izzah.

14 Februari. Hari Valentine. Kami sudah berjanji untuk menyambutnya di sini. Di pantai yang indah ini. Tapi rupanya betullah kata orang-orang tua, kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Zamri gagal saya hubungi sejak minggu lepas. Telefon bimbitnya dimatikan. Saya tiada nombor telefon rumahnya. “Biar saya yang telefon awak.” Dia selalu berkata begitu apabila saya meminta nombor telefon rumahnya. Dia telefon saya menggunakan telefon bimbitnya. Rumahnya juga tidak diberitahu kepada saya. Nanti tiba masanya saya akan tunjukkan. Dia menuturkan begitu apabila bertanyakan rumahnya. Tapi saya positif, mungkin dia tidak mahu diganggu.

Hingga ke hari inilah dia tidak dapat dihubungi. Dan kerana itulah saya di sini. Aku menamatkan ceritaku pada Izzah. “Saya mengerti perasaan awak. Setiap insan mempunyai fitrah untuk menyayangi dan disayangi”. Izzah berespon segera. “Tapi saya rasakan saya ditipu. Perasaan saya dipermain-mainkan”. Aku meluahkan perasaan yang bersarang di lubuk hati. “Rasulullah juga punyai perasaan menyayangi dan disayangi. Cintanya pada Khadijah, isteri Baginda tiada tolok bandingnya. Khadijahlah yang banyak menemani Baginda melalui ranjau perjuangan. Khadijahlah yang member perangsang kepada Baginda. Kasih sayang Khadijahlah menyelimuti hati Baginda tika keluh kesah”. Izzah pula bercerita.

“Betulkah begitu?” Aku menyoal kehairanan. Tidak pernah cerita ini diperdengarkan kepadaku. “Islam tidak menghalang kasih sayang. Buktinya ditunjukkan melalui Rasulullah s.a.w. Baginda menangis tika Khadijah meninggalkan alam ini. Sehinggakan tahun pemergian Khadijah digelar Tahun Berkabung. Kita boleh berkasih sayang tetapi jangan kita melanggar batas batasan agama kita”. Luncur Izzah menuturkan bicara.

“Islamlah cara hidup yang memenuhi fitrah manusia. Semua kehendak manusia dapat dipenuhi oleh Islam”. Izzah tersenyum memandangku. Hatiku terkesan dengan kata-kata Izzah tadi. Selama ini tiada orang yang berbicara topik ini denganku. Baba dan mama? Baba sibuk dengan politiknya. Lobi sana, lobi sini. Tabur duit sana, tabur duit sini. Wakil rakyat penggal depan sasarannya. Mama pula sibuk dengan persatuan wanitanya. Lawatan sana sini. Setiap hujung minggu ada aktiviti. Tinggallah aku keseorangan di rumah dengan Mak Cik Kiah, pembantu rumahku. Abangku di IPT. Adikku di sekolah berasrama penuh.

“Mahukah Rieyn bersama kami?” Izzah bersuara setelah melihat aku diam sejenak. “Awak buat apa kat sini sebenarnya? Awak datang dengan siapa lagi?” Aku inginkan kepastian. “Saya datang bersama kawan-kawan. Sebenarnya kami ada perkelahan. Kalau Rieyn nak sertai kami bolehlah. Kat hujung sana tu..” ujar Izzah sambil menunjukkan tapak perkhemahannya. “Boleh juga” Cepat aku menyatakan persetujuan. Aku sebenarnya ingin mengenali Izzah dengan lebih rapat. Gadis ini nampaknya punyai banyak keistimewaan.

Lantas aku telefon mama. Maklumkan aku tidak balik rumah malam ini. Mama diam tanpa kata. Bukan kali pertama aku tidur di luar. Lantas aku mengatur langkah-langkah mengikuti Izzah ke perkhemahannya. Alangkah terkejutnya aku, kesemua mereka bertudung labuh. Aku ingatkan Izzah seorang sahaja yang bertudung labuh dan berjubah. Satu fenomena baru bagiku. Sekumpulan gadis berjubah dan bertudung labuh berkelah! Setahu aku golongan seperti ini amat terbatas pergerakan. Jubah dan tudung labuh itu bagai memenjara fizikal dan mental. Namun hari ini anggapanku sebelum ini silap. Tudung labuh bukanlah membataskan aktiviti seharian. Bahkan mereka sangat peramah dan berlemah lembut.

Musyrifah, Husna dan ramai lagi menghulurkan salam ukhwah kepadaku. Aku jadi malu. Aku tidak bertudung! Aku pakai t-shirt! Aku berseluar jeans! Gaya ranggi wanita moden! Namun mereka tidak memandang aku lain dari mereka. Aku dilayan bagaikan seorang puteri. Ombak berderu menghempas pantai mematikan kenanganku.

Itu cerita 5 tahun lalu. Detik-detik yang merubah perjalanan hidupku. Tarikh yang ku ingati bukan kerana Valentine, yang kemudiannya baru aku dapat tahu umat Islam tidak menyambutnya kerana ia merupakan perayaan penganut Kristian untuk mengingati seorang paderi yang giat menyebarkan agama Kristian hingga ke akhir hayat.

Izzah tidak pernah mengerti erti putus putus asa dalam membimbingku ke jalan yang benar. Izzahlah yang mengajarku berjemaah. Mengajarku erti tadhiyyah dalam berjuang. Izzahlah yang mengajarku erti perjuangan. Izzahlah yang mencelikkan mataku terhadap penderitaan umat Islam di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Kaashmir. Juga di sini.

Aku melalui ujian yang mencabar tetapi inilah ganjaran untuk mereka yang memilih jalan ini. Aku dapat rasakan usiaku sepanjang perjuangan. Aku teringat kata-kata Syed Qutb, pejuang yang syahid di tali gantung. Katanya “orang yang hidup untuk perjuangan tidak akan merasa pendek dengan umurnya, kerana umurnya sepanjang perjuangan yang akan berterusan”.

Hari ini, di pantai ini aku memakai tudung hijau sutera Turki bercorak fauna berserta jubah juga berwarna hijau. Warna kesukaan Rasulullah. Tudung dan jubah ini sebenarnya hadiah dari Izzah sempena persahabatan kami pada saat pertama kali kami bertemu 5 tahun yang lalu. Lambang perjuangan katanya.

Buat Izzah, aku nukilkan kembali seuntai kata yang aku temui semasa menatap sebuah majalah. Mungkin penulisnya mendedikasikan buat kekasihnya, tapi tidak mengapa rasanya aku menukilkan buat sahabat seperjuangan.


Hari ini sekali lagi aku menitiskan air mata di pantai yang indah ini. Air mata kali ini bukanlah air mata yang sia-sia. Air mata buat sahabat seperjuangan yang pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Izzah pergi menemui Pencipta. Saban tahun aku pasti ke sini. Mengutip memori yang berserakan. Memori yang akan ku pastikan terus segar di hatiku. Izzah, pengorbananmu semulia namamu. Tinggallah aku meneruskan perjuangan…

p/s: Artikel diambil sepenuhnya daripada http://www.iluvislam.com. Semoga usaha penulisnya diberkati dan diganjari Allah.

 

Palestine in Pain: Do We Really Care? February 10, 2009

Filed under: Announcement,Poster — msmwestmidlands @ 3:11 pm

poster-palestine-copy

Bismillah ar-Rahman ar-Raheem,

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang,

InsyaAllah just nak share talk yang akan dijalankan pada:

Tarikh: 14 February 2009 (Sabtu)

Masa: 01.00 pm – 03.00 pm

Tempat: The Worship Room, St. Francis Hall, The University of Birmingham

Speaker: Ustaz Maszlee Malik

Jemput semua datang beramai2 ye.. Ajak kawan2 sekali..

Moga bermanfaat, Wallahu’alam.

 

Seni Alam February 6, 2009

Filed under: Poster,Sharing — msmwestmidlands @ 9:15 pm

419ad9413154b1941

13880blue_sky3

dsc01070-copy2

empangan21

kecewa1

snow2

snow-aida2

 

Madina to Jerusalem.. February 3, 2009

Filed under: Book Review,Sharing — msmwestmidlands @ 5:28 pm
Tags: , , , ,

Bismillah ar – Rahman ar – Raheem,

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang,

Just nak share buku yang tengah dibaca sekarang, tajuk dia, Madina to Jerusalem: Encounters with the Byzantines Empire hasil karangan Ismail Adam Patel..

Menarik buku ni, yg sy beli almost 2months ago.. Walaupun tak habes baca lagi tapi saya rase cam best sgt nak share ngan sume org..

madina-to-jerusalem1

Buku ni memberi impak yang besar bagi saya..

Yang mungkin selama ini hanya tahu yang Palestine ditakluk kembali oleh orang Islam dari kuasa Rom pada zaman Khalifah Umar r.a.

Yang tak pernah tahu pun bagaimana proses penaklukan itu..

Yang tak pernah tahu pun bila sebenarnya ia berlaku..

Yang tak pernah tahu pun bagaimana keadaan/ situasi sekitar semasa penaklukan itu terjadi..

Pertelagahan dan peperangan dan peralihan kuasa sentiasa berlaku antara 2 kuasa besar pada zaman itu, Rom dan Parsi.. Hinggalah apabila Islam mula naik.. Apabila Khalifah Abu Bakar r.a. menghantar angkatan tentera Islam ke al-Sham [Palestin, Syria, Jordan, Lebanon]..

Apabila tentera Islam mendapat berita kematian Khalifah Abu Bakar r.a dan diganti pula dengan Khalifah Umar r.a..

Apabila 24,000 tentera Islam di bawah pimpinan Abu Ubayda, dibantu oleh ‘Amr bin Al-‘As, Khalid bin al Walid, Yazid bin Abi Sufyan  dapat mengalahkan 100,000 tentera Rom yang di bawah pimpinan Heraclius di dalam peperangan Yarmuk..

Bagaimana Khalifah Umar diberi kunci kepada masjid al-Aqsa..

002-al_aqsa_moschee_2

Semua ini dan banyak lagi yang dicover dalam buku ni.. Personally sangat suka dengan buku ni..

Tapi rasa sangat sedih apabila teringatkan keadaan masjid al-Aqsa or in general keadaan Palestin sekarang.. Bagaimana dulu, tentera Islam bersusah payah mengerah tenaga dan menggadai nyawa mereka untuk mendapatkan kembali Palestin, tanah suci yang penuh berkah bagi umat Islam..

Bagaimana sekarang ia dibedil dengan begitu teruk.. Bagaimana mereka mengalami suffering yang sangat berat.. Bagaimana mereka masih lagi mempertahankan tanah mereka walaupun diugut bunuh, diancam nyawa dengan roket2, missile2 yang sentiasa membedil tanah mereka.. Bagaimana mereka dipukul dan didera  dan dirogol tanpa sedikit belas ihsan pun..

Di mana kah kita umat Islam sekarang? Di manakah kita? Adakah kita tiada peranan langsung dalam mempertahankan tanah umat Islam bahkan nyawa umat Islam juga?

Doakan keselamatan saudara2 kita walau di manapun mereka berada.. Ingatlah bahawa mereka adalah saudara seaqidah kita.. Doa adalah senjata orang2 mukmin..

Sedikit video yang diambil dr Youtube.. Ini hanyalah part 1.. Selebihnya boleh search d Youtube atas nama ‘Occupation 101’..

Sahabat2, kawan2, saudara2ku.. Tegakkanlah Islam dalam diri kita sendiri.. Dengan sendirinya dan dengan izin Allah Islam akan tertegak dengan sendirinya di atas muka bumi ini.. Dan ingatlah firman Allah SWT:

surah-ali-imran-ayat-110“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

[Ali ‘Imran: 110]

Dan ingatlah Rasulullah SAW bersabda:

“None of you truly believes (in Allah and in His religion) until he loves for his brother what he loves for himself”

[Riwayat Bukhari & Muslim]

Moga kita sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya insyaAllah.. Doakan yang terbaik untuk saudara2 kita.. Moga syurga menjadi milik kita suatu hari nanti..

Moga bermanfaat, Wallahu’alam..

p/s: Jemput beli buku ni.. Best.. Moga mendapat pengajaran..

 

Semangat Juang.. February 1, 2009

Filed under: Sharing — msmwestmidlands @ 12:34 am

Bismillah ar-Rahman ar-Raheem,

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Lately rasa cam susah sangat nak menulis.. Bukanlah sebab busy pun, tapi sebab taktau nak tulis ape..

Teringat suatu ketika dulu saya sangat suke main basketball dan anime.. Suke sangat mengikuti anime ‘Slam Dunk’.. Boleh kata yang saya ni kipas-susah-mati lah.. Bukan niat saya menggalakkan semua orang tengok anime tu, but it’s more to saya nak share pengajaran yang saya dapat dari anime ni..

The main characters from the anime give me quite a big impact especially on how we are not suppose to give up and we shud strive our best in order to achieve our goal.. [Ni dulu2 la.. Zaman masa tak kenal Quran lagi..=( ]

Hardwork is the key to everything.. Walaupun sesusah mana pun satu benda tu, sepayah mana pun, kita kena cuba.. Tak cuba tak tau.. And we have to give it our best.. Allah dah suruh supaya kita sentiasa ihsan dalam what we do kan??

Dan bila setiap kali outcome dia bukanlah seperti yang kita harapkan, kita kena ingat yang Allah dah berfirman dalam al-Quranul Kareem:

“….tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

[Al-Baqarah: 216]

Firman Allah SWT lagi:

“…..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang – orang yang kafir.”

[Yusuf : 87]

“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman.”

[Ali ‘Imran: 139]

Ketiga2 firman Allah di atas telah cukup menunjukkan yang usaha kita tu lebih penting dari outcome yang kita dapat..

In fact Allah dah cakap kat kita yang if kita beriman, darjat kita adalah yang tertinggi.. Tak nafikan yang mungkin kita akan frust, kecewa, disappointed dan macam2 lagi lah..Kadang2 kita terlampau bertawakkal kepada usaha kita sendiri, sedangkan dalam Quran telah pun menyebut:

“……Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang2 mukmin bertawakal.”

[Ali ‘Imran: 122]

It would be so much better if we can snap out of it and instead learn from our mistakes so dat we will at least try not to repeat it right?

Sabda Rasulullah SAW:

“Seorang mukmin itu tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.”

[Riwayat Bukhari & Muslim]

Akhir2 ni terngiang2 dalam telinga saya lagu ‘Jalan Juang’ oleh Izzatul Islam.. [ke sebenarnye sebab kawan saya set ringtone die lagu tu eh? saya pun taktau]

Lirik lagu tersebut berbunyik:

“Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh
sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah Al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu
Jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah
Sekedar mimpi
Namun janji Allah
Yang Haq dan pasti…!! ”

Firman Allah SWT:

“And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to the patient.”

[Al-Baqarah: 155]

Allah akan sentiasa menguji kita.. Dan kadang2 ujian itu amatlah berat bagi kita, tapi Allah juga telah menjanjikan “glad tidings” kepada orang2 yang sabar menghadapi ujian2-Nya kan? Adakah kita sanggup untuk terima azab Allah yang amat berat di akhirat nanti sedangkan ujian2 kecil yang diberikan oleh-Nya pun kita dah tak mampu nak handle??

SubhanAllah, MashaAllah, Allahuakbar.. Moga kita terus sentiasa di bawah lindungan rahmatNya yang luas..

Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang selalu tewas dalam menghadapi ujian-Nya..

Moga bermanfaat, Wallahu’alam..

p/s: Bila hayati lirik lagu Jalan Juang tu, rasa semangat juang diri ni naik kembali..

Diri ini hanyalah seorang manusia yang terlalu mudah lupa dan sentisa memrlukan peringatan..