MSM West Midlands

Unity beyond borders

jalan kaki ke syurga? November 3, 2010

Filed under: motivasi,Sharing — msmwestmidlands @ 3:57 pm

Assalamualaikum.

Nak berkongsi kisah pendek perjalanan seorang abid yg belajar.

semalam semasa nk berjalan balik dr uni nk ke bus stop 61 dpn argos…

memula nk lintas jalan tuh, sy yg sedang leka belek2 hp dan ikut je lah orang lain menyeberangi jalan.

tp bila toleh kanan, rasa mcm nk kena langgar kereta.

rupa2nya lampu hijau and sepatutnya tak boleh lintas lagi.

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah…”

[ Al An’am:116]

itulah ikut orang lagi. lain kali ikut rules. and the ultimate rules is Allah’s rules.

then the second road to cross, sy simpan dulu hp dlm poket dan tengok lampu isyarat sebagai langkah keselamatan. (always look for sign and guidance. Quran? Prophet’s sunnah?)

ketika itu lampu hijau utk lalulintas. at peak hours, memang banyak kereta dan bus yang meluncur di atas jalan raya.

saya dan semua pejalan kaki berhenti, menunggu sehingga lampu bertukar merah, termasuk mereka yang melintas jalan pertama semasa lampu masih hijau. mereka juga turut menunggu sebelum melintas jalan yang kedua.

“Maka berpalinglah kamu dari mereka, dan tunggulah,

sesungguhnya mereka (orang derhaka) juga menunggu (kedatangan hari Kiamat).

[As Sajdah:30]

saya tersenyum memikirkan ayat tersebut. walaupun ada rasa marah pada mereka yg influence saya ntuk main langgar je lampu isyarat dan  nyaris-nyaris dihentam kereta yang datang, saya bersyukur Allah masih selamatkan saya ntuk menjadi hambaNya yg patuh dan saya tak perlu risau kerana Allah sentiasa adil pada hari pembalasan nanti.

saya pun meneruskan perjalanan ke bus stop. Langkah pulak semakin longlai sebab sudah kepenatan  seharian menghadiri lectures dan workshop.

Tiba di hadapan argos, sebelum melintas jalan lagi saya sudah nampak bus no 61 yang akan membawa saya pulang ke selly oak.

Tengok lampu isyarat merah, saya terus berdesup melintas jalan dan berlari-lari anak ke bus stop tersebut. Alhamdulillah Allah bagi rezeki, saya sempat menaiki bus no 61 yang di aim dari tadi.

teringat kisah pemuda yasin:

“Dan datanglah dari hujung kota, seorang lelaki dengan bergegas-gegas,

lalu berkata: Wahai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu, ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu,

dan mereka adalah orang yg mendapat petunjuk”

[Yasin:20,21]

dan juga ayat Allah supaya bersegera:

“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Rabbmu

dan kepada syurgaNya yang bidangnya seluas langit dan bumi

yang disediakan untuk orang-orang yg bertakwa.”

[Ali imran:133]

Walaupun kita kena sentiasa ikut rules, tapi jgn pulak jadi lambat dan tidak opportunistic. Berlari, bersusah payah dan bersegeralah.

“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah

dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya,

supaya kamu beroleh kejayaan.”

[al maidah:35]

Moga kita berjaya di akhirat dan dunia ini medannya.

(ada jugak pengalaman, kejar bus terakhir tapi tak sempat. waktu tu mmg terfikir mcm manelah kalau itu bus terakhir yg nk bawak ke syurga, dan sy terlepas dan dah takde cara lain dah nk ke sana. takuttt]

 

3 Responses to “jalan kaki ke syurga?”

  1. zahraa Says:

    menarik.simple.ayat2 quraan yg diselitkan pun sangat terkesan di hati 🙂
    takut juga ayat terakhir tu.huu.

  2. jannatul huda Says:

    Alhamdulillah,best entry ni sebab mesej yang disampaikan diaplikasi melalui kehidupan seharian,memang Quran tu guide kehidupan unk setiap perbuatan bagi orang yang ingin menggunakan semaksimum yg boleh.
    mabruk sis..best.

  3. Sufian Says:

    Tarbiyyah Rabbani..well done MSMWM


Leave a comment